SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 3

Hati Hidayati berbulu saja melihat senyuman lelaki di sebelahnya. Kalau tak kerana dia tak berdaya nak memandu kerana kakinya terseliuh, tak hengin dia mahu menerima pertolongan dari lelaki ini.
Menyakitkan hati.
Dia lebih rela minta pertolongan Adam tapi Adam punya hal kerja di Singapura dan hanya akan balik pada waktu malam. Adam memag ada suruh tunggu sehingga dia pulang tapi hati Hidayati tak betah mahu membiar sahabatnya itu kepenatan.
Penat bermesyuarat dan menghadap kesesakkan di Tambak Johor. Kemudian perlu memandu ke Shah Alam pula dan balik semula ke Johor Bahru. Sangat menyusahkan orang. Itu juga hanya akan mengundang kekecoh mulut Mak Cik Peah, ibu Adam. Ya, dia sangat tak suka nak dengar. Heboh sekampung nanti.
Bila dia menyatakan ketegasannya ingin memandu sendiri, Adam berkeras membantah dan meminta pertolongan dari Aqil. Aqil pula tanpa bertanya terlebih dulu, terus meminta pertolongan lelaki ini. Aqil juga berbohong dengan mengatakan yang aku ingin meminta pertolongannya tapi malu nak hubungi terus sebab dah kira telan kata-kata sendiri.
Menyakitkan hati betul suami orang tu. Suka nak kenakan dia dengan Harith.
Sebenarnya Aqil sedari dulu lagi punya misi untuk menyatukan mereka berdua tapi masih belum berjaya. Maklumlah, Harith ni kawannya. Sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia dan melalui Harith juga dia dapat kerja di Johor Bahru.
Ini dah macam misi nak balas budi dan Hidayati yang jadi mangsa.
"Tak sudah lagi ke merajuk awak tu? Saya tahu awak takkan minta tolong dengan saya. Aqil saja make up cerita. Tapi awak pun tahukan niat dia cuma nak rapatkan kita." Kata Harith lembut.
"Bukan pasal Aqil tapi pasal kau lah. Dari tadi tersengih. Kenapa? Tahulah aku dah ibarat makan ludah sendiri tapi tak payahlah nak sengih sepanjang perjalanan. Ni dah sampai kat Yong Peng. Tak penat ke sengih saja?" Marah Hidyati.
"Saya senyum, awak. Hati saya gembira sangat dapat tolong awak. Nasib baik ada Aqil kalau tak awak asyik minta tolong Adam saja. Tak ada peluang saya nak berduaan dengan awak." Terang Harith dalam nada sedikit merajuk.
Hidayati membiarkan saja malas mahu melayan rajuk itu.
Hidayati tidak pernah menafikan apa yang dikatakan Harith itu. Dia memang begitu pun. Adam adalah orang pertama yang akan dicarinya. Bukan Aqil atau Ikhmal apatah lagi Harith walaupun mereka sudah semakin rapat.
Kenapa bukan Harith?
Sebab Harith terlalu istimewa dalam hatinya. Oleh itu, dia perlu berhati-hati bukan disebabkan dia takut pada Harith tetapi takut pada dirinya sendiri. Dia tidak percaya pada hatinya yang terlalu mencintai lelaki itu dalam diam.
Pasti ada yang akan mengatakan dia sewel atau bodoh atau apa pun seumpanya. Dia tahu hatinya. Dia tahu dirinya. Kalau nak ikut kata orang, jika apa-apa terjadi padanya kelak, tak ada siapa akan tolong. Tolong jatuhkannya pasti ramai. Baik berhati-hati sebelum dia 'mati'. Maruah diri dan keluarga lebih penting dari perasaan cinta ini.
"Awak dah makan ke?" Tanya Harith bila dilihat Hidayati buat tak tahu saja dengan rajuknya.
‘Aku dah biasa dengan perangai tak ada perasaan dia tu.’ Pujuk hati Harith.
"Mestilah belum. Pagi tadi pun sempat minum teh saja. Lepas tu dah kena masuk seminar. Belum sempat nak makan tengahari, kaki dah terseliuh." Jawab Hidayati dengan nada anak kecil yang sedang bercerita sambil melihat kakinya yang masih terasa sakitnya.
Mujur ada kawan-kawan di dewan seminar yang baik hati sudi memimpinnya ke bilik. Mujur juga dia mengambil hotel di tempat seminar. Selalunya dia tak suka duduk dekat dengan tempat seminar. Rasa terperuk saja.
Untuk turun ke lobi hotel pun orang sebelah ni campung. Punyalah malu saat itu. Nak ditegah Harith mengugut akan campaknya. Nasib baik hingga ke lobi saja, selepas Harith selesai menguruskan untuk daftar keluar dari hotel, Harith cuma memimpin Hidayati ke kereta yang sudah di letakkan di hadapan pintu masuk hotel.
"Kita singgah makan dekat Umbai lah. Awak suka makan seafood, kan?" cadang Harith.
Hidayati hanya mengangguk. Malas nak fikir tempat lain.
"Tidurlah dulu." Suruh Harith. Hidayati mengeleng.
"Awal lagi." Hidayati mengelak.
Tak mungkin untuk Hidayati tidur bila cuma berdua dengan Harith. Selain tak percaya pada diri sendiri, Hidayati tidak mahu kelihatan buruk bila dia tidur. Biasalah, perempuan ingin mahu kelihatan cantik dan menawan dihadapan orang yang dicintainya. Walaupun pada orang yang dicintainya dalam diam.
Kereta sudah bergerak masuk ke susur keluar Ayer Keroh. Lama betul Hidayati rasakan perjalanan dari Johor Bahru ke Ayer Keroh. Selalunya dia mengambil masa sejam suku dan paling lama pun, sejam 45 minit untuk sampai ke persimpangan Ayer Keroh tapi ini sudah lebih 2 jam. Tekanan benar Hidayati rasakan bila perlu lama-lama dalam kereta terutama dengan Harith.
"Dah sampai. Awak turun dulu, nanti saya pergi parking kereta." Kata Harith.
Hidayati pandang sekeliling.
"Kata makan kat Umbai" Tanya Hidayati yang baru sedar mereka bukan di Umbai seperti yang dinyatakan Harith tadi.
Sebenarnya dia tidak kisah walau dimana pun mereka makan. Tapi dia mahu menarik perhatian Harith untuk membantunya keluar dari kereta kerana kakinya yang masih terasa sakit dan tentu payah untuk berdiri terutama bila terlampau lama duduk gantung kaki.
"Umbai nanti leceh awak nak jalan. Sini senang. Tu awak tinggal keluar dan duduk je kat kerusi tu." Kata Harith dengan muka tiada perasaan.
Sengaja dibiar Hidayati tercenggang dengan tindakannya. Tindakan yang tak mahu menolongnya. Lain dari selalu. Saja nak tunjuk merajuk.
Hidayati cuba untuk keluar dari kereta tanpa bantuan dari Harith. Sakit benar rasa kakinya ditambah lagi dengan tanpa bantuan sesiapa. Serasa mahu saja dia merayu pada Harith agar menolongnya tapi egonya menghalang. Kau kuat dan tak perlu bantuan sesiapa pun.
Hidayati turun, dia terus menutup pintu dan betul-betul duduk di kerusi yang paling hampir. Harith terus mencari tempat letak kereta berhampiran.
Di dalam hati Harith, rasa kesal dengan perangai Hidayati masih tidak mahu meminta pertolongannya. Jelas bahawa Hidayati tidak mahu memberi peluang dan ruang untuknya dihati gadis itu.
Makan malam mereka sunyi tanpa bicara. Selesai makan dan membuat pembayaran, Harith pergi mengambil kereta dan kali ni dia berpesan pada Hidayati agar tidak bangun sehingga dia sampai. Namun, Hidayati tetap dengan degilnya.
'Tadi buat derk saja dengan aku. Sekarang baru nak tunjuk care. Tak payah!' Marah hati Hidayati.
Perjalanan ke Shah Alam diteruskan. Hanya sunyi menemani mereka sementalah Harith tidak suka memandu sambil mendengar radio. Mengantuk katanya.
Hairan?
Tapi itulah manusia. Bukan semua sama cara pemkiran dan kesukaan.
Kesunyian antara mereka dan perut yang sudah kenyang membuatkan Hidayati mudah saja untuk tidur. Lupa dengan segala rasa cantik dan menawan. Lupa langsung tentang penampilan diri dihadapan lelaki yang dicintainya. Dia hanya tersedar dari tidurnya apabila dirinya sudah dicampung oleh Harith sambil dilihat oleh abah dan mak.
"Tak apa. Aku boleh jalan sendiri." Kata Hidayati minta diturunkan.
"Jangan nak mengada. Nanti lagi teruk kaki tu" Mak memberi amaran.
'Ini mesti dia yang bagitahu. Aku tak bagitahu keluarga aku pun yang aku jatuh dan terseliuh. Memandai je dia ni lah.' Ngomel Hidayati.
Harith mencampung Hidayati sehingga ke katilnya. Hidayati tak berkata apa. Diam. Malas mahu bertelagah tentang hal itu. Sebenarnya, dia tidak gemar orang lain masuk ke biliknya. Terutama orang lelaki dan khasnya orang itu adalah Harith. Namun, apakan daya. Kakinya terseliuh tapi sudah dilayan seperti orang kudung tanpa kaki.
Sedih!
"Cantik. Tak sabar nak tidur dalam bilik ni" Bisik Harith ditelinga Hidayati kemudian terus keluar.
Hidayati hanya tersenyum mendengar bisikkan itu. Dia dibuai angan. Itu yang selalu berlaku bila Harith tidak didepannya. Dia selalu suka dengan perasaan yang dibuai oleh tingkah laku Harith yang sentiasa menyenangkan hatinya. Sekali lagi senyuman hinggap dibibirnya. Gila dah aku ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan