SUBSCRIBE

Sabtu, Mei 14, 2016

SEMBANG JIWA 11

          Hidayati memandang orang di sebelahnya. Dengan nyenyak dan senang hati tidur. Dari kapal terbang ini naik sampailah sekarang ini. Hidayati yang masih tak puas hati memikirkan bagaimana Harith boleh ikut dalam ekspedisi berkenalan dengan bakal adik ipar.
Kalau pandang pada Afina dan Adha, mereka hanya buat tak peduli. Sedikit pun tiada perasaan bersalah dalam diri mereka. Langsung. Seolah-olah ini bukan rancangan mereka. Tapi secara logiknya, memang ini rancangan mereka.
Tak mungkin semuanya kebetulan.
Cannot brain!
“Harith. Bangun.” Kejut Hidayati sebaik saja pengumuman kapal terbang akan mendarat dikeluarkan.
Dia kaku.
Dia memang takut bila kapal terbang mendarat. Dia sendiri tak tahu. Yang pasti, kerana inilah dia takut untuk naik kapal terbang.
Gengaman tangannya terasa seperti ada sesuatu yang sedang menggengam. Dia pandang ke arah tangannya. Tangan Harith sedang bersatu dengan tangannya. Dia pandang wajah jejaka yang masih memejamkan matanya.
Dia cuba tarik tangannya tapi gengaman tangan Harith sangat kuat. Hendak mencuba lebih kuat, takut mengundang pandangan dari orang sebelah. Maka dia merenung Harith dengan perasaan marah.
“Kak Long, dah landing.” Kata Adha gembira.
Harith terus membuka matanya. Genggaman tangan mereka juga turut dileraikannya. Dia terus bangun dan mengambil beg mereka. Beg Adha dan Afina diserahkan kepada mereka manakala beg Hidayati disandangnya ke bahunya bersama begnya.
“Bak sini beg saya.” Minta Hidayati.
Dengan selamba Harith meminta laluan dan menyuruh Hidayati keluar dari tempat duduk dengan isyarat kepala. Hidayati sekali lagi meminta begnya bila sudah masuk ke dalam laluan keluar.
Harith menyuruhnya memandang ke depan dengan isyarat kepala. Lagi.
Hidayati benggang. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan lagi tentang begnya itu.
“Ada yang nak pergi toilet ke?” Tanya Harith bila saja mereka sudah masuk ke dalam airport.
Semua geleng.
“Korang tunggu sini kejap. Jangan pergi mana-mana. Jangan pergi seorang-seroang. Jangan layan sesiapa pun. Jangan nak ramah tak bertempat. Elakkan strangger.” Pesan Harith sebelum dia berlalu.
Dia mahu menelefon dan memastikan keberadaan kenderaan yang diminta pihak syarikat untuknya. Dia ke Miri bukan kerana ingin mengikuti percutian tiga beradik itu seperti yang disangka Hidayati. Dia benar-benar diminta oleh syarikat ke Miri atas urusan kerja. Kebetulan Adha kata mereka ke Miri dan menaiki kapal terbang yang sama.
Namun Hidayati tetap dengan anggapannya. Kerana itu dia malas untuk bersoal jawab. Tidur adalah solusi paling baik.
“Ini kunci kereta.” Lelaki ini menyerahkan kunci kereta selepas mengesahkan pas pekerja Harith.
Harith mengambil kunci kereta dan terus masuk semula ke dalam tanpa menghiraukan lelaki tadi. Bila saja dia masuk ke dalam, ada seorang lelaki sedang berbual dengan tiga beradik itu.
Dia mengeluh.
‘Dah pesan pun still tak nak dengar. Kalau tak biasa disuatu tempat tu, dengarlah sikit kalau orang cakap. Kalau apa-apa terjadi, bukankah dia juga yang susah?’ Bebel hati Harith.
“Abang Harith. Ini Saiful. Boyfriend Fina.” Afina memperkenalkan Saiful kepada Harith.
Afina begitu teruja untuk memperkenalkan Saiful kepada Harith. Ini kerana dia tahu, kalau Hidayati tak setuju, Harith pasti setuju dan akan memujuk kakaknya. Namun, dalam keterujaan itu terselit juga kerisauan. Dia tahu kalau Harith tidak suka, Hidayati pasti tidak suka juga. Maka akan tipislah peluangnya untuk bersama Saiful.
Syahira ada titipkan pesan padanya. Pilih seorang lelaki untuk jadi suami bukan hanya bergantung pada perasaan cinta tapi atas banyak faktor. Bukan melihat kesempurnaan tapi keupayaan lelaki itu untuk jadi bapa pada anak-anak kita.
Pesanan Munir paling tidak boleh terima dek akal. Katanya, kalau tak boleh bergaul mesra dengan keluarganya, baik lupakan saja sebelum perasaan dan hubungan itu melangkah lebih jauh.
‘Apa kena mengena keluarga dia dengan keluarga yang bakal kami bina?’ Bentak hati Afina.
“Fina sudah lama kenal Saiful?” Tanya Harith.
“Almost setengah tahun.” Jawab Afina.
“Kenal dimana?” Tanya Harith lagi.
“Chatting. Actually, ini first time kami berjumpa.” Jawab Afina. Jujur.
Harith hanya anggukkan kepalanya tanpa komen apa-apa.
Hidayati memandang pelik pertanyaan Harith itu. Bukankah dia ke sini atas perancangan mereka bertiga. Takkan dia tak tahu kenapa dia ada di sini dan tentang Saiful. Sesuatu yang pelik bila Harith tidak tahu dengan siapa dia akan bertemu atau dipertemukan. Harith seorang yang akan menyiasat latar belakang seseorang yang akan bertemu dengannya.
“Dah, jom. Abang dah dapat kunci kereta. Kereta dekat luar. Kita check-in. Korang rest. Abang nak masuk office.” Kata Harith.
Dia terus berjalan tanpa menunggu persetujuan dari mereka. Dia tidak mahu lambat melapor diri. Sementalah dia kena check-in hotel yang sama dengan anak-anak Encik Khir kerana risaukan keselamatan mereka bertiga. Perjalanan kali ini benar-benar mengubah jadualnya.
Kalau ikutkan. Sebaik sampai, dia akan menunggu kereta dan akan terus memandu ke pejabat. Tapi sudah terserempak dengan mereka bertiga, Harith rasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan mereka di sini.
“Yati, Adha. Kejap.” Harith memanggil Adha dan Hidayati ke tepi.
“Saiful tahu korang nak check-in di mana?” Tanya Harith setelah mereka berjauhan sedikit dari Afina.
“Tahu.” Jawab Adha.
“Ini dia ikut sekali dengan kita atau macam mana?” Tanya Harith lagi.
“Dia datang naik motor. Nanti dia akan ikut belakang.” Jawab Adha.
“Kenapa Harith?” Tanya Hidayati.
Dia pelik. Harith seorang yang mudah mesra dengan ramai orang tapi dia seperti tidak mampu untuk mesra dengan Saiful. Sepertinya dia kenal Saiful kerana tak mungkin Harith sedingin ini dengan orang yang dia baru kenal. Harith bukan manusia yang akan menilai seseorang pada pandangan pertama.
‘Harith bukan macam aku.’
“Tak ada apa-apa. Dah. Jomlah. Fina, jom.” Ajak Harith dan terus berlalu ke kereta yang dihantar tadi.
Mereka semua mengikut langkah Harith.
“Jumpa dekat hotel nanti.” Kata Afina pada Saiful sebelum Harith memandu keluar dari kawasan lapangan terbang itu.
“Fina kenal Saiful tu siapa?” Tanya Harith.
“Maksud Abang Harith?” Tanya Afina.
Dia mula risau dengan penerimaan Harith. Dia sedar yang Harith tidak nampak gembira apabila diperkenalkan kepada Saiful. Saiful pula nampaknya macam gelisah bila diperkenalkan kepada Harith. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
“Background dia. Family dia. Kerja dia. Education. Etcetera. Etcetera.” Tanya Harith.
“Dia baru habis degree 6 bulan lepas dan masih mencari kerja.” Jawab Afina.
“Family dia orang biasa saja. Ada mak dan bapa. Dia ada seorang abang dan seorang adik perempuan. Adik perempuan dia dah kahwin. Ada seorang anak. Comel gila anak buah dia. Kak Long nak tengok?” Teruja Afina bercerita sambil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan gambar anak buah Saiful.
Hidayati melayankan saja kerenah adiknya. Namun, jauh disudut hati, dia masih tertanya-tanya. Kenapa Harith jadi sebegitu. Lain benar penerimaannya.
“Korang check-in hotel mana ni?” Tanya Harith.
“Dekat dalam bandar. Hotel budget saja.” Jawab Afina.
Dia mengeluarkan kertas dari beg tangannya dan menghulurkan kepada Harith. Kertas itu tercatat nama hotel yang bakal diduduki mereka.
“Full payment ke?” Tanya Harith.
“Taklah. Booking comfirmation saja. Belum bayar lagi. Kak Long kata nak tengok dulu keadaan hotel tu. Kalau okey, boleh stay lama. Kalau tak, pindah ke hotel lain.” Jawab Afina.
Harith angguk.
Dia tahu perangai Hidayati itu. Hotel bajet pasti pilihannya. Katanya tak mahu membazir kalau sekadar duduk untuk tidur dan mandi saja.
Sampai saja di depan hotel yang dimaksudkan, Hidayati menyuruh Adha dan Afina mendaftar. Dia duduk di dalam kereta dengan Harith.
“Harith tak nak cerita apa-apa?” Tanya Hidayati.
Harith tarik nafas panjang.
“Tak apa. Kita perhati saja. Jaga diri awak elok-elok. Jangan bagi Afina keluar dengan Saiful berduaan. Nak ke mana-mana keluar saja dari bilik hotel, mesti bertiga. Jangan sesiapa pun tinggal seorang. Jangan keluarkan duit banyak dari bank. Keluarkan sekadar yang cukup saja. Mana yang tempat boleh pakai kad, just swap.” Pesan Harith.
Dia berjeda seketika.
“Bak sini semua kad ATM awak.” Minta Harith.
Hidayati kerut dahi.
“Buat apa?”
“Bagi sajalah.”
“Nak buat apa?”
“Sayang, boleh tak jangan degil.”
“Kalau dah Harith ambil kad saya, macam mana saya nak keluarkan duit?”
Harith mengeluarkan beg duitnya dan mengeluarkan kad kreditnya dan diberikan kepada Hidayati.
Hidayati hanya pandang sepi.
“Ini untuk keselamatan awak.” Pujuk Harith.
Adha dan Afina sudah menuju ke arah mereka.
“I know how to protect myself.” Balas Hidayati.
“Kenapa, bang?” Tanya Adha.
“Swap lah semua ATM awak dengan credit card ni. Credit card ni memang tak boleh keluar duit dari ATM tapi itu lebih selamat. Jangan risau, I’ll make you pay every single cent you spend. Just give me all your ATM card.” Pujuk Harith lagi.
Dia tak tahu berapa banyak duit yang ada di dalam akaun Hidayati tapi dia pasti banyak. Oleh itu dia sangat risau.
“Betul tu, Kak Long. Adik setuju dengan cadangan Abang Harith.” Sokong Adha.
“Betul, Kak Long. Fina pun setuju. Cash pakai duit Fina. Dalam akaun Fina tak banyak. Ada dalam RM300 saja yang tinggal. Tapi cukuplah untuk makan kita 3 hari kat sini.” Sampuk Afina.
“Kalau tak cukup. Macam mana?” Tanya Hidayati.
“I’ll transfer to Fina’s account.” Jawab Harith.
Hidayati serba salah. Dia tak faham kenapa Harith dan adik-adiknya tak bagi dia memegang kad ATM nya sendiri. Harta peribadi miliknya. Kenapa sampai Harith perlu ambil kisah? Kenapa yang banyak dalam kepala otaknya.
Namun, dia beri juga semua kad ATM nya kepada Harith dan mengambil kad kredit ditangan Harith.
Harith terus meminta diri dan meninggalkan mereka di situ.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan