SUBSCRIBE

Isnin, Mei 23, 2016

AIN NADIRA 7

Bab 7
“Macam mana awak boleh terlepas pandang? Awak baru buat kerja ni ke?” Tanya Amran dengan nada marah yang ditahannya.
Selepas rehat tengahari tadi, dia mendapat panggilan dari ejennya menanyakan kereta yang dihantar bila berlayar. Setahunya, kereta itu sudah sepatutnya sampai dan dah dihantar kepada pelanggan. Dia menelefon syarikat yang membekalkan perkhidmatan RORO. Kata mereka kereta itu sudah sampai di Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, dia panggil Juli, Eksekutif Operasi untuk bertanyakan tentang perkara ini memandangkan Operation Manager, Encik Zaid sedang bercuti sakit sejak 2 minggu yang lalu kerana pembedahan usus.
“Dah terjadi Encik Amran. Bukan disengajakan.” Jawab Juli. Selamba.
Amran yang mendengar jawapan Juli itu terus naik angin. Dia dah separuh gila memikirkan macam mana mahu menjawab dengan pihak atasan dan pada pelanggan. Itu belum lagi pada unit kewangan. Juli boleh jawab selamba macam tu saja. Seperti tiada apa yang berlaku. Langsung tiada perasaan bersalah atau rasa tanggungjawab. Sakit benar hatinya. Namun, dia masih dalam keadaan waras. Marah tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.
“Memang benda dah jadi tapi saya nak tahu, apa sebab boleh jadi macam ni? Ini bukan kes main-main. Ini akan menyebabkan kerugian beribu ringgit. Awak faham ke tak?” Amran menekan suaranya di akhir kata.
Juli hanya mengangguk sambil mengerotkan bibirnya ke kanan.
“Sekarang awak jawab dengan saya. Macam mana kereta tu boleh lepas ke KK bukan Kuching?” Amran mengendurkan suaranya.
“Entah” Jawab Juli. Masih dengan nada selambanya.
“Entah?” Amran sudah mahu kehilangan kawalan amarahnya.
Dia kemudian keluar dari biliknya membiarkan Juli keseorangan di dalam. Pintu dihempaskan tanda dia benar-benar marah. Dia tidak kisah saat itu apa pandangan pekerja bawahannya. Dia perlu menenangkan diri. Dia tidak mahu menunjukkan kemarahannya berlebihan.
Sewaktu dia keluar dari biliknya, dia bertembung dengan Encik Firdaus, salah seorang pemegang saham di syarikat dia bekerja merangkap Pengurus besar.
“Ada apa-apa masalah ke, Amran. Merah benar muka kamu” Tanya Encik Firdaus.
“Kita salah hantar kereta. Kereta tu patut hantar ke Kuching tapi dah discharge kat KK.” Jawab Amran.
Dipendam rasa marah. Bukan Encik Firdaus yang bersalah.
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Soal Encik Firdaus lagi.
“Itu saya cuba tanya Operation Exec kita. Tapi dia boleh jawab entah.” Jawab Amran.
Encik Firdaus hanya mengangguk. Faham benarlah dia kenapa Amran marah. Kalau dia ditempat Amran, sudah lama ada yang kena sembur.
“Ha, Juli. Apa cerita ni?” Tanya Encik Firdaus sewaktu Juli keluar dari bilik Amran.
Amran memalingkan muka ke tempat lain dan terus beredar setelah berpamitan dengan Encik Firdaus. Dia memang tidak betah untuk memandang wajah Juli saat ini. Kesabarannya benar-benar dicabar.
“Ala Encik Firdaus. Benda tu kecil saja. Encik Amran yang membesar-besarkan cerita sampai Encik Firdaus pun tahu. Macam tu ke Manager. Tak ada tokoh langsung.” Jawab Juli.
Dia memang tak suka Amran naik pangkat. Walaupun mereka di dalam bahagian yang lain, tapi Amran pernah berada dibawahnya suatu ketika dulu. Hanya disebabkan Amran lebih berpelajaran, dia dinaikkan pangkat berbandingnya, anak saudara Tuan Hashim sendiri.
“Masalah kecil macam mana pula ni Juli? Saya dengar masalah ini luar biasa. Tak pernah dibuat orang salah macam ni. Cuba awak cerita apa yang terjadi?” Tanya Encik Firdaus. Dia tak mahu dituduh berat sebelah.
“Shipment ni project dia, Encik Firdaus. Sepatutnya dia yang pantau. Ini dah jadi macam ni. Suka hati dia saja nak salahkan saya.” Jawab Juli membela dirinya.
“Okey. Cuba awak ceritakan pada saya apa sebenarnya yang terjadi?” Encik Firdaus cuba berdiplomasi.
Juli adalah anak saudara kepada pemilik syarikat ini, Tuan Hashim. Dia juga tahu, Juli sentiasa ada masalah dengan Amran. Maka, perkara-perkara begini harus diselesaikan dengan diplomasi. Dia tidak boleh hanya dengar sebelah pihak saja. Walaupun dia tahu kesalahan ini adalah di bahagian operasi. Benda melibatkan operasi, takkan bahagian pemasaran yang perlu dipersalahkan. Sangat tidak logik.
“Shipment ni project dia. Perpindahan anggota dari KL ke Kuching. Sepatutnya kereta tu naik sama dengan barang owner dalam satu kontena. Tapi dia pandai sangat. Kereta tu dia naikkan RORO. Lepas tu, entah macam mana kereta yang sepatutnya hantar ke Kuching tu boleh terlepas ke KK. Yang buat dia mengamuk tu bukan apa. sepatutnya keuntungan boleh dapat dalam RM2,000 ke RM3,000. Bila dah jadi macam ni. Tak ada dah keuntungan. So, dia punya komisyen kena cantaslah. Itu sebab dia benggang.” Jawab Juli.
Encik Firdaus mengangguk.
Benar telahannya. Juli yang perlu bertanggungjawab. Ini kesalahan berpunca dari orang bawahannya. Ini bukan masalah komisyen tapi masalah kecuaian. Namun, Encik Firdaus tak mahu memburukkan keadaan. Perkara ini mesti diadukan kepada Tuan Hashim. Bukan dia tidak boleh untuk selesaikan tapi ramai yang tahu perangai Juli. Dia akan timbulkan masalah atas nama anak saudara pemilik syarikat. Akhirnya nanti, pasti pekerja itu akan berhenti dan dia tak mahu Amran berhenti kerana Amran mempunyai potensi besar untuk memajukan lagi syarikat. Rugi syarikat seandainya hilang pekerja macam Amran.
“Tak apalah. Awak pergi buat kerja semula. Nanti saya akan bincangkan dengan Amran.” Kata Encik Firdaus.
“Tak guna nak bincang dengan dia. Dia mesti nak pertahankan bontot dia. Tak percaya, nanti Encik Firdaus tengok. Dia mesti akan salahkan saya” Juli cuba untuk mengapikan Encik Firdaus.
“Tak apalah. Nanti kita tengok macam mana. Dah. Awak pergi buat kerja awak.” Putus Encik Firdaus lembut.
Juli melangkah ke tempatnya dengan perasaan tak puas hati. Dia kalau boleh ingin Encik Firdaus memenangkannya sekarang.

****************

Petang itu, setelah berbincang dengan agen di Kuching dan di Kota Kinabalu, Amran menelefon Ain.
“Assalamualaikum, Ain. Am balik lambat hari ni. Ada masalah kerja. Nanti Ain makan dulu dengan Mummy dan Daddy. Jangan lupa bagitahu Mummy dan Daddy, ya? Ain jangan tunggu Am. Takut Am lambat sangat-sangat.” Pesan Amran.
Ain hanya mengiakan.
Ain dengar suara Amran yang sangat lemah. Pasti masalah tu besar. Kalau tidak, Amran takkan selemah itu. Oleh itu, Ain mengambil langkah patut. Berdiam diri.
Setelah mematikan telefon, Amran cuba bertenang. Dia kosongkan fikiran. Dilihat dipergelangan tangan sudah mengijak ke jam 7.10 malam. Kasut yang dipakai, ditanggalkan dan diletaknya ditepi meja. Stoking pula dibuka kemas dan disidai di pintu laci mejanya.
Selipar tandas disarung dan dia ke tempat mengambil wuduk. Walaupun syarikat menyediakan ruang solat untuk para pekerja tapi Amran lebih suka solat dibiliknya saja. Lebih selesa. Andai staff bawahannya ada yang ingin tumpang solat dibiliknya pun dia tak kisah. Dia faham, kadang-kadang terlampau ramai orang disurau.
Usai solat dan berdoa untuk ibu bapa dan mertuanya, dia mendoakan kesejahteraan rumahtangganya bersama Ain Nadira. Dalam doanya tak pernah lepas agar perkahwinan mereka sentiasa dipenuhi barakah dan kebahagiaan. Kemudian baru didoakan untuk dirinya.
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu, berikan aku jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi ini. Aku mohon agar keputusan yang bakal aku ambil akan memberikan keuntungan buat diriku dan juga pada syarikat agar lebih ramai yang dapat merasa nikmat atas rezeki-Mu ini. Amin.” Doa Amran.
Terlintas di fikirannya untuk buat solat hajat memandangkan dia masih tiada cara untuk selesaikan masalah ini.
Perbincangan dengan agen hanya berkisarkan masalah yang berlaku. Tiada jalan penyelesaian yang masih terlintas difikiran mereka. Lantas solat hajat dilakukan agar Allah kurnia ilmu untuk mereka lakukan.
Usai solat hajat, Amran kembali ke mejanya. Dia melayari internet untuk melihat andai ada sesuatu yang boleh dijadikan garis panduan. Namun dia hampa. Terasa tekanan di dalam mindanya. Dia ingin berkongsi dengan seseorang tapi tidak tahu dengan siapa. Tidak mahu dia menyusahkan orang-orang sekelilingnya. Mudah saja jarinya menekan icon imesh.com. Laman sesawang itu sudah lama tidak digunakan sejak tamat belajar.
Tiada siapa yang online. Hampa. Dia merenung ke siling. Tiba-tiba ada bunyi yang menandakan ada orang ingin berkawan dengannya. Dia click pada butan ‘approve’.
Zahiyanita : Salam.
Am : Salam..
Zahiyanita : Kat rumah dah?
Am : Tak. Masih di pejabat.
Zahiyanita : Wah... Pekerja contoh.
Am : Ish... tak adalah. Ada masalah sikit.
Zahiyanita : Nak share?
Am : xkisah ke?
Zahiyanita : xkisah je...
Am : Masalah POD.
Zahiyanita : Biasalah tu... mistake ada kat mana2...
Am : Eyh...faham ye POD tu apa?
Zahiyanita : Mestilah faham. Port of Discharge. Kita pun orang logistic gak. Port mana yg salah?
Am : Patut port kat kuching tapi dorang hantar ke KK pula.
Zahiyanita : Owh... RORO?
Am : Eyh? Mana tau?
Zahiyanita : Jarang shipper salah hantar kontena. Selalu RORO.
Am : Biasa berlaku?
Zahiyanita : Taklah biasa tapi pernah jadi kat I dulu. Tanya2 orang. Rupanya ramai yang dah kena.
Am : Owh. Habis tu macam mana awak buat?
Zahiyanita : Saya? Benda tu salah shipper. So dorang yang hantar balik ke Kuching. Tapi ambil masa lamalah. Sebab dari KK dorang akan terus ke port klang baru pergi ke Kuching.
Am : Mengamuklah customer.
Zahiyanita : Haha...biasalah... tapi kitorang nasib baik sebab dapat kapal yang paling hampir dengan tarikh kitorang terima complete document dan kitorang memang akan ambil kereta kat customer bila document dah complete je. So, xde lah dia nak bising sangat.
Am : Customer I wajib bising. Barang dia kitorang dah hantar. Dah sampai pun kat rumah dia. Document kereta dia, dah 3 minggu dia bagi. Minggu lepas baru ada kapal. Kira kereta dia dah ada kat kitorang lebih sebulan.
Zahiyanita : Haha...wajib dia mengamuk.
Am : Erm...memanglah pun. Masa dia baru sampai sana pun dah sibuk minta kitorang tanggung dia sewa kereta. Ini pula dah jadi macam ni. Aduh... pening kepala.
Zahiyanita : Kadang2 dalam benda2 macam ni, kena belajar menipu.
Am : Menipu?
Zahiyanita : Jangan kata I ajar tau. Tapi U cakap je kat dia, kapal tu omit kat KK. So, korang naikkan car carrier. Lagipun, sebenarnya naik car carrier lagi cepat dari naik kapal semula.
Am : Tapi kos lah kan?
Zahiyanita : Mestilah. Tapi dari customer bising. Baiklah keluarkan cost. Nak2 kalo customer tu government servant. Silap2 kena blacklist kalau customer buat report.
Am :  Memang government servant pun...
Zahiyanita : Haha...pandai2 lah nak uruskan. K lah.. Hubby I dah siap masak. Nak makan.
Am : Hubby masak? Househusband erk?
Zahiyanita : Choi. Mulut tak sayang betul. Apalah. Tak salah pun kalau hubby masak. Nak2 bila hubby yang sangat cerewet. Biar dia masak. Tak ada nak merungut. Haha...
Am : Haha... ada pula. Patut isteri belajar jadi lebih pandai masak supaya suami tak lari.
Zahiyanita : Hubby nak lari ke mana?
Am : Perempuan lain?
Zahiyanita : Amboi. U ada niat ke nak buat macam tu?
Am : Tak nak lah. Isteri I yang sorang tu pun tak terlayan. Belum tentu terjaga. Ini pula nak pasang niat tambah sorang lagi. Mahu pecah kepala nak fikir.
Zahiyanita : Tahu pun. Haha...
Am : U...thank ya.
Zahiyanita : Tak apa. Anggap saja I datang sebab Allah nak tunjukkan U jalan.
Am : Hihi... pergi lah makan. I pun ingat nak baliklah. Duduk sini pun tak selesai masalah.
Zahiyanita : Kadang2 ketenangan tu ada kat rumah. Terutama rumah yang dilimpahi dengan kasih sayang suami isteri yang ikhlas kerana Allah.
Am : Yup. Thank again. Take care makan tu. Jangan tercekik sudah. Haha...
Zahiyanita : Amboi... tak sayang mulut betul. Haha... Okey2.. Bye.
Amran terus mematikan laptopnya dan dimasukkan ke dalam beg. Sememangnya dia suka pakai laptopnya sendiri walaupun sudah diberikan computer oleh syarikat. Dia lebih selesa begitu dan tiada bantahan dari pihak pengurusan. Tak sabar rasanya nak balik rumah berjumpa dengan Ain.

***************

“Ain kata, Am balik lewat. Mungkin tengah malam. Ni awal dah sampai. Kenapa?” Tanya Puan Rozila sewaktu Amran melangkah masuk ke dalam rumah.
“Tadi memang ingat nak siapkan kerja tu tapi tiba-tiba terasa malas pula.” Jawab Amran sewaktu mencium tangan Puan Rozila.
“Boleh pula main malas-malas. Am tu dah bernikah. Dah ada tanggungjawab. Dah tak boleh malas.” Pesan Puan Rozila walaupun dia tahu Amran tidak bermaksud begitu.
“Am tau, Mummy. Insya Allah, Am akan jaga tanggungjawab Am tu sepenuh hati.” jawab Amran.
Dia kemudian minta diri untuk naik ke atas tadi.
Masuk ke bilik, dilihatnya Ain sedang menghadap laptopnya. Ain hanya menegur Amran tanpa memandang ke arah Amran.
Amran terasa hati dengan tingkah Ain. Dalam bayangannya, Ain akan menyambutnya bila saja melihat kelibatnya. Sekurang-kurangnya menghadiahkan sebuah senyuman untuknya. Tapi Ain lebih mementingkan kerja yang sedang dilakukannya berbanding dirinya.
Amran geleng kepala.
Dia terus masuk ke bilik mandi untuk membersihkan badannya. Dia tadi sudah selesaikan solat Isyak di pejabat sebelum keluar tadi. Pesanan ustaz untuk tidak melewatkan waktu solat selalu diingatnya. Alhamdulillah.
Selesai mandi dan menyarung pakaian, dihampirinya Ain dan ditundukkan sedikit badannya agar boleh bersaing dengan kepala Ain.
Ain memandangnya.
“Baru Ain nak pandang Am?” Tanya Amran.
“Am nak cari gaduh ke?” Tanya Ain benggang.
Dia memang sedang sibukkan menyudahkan kerjanya yang masih tidak siap dari siang tadi. Perkara itu sangat penting.
“Bukan. Cuma tegur.” Jawab Amran. Ringkas.
Dia berdiri tegak di sebelah Ain.
“Am, tahu tak Ain tengah banyak kerja ni. Kerja ni penting. Tolonglah jangan cari pasal. Due date dah nak dekat dah ni.” Jelas Ain.
Dia kembali memandang skrin laptopnya.
“Am tahu. Nampak pun.” Balas Amran.
Dia bergerak ke katil. Hasrat untuk bersembang mesra dengan Ain tidak tercapai. Amran kemudian menarik bantal dan cuba memejamkan matanya. Namun sukar kerana hatinya merajuk.
Habis semua zikir yang sepatutnya dibaca sebelum tidur, dibacanya. Namun, matanya masih lagi tidak boleh lelap. Dia tahu kenapa.
“Aku maafkan kamu, wahai isteri.” Kata Amran lembut dan perlahan tapi masih mampu didengari Ain.
Ain tersentak.
Dia baru sedar. Tindakannya sudah mengundang duka dihati suaminya. Dia rasa sangat berdosa. Andai dia diperlakukan seperti itu, pasti dia akan terasa hati. Pasti akan mengundang rajuknya. Lantas dia menutup laptopnya dan duduk dikatil berdekatan kaki Amran. Dilihatnya mata Amran sudah tertutup.
“Ain minta maaf.” Kata Ain dan memegang kaki Amran.
Amran menarik kakinya. Ain tak perlu pegang kakinya. Tempat Ain bukan di situ tapi disisinya. Dihatinya.
“Tak apa. Am dah maafkan Ain.” Jawab Amran tanpa membuka matanya.
Ain tahu Amran masih berasa hati dengannya.
“Ain janji tak buat lagi.” Janji Ain.
Amran hanya mengangguk kepalanya.
“Kalau lain kali Ain buat lagi, Am boleh pukul Ain.” Janji Ain lagi.
Amran masih mengangguk.
Ain sudah hilang kata. Hati Amran masih merajuk. Itu dia pasti. Diam Amran sangat menyedihkan hatinya. Lantas dia bangun dan pergi ke bilik air. Dia perlu menenangkan dirinya. Dia berwuduk. Usai itu, dia tutup lampu utama dan menyalakan lampu sisi. Dia baring ditempatnya.
Andai selalu dia baring mengiring ke kanan dan membelakangi Amran. Malam ni, sebaliknya. Dan Amran memalingkan badannya. Teringat kata-kata ustazah yang selalu didengarinya sewaktu mendengar tazkirah atau ceramah agama.
‘Malaikat akan mencela isteri yang mengundang rasa kecewa pada suaminya semalaman.’
Mengenangkan itu, air mata Ain mengalir laju dan mengundang sendu.
Amran yang masih belum boleh tidur terdengar esakkan Ain. Dipalingkan baringnya mengadap Ain. Dilihat Ain mengadapnya. Dia nampak air mata yang mengalir. Dilapkannya air mata itu.
“Ain tak nak jadi isteri yang dicela.” Jawab Ain tanpa ditanya.
Dia tahu salahnya. Dia sudah lepas laku.
“Kan Am dah maafkan Ain.” Pujuk Amran.
“Tapi Am masih marahkan Ain.”
“Am minta maaf buat Ain sedih.”
“Ain minta maaf buat Am sedih.”
“Ain tidurlah. Am maafkan Ain seikhlas hati Am. Am redha dengan semua yang Ain lakukan.” Amran memujuk Ain.
Dirapatkan badannya ke arah Ain. Didakapnya Ain erat. Dikucupnya umbun Ain penuh kasih.
“Ain tak sengaja Am. Ain minta maaf sangat-sangat.” Ucap Ain lagi.
Dia benar-benar rasa bersalah.
“Sudahlah. Ain tidur, ya. Jangan fikir lagi.” Pujuk Amran.
Sekali lagi umbun Ain di kucupnya. Diusap bahu Ain lembut sehingga hilang bunyi sedu Ain. Dieratkan pelukannya bila dia rasakan Ain sudah lena.
“Ain. Ain. Am macam tak kenal Ain sekarang. Ain yang keras dan kuat tu macam dah hilang. Ain yang ni, mudah benar mengalirkan airmata.” Kata Amran.
Dia pejamkan matanya.
“Ain pun tak faham kenapa Ain senang saja nak menangis bila dengan Am.” Balas Ain.
“Aik? Masih belum tidur. Am ingatkan Ain dah tidur” kata Amran.
“Tak boleh tidur. Kena hati-hati. Nak-nak bila Am tengah peluk Ain ni. Lagi tak boleh percaya.” Jawab Ain.
Amran ketawa kecil.
“Dengan suami sendiri pun?”
“Yup.”
“Sudahlah. Tidur. Nak Am lepaskan?” Tanya Amran.
Ain mengangguk.
“Betul?”
“Ya.”
“Okey.”
Namun Amran tidak melepaskan tapi mengeratkan lagi pelukan itu.
“Am, Ain tak bernafaslah macam ni.” Kata Ain putus-putus.
“Nak Am lepaskan lagi tak?” Ugut Amran.
Ain hanya geleng.
Amran senyum.
Kemudian Amran meleraikan sedikit pelukannya cukup untuk memberi ruang Ain untuk bernafas dengan selesa.
“Ain tidurlah. Am kan dah janji tak akan minta hak Am selagi Am tak rasa Ain bersedia untuk Am.”  Kata Amran.
Ain hanya mengangguk.
“Esok mungkin Am akan ada meeting. Mungkin juga Am tak sempat nak call Ain. Ain jangan tunggu ya.” Bagitahu Amran.
Dia dapat mengagak bahawa esok pasti akan ada mesyuarat tergempar. Dah kalau sampai Encik Firdaus tahu kisah ni. Pasti akan diketahui oleh pihak atasan yang lainnya. Terutama bila melibatkan Juli. Dia pun perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Bukan dia tak tahu yang ramai pekerja berhenti sebab Juli. Cuma tak dinyatakan dalam surat berhenti kerja saja.
“Mana Ain pernah tunggu Am call.” Balas Ain.
“Ya ke? Musykil pula. Rasanya ada orang tu risau bila Am lambat call dia.” Usik Amran.
“Itu hormone terlebih. Tu yang terlebih risau. Kalau Am tak call pun tak apa. Lagi senang Ain nak buat kerja. Tak ada gangguan” Balas Ain.
“Betul ni?” Tanya Amran minta kepastian.
“Betul la.”
“Tak menyesal?”
“Tak.”
“Okey. Lepas ni Am dah tak nak call Ain.” Tegas Amran.
Ain kalut. Tiba-tiba dia rasa rindu.
“Yalah. Call saja. Sikit-sikit nak merajuk.” Kata Ain.
“Tak apa. Am bukan merajuk tapi hormat. Dah Ain cakap macam tu, kenalah hormat apa yang Ain rasa.” Dalih Amran.
Dia sengaja hendak mengusik Ain. Walau Ain melarang, dia akan tetap menelefon Ain. Bukan untuk Ain tapi untuk dirinya. Kerana dia sentiasa rindukan Ain terutama selepas mereka menikah.
“Tapi Ain nak Am selalu call Ain. Macam selalu.” Kata Ain gagap.
Dia malu untuk berkata begitu dihadapan Amran.
“Kenapa?”
“Entah.”
“Rindu ya?”
“Tak.”
“Tak rindu tak payah lah call hari-hari. Biarlah Am saja rindukan isteri Am ni sendirian.” Amran membuat nada merajuk. Walhal dia tahu Ain malu.
“Call lah.”
“Tak nak.”
“Kenapa?”
“Ain tak rindu Am.”
“Siapa kata?”
“Ain.”
“Bila?”
“Tadi.”
“Mana ada!”
“Habis? Ain rindu Am?”
Dan pertanyaan itu hanya dijawab dengan anggukan.
Amran ketawa kecil.
Ain menyembunyikan mukanya didalam pelukan Amran. Dia tersangat malu. Benar-benar malu.
“Alhamdulillah.” Ucap Amran sambil mengucup ubun Ain.
Ain mengucapkan syukur di dalam hati.
Sesungguhnya Ain sangat bersyukur kerana sekarang dia sudah tahu merindui suaminya. Perkembangan yang baik pada dirinya.
Rasa syukur pada Allah yang memberikan nikmat rasa rindu pada suaminya. Syukur kerana Amran selalu tahu mencuri perhatiannya dan tahu kelemahannya.
‘Allah, semoga Kau satukan hati kami sehingga ke syurga. Barakallah humma.’ Doa Ain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan