SUBSCRIBE

Jumaat, Mei 20, 2016

AIN NADIRA 6

Bab 6

Sudah hampir sebulan Ain mula bertugas. Rutin kerjanya yang memerlukan dia sentiasa fokus. Eksekutif Kewangan. Mana boleh leka. Silap sedikit akan mengakibatkan salah maklumat yang boleh menjejaskan perancangan kewangan syarikat. Sekaligus, boleh mengakibatkan dia didakwa atas beberapa kesalahan serius seperti penyelewengan dan pecah amanah. Walaupun, sebenarnya dia cuma tersalah memasukkan angka.
Namun, sejak berkahwin ni, kerjanya sering terganggu. Nak marah, suami sendiri. Kalau tak marah pun tak boleh. Sudah berkali-kali dia ingatkan Amran supaya tidak menghubunginya pada waktu pejabat tapi Amran tetap Amran. Bukan tak faham tapi suka menguji kesabaran.
Jam menunjukkan jam 9.59 pagi.
‘Kejap lagi bunyilah telefon tu. Kejap ya. Sabar. Okey, start counting. 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1. Eyh? Tak bunyi? Biar benar? Ni dah tepat jam 10 pagi. Macam tak percaya dia tak berbunyi. Kejap lagi la tu. Tunggu saja.’ Hatinya sudah mula gelisah.
Namun, dia tenangkan dan kembali focus kepada kerja. Bukan kerja-kerja yang berat. Hanya kerja-kerja menyemak laporan. Itu pun dia masih tidak boleh member focus sepenuhny. Hatinya gelisah tanpa panggilan telefon dari Amran.
Sehingga jam 10.30 pagi, telefonnya tetap tidak mengeluarkan bunyi.
‘Agaknya jam Amran mati kot.’ Ain cuba menenangkan hatinya.
Dia masih setia menunggu sambil cuba fokus pada kerjanya. 10 minit berlalu. Masih tiada panggilan dari Amran. Hatinya tidak senang. Lantas dia menekan nombor telefon Amran.
“Nombor yang anda dail berada diluar kawasan. Sila dail sebentar lagi.” Panggilan Ain dijawab oleh operator.
‘Ai, kakak angkat dia pula jawab? Dia pergi mana? Amran tak cakap pun nak pergi mana-mana. Takkan nak call office dia pula. Bukan ada urusan kerja pun. Lagipun, mana aku ada nombor telefon pejabat dia.’ Ain bermenolog sendiri.
Ain mendail sekali lagi walaupun dia rasa tindakan itu adalah sia-sia. Cuma untuk menyedapkan hati yang dalam kerisauan. Walaupun baru menghampiri sebulan rutin tersebut, tapi ia seperti sudah menjadi kebiasaan. Dan bila kebiasaan itu tiba-tiba tak ada. Terasa janggal. Dan perasaan itu yang menyerang Ain sekarang ini. Ditambah dengan rasa risau akan kemungkinan musibah yang tak diingini.
Ain cepat-cepat beristighfar dan mendoakan keselamatan suaminya. Terngia-ngia pesan Ustazah Noriani. Apa yang kita fikir itu juga adalah doa. Maka, kena selalu berfikir secara positif. Kena berfikir perkara-perkara baik.
Selesai saja doanya diaminkan, telefonnya berbunyi. Melihat nama Amran di skrin telefon bimbitnya membuatkan Ain separuh lega. Segera panggilan telefon Amran diangkat.
“Assalamualaikum. Am tak ada apa-apa kan?” Ain memberi salam dan terus menanyakan tentang keselamatan suaminya.
“Waalaikummussalam. Am okey saja. Kenapa Ain?” Jawab Amran.
Tertanya-tanya mengapa Ain bertanyakan keadaannya. Yang paling pelik, Ain menelefonnya diwaktu pejabat. Selalunya bila dia menelefon, Ain akan menjawab panggilan telefonnya acuh tak acuh saja.
“Tak ada apa. risau kenapa Am tak call Ain. Takut ada apa yang tak kena.” Jawab Ain jujur.
Dia sangat lega Amran selamat. Tersangat lega.
“Am tak nak kacau Ain. Selalukan Ain marah Am call.” Kata Amran.
Dia juga hairan sewaktu mendapat pesanan ringkas dari rangkaian telefon menandakan Ain gagal menghubunginya tadi. Risau sekiranya ada perkara lain yang berlaku pada Ain.
“Lepas ni Am kena call Ain macam biasa. Jangan miss lagi. Am buat Ain risau sangat. Call tak dapat.” Tutur Ain tanpa sedar.
Sedar-sedar dia sudah terlepas cakap.
Amran sudah tersenyum. Dia tahu Ain menuturkan tanpa sedar kerana sekiranya dalam sedar, Ain tidak akan menyatakan perkara yang boleh meragut ketegasannya.
“Janji lepas ni Am call macam selalu.” Janji Amran.
Ain sudah terkedu. Terlajak kata mana boleh undur tapi tak bermakna tak boleh pusing balikkan?
“Bagus tapi kalau Am busy tak payahlah. Nanti kacau kerja Am pula.” Ain cuba untuk membetulkan kata-katanya.
“Kalau tak telefon Ain pun kerja Am terganggu juga.” Amran bermain kata.
Bukan dia tak faham Ain cuba untuk memusing kata.
“Kalau bil telefon Am melambung naik jangan salahkan Ain.” Balas Ain pula.
“Kalau Am boleh invest ambil Ain jadi isteri Am, takkan tak boleh invest untuk ambil hati Ain. Lagipun Am buat bukan untuk Ain tapi untuk Am.” Balas Amran.
Dia senyum.
Ain kebuntuan idea.
Sebenarnya bukan kebuntuan idea tapi terasa hati dengan kata-kata Amran.
‘Invest? Dia fikir aku ni apa? saham? Matawang? Sedap saja dia kata invest. Teruk betul.’ Hati Ain sudah mula mengutuk kata-kata Amran itu. Namun, dia cuba untuk bertenang agar Amran tidak perasan akan rasa hatinya.
“Ikut suka hati Am, lah. Sudahlah. Ain nak siapkan kerja Ain. Assalamualaikum.” Kata Ain lemah.
Terus dimatikan telefonnya selepas mendengar jawapan salam dari Amran.
Amran tersenyum.
Hatinya cukup berbunga. Senyumnya hingga ke pipi. Dia dapat rasakan penerimaan Ain. Dia tersenyum lagi. Rasa seronok mendengar suara Ain membuatkan dia mendail nombor telefon bimbit Ain sekali lagi.
“Ain, assalamualaikum.” Sapa Amran sebaik talian diangkat oleh Ain.
“Waalaikumsalam.” Ain menjawab acuh tak acuh.
“Ain, kan Am dah cakap. Jawab salam tu biar betul. Berapa kali Am nak kena betulkan ni?” Tegur Amran.
“Maaf. Waalaikummussalam. Am nak apa call lagi ni?” Tanya Ain.
“Am nak bagitahu. Tadi Am tengah drive menghala ke Ipoh sebab tu Ain call tak dapat. Kat highway Kampar ni line tak berapa nak cantik.” Terang Amran.
“Am tak bagitahu pun yang Am nak ke Ipoh. Dah tu Am balik ke stay sana?” Ain agak terkejut tapi lebih pada terkilan.
‘Nak buat macam mana? Aku hanya suatu pelaburan.’ Hati yang merajuk terus menanamkan benih yang akan merosakkan hatinya sendiri.
“Am minta maaf. Tiba-tiba saja tadi bos ajak pergi Ipoh sebab colleague yang patut ikut bos tu demam pula. Am pun tak sempat nak call Ain. Terus bos bagi arahan dan bagi kunci kereta sekali.” Terang Amran.
Dia suka dengar suara Ain yang terkilan tadi tapi dia juga tahu dia perlu pujuk rasa terkilan itu agar tidak bernanah dalam hati Ain. Satu perkara Amran tidak tahu, Ain sedang makan hati.
“Tapi takkan tak sempat nak buat even a single call?” Ain mula melayan rajuk dihati.
“Am minta maaf. Am salah. Tak patutkan Am buat Ain susah hati.” Pujuk Amran.
“Tak apalah. Ni Am dah dekat mana?” Ain pujuk hatinya.
Lagipun, Amran dah minta maaf pun. Tak perlu nak panjangkan rajuk hati. Tak baik kan Ain?
“Sekarang dekat RTC Simpang Pulai. Rest kejap. Lagipun, meeting start pukul 12.30pm nanti.” Terang Amran.
“Okey lah. Hati-hati driving. Nanti Am jangan lupa call mummy. Risau pula mummy nanti kalau Am lambat balik.” Pesan Ain.
“Yes, mam”. Kata Amran gaya seorang askar menerima arahan pihak atasan.
Ain dan Amran ketawa.
“Main-main pula Am ni. Dah lah. Ain nak sambung kerja. Am rest dulu. Makan. Jangan segan. Bos belanjakan?” Usik Ain.
Mereka ketawa lagi.
“Yelah. Assalamualaikum.” Amran mematikan talian telefon selepas Ain memjawab salamnya.
Amran masih merenung telefonnya sambil tersenyum.
“Bahagia saya tengok awak sekarang. Makin berseri muka tapi satu yang saya tak gemar. Awak sekarang makin banyak mengelamun. Sampai saya duduk depan awak pun awak tak perasan.” Usik Tuan Hashim pada Amran.
Dia suka tengok pekerjanya yang seorang ini. Selalu ceria dan mudah tersenyum. Seandainya dia punya tekanan, pasti dia akan panggil Amran untuk menemaninya walaupun untuk segelas teh. Aura tenang diwajahnya bisa menenangkan kepalanya juga. Mungkin berkat wuduknya.
“Penyakit pengantin baru, Tuan.” Jawab Amran berseloroh.
Dia tahu kata-kata majikannya itu hanya gurauan. Selama ini pun dia kerap termenung tapi tak pernah menimbulkan rasa tak puas hati majikannya. Takkan sekarang baru hendak terasa.
“Pandai awak ya. Kalau orang lain dah mengelabah dah.” Kata Tuan Hashim sambil ketawa.
Dia suka Amran. Tidak mudah mengelabah.
Amran ikut sama ketawa. Kemudian dia meminta diri untuk membeli makanan untuk perutnya pula. Terliur melihat makanan di dalam pinggan Tuan Hashim. Dia juga mengambil nasi berlauk sementalah dia sangat lapar. Pagi tadi hanya bersarapan dengan roti saja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan