SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 10

Mood Harith tidak baik hari ni. Hari ni ada mesyuarat dengan bahagian Pengurusan syarikat tinggalan keluarganya. Dia ke rumah Hidayati dulu sebaik sampai ke sini, semalam. Tapi apa yang didengarnya sangat membuatkan dia sedih.
Dia dengar apa yang Encik Khir katakan pada tetamunya. Dia sampai di rumah mereka dan melihat ada kereta lain di kawasan rumah tersebut. Dia parkir di luar kawasan rumah Hidayati dan berjalan menuju ke rumah itu.
Saat kaki melangkah, Dia dengar tetamu yang datang kata hendak meminang Hidayati untuk Adam. Saat itu, berdebar jantungnya.
Hidayati dan Adam memang sangat rapat. Mana nak tahu, disebalik rapatnya mereka, ada tersimpan rasa sayang yang tidak dia tahu. Mungkin kerana inilah membuatkan Hidayati tidak memberinya jawapan di atas pinangannya.
Encik Khir sendiri mengatakan yang dia memang sukakan Adam. Dia dengar sendiri. Disebabkan tak mahu hatinya terus disayat, dia terus pergi. Tak mahu lagi mendengar perbincangan seterusnya. Dia tak sanggup nak dengar penerimaan Encik Khir atas pinangan itu.
"Serabutlah!" Harith melepaskan rasanya.
Pen yang dipegang tadi dihempaskan ke atas fail di hadapannya. Semua mata di dalam bilik mesyuarat itu tertumpu kepadanya. Nampak sangat yang dia tak fokus.
"Kak Min, handle kejap. Saya nak pergi freshen up." Bisik Harith kepada Yasmin.
"Maaf semua." Kata Harith dan terus keluar dari bilik mesyuarat.
Semua berpandangan sesama sendiri. Saling berbisik-bisik bertanyakan tentang keadaan ketua mereka yang tiba-tiba hilang fokus. Perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Setahu mereka, walaupun ketua mereka itu penat atau sedang sibuk macam mana pun, bila berkaitan dengan hal syarikat, dia pasti fokus. Bila keadaan bertukar, semua jadi pelik dan ingin mengambil tahu.
Harith tahu pasti semua pekerjanya pelik. Dia pun pelik kenapa dia tak boleh fokus. Selalunya dia pandai membezakan setiap tugasannya. Dia tahu mana yang perlu didahulukan dan mana yang boleh dikemudiankan.
Dia selalu sentiasa fokus sebab dia mahu tahu apa yang terjadi pada syarikat sepanjang ketiadaannya. Dia mahu memastikan syarikat tetap boleh berjalan dengan baik walaupun dia tiada.
"Kak Min, tangguhkan meeting tu selepas lunch." Harith memberi arahan pada Yasmin bila saja talian telefon bersambung.
Dia rasakan tidak patut untuk dia biarkan setiausahanya yang mendengar perbentangan laporan bulanan tanpanya. Dia buat mesyuarat itu untuk pengetahuannya tentang perkembangan syarikat. Makanya, dia perlu ada. Kerana itu dia minta untuk ditangguhkan.
Biarlah pekerjanya kena buat kerja 2 kali pun. Biarlah pekerjanya kena batalkan temujanji mereka. Dia tak kisah.
'Aku bos. Kau kerja untuk aku. Jadi, aku boleh buat apa saja yang aku suka.' Kata hati Harith. Sekadar ingin menyedapkan hatinya yang rasa bersalah kerana menyusahkan pekerja-pekerjanya.
Harith pejamkan matanya. Dia ingin lelap sebentar. Mencari sedikit rasa tenang. Mencari titik untuk dia kembali fokus.
Telefon bimbitnya bunyi.
Harith buat tak tahu saja. Kali kedua ia berbunyi dan dalam waktu yang sama, Yasmin masuk untuk meletakkan fail ke atas mejanya.
"Tak nak angkat ke, Harith?" Tegur Kak Min.
Harith membuka matanya seketika.
Dia lihat Yasmin sedang mengintai skrin telefon bimbitnya sambil tersenyum.
Harith hairan.
"Okey. Okey. Kak Min keluar. Tak nak kacau pasangan sedang bercinta ni." Kata Kak Min dan terus keluar.
Harith terus mencapai telefon bimbitnya. Talian sudah mati. Dia tunggu seketika. Sejak berbaik semula dengan Hidayati, kalau tidak dia, Hidayati pasti akan menelefonnya. Pasti akan dicarinya. Selagi Harith tidak menjawab, selagi itu telefonnya akan berdering. Harith senyum. Dia tahu itu satu perkembangan yang baik.
Tapi apa guna perkembangan hubungan mereka kalau abah Hidayati tidak setuju? Dia tahu dan kenal Hidayati. Abahnya adalah segalanya. Kata-kata abahnya adalah muktamad untuk Hidayati. Kalau abahnya kata tidak, maka jawapan Hidayati akan jadi tidak juga. Tidak pernah sekalipun kata-kata abahnya dibangkangnya.
Satu mesej masuk.
angkatlah.
Dan telefonnya berbunyi sekali lagi. Harith membetulkan suaranya. Membetulkan duduknya. Entah kenapa. Bagaikan Hidayati ada dihadapannya.
"Kenapa yang tak angkat? Dah dua kali call. Ni baru nak angkat." Marah Hidayati.
"Kenapa yang nak marah?" Tanya Harith.
"Kenapa yang lambat sangat angkat call?" Soalan Harith dijawab dengan soalan.
"Kenapa call?" Tanya Harith.
"Kenapa tak boleh call?" Tanya Hidayati semula.
"Yati, tak payah call saya dah lepas ni. Saya tak nak kacau hubungan korang. Lagipun, ustaz kata tak baik kacau tunangan orang." Kata Harith.
"Bila pula saya tunangan orang?" Hidayati sudah pelik.
Hatinya kini sedang mengesyaki Adam. Entah apa pula kali ini permainan Adam untuk pisahkan mereka lagi. Permainan untuk merosakkan hubungan mereka.
"Saya pergi rumah awak semalam, Yati. Saya dengar abah kata abah suka Adam. Tak apa. Saya tahu saya tak layak untuk awak dibandingkan dengan Adam. Saya sedar tu semua. Saya minta maaf. Saya janji tak kacau awak lagi." Kata Harith.
Hatinya sayu. Rasa nak menangis. Namun, dia tahan sebaik mungkin.
Sakitnya saat memaksa diri merelakan kekasih hati pergi kepada orang lain. Sakitnya itu lebih sakit dari saat berada di atas katil berjuang antara hidup dan mati. Sakitnya lebih sakit dari saat sedar dan tahu kaki dan tangan baru lepas dibedah untuk menyambungkan tulang yang patah. Sakit sangat.
"O... tu pasal tak call dari semalam?" Tanya Hidayati.
"Saya tak nak musnahkan harapan abah. Abah tu dah macam abah saya, Yati." Kata Harith.
"Abah pun anggap awak tu anak dia. Sebab tu abah tolak pinangan Adam semalam." Balas Hidayati.
"Ha?" Potong Harith.
"Abah tolak pinangan Adam. Kan awak pernah cakap. Abah reserve saya untuk awak. Abah kata pada mak dan ayah Adam yang awak dah pinang saya dan abah sebenarnya dah terima pun pinangan awak cuma dia diamkan saja." Sambung Hidayati semula.
"Seriusly?" Tanya Harith.
Benar-benar satu kenyataan yang sangat susah nak diterima tapi kenyataan yang sangat membahagiakan hatinya. Sangat-sangat gembira. Tak terkata rasa gembiranya.
"Lain kali, kalau nak menguping tu, menguping sampai tamat. Bukan dengar separuh, dah buat conclusion. Make sure dengar sampai habis. Lepas tu menyusahkan orang kena call dia banyak kali. Huh." Hidayati telah mengeluarkan penyataan berbentuk rajuk.
Hakikatnya, Hidayati sendiri suka mendengar suara gembira tambah terkejut dari Harith itu. Dia telah sampaikan secara santai yang abah dah setuju dengan pinangannya. Dia rasa, Harith tahu apa langkah seterusnya yang dia perlu ambil untuk mengikat mereka berdua menjadi suami dan isteri.
Namun, jauh disudut hati Hidayati. Dia berdoa agar Allah berikan Harith hidayah agar berubah dan boleh menjadi pembimbingnya. Itu impiannya sejak dari dulu. Ingin ada suami yang mampu membimbingnya ke syurga.
"Saya tak boleh fokus dalam meeting tadi teringatkan kata-kata abah tu." Harith memberitahu keadaannya.
"Sampai kena postpone meeting. Staff semua terkejut tengok saya mengelamun. Entah apalah tanggapan dorang pada saya." Cerita Harith.
"Biarlah apa diaorang nak fikir dan cakap. Postpone ke bila tu?" Tanya Hidayati.
"Lepas lunch." Jawab Harith.
"Okey. Dinner nanti ambil saya. Kita dinner dekat luar. Awak balik JB bila?" Tanya Hidayati.
"Esok pagi. Flight pukul 7." Jawab Harith.
"Okey. Nanti lepas meeting datang rumah. Fokus pada meeting tu. Nanti nak mengelamun ke nak apa ke tunggu petang nanti." Nasihat Hidayati.
"Baik, bos." Kata Harith sambil menaikkan tangannya menunjukkan tabik hormat.
Hidayati dan Harith ketawa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan