SUBSCRIBE

Sabtu, Mei 14, 2016

AIN NADIRA : PROLOG

PROLOG
Amran Syauqi Bin Amir Syayuti. Berumur 25 tahun. Bekerja sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat yang telibat di dalam bidang logistik yang terkemuka di Malaysia walaupun baru bekerja di situ tak sampai 3 tahun. Prestasi kerja pemangkin kejayaan. Moto syarikat yang membuatkan dia berjaya menjawat jawatan itu walaupun masih muda.
Dia bermula bekerja di syarikat ni hanya sebagai budak despatch sambilan kerana dia masih lagi belajar. Habis saja belajar, dia diberi kepercayaan untuk berurusan dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kemudian dia ditarik dari bahagian operasi ke bahagian pemasaran. Dari uruskan dokumen tender, kini, dia yang menerajui bahagian pemasaran.
Rezekinya bertambah murah bila dikurniakan seorang isteri yang telah lama bertahta dihatiku. Mereka bertunang apa 11 Februari dan dinikahkan pada 9 Mac. 
“Woi orang kampong!!! Aku sudah kahwin!!!” Itulah rasa hatinya sebaik sah bergelar suami kepada Ain Nadira.
“Apa? Korang tak kenal pujaan hati beta? Dia belum perkenalkan diri? Belum?”
“Belum.”
“Meh sini nak perkenalkan. Dia ni dah bertahta dihati aku sejak kami masih bersekolah rendah lagi. Lebih tepat lagi sejak dari darjah satu. Gila tak gila lah... dulu aku pun fikir aku cuma suka, cinta monyet dan bla...bla..bla... Tapi ternyata semua itu tidak benar. Aku memang mencintai dia sejak mula lagi. Kira aku memang lelaki paling setia lah di dunia ini.
Pujaan hati aku ini semasa zaman sekolah rendah sama sekolah denganku malah sebaya denganku. Pertama kali aku terpandangkan wajahnya di saat kami beratur pada minggu pertama persekolahan sewaktu kami masih darjah satu. Waktu tu kami dibenarkan duduk sewaktu cikgu sedang berucap. Aku lihat dia sedang menguis batu-batu kecil di jalan tar tapak perhimpunan. Mataku tak lepas dari melihat gelagat dan aksinya. Sejak itu, aku selalu mencuri pandangnya. Cinta tak kenal usia.
Memang sudah menjadi tradisi di sekolah ini agaknya. Pelajar kelas pertama tak boleh berkawan dengan pelajar kelas bawahnya. Cuba korang fikir, walau aku sudah menginjak ke darjah enam, aku tak pernah sekali pun berbual dengannya. Aku rasa dia tak pernah kenal aku, silap-silap tak pernah perasan aku pun. Bukan aku tak berusaha untuk mendekatinya tapi dia tu macam ada pendinding. Beku sepanjang masa.
Aku selalu buat-buat terserempak dengan dia. Sanggup naik ke kelas ikut jalan jauh semata-mata mahu lalu depan kelas dia. Tapi bukan kata nak pandang, toleh pun tak. Kalau aku lalu depan dia, tak pernah nampak dia pandang aku. Pandangan dia merata. Walaupun dia terlanggar aku, dia tetap tak pandang aku. Dia lebih suka pandang pokok. Kadang-kadang terfikir juga, dia ni buta ke? Rabun memang lah sebab dia dah pakai cermin mata sejak dari darjah 4 lagi. Tapi takkan rabun sampai tak nampak orang langsung.
Nak kata dia malu dengan lelaki lagi merapu. Kawan-kawan dia hampir semua lelaki. Jarang nampak dia bergaul dengan perempuan kecuali yang dalam kelas dia. Kalau yang bukan budak kelas dia, pasti budak perempuan itu yang perangai sama sepertinya. Kasar.
Waktu rehat tempat dia mesti di perpustakaan sejak darjah 4. Masa darjah 1-3, dia lepak dekat kelas saja. Masa tu cikgu belum melarang rehat di dalam kelas. Jarang sangat nampak dia di kantin. Kalau perpustakaan tutup, dia akan melepak dilorong-lorong dengan kawan-kawan lelakinya.
Oh lupa pula, dia ni sangat aktif dan popular disekolah. Dia permain bola tampar peringkat daerah dan juga pustakawan.  Kalau kat sekolah tu sebut saja nama dia mesti semua orang kenal. Aku? Sudah lah tidak popular, aktif pun tak. Mana nak dia pandang kan? Tapi aku tak peduli semua tu, yang pasti orang yang menjadi perhatian mata dan hatiku adalah Ain Nadira BT Mohd Radzi.” Cerita Amran.
“Tapi itu cerita zaman sekolah rendah. Sekolah menengah lain pula ceritanya.” Sambung Amran.
“Apa kisahnya?”
“Tanya Ain.”
************************

Kesibukan ni selalu menjadikan dia lupa bahawa dia adalah Ain Nadira Bt Mohd Radzi yang sudah pun berusia 25 tahun. Baginya, tahun ini adalah tahun untuk membina karier bukan lagi tahun untuk menimba pengalaman kerja. Dirasakan cukup pengalaman selama hampir 2 tahun itu.
Bukan bermakna dia sudah sangat bijak menguruskan sesuatu perkara tapi cukup sudah dihantui dengan perasaan rasa rendah diri, menjadi orang suruhan dan dibuli oleh senior. Lagipun, dia sudah dinaikkan pangkat dari kerani ke eksekutif. Semua ini berkat kesabarannya melayan kerenah orang-orang lama yang suka membuli.
“Aku sebenarnya baru sahaja dinikahkan 4 bulan lepas. Bernikah dengan kawan aku semenjak aku di tingkatan 4. Macam mana boleh bernikah pun aku tak tahu. Sebenarnya bukanlah langsung tak tahu tapi aku masih lagi mencari jawapan yang paling tepat. Nak kata diatur keluarga, abah kata dia kenal dengan keluarga Amran sewaktu keluarganya datang merisik aku walau kami satu tetangga. Maklumlah, setetangga tapi bahagian lain-lain. Rumah aku dibahagian tengah manakala rumah dia di belakang.
Nak kata nikah terpaksa pun tak ada sesiapa yang paksa aku. Nak kata aku rela pun aku tak tahu atas alasan apa aku rela. Nak kata cinta? Tak juga. Nak kata dia ada melamar aku? Pun tak.
Mana dia nak melamar, penampar sulung aku dah mendarat di pipinya sewaktu dia memanggil aku sayang. Nak buat macam mana, wrong timing. Sebelum kami terserempak, aku terlebih dulu terserempak dengan seorang mamat yang tak pernah faham bahasa erti penolakan dan mamat ni suka sangat panggil aku ‘sayang’. Maka disebabkan rasa marah kat mamat tu tak lepas lagi dan dia pula bergurau tak kena masa. Memang selepuk la kena. Sejak tu, kami dah tak mesra. Aku segan mahu berjumpa dengannya untuk ucap kata maaf. Serabut rasa hati. Lama-lama aku buat tak tahu saja.”
“Macam mana boleh berkahwin?”
“Itulah tak faham ni.”
“Tanya Amran.”
                                               **********************

“Dah kenal Ain?”  
“Dia tu hati batu, kepala kayu punya orang. Bukan takat aku, semua orang pun kata macam tu. Tak termasuk aku dah 3 orang ajak couple dengan dia. Boleh pula dia ajak kawan dengan orang tu. Kalau orang tu lebih-lebih memang dia akan lari dan takkan tunjuk muka lagi. Kalau terserempak pun dia buat muka ala-ala tak kenal. Kalau kata kena berurusan dengan orang tu dia boleh pula buat muka ala-ala baru kenal dan tak mesra alam. Jadi, kau orang agak aku nak mengaku ke pada dia?
Memang tak lah.
Aku pun fikir macam-macam cara untuk memiliki dia. Tapi Allah tu Maha Mengetahui, setiap kali aku mengatur rancangan untuk buat dia jatuh hati dengan aku atau aku nak bagi hint pasti ada sahaja aral yang melintang. Dan aral yang paling aku ingat adalah bila dia tampar aku bila aku cuba bagi hint yang aku sayang padanya.
Masa tu bukan saja malu, tapi lebih pada rasa sakit apabila aku tahu aku telah di tolak mentah-mentah. Sejak tu aku mula menjauhkan diri dari dia. Aku tak nak bina impian dan harapan bersama dengan dia lagi. ‘
Tapi hatinya dah biasa ada Ain. Maka amat payah untuk dibuang nama itu dari hatinya. Beberapa kali dia cuba untuk mendekati perempuan lain dengan harapan boleh mengantikan Ain dalam hatinya. Ternyata payah. Sudahnya Amran biarkan saja nama Ain terus menghuni hatinya.
Takdir Allah siapa yang boleh halang.
Suatu petang selapas waktu bekerja, Amran terasa seperti hendak melepak sambil menikmati minum petang di Secret Resipe. Lokasi yang dipilih adalah SACC Mall memandangkan lokasi itu adalah yang paling hampir dengan rumahnya di seksyen 2, Shah Alam. Rumah yang asalnya disewa sewaktu belajar di UiTM Shah Alam, kini telah menjadi miliknya apabila pemilik asal hendak menjualnya kerana mengikut anaknya berhijrah ke Thailand.
Sewaktu melintasi jalan menuju ke SACC Mall, Amran terdengar pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Panas juga keadaan ketika tu. Orang ramai sudah mengerumuni mereka. Amran turut menjadi rakyat Malaysia prihatin.
“You tak faham ke bila I kata tak nak?” Perempuan tu menjerit sambil cuba untuk meleraikan pegangan lelaki itu dipergelangan tangannya.
Namun tak berjaya.
“You yang tak faham. Bersaksikan orang ramai ni, sekali lagi I tell you that I really in love with you and I want to marry you.” Kata si lelaki dan terus melutut.
“I don’t love you and I don’t want to marry you.” Si gadis masih lagi dengan rontaannya.
‘Kuat gila cengkaman lelaki tu.’ Bisik hati Amran.
“But I really love you. I couldn’t live without you since the first time we meet. Why can’t you realize my feeling toward you?” Si lelaki sudah mula merintih.
“Love cannot be force. I don’t love you and that the fact. You nak ke I admit that I love you but I don’t. Love come from heart.” Kata si gadis dengan lembut.
“I don’t care as long as you’ll be mine. Others is not important anymore. Cinta boleh dipupukkan? Once you married me and we live together then you start knowing me, I’m sure that you will love me. So, my dear, please marry me.” Si lelaki tetap tidak mengalah.
“You ingat ini cerita novel ke? Berpijaklah di bumi nyata. Kalau betul cinta boleh di pupuk, sekarang ni I dah in love with you. Kita dah berkawan hampir 5 tahun, tapi I langsung tak ada hati pada you. I bukan tak cuba tapi I memang tak boleh langsung nak ada hati dengan you.” Si gadis masih cuba untuk menyedarkan si lelaki akan kebenaran itu.
“Itu sebab you tak kenal I lagi. You tak tahu how big my love toward you.” Si lelaki masih cuba untuk memujuk si gadis menerimanya.
“Tak tahu? Shit... You ingat I bodoh ke apa? Hey, look Tengku Azrin Bin Tengku Zakaria, since the first time you introduce yourself kat I pun that the words you always said. ‘I love You’. Puih. Sampai I naik menyampah dan geli bila you said it again and again. You tahu tak?” Si gadis sudah mula berang.
“Ain, kenapa ni?” Amran mencelah.
Niat dia cuma satu, cuba menyelamatkan keadaan agar tak menjadi tragis dan memalukan. Sudah cukuplah apa yang disaksikan. Ini bukan gaduh pasangan kekasih tapi pergaduhan dengan orang yang tak faham bahasa. Kalau tak mencelah, alamatnya makin ramai yang datang menonton.
“Minta maaf, tuan-tuan dan puan-puan semua. Rasanya ini hanya salah faham. Minta semua bersurai. Drama swasta ni dah habis. Pengarah dah ketandusan idea. Will be continuing later.” Dengan sopan Amran meminta orang ramai beredar sambil menundukkan sedikit badanku gaya seperti pengacara sarkas.
Orang ramai yang berkerumun mulai beredar. Mungkin faham yang mereka perlukan sedikit privasi. Seorang demi seorang mula beredar dan kelihatan wajah Ain sedikit lega. Ain memandang Amran dan mulutnya mengerakkan ucapan terima kasih tanpa suara.
“Tengku, rasanya Ain perlukan kebebasan untuk beredar menuju ke destinasinya. Dan perlulah kiranya Tengku melepaskan gengaman tangannya agar dia boleh segera menunaikan tuntutan sehariannya, kan?” Amran berkata ala pembesar istana di zaman lampau.
Amran kenal siapa lelaki itu. Tengku Azrin yang sememangnya sudah lama mengejar cinta Ain Nadira sejak tahun pertama diploma di UiTM, Melaka. Walaupun Amran jauh di Kedah, tetapi cerita tentang Tengku Azrin selalu bermain di telinganya. Sememangnya sewaktu itu, Amran agak rapat dengan Ain Nadira.
“Nope. I won’t let her go until she agree to marry me.” Keras suara Tengku Azrin.
“Kalau macam tu terpaksalah saya menggunakan kekerasan sebab saya ni pantang tengok lelaki yang tak hormatkan wanita terutama wanita tu adalah orang-orang yang saya kenal.” Kata Amran sambil menghampiri Tengku Azrin.
“Tapi tengku buat lah pilihan sama ada saya atau Ain yang perlu lepaskan ‘bom’ agar Tengku lepaskan gengaman ini.” Kata Amran lantas menghentikan langkahnya betul-betul ditengah antara Ain dan Tengku Azrin.
Senyuman diberikan kepada Ain dan Tengku Azrin. Tengku Azrin memandang pelik ke arah Amran diselangi dengan Ain.
Belum sempat Tengku Azrin memberikan jawapan, Ain terus sahaja memijak peha Tengku Azrin yang sedang melutut itu. Pijakkan yang padu disokong pula dengan kasut bertumit setinggi 11/2 inci berkepala separa tajam sudah cukup untuk buat Tengku Azrin mengaduh. Lantas gengaman yang tadi sangat susah dileraikan terlerai dengan sendirinya. Ain terus berlalu menyorok dibelakang Amran.
“Ops... Maaf Tengku terlambat. Ain have make the decision. Lupa nak khabar, sebenarnya dari tadi Ain boleh saja mahu lakukan begini tapi sebab memikirkan Tengku tu anak orang ternama maka dia simpan saja ilmu didada.” Kata Amran sambil tersenyum sinis.
Lantas Amran menarik lengan Ain yang berlapik dengan lengan bajunya untuk beredar dari situ. Tidak mahu ada lagi drama swasta di situ.
“Ain, either you like it or not, I akan hantar rombongan meminang you hujung minggu nanti. I had inform your parents pasal ni and they just agreed.” Kata-kata Tengku Azrin mengundang marah dan sedih di muka Ain.
Tapi Amran tidak mengendahkan dan terus menarik Ain jauh dari Tengku Azrin walaupun Ain meronta ingin mendekati Tengku Azrin kembali. Bukan apa. Amran kenal Ain. Ain bukan boleh jangka kemarahannya dan tindakannya. Dia tak mahu Ain menggunakan ilmu persilatannya dan mencederakan Tengku Azrin. Nanti tak pasal ada yang masuk ICU.
Amran mencari tempat di restoran berhampiran yang dia sendiri kurang pasti nama restoran ini. Apa yang dia tahu ini bukan Secret Recipe tapi bersebelahan.
‘Hah, aku belum gila nak duduk Secret Resipe dengan Ain di hujung-hujung bulan ni. Nanti tak pasal aku kena bayar pakai kad kredit. Naya ke aku.’ Kata hati Amran.
Mereka duduk dibahagian luar restoran. Fresh air. Menikmati angin petang sambil melihat Ain yang sedang muncung sedepa. Amran biarkan saja sehingga air yang mereka pesan sampai.
‘Bagi sejuk sekejap hati minah ni. Tengah-tengah marah ni kalau tanya memang cari nahas.’ Amran terus bermonolog.
Amran menjemput Ain minum sebaik saja minuman mereka sampai. Tak sampai seminit, air jus tembikai Ain sudah habis.
‘Ini betul-betul panas hati. Tapi kalau tak panas hati pun memang boleh cepat habis. Ais lagi banyak dari air.’ Monolog Amran.
Amran lantas memanggil pelayan untuk meminta minuman lain untuk Ain.
“Dik, air bali itu kasi suam-suam kuku. Kang minta ais cepat sangat habis macam air tembikai tu. Baik korang bagi betul-betul suam kalau tak nak meja kat restoran ni terbalik.” Pesan Amran sambil ketawa kecil melihat Ain yang makin panas.
Memang Amran sengaja bikin hati Ain bertambah panas. Lepas tu, senang sikit nak suruh Ain bercerita nanti kerana Ain memang begitu. Lagi dia serabut, lagi dia suka bercerita.
“Kau memang sengajakan nak kasi aku naik angin. Aku dah lah berangin dengan kau ni.” Kata Ain setelah budak pelayan tadi pergi.
“Aik, aku pun kena? Ni pehal aku sama terbabit? Aku ada masalah apa sampai kau nak berangin dengan aku pula?” Tanya Amran sambil tersenyum.
‘Nak gelak sebenarnya tapi tahan saja lah. Nanti lagi berangin, lagi parah aku.’ Kata hati Amran.
“Yang kau sedap-sedap pergi order air bali pula kenapa? Suka nak malukan aku kan?” Jerkah Ain tapi seakan berbisik.
“Lah, itu pun jadi masalah? Dah air kau dah habis, takkan aku nak biarkan je kau tengok aku minum.” Tercetus juga tawa Amran tapi kecil saja.
Tak berani nak melepaskan tawanya di depan Ain yang memang jelas muka marahnya. Muka dah merah. Kalau kata tak marah tu, demam lah jawapannya.
“Alasan kau, kan? Padahal memang sengaja nak buat semua orang kat sini tahu yang aku ni pelahap, kan?” Marah Ain, tak puas hati.
“Dahlah. Pasal air pun nak mengamuk. Actually apa yang kau marah sangat dengan aku ni?” Amran mengalihkan topik perbincangan.
 “Kenapa kau seret aku ke sini? Aku baru nak tunjukkan kehebatan cucu Daeng Malewar kat dia. Berani gila dia macam tu?” Ain mula berangin semula.
“Eleh kau. Dah jauh baru berani nak macam-macam. Tadi tu kau biar saja. Tah-tah kau memang ada hati kat dia tak. Maklum lah. Dia tu dah lah handsome, kaya pula tu. Ada pangkat Tengku lagi.” Usik Amran.
“Hey. Aku masa mula-mula tu fikirkan diri aku. Kalau aku ‘bagi’ dia awal-awal lagi nanti jatuh lah saham aku. Mana nak tau time tu bakal mak mertua aku lalu. Tak ke nanti dia reject aku awal-awal. Dah kempunan aku nak kahwin.” Kata Ain mempertahankan dirinya.
“Desperate nampak. Asal? Dah tak sabar nak kahwin ke?” Amran masih nak mengusik.
“Ya lah. Umur dah 25 tapi calon pun tak ada. Risau juga aku.” Ain membalas.
“Kau tu yang memilih sangat. Dulu aku nak mengayat kau, kau tak nak. Baru panggil sayang dah kena setempek. Padu pula tu.” Ungkit Amran.
Ain tersipu.
“Erm... Pasal tu aku minta maaf lah. Aku bukan sengaja. Masa tu kau salah timing. Aku tengah hot gila dengan mamat seekor tu. Mamat tadi tu lah. Tak paham bahasa. Dah orang tak nak lagi nak paksa-paksa. Alih-alih kau yang terkena.” Ain terasa sangat bersalah. Baru hari ini dia punya keberanian untuk meminta maaf.
“Alah. Kalau aku tak maafkan pun bukannya kau sampai tak boleh hidup, kan?” Sengaja Amran ingin menyeksa jiwa Ain.
“Memanglah masih hidup tapi hidup dalam rasa serba salah. Memang tak best lah. Woi, maafkan lah aku.” Pinta Ain.
Amran hanya tersenyum.
“Woi, kau dengar tak ni?” Ain masih mengesa.
Sedang itu telefon bimbit Ain berdering.            
“Assalamualaikum. Ya mak ada apa?” Tanya Ain lembut.
Sungguh berlainan nada suara Ain ketika bercakap dengan ibu bapanya dan kawan-kawannya. Oleh yang demikian membuatkan Amran makin tertarik dengan perilaku Ain.
“Terpulang mak, lah. Ain tak ada bantahan.” Kata Ain dengan nada hampa.
“Pehal dah gaya muka ayam katik ni?” soal Amran sebaik saja Ain menamatkan perbualan telefonnya.
“Tengku Azrin dah telefon mak bagitahu hajatnya hendak masuk meminang hujung minggu ni. Makna kata lain. Tulat ni.” Jelas Ain.
Terpampan Amran seketika.
“Ha? Habis tu kau setuju ke?” Amran mula pelik.
‘Rasanya tadi aku dengar dia kata ‘terpulang mak lah’ kan? Dia ni betul ke tak? Tadi punyalah baik bergaduh kat tepi jalan semata-mata nak tolak cinta lelaki tu. Alih-alih sekarang ni lain pula. Aku baru nak lega sekejap dah dia buat kejutan lagi. Selalu macam ni, boleh bikin aku tinggal 3 jumaat saja lagi.’ Monolog Amran.
“Terpaksa.” Jawab Ain ringkas.
“Tapi kan kau tak suka dia. Kau kan boleh menolak.” Amran cuba menyedarkan Ain akan haknya dalam memilih pasangan.
“Aku dah janji dengan mak aku yang sesiapa yang datang pinang aku, dia bakal jadi suami aku. Kalau dah janji mana boleh mungkiri. Aku bukan munafik.” Terang Ain.
“Tapi kau berhak untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kau sendiri kan?” Amran masih tidak mengalah menyedarkan Ain tentang haknya.
“Kau tak faham” Ujur Ain.
“Then make me understand.” Desak Amran.
“Kau tak akan faham. Mak aku berharap sangat agar aku kahwin selewat-lewatnya tahun ni.” Jawab Ain.
“Tapi bukan bermakna kau harus kahwin dengan sesiapa pun kan? Ke kau sangat desperate nak kahwin?” Tanya Amran keras.
“See, aku dah cakap kau tak akan faham.” Ain mengalihkan pandangannya.
Amran memandang Ain untuk minta penjelasan. Lama keadaan begitu. Tiba-tiba Ain bangun dan menuju ke kaunter pembayaran. Amran mengikutnya dari belakang dan segera melunaskan bil mereka walaupun Ain mendesak untuk membayarnya sebagai tanda maaf dan terima kasih. Maaf kerana pernah sepak Amran dan terima kasih kerana menyelamatkannya dari Tengku Azrin.
Bila Amran mendesak untuk membayarnya juga, Ain segera meninggalkan Amran dengan urusan pembayarannya tanpa menunggu Amran.
Amran terus mengejar Ain setelah urusan pembayaran selesai. Dia perhatikan keadaan Ain yang sedang melangkah longlai. Dia tak pasti sama ada perlu untuk terus mengejar Ain.
“Tapi aku rasa Ain perlu menangis disaat ini. Tak perlu dia kelihatan tabah sedangkan banyak benda yang menimpa dirinya.” Kata Amran pada dirinya.

Dia masih memerhatikan Ain yang masih mencari keretanya. Dia tahu Ain sangat tertekan sebab Ain yang dia kenal tak akan lupa di mana dia letak barangnya. Ain ni nampak sangat celaru. Tapi kakinya seakan menahan diri dari mendekatinya walau jarak mereka tak sampai 30 meter. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan