SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 2

           "Kau apahal pula ni?" Tegur Adam yang baru tiba apabila melihat wajah cemberut Ikhmal.
"Pengantin baru kita ni baru lepas gaduh dengan bini dia." Jawab Aqil sambil ketawa terbahak-bahak. Adam turut sama ketawa.
‘Geram pula aku dengan mereka berdua ni. Tak sensitive langsung.' Kata hati Hidayati. Namun tidak pula Hidayati menegur mahupun memarahi mereka kerana Ikhmal sendiri seperti tidak kisah digelakkan sahabat-sahabatnya itu.
Pada Ikhmal itu lebih baik dari disimpati.
"Kali ni kenapa pula?" Soal Adam setelah tawa mereka reda.
"Erm..." Ikhmal mengarukan kepalanya. Tahu andai diceritakan, pasti lebih besar ketawa mereka.
"Geli pula tengok muka kau malu-malu macam tu. Nak muntah aku tengok. Cerita saja lah." Adam mendesak.
Ikhmal hanya tersengih sebelum membuka mulutnya. Kepalanya digaru lagi. Kemudian dia ketawa.
"Aku termengandungkan dia" Kata Ikhmal dan masih ketawa.
Kami yang ada terlopong.
"Tahniah, Ikhmal." Satu suara yang datang dari belakangku bersuara.
Kami memandang kearah datangnya suara itu. Dia mengambil tempat duduk disebelahku.
"Apa?" Tanya pemilik suara yang kehairanan bila semua mata memandang kearahnya.
"Kau kalau datang mesti nak kena duduk sebelah Yati ke? Sebelah aku ni kosong, tak nak pula kau duduk?" Tegur Adam. Entah kenapa Adam selalu tak sebulu dengan Harith. Selalu buat Harith rasa serba salah.
"Yang kau sakit hati dia duduk sebelah aku ni, kenapa?" Hidayati cuba mempertahankan Harith yang kelu disergahi Adam tadi.
"Korang ni. Tak nak wish apa-apa kat aku ke?" Tegur Ikhmal.
"Terkejut dengar berita kau dan lagi terkejut dengan si Adam ni. Dah gaya orang cemburu sampai terlupa nak wish kau." Kata si Aqil sambil tersenyum sinis.
"Diamlah" Marah Adam tapi dalam nada perlahan.
Dia kemudian bangun menuju ke tempat yang diletakkan lauk pauk. Perutnya lapar. Dari layan usikan Aqil tu lebih baik dia pergi cari makanan.
Mereka yang lain hanya memerhati sambil mengelengkan kepala. Tersenyum mereka dengan telatah kawan baik mereka itu. 
"Siapa bagitahu kitorang ada kat sini?" Tanya Hidayati pada orang sebelah yang dengan selamba meminum airnya. Soalan yang dia sendiri punya jawapan. Siapa lagi kalau bukan Encik Aqil Hazim.
Hidayati perasan yang Harith masih belum pesan minuman dari tadi. Dia melambai pada pelayan di restoran mamak tersebut.
"Kau ni Yati, garang betul. Romantik la sikit. Lembut sikit. Baru terbuai perasaan Harith ni" Tegur Aqil, selaku abang Long antara kami.
"Minum apa?" Tanya Hidayati pada Harith tanpa menghiraukan teguran Aqil. Harith hanya mengangkat bahunya.
"Teh ais, dua. Teh O ais limau, satu" Pesan Hidayati pada pelayan tersebut. Dia membuat pesanan untuk Adam sama bila melihat dia menunjukkan arah dirinya bila pelayan itu berada dimeja mereka.
"Banyak air kau order?" Perli Ikhmal.
"Kau tengok la apa jadi kat air aku. Piranha dah pehabis. Tinggal baki celah tekak je" Balas Hidayati. Kemudian dia menyedut baki air dengan sekali sedut saja. 
'aku tak sempat minum basah tekak, dia tolong habiskan. Huh'. Rungut Hidayati di dalam hati.
"Ala, haus" Harith membela diri. Hidayati hanya mencebik. Harith senyum. Gembira bila Hidayati tidak kisah meminum dari bekasnya.
"Wife kau kenapa mengamuk pula bila tahu dia mengandung. Bagus apa?" Tanya Hidayati pada Ikhmal tiba-tiba. Ikhmal mula menggaru kepalanya sambil tersengih. 
"Aku janji dengan dia tak nak ada anak sampai umur dia 25 tahun. Kira kita orang nak honeymoon lagi 3 tahun lah" Jawab Ikhmal sambil senyum manis.
"Kau sekarang bukan dah 27 ke?" Tanya Aqil. 
Adam yang baru duduk mengangkat keningnya memandang Hidayati. Hidayati membuat isyarat pandang ke Ikhmal.
"Tu lah. Aku fikir umur aku dah lanjut sangat kalau nak tunggu 3 tahun lagi. Takkan umur aku dah sangat tua pun masih nak kerja sara anak-anak aku lagi. Sekurang-kurangnya nanti yang sulung boleh jaga adik-adik dia. Time tu bolehlah aku dengan Mira honeymoon sepuas-puasnya. Aku dah explain macam tu tapi tu buat lagi dia mengamuk sampai aku tak boleh masuk bilik dah" Terang Ikhmal malu-malu. 
"Betul tu Ikhmal. Buat apa nak tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat kita kahwin, lagi cepat dapat anak. Sayang..." Kata Harith sambil menolak badan Hidayati dengan badannya sambil terkebi-kebil kucing. Mengada-ngada.
Adam yang melihat hanya mencebik. Dia tak suka Harith begitu rapat dengan Hidayati. Hatinya seperti tak keruan bila mereka rapat terutamanya bila dia dapat tahu Harith sudah agak rapat dengan keluarga Hidayati. Lebih rapat darinya yang sudah lama mengenali mereka. Maklumlah, dia dan Hidayati membesar bersama. Jiran sekampung.
"Kau bila balik, Yati?" Tiba-tiba Aqil mengubah topik perbincangan. Malas nak dengar masalah rumahtangga orang. Rumahtangganya sendiri punya masalah yang hingga sekarang masih tak selesai.
"Esok last seminar. Lepas tu tengok macam mana. Kalau aku malas, lusa baru balik tapi rasanya kena balik esok juga. Lusa aku ada meeting dengan big bos" Terangku.
"Agak kau malas nak drive, naik kapal terbang je lah. Kereta tinggal kat rumah aku" Adam memberi pandangan.
"Tak naklah. Patah kaki aku kat sana tak ada kereta" Tolak Hidayati. Sememangnya kerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran sepertinya, kereta itu keperluan yang sangat penting.
"Apa susah. Orang sebelah kau tu sedia berkhidmat" Jawab Ikhmal lantas ketawa dan disambut sama oleh Aqil dan Harith. Adam buat tak dengar. Hatinya sakit bila kawan yang lain seperti merestui hubungan Harith dan Hidayati.
"Tak payah. Semak je" Kata Hidayati sambil turut gelak.
Harith sedikit pun tidak ambil hati. Dia tahu mereka semua hanya bergurau. Itu memang kerja mereka bila berkumpul. Kadang-kadang benda yang serius pun dibuat gurau. Teringat semasa dia mula-mula berkumpul bersama mereka dulu. Drama sungguh bila dia terasa hati dengan gurauan mereka. Terutama bila berkaitan dengan si pujaan hati. Namun bila dah selalu lepak dengan mereka, dia mula faham. Itu cuma satu cara mereka untuk meredakan tekanan yang dihadapi. Sama ada tekanan di tempat kerja atau tekanan dengan keluarga.
Pada mereka, manusia boleh hukum mereka seadanya, tapi mereka tetap dengan cara mereka. Untuk Harith, dia makin boleh terima gurauan mereka dan dia tak pelik andai tidak ramai yang boleh bergaul mesra dengan mereka. Hanya mereka faham keadaan mereka dan hanya mereka tahan dengan apa yang mereka lalui. Respect.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan