SUBSCRIBE

Khamis, Mei 19, 2016

AIN NADIRA 3

Bab 3

“Sayang, bangun. Subuh.” Pagi itu Amran mengejutkan Ain untuk solat subuh.
Ain bangun menuju ke bilik air.
Dia mandi. Dia tidak perlu bawa baju semua kerana bilik Amran mempunyai ruang salin yang berasingan dengan ruang tidur dan bilik air pula berada di dalam ruang salin yang dipisahkan dengan dinding konkrik. Ruang salin ini pula lengkap dengan segala persalinan.
Dia cepat siap menyarung baju dan kemudian menyarung telekung sementalah dikerlingnya jam didinding sudah jam 6.30. tak elok melewatkan solat.
Dibawanya kain sejadah ke depan untuk solat memandangkan ruangan ini sempit. Hanya muat untuk menyarung pakaian saja. Dilihat Amran masih bertelaku di atas sejadah. Menyedari kemunculan Ain. Amran pantas bangun dan memandang Ain.
“Kita solat jemaah ya.” Kata Amran.
Ain mengangguk lantas membentangkan sejadahnya di sebelah kiri Amran. Amran lantas Iqamah dan terus mengimamkan solat mereka. Selesai solat, Amran mengimamkan bacaan zikir dan doa.
“Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, adik beradik kami, dosa-dosa kami dan dosa-dosa muslimin dan muslimat. Ya Allah, kami bersyukur di atas kurniaan-Mu, rezeki-Mu, Hidayah dan taufiq yang Engaku turunkan kepada kami dan kami mohon Ya Allah, janganlah Engkau tarik pemberian-Mu ini hingga menyebabkan kami menjauhi-Mu, Ya Rabbi. Ya Allah, Kau lorongkanlah hati kami untuk membuat kebaikan dan Kau pesongkan hati kami dari kemungkaran dan kemaksiatan. Hanya pada-Mu Ya Allah kami memohon. Berikan kami limpah kurnia dan iradat-Mu di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal ‘alamin” Doa Amran ringkas.
Ain mengaminkan doa Amran.
Kemudian Amran memusingkan badannya menghadap Ain dan menghulurkan salam.
Ain merapati dan menyambut huluran salam Amran.
Amran mencium ubun isterinya. Terasa aman saja bila berbuat demikian.
“Kita baca Al-Mathurat ya?” Kata Amran.
Ain hanya mengangguk.
Ain tahu kelebihan Al-Mathurat. Dipelajarinya sewaktu mengikuti Usrah semasa di UiTM, Melaka dulu. Kata Ustazah Noraini, orang yang membaca Mathurat akan terhindar dari syaitan. Selain itu, Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat. Andai dibaca waktu selepas subuh maka  Allah akan melindunginya sehingga Asar dan andai dibaca selepas Asar maka Allah akan memeliharanya sehingga Subuh.
Amran bangun mengambil Al-Mathurat yang sedia ada didalam biliknya. Sementalah Ain tidak tahu dimana terletaknya kitab tersebut. Dia menyerahkan kepada Ain dan segera bersila berhadapan Ain.
Selesai membaca Al-Mathurat, Ain segera menanggalkan kain telekungnya dan dilipat rapi kemudian diletakkan semula di ruang salin. Dia mahu segera turun ke bawah. Tidak mahu nanti ibu mertuanya punya perasaan tidak enak padanya. Itu pesan mak yang diingatinya.
Sesampai saja di dapur dilihatnya Puan Rozila sudah siap menyediakan hidangan untuk sarapan. Ain memberi salam sambil terus menuju ke arah Puan Rozila yang sedang sibuk mengambil pinggan untuk diletakkan dimeja makan.
“Maaf mummy, terlewat bangun tadi.” Ucap Ain. Lantas menolong mummy mertuanya menyediakan cawan.
“Ain, mummy buat coffee saja. Kalau Ain nak minum yang lain buat sendiri ya.” Laung Puan Rozila dari meja makan.
Ain hanya mengangguk dan kemudian mengambil teko yang paling kecil diantara susunan pinggan mangkuk dan membancuh milo ‘O’ kosong sejuk. Tanpa ais. Kegemarannya setiap pagi. Kemudian Ain menghidangnya di ruang makan dan kembali semula ke dapur.
“Mummy, dalam rumah ni tak sesiapa minuman sejuk untuk breakfast?” Tanya Ain.
“Tak. Kenapa?” Jawab Puan Rozila.
“Jadi maknanya hanya Ain yang minum sejuk pagi-pagi.” Ujar Ain.
“Ain, tak baik minum ais pagi-pagi.” Nasihat Puan Rozila.
“Kat Jepun, diorang minum air sejuk setiap pagi. Satu botol besar lagi. Tak ada pun diorang kata tak elok, Mummy.” Balas Ain sambil tersenyum.
Sudah ramai yang menegurnya tentang minuman sejuk tapi dia buat tidak peduli. Padanya setiap orang ada amalan kesihatan masing-masing. Dia memilih utk mengikut amalan orang-orang Jepun kerana pada pemerhatian mereka, orang Jepun antara kaum tersihat di dunia.
“Itu dekat Jepun, Ain. Kita dekat Malaysia cuaca lain.” Nasihat Puan Rozila.
“Ais memang tak elok. Selalu Ain bancuh guna air sejuk dalam peti sejuk tapi tadi fikir kot ada yang terliur pula tengok Ain minum milo, tu yang buat juga sikit dalam teko.” Jelas Ain.
Puan Rozila hanya menggeleng melihat menantu barunya itu. Pilihan Amran. Dia tiada bantahan sementalah sewaktu datang merisik diperhatinya keluarga bakal menantunya itu ramah dan mesra. Mereka juga kelihatan dari kalangan keluarga baik-baik.
Dia juga pernah terserempak dengan Ain 3 minggu yang lepas. Orangnya kelihatan sopan dan menghormati orang tua. Dia suka lihat kemesraan Ain bersama dengan ibunnya. Dia suka lihat keakraban Ain dengan ibu saudaranya.
Sewaktu majlis akad nikah, dia turut perhatikan betapa rapatnya hubungan kekeluargaan yang ada pada menantunya. Melihat keluarga besar menantunya. Hatinya tenang. Amran memilih isteri dari kalangan orang yang beragama. Itu doanya siang dan malam. Alhamdulillah...
“Ain naik panggil Amran dan daddy. Mummy malas nak naik atas. Rasa penat sangat hari ni. Nasib baik kita pakai catering dan semua dorang yang uruskan. Kalau tak mahu demam mummy nak buat.” Arah Puan Rozila lantas menarik kerusi meja makan dan duduk.
Ain lantas mendaki tangga ke bilik Amran. Masih janggal untuk mengaku itu biliknya juga. Dilihatnya Amran sedang sibuk menghadap i-pad nya.
“Mummy panggil turun.” Kata Ain dimuka pintu.
Dia berniat untuk menutup pintu dan menuju ke bilik mertuanya di sebelah kanan tangga. Niatnya terbantut apabila Amran memanggilnya. Ain masuk ke bilik itu dan duduk berhadapan dengan Amran di hujung katil.
“Cuba tengok gambar ni.” Amran menunjukkan ipadnya kepada Ain.
Ain menyambutnya dan melihat gambar sekitar perkahwinan mereka yang telah di upload oleh rakan-rakan mereka. Amran berpindah duduk di sebelah Ain.
“Hish...leka pula. Tadi mummy suruh turun makan. Panggil daddy sama. Tengok. Awak buat saya leka. Nanti mesti mummy ingat saya curi tulang.” Kata Ain. Risau. Lantas bangun dari katil.
Padanya walau dia kahwin dengan Amran bukan kerana cinta tapi dalam hal menjaga hati orang tua adalah keutamaannya. Menyakiti hati ibu mertuanya samalah macam sakitkan hati ibu kandungnya.
‘Aku sayang mak dan aku mesti kena sayang mummy juga.’ Pesan hatinya.
“Alah... Mummy tak kisah punya. Mummy pun tau. Pengantin baru.” Sengih Amran nakal.
“Mengarut saja. Jom lah turun.” Ajak Ain.
Amran tidak bergerak. Masih dengan ipadnya.
“Cepatlah. Saya nak panggil daddy sama.” Gesa Ain.
Amran buat tak dengar saja.
Ain yang sudah berada di pintu bilik masuk semula dan mendekati Amran. Ain menarik Amran. Barulah Amran bangun dari duduknya dan mengikut tarikan Ain. Amran dibelakang hanya tersenyum.
‘Tahu takut dengan mummy.’ Getus hati Amran.
Sesampai ditangga, suara daddy dan mummy kedengaran dari bawah. Daddy dah turun. Ain melepaskan tangan Amran. Amran terus kaku. Ain yang dah turun setengah tangga menoleh bila dilihatnya Amran tidak mengikut dibelakangnya.
‘Mengada-ngada.’ Marah Ain di dalam hati.
Ain naik semula dan menarik tangan Amran. Sengaja. Ditangga terakhir Amran menyaingi langkah Ain. Membuatkan mereka berjalan beriringan. Memang dia sengaja buat begitu. Biar mummy dan daddy nampak kemesraan pengantin baru.
“Assalamualaikum mummy, daddy” Ucap Amran.
Ain hanya tersenyum.
Amran mencium pipi dan dahi mummy. Kemudian daddy. Ain hanya memerhati.
‘Anak mak.’ Getus Ain di dalam hati.
“Apa pandang macam tu. Jealous lah tu sebab tak dapat ciuman macam mummy dan daddy dapat, kan?” Kata Amran mengusik.
Puan Rozila dan Encik Amir hanya tersenyum mendengar usikan Amran itu. Amran memang kuat menyakat.
“Mana ada” Dalih Ain.
“Alah, kalau nak cakap saja. Meh nak cium sikit.” Usik Amran lagi.
Dia melangkah mendekati Ain.
Ain mencebik.
‘Takkan dia nak buat punya. Kan dah ada perjanjian.’ Yakin hatinya berkata.
Tapi demi melihat Amran yang makin hampir, dia jadi gelabah. Yuuu...malu ok.
“Jangan nak mengada sangat boleh tak?” Kata Ain bila Amran kini benar-benar berdiri seinchi jaraknya dengan tubuhnya.
“Apa dia? Orang nak duduk pun salah?” Amran ketawa kecil.
Ain hanya buat tak tahu. Malas nak layan Amran. Dia buat seperti biasa. Seperti rumah ini rumahnya saja. Nak duduk sini hari-hari maka kenalah buang rasa malu dan segan. Lagipun kini keluarga ini adalah keluarganya juga.
“Ain makan roti saja? Tak nak makan nasi lemak ni?” Soal Encik Amir yang melihat Ain sedang menguyah roti yang kedua.
Dia suka lihat muka Ain. Manis dan tenang. Patut pun Amran boleh jatuh sayang pada Ain. Memang manis.
“Makan.  Lepas makan roti” Jawab Ain. Kalut.
“Dia mana makan berat pagi-pagi macam ni. Orang jenis breakfast 2 kali. Orang gomen.” Bidas Amran.
Ain memandang geram sambil menyepak kaki Amran. Dia senyum segan kearah Encik Amir dan Puan Rozila.
“Tak adalah, daddy. Ain hentam saja. Semua pun masuk. Amran ni saja yang pandai-pandai.” Balas Ain.
‘Tak boleh pakai betul. Semua pun nak cerita.’ Marah Ain dalam hati.
Dia mengambil nasi lemak dan disendukkan ke dalam pinggannya. Diletakkan lauk pauk yang telah siap terhidang di depan mata.
“Jangan paksa diri.” Itu saja ayat Amran.
‘Lantakkan. Konon nak jaga hati mummy dengan daddy. Kang sakit perut kang jangan salahkan aku.’ Ngomel hati Amran.
“Betul Ain. Jangan paksa diri. Daddy tanya tadi bukan nak suruh Ain makan. Cuma takut nanti Ain lapar.” Puan Rozila cuba menjernihkan keadaan antara anak dan menantunya. Dia faham memang sesetengah orang tak boleh ambil makanan berat pagi-pagi.
“Tak apa mummy. Lagipun memang dari tadi Ain dah terliur tengok nasi lemak ni. Bau dia saja dah mengancam.” Jawab Ain.
Puan Rozila hanya mengeleng kepala sambil memandang suaminya kemudian anaknya.
Amran hanya mengangkat bahu.
“Ain. Nanti-nanti pun boleh makan.” Pujuk Puan Rozila.
Dia pandang Amran meminta bantuan tapi Amran leka makan.
“Takut tak sempat pula. Nanti Amran kata nak bawa pergi ambil barang-barang Ain kat rumah mak. Lagipun mummy tengoklah orang sebelah ni. Makan lahap sangat. Tak sempat tak apa. Boleh makan balik nanti. Tapi kalau habis dikerjakan orang sebelah. Kempunan pula Ain.” Balas Ain sambil menjeling Amran yang sedang enak menjamah makanan yang terhidang.
Ketawa Puan Rozila dan Ain bila melihat Amran tercengang.
Encik Amir yang dari tadi hanya jadi pemerhati juga turut gelak. Makan sampai tak pandang kiri kanan.
“Mengutuk ya?” Tanya Amran.
Dikerlingnya Ain yang sedang menyuap nasi lemak ke mulutnya dengan muka selamba.
“Mana ada. Terasa pula. Saya cakap orang sebelah saya. Bukan awak” Jawab Ain selamba.
“Owh... Main-main.” Kata Amran lantas mencubit pipi Ain.
Geram.
Encik Amir dan Puan Rozila hanya ketawa kecil melihat telatah anak menantu mereka.
“Sakit-sakit.” Kata Ain cuba menolak tangan Amran dari pipinya.
“Cakap lain kali tak nak buat.” Ugut Amran.
“Ya. Lain kali buat lagi.” Ain cuba membantah.
“Tengok. Main-main. Baik cakap tak nak buat.” Ugut Amran lagi sambil mencubit pipi Ain dengan lebih kuat.
“Adoi... Sakitlah awak. Yalah. Yalah. Lain kali tak buat.” Ain mengikutkan kehendak Amran. Tak sanggup nak rasa cubitan lebih kuat.
“Dah. Minta maaf cepat.” Kata Amran sambil menghulurkan tangannya kepada Ain.
Ain hanya memandang.
Amran kemudian menyuakan tangannya lebih dekat ke muka Ain.
Ain sambut tangan Amran dan mencium tangan itu.
“Minta maaf. Lain kali saya minta maaf lagi.” Kata Ain kemudian melepaskan tangan Amran dan bersedia untuk lari.
Amran mengejar Ain keliling meja makan. Encik Amir dan Puan Rozila hanya memandang. Malas nak tegur. Biarkanlah. Pengantin baru.

****************

Selesai saja sarapan, Amran dan Ain berangkat ke rumah ibu bapa Ain yang hanya beberapa ratus meter saja dari rumah ibu bapa Amran. Kelihatan Puan Azlin sedang menyiram pokok bunga yang ditanamnya dihalaman rumah. Amran memberi salam dan kemudian menyalami tangan ibu mertuanya.
“Sihat mak hari ni?” Tanya Amran sopan.
“Alhamdulillah. Sihat. Kamu penat lagi ke?” tanya Puan Azlin pula.
“Sikitlah mak. Nasib baik catering sepenuhnya. Kalau tak parah juga. Mahunya hari ni tak habis buat kerja lagi.” Jawab Amran.
Sememangnya keputusan untuk membuat majlis mengunakan khidmat catering yang menyediakan pelayan adalah keputusan yang paling tepat. Rumah pun semalam sebelum balik, saudara maranya dah tolong kemaskan. Nasiblah saudara mara jenis ringan tulang. Lagipun mereka duduk berhampiran saja. Paling jauh pun Damansara Utama.
“Ain mana?” Tanya Puan Azlin bila tak kelihatan Ain.
“Sakit perut. Makan nasi lemak tadi. Degil mak. Orang dah khabar jangan makan nasi lemak yang mummy masak tu kalau memang perut tak boleh terima makanan berat pagi-pagi. Tak nak dengar. Dibedalnya juga. Nak jaga hati mummy kononnya. Lepas tu makan tak ingat dunia. Boleh pergi tambah sampai 2 kali. Ni kan dah sakit. Rasakan.” Bebel Amran.
Puan Azlin hanya senyum. Faham sangat dengan perangai anaknya yang seorang itu.
“Eh, mana Amran tahu yang Ain tak boleh makan berat pagi-pagi? Ain bagitahu?” Tanya Puan Azlin pelik memandangkan Ain bukan orang yang suka bercerita.
“Tak lah mak. Saya dengan Ain kan dah lama kenal. Sejak sekolah lagi. Ada sekali tu kami pergi camping. Pagi tu lepas subuh kami sarapan. Sarapan masa tu yang ada cuma nasi goreng dengan teh. Ain tak ada pilihan selain makan sebab lepas tu kami nak mendaki. Kalau tak makan risau pengsan. Tu yang lepas saja makan. Tak sampai setengah jam dia kena sakit perut. Pucat muka dia. Semua masa tu dah cuak juga. Nak bawa ke klinik, dia tak nak. Lepas tu, baru dia bagitahu yang dia tak boleh makan berat pagi-pagi.” Cerita Amran panjang.
Puan Azlin hanya mengangguk.
“Tak apalah Amran. Biar mak masuk buatkan dia hot chocolate. Bagi dia ada tenaga sikit. Tu sakit perut muntah-muntah lah tu. Kamu nak?” Puan Azlin beransur masuk ke dalam rumah.
“Boleh juga” Kata Amran lalu menuruti ibu mertuanya hingga ke dapur.
“Lah. Sampai ke dapur kamu ikut mak buat apa?” Puan Azlin hairan.
“Saja nak sembang dengan mak.” Ujar Amran.
Tersengih.
Puan Azlin hanya mengeleng kepala dan tersenyum melihat sengihan Amran.

*********************

Ain terbaring lesu didalam biliknya. Terasa tak mahu pulang ke rumah mertuanya. Sakit sangat. Mana larat nak kemas macam ni.
Amran naik ke bilik Ain setelah berbual lama dengan mertuanya. Dia naik ke atas pun untuk menjengah keadaan Ain dan menghantar hot chocolate yang sudah suam. Dia bercadang untuk bersembang dengan mak mertuanya itu selepas ini. Mengeratkan silaturahim sambil mengorek rahsia isterinya itu.
Walaupun sudah mengenali Ain dari sekolah rendah tapi mereka hanya rapat sewaktu di tingkatan 4 dan menjadi sangat rapat 2 bulan sebelum SPM. Maka ada banyak tentang Ain yang dia masih tak tahu.
Dia perhatikan Ain yang terbaring lesu di atas katilnya. Ain langsung tidak sedar akan kehadirannya. Diperhatikan Ain yang sedang membelakanginya itu. Teringat kisah lama.

****************

Selepas zaman sekolah rendah, keluarga Ain berpindah ke London. Lama mereka menetap di sana. Lebih kurang 3 tahun. Mereka pulang sewaktu mereka sudah di tingkatan 4.
Kehadiran Ain di saat Amran sudah tiada semangat langsung hendak belajar. Dengan keputusan PMR yang tidak memberansangkan. Semangatnya makin pudar.
Kehadiran Ain di kelasnya pada suatu pagi bagaikan menyuntik kembali semangat yang hilang.
‘Pembakar semangat aku sudah kembali.’
Sememangnya Ain adalah pembakar semangatnya. Amran mula rajin ke sekolah dan sangat rajin duduk dalam kelas. Semuanya kerana mahu selalu dengan Ain.
Amran mula mengatur hidupnya demi Ain. Boleh dikatakan aku dah mula cipta impian untuk bersama Ain. Dia mahu bahagiakan Ain dan menyediakan semua kelengkapan untuk Ain bila mereka sudah bergelar suami isteri nanti.
‘Keputusan cemerlang dalam SPM adalah pemangkin untuk mengatur hidup yang lebih baik.’ Itu kata-kata yang dia pengang.
Dengan tekad kecemerlangan dalam SPM membuatkan Amran mula berminat untuk belajar. Siapa percaya, dia adalah antara peserta yang terlibat dalam Seminar Kecemerlangan Akedemik yang dianjurkan pihak sekolah bagi pelajar yang lemah mengikut keputusan PMR boleh menjadi pelajar cemerlang peringkat daerah setiap bulan yang selama ini diungguli pelajar Cina.
Teringat betapa seksanya hati dan jiwa aku sepanjang ketiadaan Ain. Asalkan nak study untuk PMR aku akan ke rumahnya. Orang kata tak dapat tengok tuannya dapat tengok bumbung rumah pun jadi lah. Dengan cara itu aku melepaskan rindu pada Ain.
Ingatan itu buatkan dia tekad. Ain mesti dimiliki. Dia tidak mahu berjauhan dengan Ain. Dia tak mahu rasa seksa itu mengikuti hidupnya. Oleh itu, dia belajar dan terus belajar.
Tamat saja kertas kimia yakni paper terakhir untuk SPM, maka Amran dan kawan-kawan sekelas menjerit kemenangan. Akhirnya, mereka berjaya juga menghabiskan semua kertas peperiksaan dengan jayanya. Dan selebihnya, jeritan iru lebih pada hendak menyakitkan hati budak-budak biologi yang masih berbaki satu kertas biologi, esok.
Mereka berkumpul di tempat parking motor. Budak-budak kelas biologi yang sekepala dengan mereka ikut seerta walaupun esok mereka ada kertas biologi seawal jam 8 pagi. Nak buat macam mana. Mereka kena raikan bersama kerana hanya tinggal pelajar kelas sains saja yang masih belum habis.
Pelajar kelas sastera, mereka sudah habis 2 hari lepas. Ada yang dah habis minggu lepas lagi. Nasib la. Lagipun, orang kata ‘the more the merrier’ sebab yang tinggal nak meraikan kertas akhir ini pun budak-budak Melayu kelas Amran yang tak sampai 10 orang. Kalau campur mereka boleh la sampai angka belas. 
“Meh sini baju kau orang aku nk sign. Geram pula aku tengok korang main sign-sign ni.” Terdengarkan suara Ain, lantas Amran mengalihkan tumpuan kepadanya.
Amran lihat Ain mengambil pen marker yang berada di tangan Shila lantas menconteng satu persatu baju yang disuakan kepadanya. Langsung tidak ada rasa bersalah.
“Ain, dari tadi aku tengok kau duk sign baju orang tapi baju kau tu elok saja bersih. Mai sini aku tolong rasmikan baju kau tu.” Amran mendekati Ain.
“Kalau kau berani meh lah conteng. Kalau tak kaki, siku aku bagi.” Balas Ain.
“Amboi. Garang betul anak murid kau ni, Am. Tak respect langsung.” Kata Fuad sambil gelak besar bila Ain tayang penumbuk ke arahnya.
“Sifu aku lagi tak boleh pakai. Patut halang buat kerja-kerja terkutuk conteng uniform sekolah. Ini dia join sekaki. Nak conteng uniform aku. Yang kau punya uniform tu masih suci bersih meh la sedekah macam Fuad dengan Omar ni.” Balas Ain.
Amran memang tak terkata apa. Jelingan Ain itu yang selalu mengganggu jantung Amran untuk berfungsi dengan baik.
‘Hai jelingan tu. Tunggu la bila dah jadi milik aku.’ Bisik hati Amran.
Fuad dan Omar yang tahu kebisuan aku terus mengeleng kepala.
Fuad dan Omar adalah kawan Amran sejak dari hari pertama menjejakkan kaki di lantai sekolah ini. Sejak dari tingkatan 1 sampai lah hari ni, mereka sekelas.
Hanya dengan mereka berdua tempat Amran curahkan bebanan rasa yang tersimpan dan mereka juga yang selalu menemaninya melepaskan rindu dengan duduk berjam-jam dihadapan rumah Ain. Walaupun kebanyakan masa Amran pergi sendiri.
Namun, sejak Ain ada dalam kelas ni, Omar sentiasa menjadi master mind dalam merapatkan hubungan Amran dan Ain kerana Ain sangat lah berat mulut dengan orang yang dia tak biasa. Tapi kalau sudah rapat mulut dia saja yang buka. Tak bagi peluang langsung orang lain nak bersuara. Sesuai lah dengan cita-cita dia nak jadi peguam.

************************

Mengingatkan kisah itu pasti akan mengundang tawa dihati Amran. Bagai-bagai cara Omar rancang untuk menjayakan rancangan agar Amran berjaya rapat dengan Ain. Tapi tak pernah berjaya.
‘Bukan nak berlagak tapi mungkin Ain itu dekat dengan hati aku, maka idea aku selalu bernas. Bermula dengan memcadangkan Ain menjadi Penolong Ketua Pengawas. Semestinya penolong aku. Kemudian menjadi teman belajarnya dan itu adalah idea yang paling bernas kerana dari situ aku rapat dengannya dan terus rapat dan makin rapat.’
Serapat-rapat pun rupanya masih banyak rahsianya yang aku tak tahu. Kata mak dia ada seorang kawan yang akan menjadi keutamaannya untuk mencurahkan rahsia hatinya. Kalau aku nak tahu rahsia hatinya, kawan dia itu lah yang harus aku cari.
Kata mak, kalau kawan dia yang satu tu punya pasal, ain sanggup buat apa pun. Pesan mak, jangan halang dia untuk menguruskan kawannya itu sebab mak kata sewaktu itu kawannya itu pasti dalam kesesakan. Sangat memerlukannya.
“Aku tak pernah tahu dia ada seorang kawan yang sangat dia percaya. Ain yang aku kenal bukan orang yang senang percaya pada orang lain. Tentu kawannya itu sangat hebat sampai boleh meraih kepercayaaan Ain.” Kata Amran dimuka pintu.
Dia lalu mendekati Ain dan terus duduk di sisi katil.
Ditenungnya raut Ain yang sedang menahan sakit. Hot chocolate yang dibawanya diletakkan dimeja sisi katil. Dia mendekati Ain yang sudah terlelap. Sakit sangatlah tu. Degil sangat lagi. Rasakan.
Amran mengusap umbun kepala Ain. Seperti gaya memujuk anak kecil. Kemudian dia mencium ubun Ain.
Ain tersedar apabila Amran mencium umbunnya. Dia biarkan. Masih berpura tidur.  Ain terasa seperti separuh dari sakitnya itu terbang pergi.
‘Agaknya dia ni pakai ilmu penunduk? Setiap kali dia dekat dengan aku, aku sentiasa terasa tenang. Aku terasa seperti banyak masalah aku yang telah selesai.’ Kata hati Ain.
“Ain, bangun. Ini mak buatkan hot chocolate. Tapi dah suamlah.” Kata Amran sambil menepuk lengan Ain lembut.
Ain membuka matanya.
“Biarkan saja di situ. Nanti Ain minum. Ain nak reha...”
Tak sempat Ain menghabiskan katanya terus dia bangkit dan menuju ke bilik air.
Muntah.
Amran yang mengekor mengusap belakang Ain.
Ain membasuh mulutnya kemudian menolak Amran keluar dari bilik air. Terasa perutnya memulas.
“Ain... Sakit perut tak semestinya nak berak. Ain tu sakit perut. Jangan paksa berak. Nanti buasir.” Kata Amran sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air.
Tak sampai 2 minit, Ain sudah keluar dari bilik air. Amran mendekati. Didudukkannya Ain dikatil kemudian dihulurkannya cawan yang berisi Hot chocolate tadi.
Ain minum tanpa bantahan. Kemudian diberikan semula cawan tersebut kepada Amran, lalu baring.
Amran kembali duduk disisi Ain. Matanya melilau mencari sesuatu. Tu pun. Amran lantas bangun nak mengambil barang yang dikehendakinya dan kemudian duduk disisi Ain semula. Diselaknya sedikit baju Ain.
“Amran, janganlah.” Larang Ain dengan sepenuh tenaga yang masih ada.
“Saya nak sapu minyak panas ni. Kot boleh bagi cepat sembuh sakitnya tu.” Kata Amran.
Ain kemudian hanya membiarkan. Dia sememangnya tidak berdaya. Lemah rasa badannya.
Selesai menyapu minyak panas diperut Ain, Amran ke bilik air untuk membasuh tangannya. Dilihat bilik air itu masih ada kesan muntah Ain.
‘Apalah basuh pun tak bersih. Nasib dapat suami mithali macam aku ni. Boleh diharap untuk bersihkan muntah isteri.’ Puji Amran pada dirinya sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan