SUBSCRIBE

Khamis, Mei 26, 2016

AIN NADRIA 10

“Uncle perasan tak, uncle ni too much defending your staff?” Soal Juli sewaktu sedang bersarapan sebelum ke pejabat.
Tuan Hashim hanya memandang sekilas.
“Uncle kalau Amran saja, everything is perfect. Macam dia tu ahli sufi. Sempurna. Tak ada salah dan silap. Cuba kalau Juli. Semua benda salah. Macam Juli tak reti nak buat kerja. Sikit-sikit, Amran. Apa-apa pun Amran. Amran. Amran. Amran. Macam dekat office tu kita tak ada staff selain Amran.” Bebl Juli bila soalannya tadi tidak diendahkan.
“Juli ada masalah ke? Hal peribadi?” Tanya Tuan Hashim.
Sebenarnya dia tidak suka hal pejabat dibawa masuk ke dalam rumah. Padanya rumah adalah tempat untuk dia berehat dari tugasan dan masalah pejabat. Tempat untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan. Andai dibawa masuk masalah pejabat ke dalam rumah, dimana ketenangan itu?
“Uncle, Juli tengah bincang pasal Amran. Staff kesayangan Uncle tu.” Suara Juli naik seoktaf.
“Hal pejabat lah ni? Ok. Jumpa uncle kat office nanti. Sekarang kat rumah, tak ada hal pejabat. Berapa kali dah uncle pesan, kan?” Tegas suara tu bersuara.
“Ok. First thing in the morning. Itsn’t okey with you, my dear uncle?” Tanya Juli.
Tuan Hashim mengangguk.
Dia memang tidak punya temujanji pagi ini. Lagipun, dia memang ada perkara yang mahu dibincangkan dengan Juli.

*************

Setiba saja di pejabat, Juli terus ke bilik Tuan Hashim. Dia perlu menunggu Tuan Hashim memandangkan dia keluar rumah dulu. Maka tentu saja dia yang akan sampai dulu.
“Cik Juli, Tuan Hashim kata jumpa dia after lunch. Dia pergi Port Klang dulu baru masuk sini. Dia ada urusan dengan Amran.” Kata Alisya, si penyambut tetamu.
“Okey” Kata Juli dengan lagaknya.
Dia terus berjalan menuju ke biliknya. Sedikit pun dia tidak membalas sapaan pekerja-pekerja HSH Holding apatah lagi untuk membalas senyuman mereka. Padanya, mereka semua tidak layak untuk mendapatkan layanan mesra darinya.
Di dalam syarikat ini, dia punya bilik sendiri di kedua-dua pejabat. Sama seperti Tuan Hashim dan Tuan Firdaus. Dia minta untuk diberi bilik di ibu pejabat memandangkan dia perlu berurusan di sini selalu. Tidak betah rasanya untuk duduk bersama dengan pekerja yang lain. Menjatuhkan martabatnya sebagai waris syarikat.
“Hello, uncle. Mungkir janji.” Kata Juli bila talian sudah bersambung.
Dia terus menelefon Tuan Hashim setibanya dibiliknya. Kepantangannya bila orang tidak menunaikan janji. Dan dia tidak suka bila dia diketepikan kerana Amran.
“Uncle minta maaf. Amran call tadi masa uncle tengah dalam perjalanan ke office. Katanya ada perkara penting. Itu yang uncle terus ke Port Klang.” Terang Tuan Hashim.
“Juli ke sana” Putus Juli.
“Tak perlu. Kamu selesaikan masalah kereta tu dulu. Uncle ada discussion dengan Amran. Kalau kamu di sini pun, still uncle tak boleh nak layan complaint kamu tu.” Kata Tuan Hashim.
“Tapi...”
“Tak ada tapi dah. Uncle kata tak payah. Maknanya tak payah lah. Uncle nak tahu progress pasal kereta tu after lunch nanti.” Tegas Tuan Hashim.
Juli terus mematikan telefonnya.
Tuan Hashim hanya menggelengkan kepalanya.
‘Macam-macam perangai budak ni. Dia hanya tahu nak berungut. Ni aku ni nak cerita pasal business. Mana lagi penting? Tentu saja perkata yang boleh memajukan syarikat. Itu pun tak boleh nak berfikir cara matang. Macam manalah budak ni nanti.’ Ngomel Tuan Hashim.
“Tuan okey?” Tanya Amran.
“Continue, Amran.” Suruhnya.

*****************

Ketukan di pintu bilik telah berjaya mengganggu ketenteram Tuan Hashim yang sedang mencari maklumat tentang perkara yang dibincangkan dengan Amran sebentar tadi. Usul yang dicadangkan itu telah berjaya menarik minatnya. Sebagai seorang yang mempunyai fikiran untuk maju, peluang begini adalah cabaran untuk menguji kemampuan diri. Dengan keyakinan pada diri dan pekerja-pekerja di bawahnya, dia percaya mampu menjadikan perniagaan itu membiak seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
“Yes, Juli. How the progress?” Soalan pertama yang dikemukakan bila melihat wajah anak saudaranya.
Dia perlu lebih cepat dari Juli sebelum perihal pagi tadi muncul dan membuatkan perbincangan yang lebih penting diketepikan.
“Uncle baru bagi benda tu kat Juli petang semalam. Mana Juli sempat nak study lagi.” Jawab Juli.
“Takkan tak faham lagi situasi? Rasanya semalam Amran dah bagi penerangan yang terperinci. Ke kamu tidur semalam? Uncle yang dah tua ni pun senang saja nak faham.” bidas Tuan Hashim.
“Uncle lain. Pengalaman luas” Bela Juli.
“Kamu tak cukup pengalaman ke? 5 tahun dah rasanya kamu bekerja dengan uncle. Takkan masih tak cukup pengalaman?” Sengaja dia membakar jiwa Juli.
Tangan disilangkan dan dia sandar dikerusinya. Matanya tepat memandang Juli yang jelas kelihatan muka tidak puas hatinya.
“Kalau nak compare dengan uncle yang berpengalaman berpuluh tahun. Memanglah uncle boleh cepat faham.” Balas Juli.
“Tapi uncle tak pernah kena situasi macam ni. Ini pertama kali. So, maknanya kita fair kan?” Balas Tuan Hashim.
Kening diangkat-angkatnya. Sebuah senyuman sinis dihadiahkan kepada Juli.
“Amran pun first time hadapi masalah ni. Sedangkan dia dibahagian pemasaran dan ini kerja kamu setiap hari. Dia dah dapat penyelesaian tak sampai setengah hari. Kamu? Uncle sudah bagi masa 24 jam. Macam mana kamu kata kamu tak cukup masa?” Tegas sekali nada itu tapi masih lagi Tuan Hashim berlembut.
“Uncle memang kalau Amran semua terbaik. Kalau Juli serba serbi tak betul” Bentak Juli bila tidak boleh membalas kata-kata Tuan Hashim itu.
“Kamu pernah fikir tak kenapa?” Tuan Hashim.
“Sebab uncle memang tak sayang pada Juli. Uncle lebihkan orang luar” Jawab Juli.
Air matanya sudah mahu keluar. Sedih mengenangkan pakciknya itu sudah tidak sayang padanya.
“Juli, kamu tu uncle dan auntie bela sejak umur kamu 3 hari. Kamu tu dah seperti anak kandung kami. Lagipun, kami memang tidak dikurniakan anak. Macam mana kasih seorang bapa boleh hilang pada anaknya?” Cuba dilembutkan suaranya.
“Kamu tak pernah nak bersyukur. Pada kamu semua orang salah. Kamu saja betul. Langsung tak mesra dengan pekerja. Kamu anggap mereka tak setaraf dengan kamu. Kamu anggap mereka tiada nilai dimata kamu. Kamu lupa pekerja-pekerja kita tu yang bantu kita sampai ke tahap ini. Terima kekurangan diri Juli. Pergunakan kelebihan pekerja yang lain sebagai asset untuk kamu maju ke depan tanpa perlu menindas mereka. Ubah perangai kamu.” Kata Tuan Hashim selembut mungkin. Tidak mampu untuknya melihat wajah murung anak saudaranya itu.
“Sudahlah. Duduk. Uncle ada perkara nak bincang dengan kamu” Pelawa Tuan Hashim.

Dia mengambil keputusan untuk berbincang dengan Juli dulu. Mungkin Juli punya pandangan sendiri. Dia tidak menyatakan nama Amran sebagai pencetus idea. Tak mahu Juli berat menyumbang pendapat kerana Amran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan