SUBSCRIBE

Isnin, Mei 23, 2016

AIN NADIRA 8


“Ain, nanti dalam pukul 11.30 ikut akak pergi Port Klang, ya? Branch sana ada masalahlah.” Kata Rila, Pengurus bahagian Kewangan.
Ain yang terkejut apabila pintu biliknya dibuka dari luar hanya tercengang. Kedengaran ketawa Puan Rila.
“Sorry, Ain. Akak main terjah saja.” Kata Rila dan sambung ketawa.
Terasa lucu melihat wajah Ain yang terkejut dan tercenggang. Muka yang jarang ada perasaan, bila sesekali ada riak. Rasa lain dan lucu pula melihatnya.
“Tadi setiausaha Tuan Hashim call. Ada meeting tergempak. Dorang nak kita jadi penilai. Masalah besarlah kot. Agaknya terlibat dengan perempuan senget tu. Kalau tak, takkan kita diajak tuk jadi penilai.” Terang Puan Rila selepas ketawanya reda. Sempat juga mengutuk ‘Perempuan Senget’ a.k.a Juli.
Boleh dikatakan hampir semua pekerja di dalam bangunan ini bermasalah dengan Juli. Sudah banyak kali Juli datang ke pejabat dan berbuat onar. Ada saja yang dia tak puas hati. Sehingga Rila yang lebih tinggi pangkat dan lebih lama bekerja darinya pun tak berani nak menegur demi untuk menjaga periuk nasinya. Dia ada tanggungan yang perlu ditanggungnya sendirian sejak suaminya meninggal dunia.
“Penilai sajakan, kak.” Tanya Ain ingin kepastian.
“Entah. Just be prepare, Ain. In case kita perlu terlibat secara langsung dalam masalah tu.” Kata Rila.
Dia terus berlalu.
Ain masih kaku.
Apa yang nak buat? Nak bawa apa? Dia blur. Lama dia berjeda. Mencari ketenangan setelah diterjah. Mengembalikan ketenangan yang hilang. Bila dia sudah mula kembali ke posisi asal minda, dia menyambung kerjanya. Baru hendak mengadap komputernya, dia terpandang gambar perkahwinannya.
Amran.
‘Dia perlu minta izin.’ Spontan mindanya berkata.
Ain mendail nombor Amran. Namun tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi. Masih tiada jawapan. Akhirnya dia mengalah. Meninggalkan pesanan rinkas saja.

****************

Telefon bimbit di atas mejanya berdering. Amran biarkan saja. Dia sedang di dalam talian. Pening memikirkan pihak syarikat perkapalan yang tidak mahu bertanggungjawab memandangkan kekhilafan bukan dari pihak mereka 100% kerana pekerja mereka telah memberikan shipping note pada pekerjanya untuk membuat pengesahan. Malah telah disahkan oleh pekerjanya. Namun, demi untuk menjaga hubungan baik syarikat, mereka tawarkan hanyalah potongan harga 40%  dari harga tawaran tidak termasuk surcharge yang lain. Pening kepalanya.
Dia sudah bertanyakan terus pada pekerja yang bertanggungjawab menguruskan kerja tersebut. Malas sudah hendak berprotokol. Mengikut kata staff tersebut, dia sudah membuat tempahan yang betul. Cuma masalah pada shipping note yang tersalah pelabuhan destinasi. Katanya, dia perasan kesilapan itu tapi dia terlupa untuk membetulkan.
‘Sekarang ini yang paling penting apa tindakan yang harus diambil bukan siapa yang perlu dipersalahkan. Menyalahkan orang tidak dapat menyelesaikan malah merumitkan lagi keadaan.’ Pesan Amran pada dirinya.
Teringat perbualannya dengan kawan chattingnya. Dia memikirkan semula apa yang dicadangkan kawannya itu. Ada betulnya apa yang dikatakannya. Dia mencari info syarikat car carrier di Kota Kinabalu di internet dan menelefon mereka untuk bertanyakan harga. Sejujurnya dia amat terkejut. Harganya sangat tinggi. Malah lebih tinggi dari menaiki kapal. Amran menimbal balik pilihannya.
Pilihan yang ada, sama ada mereka menunggu kapal tersebut berlayar dan masuk ke pelabuhan Kuching atau menaiki penggangkutan darat. Paling flexible adalah car carrier. Mustahil untuk dia bagi kepercayaan individu untuk memandu kereta tersebut. Kedua-duanya memerlukan kos yang agak tinggi. Namun, dia memilih untuk menggunakan khidmat car carrier. Lebih cepat. Padanya, kepuasan hati pelanggan lebih penting.
Amran mengangkat ganggang telefon untuk berbincang dengan agen di Kota Kinabalu dan Kuching. Lega hatinya bila agen di Kuching berjanji untuk mencari car carrier dari Kuching yang balik dari Kota Kinabalu. Dia telah berbincang dengan agen di Kota Kinabalu dan mereka berjanji untuk menolong sekadar yang mampu.
Amran menghembuskan nafas lega. Dia kemudian keluar dari biliknya. Dia perlukan udara luar dari biliknya..
Sebaik Amran keluar dari biliknya, setiausahanya, Shikin mendekatinya. Dia tidak berani masuk ke bilik Amran tadi memandangkan Amran tak putus dari telefon. Takut mengganggu dan menimbulkan kemarahan Amran.
“Tuan Hashim dan Encik Firdaus nak jumpa Encik Amran.” Kata Shikin teragak-agak.
“Awak kenapa, Shikin? Nampak hantu ke?” Tegur Amran bila dilihat Shikin seperti takut-takut.
Shikin menunding jarinya pada Amran.
Amran menunjukkan pada dirinya juga dan menggunakan isyarat kepala bertanya kenapa.
“Encik Amran nampak sangat serabut” Jawab shikin.
“Kan? Prihatin betul awak ni. Ni namanya setiausaha berdedikasi. Alert. Awak nampakkan saya serabut? Maka, boleh tak tolong buatkan Milo suam. Saya nak keluar ambil angin kejap. Kalau ada sesiapa call kata pada mereka, saya cuti sakit. Sakit hati.” Kata Amran sambil mengeyit mata pada Shikin dan terus berlalu.
Sempat senyuman manis diberikan pada Shikin dan beberapa staf yang melewatinya.

**********************

Amran sedang mempertimbangkan keputusan yang tepat untuk memberitahu tuan milik kenderaan yang telah tersalah tempat penghantaran. Mempertimbangkan cadangan untuk menipu atau bercakap benar. Jalan penyelesaian sudah dia putuskan. Cuma hendak berbincang dengan Tuan Hashim. Sementalah dia sudah diapanggil oleh Tuan Hashim. Dia pasti akan ditanya penyelesaiannya.
Sedang asyik mempertimbangkan yang sewajarnya, pintu biliknya diketuk. Shikin masuk ke biliknya selepas diberi arahan masuk.
“Encik Amran dah sudah ke Milo nya? Kalau dah sudah. Bolehlan saya bawa ke pantry.” Tanya Shikin.
Dia maklum akan perangai Amran yang tak suka mejanya ada benda selain dari bahan kerjanya. Selalunya, Amran akan memanggilnya untuk mengambil cawan yang telah kosong. Namun hari ni, dia tawar diri. Rajin ada makna.
“Kenapa awak rajin sangat hari ni?” Tanya Amran pelik.
Shikin senyum. Tersipu-sipu.
“Sebenarnya tadi saya lupa nak bagitahu. Tuan Hashim minta Encik ke bilik dia pukul 12.30 p.m tapi sekarang dah pukul 12.45p.m.” Jawab Shikin serba salah.
“Saya memang menakutkan awak ke Shikin?” Soal Amran lagi.
Shikin mengangguk.
“Sejak semalam.” Jawabnya.
“Tak apalah. Saya pergi sekarang.” Kata Amran kesal.
Dia terus melangkah keluar dari biliknya.
“Kemaslah meja saya mana patut.” Pesan Amran sebelum hilang di balik pintu.
Shikin tersenyum. Walaupun hari ni Amran sungguh menakutkan tapi usikan Amran tak pernah hilang. Dia sayangkan ketuanya itu. Dia hormatkan ketuanya itu.

*****************

Amran segera menuju ke bilik Tuan Hashim. Dia sudah lewat hampir 20 minit. Sebaik sampai saja di hadapan bilik Tuan Hashim, setiausaha beliau, Fikriah memberitahu bahawa Tuan Hashim dan Encik Firdaus dan beberapa orang lagi pekerja sedang menunggunya di bilik mesyuarat yang terletak disebelah bilik Tuan Hashim.
Sewaktu pintu dibuka, Tuan Hashim sedang berbincang sesuatu dengan Encik Firdaus dengan wajah yang sangat serius.
“Minta maaf semua. Saya lewat. Saya baru saja dimaklumkan tentang meeting ini.” Kata Amran sambil memandang kesemua wajah yang berada di dalam bilik mesyurat itu satu persatu sehingga ke satu wajah yang sedang asyik menulis.
“Ain, buat apa disini?” Tanya Amran terkejut.
Ain yang sedang sibuk mencatatkan sesuatu terus mengangkat wajah bila namanya dipanggil. Dia terkejut bila melihat Amran berada di situ.
“Am buat apa kat sini?” Tanya Ain pula.
Sekelian yang ada hanya memandang kearah mereka berdua.
“Amran, kamu kenal Ain?” Tanya Tuan Hashim.
Pelik benar bila kedua-dua pekerja kesayangannya saling mengenali.
“Oh, ya lah. Baru saya teringat. Ain ni isteri kamu kan, Amran?” Tanya Encik Firdaus.
Amran hanya mengangguk.
“Itu lah. Masa wedding kau orang dulu saya dah rasa macam kenal pengantin perempuannya. Sebab saya tak sempat nak attend majlis di rumah Ain. Masa tu saya ada meeting kat Singapore. Lagipun, masa tu Ain make up. So, nampak lain sangat.” Terang Encik Firdaus sambil ketawa mengenangkan ketidakpekaannya.
“Lah Am, kau tak tahu ke yang isteri kau ni kerja company yang sama dengan kau?” Tanya Rila yang sememangnya tahu hubungan mereka.
“Tak tahu pun. Saya pun lupa nak tanya Ain.” Jawab Amran sambil mengaru kepalanya kerana sedar akan kesilapannya yang tidak mengambil berat tentang itu.
Timbul rasa bersalah pada Ain. Kata sayang tapi Ain kerja dimana pun dia tidak tahu.
“Ain pun tak tahu Amran kerja disini?” Tanya Tuan Hashim.
Ain mengeleng.
Didalam hati Ain sudah menyalahkan dirinya sendiri. Dia sepatutnya ambil tahu semua berkenaan Amran. Rasa malu juga turut mengasak dirinya kerana orang sekeliling lebih peka tentang mereka berbanding dirinya sendiri.
“Selama kamu datang ke HQ takkan tak pernah terserempak? Ain ni kan assistant akak. Am tak pernah jumpa ke?” Tanya Rila.
Hairan.
“Mana pernah kak. Saya datang HQ pun jarang. Kalau ada apa-apakan saya direct terus ke akak. Akak yang bagi saya authority. Kalau meeting pun, akak mana pernah bawa Ain. Akak datang seorang saja. Kedekut gila nak bawa si cantik manis ni.” Seloroh Amran.
Ain hanya diam saja bila dirinya dijadikan isu.
“Ya tak ya juga. Tapi kami kat office ingat korang jumpa masa time office. Rupa-rupanya semua serkap jarang tak mengena.” Kata Rila sambil ketawa kecil.
Juli yang dari tadi mendengar perbualan itu naik meluat. Dia berdehem tapi tiada siapa yang peduli. Berkali-kali dia berdehem tapi mereka masih lagi berbual berkisar kisah cinta Amran dan Ain. Sakit benar hatinya.
“Habis tu macam mana boleh jumpa?” Tanya Tuan Hashim.
Makin berminat ingin mengetahui bagaimana dua-dua pekerja kesayangannya itu boleh berkahwin. Bukan apa. Dia dah menganggap dua manusia ini seperti anaknya. Dia sukakan Amran kerana kecekapan dan kepintarannya dan dia sukakan Ain kerana budi pekerti dan sifat amanahnya.
“Tu lah. Ceritalah. Kalau bukan di pejabat kat mana pula kau orang jumpa?” Desak Rila.
Dia menolak dan mencuit-cuit tangan Ain yang berada di sebelahnya. Pandangan dihalakan kepada Ain sambil mengelip-ngelipkan matanya.
“Kami kawan sekelas sejak sekolah menengah dulu.” Jawab Ain.
Malu.
“Oh... Patutlah anak raja tu nak kat kau, kau tolak mentah-mentah. Rupanya dah ada pilihan lain. Bila tanya dah ada pakwe ke tak mengaku. Tipu akak, ya?” Sakat Rila sambil mencucuk pinggang Ain. Sudah seperti dirumah pula gamatnya. Hilang formaliti yang wajud seketika tadi.
“Kami mana ada bercintalah kak sebelum kahwin.” Bidas  Amran.
“Wah, ada orang dah pandai back up nampak.” Sakat Rila.
“Kamu ni Rila, kalau dapat menyakat orang. Tengok muka pengantin baru kita. Dah merah dah.” Kata Encik Firdaus pula. Dia turut ingin menyakat.
“Kita ni dekat rumah ke dekat pejabat? Nak meeting ke nak sembang?” Marah Juli.
Sakit hatinya mendengar cerita Amran dan Ain. Dia tak suka bila Ain menjadi tumpuan. Dan bertambah sakit hati bila Tuan Hashim tidak kisah adanya perbualan santai disaat mereka sedang dalam mesyuarat.
“Juli!” Tegur Tuan Hashim.
Dia tidak suka nada yang digunakan Juli. Padanya, tak salah untuk mengambil tahu dan bergurau dengan pekerja. Ini dinamakan harmoni. Cara kerja itu yang dia amalkan di sini. Lagipun, dia rasakan yang Juli tidak menghormati orang lain dengan kata-katanya itu terutama Encik Firdaus yang juga merupakan pemegang saham di sini.
‘Kalau Firdaus boleh bertolak ansur dan bergurau senda dengan pekerjanya, kenapa Juli nak mempertikaikan keadaan ini?’ Gumam hatinya.
“Uncle, you are too much lah. Manjakan sangat pekerja. Macama mana dia orang nak buat kerja dengan betul kalau asyik nak huha macam ni? Tengok? Sebab perangai tak ambil serius lah sampai boleh jadi masalah macam ni. Kerja yang cepat boleh jadi lambat. Lepas tu sibuk salahkan orang lain.” Tukas Juli.
Keadaan yang gamat dengan usikan dan gelak tawa tadi bertukar tegang. Ruli membetulkan duduknya. Pada mulanya dia diarahkan datang untuk jadi pemerhati oleh Encik Firdaus tetapi Tuan Hashim memberi arahan supaya dia dan Ain turut sama dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah dan bukan mencari siapa salah.
“Amran, macam mana dah dapat cara nak solve problem ni?” Tanya Tuan Hashim.
Malas sudah dia nak melayan Juli. Sengaja dia bertanyakan Amran penyelesaian masalah tentang isu itu. Dia pasti Amran datang dengan sesuatu.
Dia mahu tunjukkan pada Juli kredibiliti Amran dalam melakukan setiap tugas yang dipertanggunjawabkan. Dari mula perbincangan tadi, Juli asyik menyalahkan Amran. Entah kenapa dia rasakan tuduhan Juli yang mengatakan Amran marah sebab komisyen akan ditolak itu tidak dapat diterima akalnya. Tambahan pula dakwaan yang mengatakan Amran tersalah beri arahan. Dia akui Amran manusia biasa yang boleh melakukan kesalahan tapi tersalah bagi arahan adalah kesalahan yang sangat mustahil untuk dilakukan Amran. Bukan dia mahu melebih memuji Amran tapi dia kenal cara kerja anak muda itu. Arahan bersama dengan dokumen sokongan.
“Sekarang ni kita punya 2 pilihan tapi saya dah figure out untuk kita gunakan car carrier walaupun kos dia berlebihan sebab pada saya kepuasan pelanggan adalah keutamaan. Saya pun dah kira kos. So, adanya kak Ruli kat sini memudahkan untuk saya explain. Project ni kita cote RM19k plus plus which is kak Ruli pun alert sebab LO dah keluar dalam sistem minggu lepas. Peruntukan untuk pegawai ni adalah kontena 40’ Feet termasuk kereta tapi sebab dia pindah balik ke kampung maka dia ada banyak sangat barang sampai tak muat nak masukkan kereta ke dalam kontena. So, sebagai tanda terima kasih pada kesudiaan pegawai itu memilih kita kerana ini projek pertama kita dengan jabatan tersebut, maka saya minta dia bayar tiga per empat daripada harga penghantaran kereta menggunakan RORO which is harga kos tanpa untung untuk kita. Dia pun dah bayar melalui bank transfer dan kak Ruli pun dah comfirmkan terima bayaran.” Amran berhenti sebentar dan memandang ke arah Ruli yang sedang menganggukkan kepalanya.
“Sebenarnya keuntungan kasar dari project ni adalah RM4k plus plus tapi memandangkan staf kita terlupa nak amend port of discharge yang dia dah perasan shipper salah letak pada shipping note tu maka kita akan lost RM2,500. Sebenarnya kita boleh saja terima offer shipper dengan potongan 40% which is cost us lebih kurang RM1,000 ke RM1,200 termasuk other charge but then it take estimated 3 weeks untuk sampai ke Kuching.” Terang Amran.
“Kenapa nak membazir? Guna saja lah method yang paling jimat. Company tak rugi banyak dan awak punya komisyen pun boleh dapat lebih.” Cantas Juli.
“Boleh saja tapi Cik Juli tolonglah explain pada customer tu. Saya dah bagitahu customer tu yang kapal dah berlayar dan bila ETA dia. Sepatutnya minggu lepas kereta tu dah sampai. Ini pun customer dah tanya mana kereta dia. So far, saya cuma jawab saya nak check dengan staff dulu. Cik Juli ada jawapan lain ke?” Tanya Amran sinis.
“Kata saja kapal omit.” Jawab Juli.
“Kapal  omit more then 3 weeks? Reasonable ke?” Tanya Encik Firdaus.
“Kenapa tak reasonable pula? Standard apa kalo RORO take time.” Balas Juli.
“Maaf, saya memang tak berapa faham tentang operation ni tapi secara logically omit mean tertinggal kapal dan kalau kita bagi jawapan tu bukan bermakna perkhidmtan kita tak bagus ke? Itu lagi mendatangkan masalah pada imej syarikat?” Ain bersuara.
Sememangnya dia kurang bergaul dengan rakan pejabatnya terutama yang bukan sama department dengannya. Kerjanya sebagai penolong kewangan memaksanya memerap di dalam bilik dan melakukan tugasannya. Lagipun, dia tidak suka nak ambil tahu sesuatu yang bukan kerjanya. Maka pengetahuannya terbatas pada kerjanya saja. Cuma sesekali dia akan dipanggil untuk jadi pemerhati bila timbul konflik seperti ini.
“Kalau dah tak faham tu diam saja lah. Apa nak bising-bising pula?” Marah Juli.
“Customer kita pun macam Ain. Tak tahu. Kalau Ain boleh fikir begitu bermakna customer kita pun boleh fikir macam tu juga.” Encik Firdaus melontarkan pendapatnya.
“Kita pun tahu kapal omit maknanya kapal tak masuk. So, apa yang susah. Kita terang saja pada mereka kapal tak masuk ke Kuching. Maka kena tunggu sampai ada kapal yang akan bertolak ke Kuching.” Jelas Juli.
“Okey macam ni saja. Amran serah kes ni pada Juli. Biar Juli yang selesaikan. Boleh Juli?” Putus Tuan Hashim.
Sebenarnya itu yang sepatutnya. Walaupun dia tak setuju cara Juli yang jelas menipu. Namun, pada pendapatnya Juli yang perlu bertanggungjawab dalam kes ini  memandangkan Juli adalah pengurus di bahagian operasi bukan Amran. Lagipun, kesilapan dibahagian operasi bukan pemasaran.
“Kenapa Juli? Tak nak.” Tolak Juli.
“Kenapa? Kamu takut ke?” Provoke Tuan Hashim.
Dia memang ingin Juli bertanggungjawab dan dia memang ingin mencungkil bakat Juli memandangkan Juli saja waris yang ada untuk mewarisi syarikat ini. Maka perlu untuk Juli menonjolkan bakat pengurusannya dan sifat bertanggungjawabnya.
“Takut? Silaplah. Ini Juli. Baik. Juli terima cabaran uncle.” Sahut Juli seraya keluar dari bilik mensyuarat.
Yang lain hanya mengangkat bahu tanda tiada komen.
“Jom pergi lunch. Saya belanja.” Ajak Tuan Hashim.
Senyuman di wajah masing-masing jelas ceria. Bukan selalu dapat makan dengan bos walaupun mereka sedar belum tentu di restoran mewah tapi pastinya di tempat yang sedap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan