SUBSCRIBE

Rabu, Mei 18, 2016

AIN NADIRA 2

Bab 2

Ain kepenatan selepas seharian melayan tetamu yang hadir di kenduri kahwinnya dan Amran. Selesai rumahnya, kini rumah Amran pula. Jika dirumahnya hanya dihadiri tetamu yang terdiri dari jemputan ibu bapanya, di rumah Amran, kebanyakan tetamu adalah tetamu Amran sendiri.
Bukan sekadar kawan dari pejabatnya saja. Kawan-kawan sejak zaman sekolah dulu pun turut hadir. Ramai betul jemputan kenduri sebelah Amran. Dia jadi penat mahu senyum dan melayan setiap pertanyaan tetamu yang hadir. Rata-rata soalan yang dituju, bagaimana mereka boleh bercinta.
Amran hanya ketawa.
Maka terpaksalah dia menjawab.
Amran sememangnya seorang yang mudah didekati dan mesra. Kerana itu Amran menjadi kesayangan ramai.
Mindanya mengimbau saat mereka masih lagi di sekolah. Bagaimana Amran selalu menolongnya dalam matapelajaran Matematik Tambahan. Tanpa Amran, pasti dia tidak boleh menjawab kertas Matematik Tambahan. Tanpa kefahaman dalam matapelajaran itu, akan mengakibatkan dia sukar untuk faham matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.

***********

 “Aku tengok kau ni asyik fail je Add Math. Meh sini aku tolong ajar kau.” Suatu petang selepas waktu pembelajaran tamat Amran duduk depan Ain yang sedang menyiapkan laporan amali kimia.
“Bila pula yang kau tengok aku tengah buat Add Math?” Tanya Ain.
‘Dah dia buat muka blur dia dah. Ini yang bikin aku panas ni.’ Kata hati Amran.
“Aku cerita kisah semalamlah. Waktu cikgu bagi balik kertas trial semalam.” Amran menerangkan kepada Ain penuh sabar.
‘Kalau ikut hati mau aku cepuk je budak ni.’ Marah Amran tapi hanya dihati.
“Oh. Aku bukan apa. Kalau aku lulus kang, cikgu tercengang. Malu pula dia.” Ain malas nak bincang hal semalam. Semalam yang memalukan.
“Habis tu takkan kau nak biarkan saja. Kita ni nak SPM. Bukan main-main. Penentu masa depan ni.” Amran masih cuba berdiplomasi.
‘Mana ada guru yang tawar diri cam aku? Aku je yang baik hati pujuk dia, offer diri nak ajar dia.’ Puji Amran dihati.
“SPM tu nak bagi peluang masuk U saja. Kalau tak masuk U bukan makna aku bodoh untuk teruskan hidupkan?” Ain masih lagi cuba menolak dengan cara paling praktikal padanya.
“Kau tak nak masuk U?” Tanya Amran.
Ain hanya mengeleng.
“Mak bapa kau tahu tak yang kau tak nak masuk U?” Tanya Amran lagi.
Ain hanya mengangguk sambil tumpuannya terus diberikan kepada laporan amali Kimia yang sedang dilakukannya tadi.
“Dah tu mak bapa kau tak kisah ke?” Tanya Amran pelik.
“Memanglah dia orang kisah tapi pada aku kalau ada rezeki masuk U, aku masuklah. Tapi kalau tak ada rezeki aku tak kisah. Kalau aku nak belajar aku masuk STPM. Kalau tak aku kerja lah. Asalkan aku tahu macam mana nak terus hidup dengan baik dan aku percaya kejayaan tak datang kalau kita setakat pandai dalam pelajaran saja.” Terang Ain panjang lebar.
“Erm...betullah apa yang kau cakap tu tapi kau tak boleh berserah pada takdir saja. Kau kenalah berusaha. Sesudah berusaha baru kau tawakal, berserah. Ini kau dah berserah dulu sebelum mencuba.” Amran masih tak mengalah memujuk Ain.
Dia cuma mahu melihat Ain berjaya dalam pelajarannya.
“Aku dah usahalah. Aku datang sekolah. Aku masuk juga kelas dia. Berbanding dulu aku tak pernah masuk kelas dia. Sebab fikirkan nak SPM ini lah yang memaksa aku masuk juga kelas dia.” Kata Ain cuba buat Amran faham.
“Aku kan tertanya-tanya juga kan. Kenapa kau tak suka cikgu Zailan ya? Aku rasa dia okey saja.” Tanya Amran sambil matanya terus memandang kesibukan Ain mengemas mejanya.
“Dengan korang baik lah dia. Cuba kalau dengan aku? Kau tak perasan ke dia suka cari pasal dengan aku. Saja nak buat aku malu.” Kata ain sambil memuncunngkan bibirnya.
Benci sungguh dia dengan Cikgu Matematik Tambahannya tu.
“Tapi normalkan kalau dia tanya student. Nak uji kefahaman. So apa yang ‘saja nak buat kau malu’ tu?” Amran cuba mempertahankan Cikgu Zailan.
“Yalah. Dah tau aku tak tahu nak tanya aku buat apa? Tak ke gaya nak malukan aku?” Pertahan Ain.
“Dah tu manalah dia tahu kau tahu ke tak. Dia bukan boleh baca fikiran kau.” Kata Amran cuba mengajak Ain rasional.
“Dia memang tahu aku lemah maka tak sepatutnya dia tanya aku macam-macam. Macam semalam, saja lah nak tunjuk baik konon-konon bagi kata peransang ‘masih ada masa nak perbaiki’ walhal nak kata ‘kau memang biasa fail!” Balas Ain sambil mengajuk kata-kata cikgu Zailan kelmarin.
“Dahlah memalukan aku dengan sebut markah. Hey...Nasib baik aku dapat 15 tau. Kalau dapat kosong aku salahkan kau yang tak reti ajar. Huh! banggang punya cikgu.” sambung Ain lagi dengan marahnya.
“Dah semua orang dia sebut markah takkan pengecualian dekat kau kot.” Balas Amran yang masih lagi cuba mempertahankan guru yang amat dia kagumi itu.
“Kalau dah tau ada yang fail, tak payah sebut markah. Kan senang. Apa yang nak susah sangat nak sebut markah bagai. Ingat kita ni budak sekolah rendah ke?” Makin angin Ain apabila Amran mempertahankan Cikgu Zailan.
“Dah kalau macam tu aku offer nak ajar kau ni. Kot berkat ilmu aku, kau boleh lulus nanti” provoke Amran.
“Kau ni rupanya tak faham rupanya. Aku tak nak lah kau ajar aku. Aku tak nak terhutang budi. Takut nanti tergadai body.” Ujar Ain geram dan berlalu dari kelas.
Itu pun setelah dia perasan yang mereka hanya berdua saja didalam kelas itu.
“Dasar kepala batu. Kalau pergi pujuk dia lagi dengan comfirm dan confident nya dia takkan setuju juga. Biarkan. Ingat kau saja boleh tunjuk kepala batu kau? Kau tak fikir kepala batu aku lagi.” Ngomel Amran.

                                               *****************

Dua hari setelah perbincangan yang tak ada kesudahan itu, Ain berada dikelas untuk ulangkaji matapelaharan Matematik Tambahan. Dia sudah menyusun jadual belajarnya untuk SPM semenjak 3 bulan yang lalu. Hanya seminggu sebelum peperiksaan percubaan SPM, dia mengikut jadual belajarnya dengan penuh disiplin.
“Nah, mak aku bagi bekal kat kau.” Tiba-tiba saja Amran menjelma sambil meletakkan bungkusan yang dibawanya di hadapan Ain.
“Woi...untuk Ain saja ke mak kau bagi bekal? Untuk kitorang yang dah kebulur tahap gaban ni tak nak pula mak kau bekalkan?” Tanya Omar yang berada hujung kanan kelas.
“Alahai...merajuk pula kau ni. Dah macam tapir saja aku tengok muncung kau tu. Meh lah sini. Banyak ni mak aku bekalkan pisang goreng ni.” Jawab Amran sambil melambai-lambai Omar dan Fuad.
Sepantas kilat mereka berdua singgah dimeja Ain. Memang kebulur betul. Ain tak terkata apa.
“Korang ni memang betul kebulur. Ni mak dia bagi aku lah.” Sakat Ain sambil merebut bekas makanan yang dibawa oleh Amran.
“Alah, bukan habis pun kau nak makan seorang. Bak lah sini sikit. Kita share lah” Pinta Fuad.
Ain menjuihkan bibirnya dan mengelengkan kepalanya sambil menyorokkan bekas makanan itu di belakangnya.
Amran hanya tertawa kecil melihat telatah kawan-kawannya itu.
“Dahlah korang. Kita datang nak belajar sama-samakan. Bukan nak makan. Kebetulan saja mak aku tadi goreng pisang sebab kawan dia bertandang. Tu yang aku bawa untuk korang sama ni. Sharing is caringkan.” Amran cuba meredakan keadaan yang sudah hinggar bila Ain tetap menyakat Omar dan Fuad.
“Dah-dah. Pergi ambil buku korang. Kita study sini. Hari ni study Add Math. Kan Ain?” ujar Amran lagi.
Ain hanya mengangguk.
Omar dan Fuad segera ke tempat mereka dan mengambil buku dan duduk di meja bersebelahan Amran dan Ain.
“Lah.. yang korang sibuk duduk dekat dengan aku ni kenapanya?” Tanya Ain.
Dia heran bila meja Nelly yang duduk bersebelahannya turut menjadi tempat berkumpul mereka. Amran dihadapannya berkongsi meja dengannya manakala Omar disebelah Amran dan Fuad berada di sebelahnya.
Mereka bertiga buat tak tahu saja dengan pertanyaan Ain itu. Mereka terus memberi tumpuan pada buku dan sibuk menyiapkan soalan-soalan yang dikemukan di dalam buku latihan. Kalkulator pula seakan memukau mereka untuk terus menekan. Sekali-sekala bila soalan yang diberikan mengelirukan, mereka akan berbincang. Melihatkan suasana itu, Ain membiarkan mereka dan turut bersama belajar bersama mereka.
Semenjak itu mereka seakan dalam satu group. Selepas waktu sekolah, mereka akan makan dan terus menuju ke surau untuk solat Zuhur. Kemudian ke kelas semula untuk belajar mengikut jadual belajar yang dibuat olehnya.
Kecuali Amran yang akan balik ke rumah. Katanya tak selesa nak solat menggunakan baju sekolah. Lagi pula rumahnya dekat. Dimana rumah Amran tidak pula dia bertanya.
Hanya sekiranya mereka terpaksa duduk di makmal, barulah Amran akan bersama mereka untuk solat dan makan bersama kerana tak mahu lambat memulakan ulangkaji.
Dalam ulangkaji mereka, Amran membantu dalam matapelajaran Add Math, Fizik dan EST (English in Science and Technology). Fuad pula pada subjek Kimia. Manakala Omar memegang subjek Lukisan Kejuruteraan yang merupakan subjek kegemarannya. Ain menbantu mereka menyelesaikan masalah dalam subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam komsas serta Tassawur Islam dan Pendidikan Islam. Subjek yang lain seperti Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik mereka belajar bersama-sama.
Bila keputusan SPM keluar, Ain mendapat 5C untuk matapelajaran Matematik tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Kimia dan Fizik. Satu pencapaian yang sangat membanggakan pada Ain kerana selama ini 4 matapelajaran ini tak pernah memberikannya markah yang baik. Sama ada gagal atau lulus sekadar cukup makan.

*********************

Ketukan dipintu bilik dan suara orang memberi salam mematikan khayalan Ain bersama dengan Amran. Amran. Lelaki itu pernah menjadi kawannya, gurunya dan kini adalah suaminya.
Wajah Amran ditatapnya. Ada keletihan pada wajah itu.
Amran kemudian masuk ke kamar mandi untuk menyegarkan dirinya.
Ain duduk di sofa yang berada didalm bilik itu. Sememangnya dia telah duduk di situ sejak usai membersihkan diri. Matanya yang sedang mengantuk kerana keletihan yang teramat mudah saja lena.
Amran mengejutkan Ain yang sudah terlena itu. Boleh saja andai dia ingin mencempung Ain dan membaringkannya diatas katil tapi dia tak nak Ain berfikir yang tidak-tidak mengenainya.
“Kenapa?” Soal Ain bila tidurnya diganggu.
“Buka mata dulu. Ni saya nak awak sign surat perjanjian perkahwinan kita ni.” Jawab Amran. Ain yang dalam keadaan mamai hanya memandang Amran yang sedang meletakkan surat perjanjian diatas meja.
“Kira macam kita ni kahwin kontrak lah ya?” Soal Ain.
Dalam mamainya dia masih teringat kisah kahwin kontrak didalam novel yang selalu dibacanya.
“Nope. Ini perjanjian kita berdua. Perjanjian sepanjang perkahwinan kita.” Terang Amran.
Ain yang sememangnya teramat mengantuk hanya mengangguk sambil matanya pejam. Dia tidak boleh focus dengan apa yang diucapkan Amran.
“Ain dengar tak?” Tanya Amran agak tinggi bila dilihat Ain memejamkan matanya.
“Ya... Dengar. Dah tu nak sign kat mana?” Soal Ain.
“Sign kat sini.” Arah Amran dan memberikan pen kepada Ain.
Ain menandatangani surat perjanjian itu tanpa membacanya.
“Awak tak nak baca dulu?” Soal Amran.
“Nanti-nanti saya baca. Ini satu surat saja ke kena sign? Saya tak ada copy?” tanya Ain dalam mengantuknya. Dia inginkan salinan untuk dia baca esok.
“Ini salinan untuk awak. Ditandatangani oleh saya. Saya tak nak perjanjian ini jadi sah di mahkamah seandainya terjadi apa-apa di dalam perhubungan kita. Maka biar hanya mempunyai satu saja tandatangan.” Jawab Amran jelas.
Ain hanya mendengar dan mengangguk.
“Suka hatilah. Sekarang boleh saya tidur?” Soal Ain kepada Amran yang sedang mengemas surat perjanjian yang baru mereka tandatangani tadi. Langsung lupa yang malam ini adalah malam pertamanya.
“Awak lupa yang malam ni malam pertama kita” Soal Amran dengan niat hendak mengusik Ain.
Amran memandang Ain yang duduk di sebelahnya.
“Tidur.” Ujarnya sambil mengeleng kepala.
“Ain. Bangun pergi tidur atas katil.” Cuit Amran dibahu Ain.
Ain tidak berkutik.
“Ain. Ain. Bangunlah. Tak elok tidur duduk macam ni. Nanti sakit badan. Sakit pinggang.” Kejut Amran lagi.
Masih tiada respond.
“Ini kalau bom meletup pun tak jaga agaknya. Ni kang kalau aku angkat dan dia terjaga kang dia kata aku saja nak ambil kesempatan. Kejut tak nak bangun.” Ngomel Amran.
“Ain. Ain Nadira. Bangun. Pergi tidur kat katil tu.” Kali ini Amran menampar-nampar lembut pipi Ain.
Ain buka matanya sedikit. Lantas dia menanya Amran mengunakan isyarat kepala.
‘Nak apa lagi?’
“Jom tidur kat atas katil.” Kata Amran lantas menarik tangan Ain.
Ain hanya mengekor.
Amran membaringkan Ain dikatil lantas memalapkan lampu mengunakan alat kawalan lampu bilik di meja sisi katil. Kemudian dia baring disebelah Ain. Amran menatap wajah Ain. Sangat comel dirasanya. Ada getar dibatinnya.
‘Aku lelaki normal. Tengok perempuan yang halal disebelah, tergerak juga nak bermesra tapi aku takkan sentuh dia melainkan atas keizinannya. Aku sayangkan dia bukan kerana tubuhnya tapi kerana aku ingin mendapatkan keberkatan dari-Nya. Bukan nafsu sebab aku menikahinya tapi kerana aku diberi oleh Allah suatu anugerah dinamakan cinta.
Sedang ralit menatap wajah Ain, Amran terlelap. Baru saja tidurnya hendak lena, terdengar bunyi esak tangis seseorang. Amran membuka kelopak matanya. Dilihat Ain sedang menangis tertahan-tahan. Mungkin tak mahu orang dengar tangisannya.
“Lah. Kenapa yang menangisnya? Takkan rindu kat mak dan abah pula?” Tanya Amran sambil mengesat pipi Ain yang sudah basah dengan air mata.
“Awak janji tak nak sentuh saya. Kenapa awak tidur sebelah saya? Kan dah janji kan?” Ain menuturkan lara dihatinya sambil menahan sendu hatinya.
‘Bila pula aku janji tak nak sentuh dia? Okey... memang aku dah janji tapi dengan diri aku sendiri bukan dengan dia. Lagipun, gila ke aku tak nak sentuh dia? Dia isteri aku. Cuma aku tak nak bermesra dengannya dalam keadaan terpaksa saja. Takat sentuh, tak luak mana pun.’ Ngomel hati Amran.
“Bila pula saya sentuh awak? Pegang pun tak, macam mana nak sentuh?” Kata Amran.
“Habis, yang awak tidur sebelah saya ni?” Ain mula menangis semula.
“Ain. Bangun. Pandang saya” Amran duduk dan menarik Ain untuk sama duduk dengannya.
“Saya tidur sebelah awak bukan menuntut hak saya sebagai suami tapi saya nak awak yakin dan percaya bahawa saya adalah suami awak yang hanya akan minta hak saya bila saya rasa awak dah bersedia untuk saya.” Jelas Amran penuh yakin dan jujur.
“Ain, tak ada paksaan dalam hubungan kita. Kalau awak tak percaya sekarang. Macam mana awak nak percaya saya nanti? Kita tak tahu sampai bila jodoh kita. Kita tak tahu apa yang akan terjadi masa depan. Bila mati kita. Maka saya mohon pada awak, percaya pada saya sebagai suami awak selama kita masih menjadi suami isteri, boleh?” Kata Amran sambil menatap terus ke mata Ain.
Ain kaku.
“Dah. Saya nak awak bina keyakinan awak dan kepercayaan awak terhadap saya. Perkara pertama sebagai permulaan hari kita sebagai suami isteri, kita tidur sekatil. Dah tidur.” Kata Amran seraya membaringkan Ain semula.
Ain hanya memandang Amran disisinya yang juga turut menatap matanya.
Ada perasaan selamat diwaktu itu dirasakan Ain dan rasa tenang juga menyaluti perasaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan