SUBSCRIBE

Jumaat, Mei 20, 2016

AIN NADIRA 4

Ain membuka matanya.
‘Dah pukul berapa ni? Sakit betul kepala. Tak terdaya rasanya nak angkat.’ Hatinya mengaduh.
Dia memandang sekeliling bilik. Dilihat Amran tiada.
‘Mana pula perginya Am ni. Dah lah sakit urat saraf, dia pula tak ada. Agak-agak pukul berapa ye? Rasanya tadi aku bangun jam pukul 5 petang. Agaknya sekarang ni pukul 6 kot. Tapi takkan pukul 6 gelap macam ni. Ini macam gelap hujan pun ada ni. Tapi mustahil pulak. Handphone pun tah kat mana tah. Bilik ni memang tak ada jam. Menyesal rasanya tak letak jam.’ Ngomelnya.
Pulasan tombol pintu buatkan Ain menoleh untuk melihat gerangan orang yang masuk. Along!!!
“Kata hari Khamis baru sampai. Ini baru hari Isnin dah sampai. Alang-alang baik kejar sampai semalam. Boleh tengok adik sanding kat rumah Amran.” Kata Ain apabila melihat abangnya berdiri di muka pintu.
Rajuknya tak habis lagi. Geram benar rasa hati bila hari bersejarahnya tidak dihadiri oleh seorang pun adik beradiknya.
“Alah. Marah pula adik along ni.” Hakimi tersengih melihat amarah adiknya.
Hakimi berjalan mendekati Ain.
Ain duduk dikepala katil. Memberi ruang untuk abangnya duduk menghadapnya.
“Mana ada adik marah. Terasa saja. Rasa macam diri ni anak tunggal tak ada adik-beradik. Along dengan kakak sama saja. Pentingkan benda lain dari adik sendiri.” Luah Ain.
“Dia yang teruk. Dah tahu kan. Along kalau berlayar paling sekejap pun sebulan, paling lama berbulan-bulan. Tah bila masa bercinta. Tunang sebulan terus nikah. Adik bertunang masa tu along baru 4 hari berlayar. Then you expect what? Along terjun kapal berenang balik ke Malaysia, ke adik nak Along suruh kapten kapal tu patah balik? Langgar kontrak. Adik nak tolong bayarkan ganti rugi?” Pertahan Hakimi.
Memang dia agak bengang dengan Ain. Kahwin macam tak menyempat nak tunggu dia dan Hakimah balik.
“At least balik lah sekejap. Bukannya kapal tu 24/7 berlayarkan. Mesti dia ada singgah kat mana-mana port kan?” Ain tak mahu mengalah.
“Adik lupa? Along kali ni naik kapal direct ke India? Mana ada kapal yang ke India ada singgah-singgah. Singgah di Port Nhava Sheva sajalah. Hari adik nikah, Along dah on the way balik ke sini. Ingat sempat sampai untuk majlis rumah Amran. Rupanya tak sempat.” Terang Hakimi.
‘Dengan Ain, mana boleh mengalah. Kena bagi fakta.’ Satu kenyataan tentang Ain yang semua ahli keluarganya tahu.
“Erm. Apa-apa saja lah. Nak buat macam mana. Adik memang ada mak dan abah saja. Tak ada abang, tak ada kakak. Yang ada Cuma abah dan mak saja.” Ain mula buat suara merajuk.
Hakimi tersenyum mendengar nada itu.
‘Dah kalah lah tu. Tak ada idea nak menjawab. Nasib kau lah Amran dapat adik aku yang kuat merajuk ni.’ Ketawanya dalam hati. Tak mahu ketawa lepas. Nanti payah nak pujuk.
“Meh sini nak peluk adik along ni. Lama tak jumpa. Jumpa saja terus kena fire. Tak bagi salam, tak sempat salam along, dia dah fire dulu.” Kata Hakimi lantas mendekati Ain dan memeluk kepalanya.
“Ee. Busuk lah Along. Tak mandi ke? Duduk dekat atas air pun tak ada air ke?” Kata Ain seraya menolak kasar tubuh Hakimi.
Kemudian Ain mengambil tangan Hakimi lantas disalam dan diciumnya tangan itu. Tangan Hakimi tidak segera dilepaskan. Direnungnya tangan itu.
“Tangan Along dah makin berkedut. Tau tak tu tandanya apa?” Tanya Ain.
“Along kuat buat kerja” Jawab Hakimi.
Ain mengeleng.
“Tanda Along dah makin kurus?”
Ain masih mengeleng dengan jawapan Hakimi.
“Salah. Ini tanda Along dah kena kahwin” kata Ain sambil ketawa kuat.
Hakimi hanya mengeleng.
“Apa punya perangai ketawa kuat-kuat. Tak sedar ke adik tu dah nikah? Malulah kalau suami adik tengok. Tak sopan.” Tegur Hakimi.
“Alah. Amran dah tahu lama dah perangai adik. Dia kawan adik masa kat sekolah dulu.” Jawab Ain sambil mencebikkan mukanya.
“Oh... Ni kira dah bercinta sejak sekolah lagi lah ni? Kira masa kat sekolah bercintalah. Tak  belajar. Patutlah keputusan SPM teruk.” Giat Hakimi.
“Apa pula. Dia tu kira macam sifu adik tau. Dia yang ajar adik terutamanya Add Math. Kalau tak mesti kantoi. Mesti tak dapat masuk Universiti” Jelas Ain.
“Kiranya masa cikgu mengajar main mata lah ni?” Sakat Hakimi lagi.
“Mana ada. Along jangan tak tahu. Adik tak tahu pun dia tunang adik. Ingatkan kena tunang dan nikah dengan seorang mamat sewel tu.” Ain berhenti mengambil nafas.
“Tapi rupanya dengan si kacak jiran tetanggan saja.” Sambung Hakimi.
“Betul. Along ni makin pandailah” Kata Ain sambil sama ketawa dengan Hakimi.
“Eyh? Amran kacak ke? Biasa saja adik tengok.” Kata Ain jujur.
Matanya dinaikkan ke atas sambil jarinya mengetuh-ngetuk dagunya.
Hakimi senyum.
“Along!! Ain!! Apa lagi tu?” Laungan dari mak menghentikan ketawa mereka.
“Allah. Along lupa. mak suruh turun makan tengahari. Mak kata lama sangat dah Ain tidur.” Kata Hakimi sambil menepuk dahinya keterlupaan.
“Makan tengah hari?” Ain pelik.
“Rasanya sebelum Ain tidur tadi pukul 5 petang. Macam mana sekarang ni boleh ke tengah hari balik.” Sambung Ain.
“Adik ni mengigau ke apa?” Hakimi heran. Dia baru sampai ke rumah sejam yang lalu.
“Along, Amran mana?” Tanya Ain. Hanya Amran yang dirasakannya boleh berikan jawapan.
“Dia balik rumah dia kejap. Ada kawan dia datang. Masa majlis hari tu tak sempat nak datang. Kejap lagi sampai lah kot.” Jawab Hakimi.
Pelik dia melihat Ain yang seperti orang yang tercengang. Takkan suami pergi kejap adik aku dah jadi sewel. Baru kahwin seminggu dah tak boleh renggang?
“Handphone. Along pinjam handphone.” Pinta Ain.
Hakimi memberikan telefon bimbitnya kepada Ain.
Ain mengambilnya lalu mendail nombor telefon Amran. Nombor telefon Amran memang sudah dihafalnya. Maklumlah dulu masa zaman sekolah Ain tak punya telefon bimbit. Maka kalau nak telefon kena lah pakai telefon rumah. Maka selalulah nombor telefon bimbit Amran jadi sasaran jarinya kerana dia rasa lebih mudah bercakap dengan Amran dari yang lain. Amran pun tak pernah tukar nombor telefonnya.
“Awak kat mana?” Tanya Ain terus tanpa salam bila saja Amran menjawab panggilannya.
“Baru sampai rumah mak. Kenapa?” Hairan Amran mendapat panggilan telefon itu. Nombor yang tidak dikenalli. Bila dijawab terdengar suara Ain yang sedang panik.
“Naik sekarang. Cepatlah.” Desak Ain.
Amran yang mendengar suara desakan seperti nak tukar ke tangisan itu segera membuka pintu kereta dan keluar. Sesampai di muka pintu, salam diberi dan dilihatnya Puan Azlin dan Encik Mohd Radzi sudah sedia di meja makan.
“Makan, Amran.” Pelawa Puan Azlin yang sedang mencedok nasi ke pinggan Encik Mohd Radzi.
Amran hanya mengangguk.
“Ye mak, tapi nak tengok Ain kejap. Tah kenapa tah semacam saja telefon tadi.” Kata Amran lantas terus ke bilik Ain.
“Ain dengan Along tu. Mak suruh Along kejutkan Ain.” Kata Puan Azlin.
Amran hanya mengangguk. Sampai saja di bilik Ain, Amran mendekati Ain selepas menyalam Hakimi yang dilihatnya seperti kebinggunggan.
“Kenapa?” Tanya Amran.
“Entahlah isteri kau ni. Tak faham Along. Tiba-tiba jadi macam ni.” Jawab Hakimi.
“Hari ni. Hari Isnin kan? Macam mana Isnin petang boleh kembali ke Isnin tengahari. Kita ada mesin masa ke boleh patah-patah balik?” Soal Ain.
Amran yang mendengar kata-kata Ain itu hampir saja ketawa.
“Hari ni hari Selasa, dik.” Jawab Hakimi.
Hairan dengan adiknya yang seperti orang bingung.
“Ain... Awak lupa semalam apa jadi?” Tanya Amran.
Ain mengeleng.
“Semalam awakkan sakit perut. Tersangat. Awak pengsan lepas muntah petang semalam. Malam tadi Doktor Amri datang bagi awak injection bila sakit perut awak masih tak pulih. Lepas tu awak tertidur sampai la ni baru bangun.” Jawab Amran tenang.
Hakimi yang mendengarnya menganggukkan kepalanya.
“Ada doctor datang? Bila? Saya tak sedar pun. Saya tidur pukul 6 lebih. Ni sepatutnya dah malamlah kan? Tengok langit pun gelap.” Kata Ain.
Masih lagi hairan.
“Ain, Maghrib tu saya kejut awak tapi awak langsung tak bangun. Sampai mak tampar-tampar muka awak nak suruh awak bangun tapi awak tetap kaku. Kami panic. Tu yang abah panggil doctor suruh tengok awak.” Terang Amran.
“Doktor kata awak tak sedar diri mungkin terlalu penat dan tak ada tenaga. Semalam sebab sakit perut awak langsung tak nak makan. Sebab tu awak tak sedarkan diri tu.” Jelas Amran lagi.
“Lamanya saya tidur.” Kata Ain pada dirinya sendiri sebenarnya.
“Alah. Saya kerja hari ni.” Ain sudah mula mengelabah.
“Habislah saya. Nanti mesti kena marah.” Sambung Ain lagi.
“Awak nampak telefon saya? Saya nak call office bagitahu saya half day hari ni.” Kata Ain pada Amran.
“Dah. Saya dah call office bagitahu keadaan awak.” Jawab Amran.
Sebenarnya kawan pejabat Ain yang menelefon Ain pagi tadi. Terlanjur itu, dia menceritakan keadaan Ain ketika itu dan meminta kawan Ain memberitahu pejabat yang Ain mengambil MC. Lagipun, semalam sewaktu menghantar doktor ke kliniknya untuk mengambil ubat, doktor telah disertakan sama surat cuti kepada Ain.
“Dahlah, mak dengan abah dah tunggu kita makan. Ain pergi mandi dulu. Amran jom kita turun makan. Jangan layan sangat Ain ni. Kang kita yang kebulur” Kata Hakimi lantas menepuk bahu Amran dan terus kakinya melangkah keluar dari bilik adiknya itu.
Amran mengikut abang iparnya turun setelah memastikan Ain sudah masuk ke bilik air.

*********************

“Sedap masak lemak labu mak tu.” Puji Amran sewaktu mereka sekeluarga sedang bersantai diruang tamu.
Rancangan televisen yang ditanyangkan hanya dikerling tanpa ada seorang pun yang menontonnya. Hakimi sedang membaca surat khabar manakala Puan Azlin dan Encik Mohd Radzi sedang berborak dengan Amran. Ain pula berada di dapur. Mengemas meja makan.
“Kamu ni, Amran. Pandai saja ambil hati mak. Padahal kamu bukan minat sangat pun kan?” Kata Puan Azlin.
Dia perasan tadi Amran hanya mengambil kuah masak lemak labu tanpa isinya.
“Tak lah mak. Amran memang suka masak lemak labu.” Nafi Amran.
Semamangnya dia meminati masakan itu. Ala kampong gitu.
“Dah tu mak tengok kamu tak ambil pun labunnya.” Balas Puan Azlin.
“Dia memang makan macam tu, mak. Tak payah mak nak kecil hati. Dah memang cara dia makan macam tu.” Bela Ain yang datang dari dapur bersama dulang berisi air limau dan kacang kuda yang direbus emaknya semalam.
“Oh, pasal tu ke mak kata Amran ambil hati?” Tanya Amran sambil ketawa.
Sememangnya dia tak gemar makan labu.
“Kalau pasal tu Amran minta maaflah mak. Amran memang tak makan labu. Kuahnya Amran makanlah. Bukan takat masak lemak labu, kalau pucuk paku ke sayur-sayur semua pun Amran tak makan isinya. Ambil kuah saja.” Terang Amran lagi.
“Ada juga orang makan macam tu.” Kata Hakimi yang menyampuk.
Dia kemudian mengambil air yang dihidangkan Ain tadi.
“Tu lah. Pelik. Mak tahu, dia ni kalau masak lemak labu makan dengan nasi saja pun di makan dengan selera. Habis tinggi pun dia ambil ikan kering. Tu pun tengok juga ikan kering apa. Kalau selain dari ikan kering gelama masam, tak di ambilnya. Punyalah cerewet.” Kutuk Ain sambil ketawa suka.
Suka tengok muka Amran geram.
“Nasib Adik lah dapat suami cerewet.” Balas Hakimi.
Saja nak usik Ain yang tak sedar yang sedang dikutuknya itu bukan kawannya lagi tapi suaminya. Langsung tidak sedar, kecerewetan Amran itu akan menyusahkan dirinya juga bila mereka menetap di rumah sendiri.
“Tah, Ain. Yang cerewet tu suami kamu. Yang kamu ketawakan tu suami kamu.”  Tegur Encik Mohd Radzi.
Tak suka dia bila dilihatnya anaknya itu seperti tidak menghormati perasaan suaminya sendiri. Dia tak mahu anaknya itu menjadi seorang isteri derhaka.
Hakimi hanya mendengar. Niat hatinya hanya ingin mengusik Ain tapi abah pula bersuara. Kalau abah dah mula bersuara, baik diam saja. Kalau tak nanti dengan dia pun terbabit.
“Ketawalah. Nanti-nanti dah tak boleh nak ketawa. Masa tu jangan asyik nak telefon mak macam mana nak masak semua. Sekarang tinggal dengan mak mertua tak apalah. Mak mertua kamu boleh uruskan. Nanti kalau dah duduk sendiri, menangis kamu.” Puan Azlin pula melancarkan tegurannya.
“Apa semua pihak dekat awak ni? Semua dah lebih sayang awak dari saya. Tak sukalah macam ni.” Rajuk Ain sambil memukul peha Amran.
“Ini bukan lebih sayang ke apa. Lain kali kalau Amran buat salah pun, mak dan abah akan tegur. Teguran sebab kami sayang kamu semua. Kalau salah tetap salah, Ain. Macam ni, tak baik buat suami Ain macam tu. Dulu kamu berkawan nak buat macam mana pun tak apa. Tapi sekarang ni, Ain dah jadi isteri Amran. Ain wajib menjaga tingkah laku Ain. Jaga hati Am. Maruah Am. Harta Am. Itu memang dah termaktub dalam syarak Ain. Jangan buat main dengan hukum agama.” Tegur Encik Mohd Radzi lembut tapi tegas.
“Mak pun nak tanya Ain. Kenapa yang Ain bersaya-awak dengan Amran. Tak boleh ke panggil yang mesra sikit. Macam mana hubungan nak erat kalau panggilan mesra tu tak ada.” Tegur Puan Azlin pula.
Padanya, suami isteri mesti kena ada panggilan mesra baru boleh mengeratkan lagi jalinan kemesraan suami isteri tak kisah lah macam mana pun hubungan sebelum bergelar suami-isteri. Kalau tidak, tak kan Rasulullah pun punya panggilan manja untuk isteri-isterinya. Contohnya, Aisyah r.a. yang digelar Humairah.
Teguran bertubi-tubi oleh Encik Mohd Radzi dan Puan Azlin itu mengundang rajuk dihati Ain. Didepan Amran pula tu. Jatuhlah kredibilitinya. Tak boleh ke tegur nanti. Hatinya mula menyalahkan Hakimi yang memulakan semua ini.
Matanya mengarah ke Hakimi.
Hakimi hanya tersenyum mendengar kata-kata teguran dan nasihat dari mak dan abah.
‘Cayalah mak. Aku pun tak suka dengar Ain bersaya-awak. Ingat Amran tu kawan dia lagi ke? Apa punya adik. Orang lain belum kahwin dan bersayang-abang segala bagai. Dia boleh bantai saya-awak. Nasib baik tak aku-kau.’ Komen Hakimi di dalam hati.
Amran yang mendengar teguran mertuanya terhadap isterinya hanya memandang Ain. Teguran itu memang diakuinya. Walaupun baru seminggu mereka diijab kabulkan, ada juga perlakuan Ain yang mengundang rajuk dihatinya. Namun demi kesejahteraan hubungan mereka, dia hanya diamkan saja. Dia pujuk hatinya dengan alasan Ain belum biasa dengan statusnya kini.
“Dahlah. Ain nak naik. Nak kemas. Ada suami pun tak tahu nak back-up isteri. Diam saja.” Kata Ain dan terus berlalu.
Amran mengaru kepala.
Yang lain hanya mengelengkan kepala. Macam-macam.
Amran ingin bangun mengikuti Ain tapi dihalang oleh keluarga Ain. Lantas dia hanya duduk dicsitu demi menjaga hati keluarga Ain.
‘Nanti-nantilah layan rajuk Ain. Ada betul juga cakap abah dan mak. Kalau sekarang dah pergi pujuk lagi mengada-ngada.’ Kata Amran di dalam hati.

**********************

Sesudah selesai menunaikan solat Isyak barulah Amran dan Ain tolak balik ke rumah keluarga Amran. Ain hanya membawa barang kegunaan harian saja. Yang lain ditinggalkan di rumah keluarganya. Lagipun, bukan jauh pun rumah keluarga Amran dan rumah keluarganya. Kalau jalan kaki 10 minit dah sampai.
Sejak dari tengahari tu, Ain langsung tak tegur Amran. Geram betul hatinya. Amran langsung tak memujuknya. Solat maghrib dan isyak pun di surau. Bukan dipinta untuk Amran memujuknya sangat tapi dia ingin Amran mula menyuarakan tentang apa yang diperkatakan orang tuanya. Tentang panggilan antara mereka. Segan rasanya untuk dia yang mulakan.
“Ain, masih tak nak cakap dengan saya?” Tanya Amran apabila dia melihat Ain naik ke katil. Bersedia untuk tidur. Diletaknya buku yang sedang dibacanya di meja sisi.
Tiada balasan dari Ain selain jelingan.
“Ain, saya tak kisah pun pasal tu semua. Saya memang tahu saya cerewet makan. Itu kenyataan. So, tak ada sebab untuk saya marah awak.” Kata Amran lagi bila dia lihat Ain masih tak mahu bersuara. Dia tak mahu menyentuh tentang teguran mertuanya yang menjadi rajuk Ain itu.
“Ain, janganlah diam macam ni. Betul saya tak kisah pun awak gelakkan saya tu. Awak janganlah buat macam ni. Diam awak tu membunuh jiwa saya, tau tak?” Amran masih mencuba sedaya upaya untuk memujuk.
“Kalau awak nak cubit saya pun saya terima. Cepatlah. Cubitlah.” Amran menyuakan tangannya kepada Ain.
Redha saja lah. Lebam nanti sapu saja lah minyak apa-apa. dia masih ingat cubitan Ain masa zaman sekolah dulu. Sehingga meninggalkan kesan berhari-hari.
“Eee... Dari tadi tak nak pujuk. Sekarang baru nak pujuk. Menyampah.” Kata Ain lantas bangun menuju ke sofa.
Dia duduk sambil menyilangkan tangannya. Mulutnya dimuncungkan panjang. Persis anak kecil yang sedang marujuk tak dapat aiskrim.
“Cepatlah cubit. Saya salah. Bukan tak nak pujuk tadi tapi mak, abah, abang Hakimi tak bagi. Diorang ajak sembang” Amran membela diri.
“Saya tak nak cubit awak. Nanti kalau awak mengadu dengan mak, dengan abah, saya kena lagi” Kata Ain dengan nada merajuk dan manja.
“Saya tak mengadu”
 “Tak nak”
“Cubitlah”
“Ish...Kenapalah awak ni susah sangat nak faham. Mana boleh isteri cubit suami dia. Derhaka nanti.” Kata Ain sambil menolak tangan Amran.
Dia lantas bangun menuju ke katil pula. Amran masih mengekor.
“Tapi saya izinkan. Saya redha awak cubit saya asalkan awak tak buat perangai macam ni.” Amran menyuakan tangannya lagi.
“Hish awak ni. Saya bukan merajuklah tapi kecil hati saja. Sampai hati awak tak nak cakap dengan saya lepas tu. Sekarang baru awak nak cakap. Saya nak cakap dengan awak pun terasa macam bersalah.” Luah Ain akhirnya.
“Awak nak cakap apa dengan saya?” Tanya Amran terus duduk dihadapan Ain.
Muka Ain yang sudah kemerahan dipandangnya.
“Saya fikirkan betul juga apa mak cakap tu. Tak baik saya panggil awak saja. Bukan masalah tak mesra tapi saya rasa macam tak sesuai. Awak bukan kawan saya lagi tapi dah naik taraf ke tempat tertingg iaitu suami saya.” Kata Ain berhenti di situ.
Amran yang mendengar tersenyum hingga ke telinga. Kata-kata Ain itu umpama isyarat yang Ain redha menerimanya menjadi suami walaupun mereka baru tinggal bersama.
“Habis tu Ain nak panggil saya apa? Jangan aku-kau macam dulu-dulu dah lah. Tu baru betul-betul sedih.” Tanya Amran.
Kali ni dia mahu Ain sendiri yang buat keputusan. Dia tak nak memaksa. Kalau ikutkannya, dia suka kalau Ain panggilnya abang sama macam orang lain tapi Ain tetap Ain. Tak percaya? Tunggu.
“Saya tak nak panggil abang sebab awak bukan abang saya. Lagipun, Abang Zarif saya panggil abang. Tak nak sama.” Balas Ain.
Amran senyum. Kan dah cakap. Ain tetap Ain. Dia tak nak sama dengan orang lain.
“Apa kata kita panggil nama je? Walaupun rasa macam still in friend’s mode tapi rasa macam lebih mesra dari saya-awak.” Hujah Ain.
Amran hanya mengangguk. Dia tidak akan bantah walau apa pun yang Ain utarakan tentang isu ini.
“So, both of us kan ada 2 nama. Ain Nadira dan Amran Syauqi. Apa kata awak panggil saya Nadira and I will call u Syauqi. Boleh?”Tanya Ain.
Amran memikirkan sejenak. Ini mesti terpengaruh dengan cerita dalam novel ni.
“Saya bukan nak membantah tapi saya lebih suka Ain panggil saya Am dan saya panggil Ain. We both kenal each other dengan nama tu kan. Then, kenapa mesti tukar untuk dapatkan kelainan?”Kata Amran.
Ain fikir sejenak.
“Lagipun, tak ke susah nak tukar panggilan ke Syauqi? Saya tak kisah nak sebut Nadira. It simple tapi saya pasti akan terlepas sebut nama Ain sebab saya memang kenal awak by name of Ain bukan Nadira” Luah Amran lagi.
Bukan niatnya nak membantah walaupun tadi dia dah ingatkan dirinya tentang memberi kuasa untuk Ain membuat keputusan. Namun, padanya pasti akan menimbulkan kekeliruan andai nama itu ditukar.
“Ain, saya suka nama Ain. Mata. Mata yang memberi sejuta makna dari hati. Mata Ain secantik hati Ain.” Puji Amran dengan nada yang paling rendah.
Segan pula nak cakap dengan nada romantik. Hihi...
“Ish, apa ni jiwa-jiwa. Okey. Okey. Saya pun rasa senang panggil Am. Syauqi tu rasa macam nak tergeliat lidah.” Kata Ain mengelak dari diri hanyut dengan kata-kata Amran.
Dia kemudian menarik selimut dan terus baring untuk tidur.
Amran menghela nafas. Ingat boleh nak buat dia cair. Alih-alih dia still lagi dengan kepala batunya tu. Keras. Ingat malam ni dapatlah tidur peluk-peluk kalau dia dah cair. Nampak gayanya kenalah tidur pandang belakang dia saja. Walaupun tak suka tapi tak apalah. Lain kali lah aku tegur dia tentang perkara ni. Kesian dekat Ain. Hari ni dah berjela kena ceramah free.

“Aku maafkan semua salah kau, wahai Isteriku.” Kata Amran kala matanya dipejamkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan