SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 4

"Kau nak juga pergi kerja? Dengan kaki macam tu? Nak jalan pun payah, macam mana nak bawa kereta?" Puan Mariah sudah mula bising semasa masuk ke bilik untuk melihat keadaan anaknya itu.
Asalnya mahu melihat keadaan si anak berubah menjadi perasaan geram bila dilihat Hidayati sudah bersiap dengan berpakaian formal untuk ke tempat kerja. Bukan kerana Hidayati sudah buat salah tetapi kerana risaukan anaknya itu.
"Semalam siapa hantar Harith?" Hidayati mengalih topik perbualan.
Kalau ikutkan, dia memang tak larat nak pergi kerja. Kakinya sakit dan dia penat seminar selama empat hari, dari pagi hingga ke lewat petang. Namun, esok dia ada mesyuarat dengan pemilik syarikat dia bekerja. Harus untuknya membuat persiapan sebelum mesyuarat diadakan. Andai ditanya sebarang soalan dia sudah ada jawapannya.
"Kau nak pergi kerja juga" Tanya Puan Mariah tidak berkesan dengan topic yang sengaja diubah oleh Hidayati itu.
Hidayati angguk saja. Malas nak terangkan apa-apa.
Puan Mariah berlalu. Marah kerana Hidayati tidak mahu dengar kata-katanya.
Hidayati terhinjut-hinjut jalan ke luar. Dia sudah menyuruh Adha, adik lelaki tunggalnya, memanaskan enjin kereta. Entah betul atau tak petua penjagaan kereta itu yang pasti dia sudah dibiasakan buat begitu. Hidayati berjalan terhinjut-hinjut ke meja makan untuk menikmati sarapan yang telah disediakan emaknya.
"Tak sampai lagi Harith?" Tanya Encik Khir.
Hidayati mengerutkan mukanya bila mendengar pertanyaan itu.
‘Dia tak balik ke?’ Tanyanya dalam hati.
"Kejap lagi sampailah tu" Jawab mak.
"Bukan dia dah balik ke?" Tanya Hidayati.
"Asaalamualaikum." Satu suara memberi salam.
"Waalaikummusalam." Jawab semua yang berada di meja makan serentak.
Hidayati melihat Harith masuk sambil memeluk bahu Adha. Mereka tersenyum mesra.
Adha rapat dengan Harith kalau hendak dibandingkan dengan Adam. Kata Adha, Adam tu poyo. Entahlah. Pada Hidayati, Harith yang terlalu gulakan keluarganya. Dengan semua orang dia rapat.
Harith rapat dengan Encik Khir, Puan Mariah dan semua adik-adik Hidayati. Tapi antara semua, dia paling rapat dengan Adha.
Adha terlalu manja dengan Harith. Kadang-kadang risau juga andai suatu hari nanti Harith pergi dari keluarga ini, pasti Adha akan sangat merasa kehilangan itu.
"Tak balik lagi? Tak kerja ke?" Tanya Hidayati sebaik saja Harith tiba di meja makan.
"Saya ambil cuti. Penat nak balik" Jawab Harith dan duduk disebelah Hidayati tanpa dijemput.
Jangan pelik melihat Harith seperti tidak ada adab. Sesungguhnya dia dah terlalu biasa dengan rumah keluarga Hidayati sejak 2-3 tahun ni.
"Kalau dah penat, pergilah rehat. Datang sini buat apa?" Kata Hidayati selamba.
Puan Mariah menjengilkan matanya tanda kurang senang dengan kata-kata Hidayati itu. Padanya, Hidayati sudah melampau. Walaupun mereka berdua tiada hubungan tapi menghormati Harith sebagai seorang lelaki yang mencintai dirinya dan sanggup menunggunya adalah perlu.
"Abah suruh datang. Abah minta Harith teman kamu hari ni. Abah tahu kamu mesti nak masuk pejabat hari ni." Balas abah.
Hidayati diam saja dengan kata-kata abah itu. Hendak atau tidak terpaksa juga menyusahkan Harith hari ni. Silap-silap esok pun sama. Hidayati memandang Harith.
Harith hanya mengangguk seakan faham apa yang ingin ditanyakan oleh Hidayati.
‘Bolehkah?’
Selesai makan, Hidayati meminta diri untuk pergi dan dia cuba untuk berjalan sendiri. Di saat itu, sekali lagi Hidayati dicempung oleh Harith. Hidayati meronta minta diturunkan. Malunya dia masa tu walaupun yang lain buat tidak tahu saja. Paling Hidayati pelik bila abahnya juga buat tak kisah melihat anak gadisnya diperlakukan sebegitu rupa.
Usai meletakkan Hidayati ditempat duduk disebelah pemandu, Harith menyalami Encik Khir. Tidak pula dihulur salam pada Puan Mariah kerana menghormati wanita yang bukan mahramnya. Lagipun, pertama kali datang ke rumah ini, huluran salamnya tidak disambut. Maka tahulah bahawa ibu Hidayati seorang yang menjaga batasan.
"Terima kasih, Harith sudi jaga anak pakcik tu tapi rasanya tak perlu sampai nak angkat dia macam tu. Tak elok pada pandangan Islam. Tak apalah untuk hari ni. Pakcik bagi kamu angkat Yati sebab rasa kesian dekat dia nak berjalan. Lain kali jangan sentuh dia selagi belum nikah. Fahamkan kenapa?" Abah menerangkan tindakannya itu. Harith angguk faham.
"Saya minta maaf, pakcik. Saya pun buat macam tu sebab kesian tengok dia tahan sakit macam tu. Saya minta diri dulu pakcik. Nanti dah selesai urusan dia dipejabat, saya ingat nak bawa dia terus ke klinik. Lepas tu nak tengok mana-mana tukang urut yang boleh urutkan kakinya. Bagi cepat sembuh" Terang Harith tentang rancangannya hari ini sambil meminta persetujuan Encik Khir.
Encik Khir hanya mengangguk tanda setuju dan sempat menitip pesan berhati-hati.
Harith masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keselamatan. Dia kemudian mula memasukkan gear. Dia diam saja. Sepatah pun dia tidak bersuara. Masih ingin menunjukkan rajuknya dan mahu si jantung hatinya memujuk walaupun dia sedar belum tentu Hidayati akan memujuknya. Silap-silap tak sedar yang dia sedang merajuk.
"Kenapa yang diam saja ni?" Sungguh Hidayati tertekan dengan diam Harith.
"Tak ada benda nak cakap. Baik diam. Nanti orang tak suka?" Balas Harith.
"Marah?" Tanya Hidayati lembut.
Harith angkat bahu.
"Maaf." Pinta Hidayati.
"Tak ada apa pun yang nak dimaafkan." Kata Harith masih dengan nada sakastiknya.
"Kalau tak marah, apa?" Soal Hidayati yang sudah mula bengang dengan Harith.
Harith buat tak tahu saja. Terutama bila dilihat Hidayati sudah berangin. Cakap pun tiada guna dalam keadaan dia yang begitu. Lagipun, dia dah minta maaf. Maafkan sajalah.
"Awak turun dulu, jangan pergi mana-mana. Tunggu saya di sini. Saya pergi park kereta." Arah Harith bila mereka sudah sampai di bangunan tempat kerja Hidayati.
Hidayati cuba keluar namun sakitnya tidak terkata. Harith keluar kereta untuk membantu Hidayati. Kemudian, dia menyuruh Hidayati duduk di tembok berhampiran. Hidayati hanya menurut. Tak mahu melawan dan menaikkan rasa marah Harith. Bak kata orang, orang kalau jarang marah, bila dia diam pun kita dah rasa sangat bersalah.
Usai meletakkan kereta ditempat letak kereta, Harith segera ke tempat Hidayati ditinggalkannya. Harith memimpin Hidayati menuju ke pejabatnya. Sewaktu melintasi setiap meja untuk ke biliknya, ramai yang bertanya tentang keadaannya. Riuh jadinya.
"Yati, I thought you MC hari ni. Kawan I bagitahu yang you jatuh masa nak turun tangga." Tiba-tiba Encik Taufiq selaku pemilik syarikat yang baru keluar biliknya bertanya. Mungkin hairan bila pejabat yang sunyi tiba-tiba kecoh dengan suara pekerjanya.
"Esokkan kita ada meeting. So, I datang untuk buat preparation" Jawab Hidayati. Hormat.
"Patutlah I suka kerja you. Tak apa. Macam ni. You prepare apa yang patut, nanti I pergi ke bilik you. Kita meeting hari ni. So, esok you cuti sampai kaki you sembuh. Deal?" Putus Encik Taufiq.
Dia cuba untuk memudahkan kerja para pekerjanya dengan bertolak ansur walaupun sepatutnya mesyuarat itu akan turut dihadiri oleh ahli lembaga pengarah yang lain.
"Bolehkah macam tu Encik Taufiq?" Hidayati gembira andai benar kata Encik Taufiq. Dia memang terasa sangat sakit setiap kali melangkah.
Bila Encik Taufiq mengangguk. Dia tersenyum gembira. Benar-benar gembira.
"Baguslah. Erm...tak apa. Tak elok pula big bos ke bilik I. Dah langgar etika dah tu. Nanti I dah siap, I inform your secretary untuk set time pukul berapa. Okey?" cadang Hidayati.
"Tak apa. Lagipun, you susah nak gerak." Balas Encik Taufiq.
"Tak apa, I ada bonzer boleh tolong I kemana-mana." Kata Hidayati sambil menjeling kearah Harith.
Harith yang sedar dirinya diperhatikan hanya tersenyum.
"Ada-ada je you ni. Nanti you dah siap inform I. Okey?" Kata Encik Taufiq dan masuk semula ke bilik kerjanya.
Hidayati dengan bantuan Harith masuk ke bilik Hidayati sehingga ke kerusi kerjanya.
"Terima kasih." Ucap Hidayati lembut.
Harith hanya mengangguk dan duduk di kerusi berhadapan dengan Hidayati. Bilik Hidayati tidak seperti biliknya yang punya ruang sofa. Malah, bilik Hidayati lebih kecil dari biliknya. Namun, bilik Hidayati penuh dengan rak yang menyimpan banyak fail.
Hidayati tekun membuat kerjanya. Harith hanya diam. Tidak mahu mengganggu. Sesekali saja Hidayati akan memandang Harith. Itupun kerana ingin meminta mengambil fail yang berada disekeliling bilik itu.
Namun, bila semua fail sudah berada di atas meja Hidayati, maka tiada lagi yang perlu dia lakukan. Harith mula rasa bosan. Dia meminta diri untuk keluar. Dia keluar untuk minum di restoran berhampiran dengan pejabat Hidayati.
Sedang asyik minum, matanya ternampak sepasang kekasih yang sedang asyik bermesraan. Berpegangan tangan dan berpelukan. Si perempuan meliuk lentok dibadan si lelaki dan si lelaki pula tangannya sudah meraba-raba tubuh badan si perempuan. Dia tak kisah andai pasangan itu mahu berciuman dikhalayak ramai sekalipun. Hak masing-masing. Namun yang membuatkan pandangannya tak lepas adalah perempuan itu. Dia kenal. Sangat kenal.
Dia bangun dengan tenang dan menuju kearah pasangan tersebut. Dia duduk dengan tenang di hadapan mereka. Berubah air muka mereka dengan ekspresi yang berlainan. Si lelaki terkejut dan marah kerana diganggu dan si perempuannya pula penuh dengan rasa takut. Si perempuan terus menarik tangannya dari si lelaki dan menjarakkan dirinya sedikit.
"Kau tahukan akibat perbuatan kau ni?" Tanya Harith dengan tenang.
Matanya difokuskan hanya pada si perempuan.
Perempuan tu mengangguk. Dia menundukkan ketakutan. Serta merta dia teringatkan perjanjian dia dengan lelaki dihadapannya itu. Jangan bermesra dengan lelaki lain atau segala kemudahan yang diberikan akan ditarik serta merta tanpa balas kasihan.
"Marlia kenal ke lelaki ni?" Tanya lelaki disebelahnya.
Marlia angguk.
"Harith" Jawabnya pendek.
"Kau tak layak panggil nama aku dah. Panggil aku Tuan Harith." Cantas Harith menekan suaranya dari meninggi.
Dia sangat marah sebenarnya. Dia memang tiada perasaan cinta pada Marlia. Marlia hanya seorang perempuan yang dia gauli kerana kehendak nafsunya. Tapi dia tidak suka barangnya dikongsi bersama orang lain. Dia jadi geli dan terasa jijik.
"Kenapa kurang ajar dengan perempuan ni, saudara? Hormat sikit" Tegur lelaki itu.
"Okey. Macam ni lah, encik. Saya pun tiada masalah dengan encik. Tapi saya minta encik hantar perempuan ni dan tunggu dia kemas barang-barang dia. Sebab bila saya balik nanti, saya tak nak ada kesan dia lagi dah lepas ni." Kata Harith dengan nada yang paling tenang dia boleh disaat itu.
Dia bangun dan berdiri. Pandangannya dihalakan pada Marlia.
"Aku dah tak kenal kau dan tak ada kaitan dengan kau. Macam mana kau nak hidup, tu terpulang pada kau. Kau hanya dibenarkan bawa barang kau saja. Bukan barang-barang yang kau dapat dari aku. Oh ya. Aku lupa. Baju yang kau pakai ni pun, aku yang belikan, kan? Tanggalkan. Kau tak layak. Kontrak kita automatik terbatal sebabkan perbuatan kau ni. Kau faham, kan?" Putus Harith dan terus berlalu ke kereta Hidayati.
Dihidupkan enjin kereta dan menghantar pesanan ringkas pada Hidayati.
Saya pinjam kereta nak ke pejabat papa.
Setiba di bangunan 5 tingkat peninggalan papanya, dia memanggil setiausahanya, Yasmin. Sebenarnya, Yasmin adalah setiausaha papanya yang dah lama berkhidmat. Kini, seluruh urusannya di sini, dipertanggungjawabkan kepada Yasmin untuk mengagihkan tugasan pada siapa yang difikirkannya sesuai, itupun setelah mendapat persetujuan darinya.
"Kak Min, mula-mula tolong panggil person in charge akaun peribadi saya. Sebelum tu, tolong suruh dia batalkan semua akaun under nama Marlia sekarang juga. Please buat sekarang." Arah Harith.
Terkocoh Yasmin keluar untuk membuat apa yang disuruh.
Didalam bilik itu pula, Harith sempat menyemak fail-fail yang diletakkan diatas mejanya. Semuanya adalah report tentang segala perjalanan syarikat. Seketika kemudian, pintu diketuk.
"Encik Harith panggil saya?" Tanya suara seorang perempuan.
"Yup. Saya tu siapa namanya?" Tanya Harith. Tegas.
"Saya akauntant yang uruskan akaun Encik Harith. Segala kemasukan dan pembayaran expenses Encik Harith saya yang uruskan. Saya Aisyah." Begitu detail penerangan Aisyah tentang tugasannya.
Dia pernah berjumpa Harith sewaktu mesyuarat bahagiannya tapi mungkin Harith tidak sedar akan keberadaannya. Lagipun, dia tidak terlibat secara langsung dengan perbincangan mereka. Dia hanya memerhatikan tanpa bersuara kerana dia masih baru saat itu.
"Good. Saya nak awak pergi ke rumah saya sekarang dan minta kunci rumah itu dan segala kunci pendua yang Marlia ada. Minta semua barang perhiasan, kunci kereta, kad kredit dan ATM dan segala apa-apa aset yang awak rasa berharga termasuk gaun, handbag atau apa saja yang awak rasa ada nilai dan mahal. Saya tak perlu orang yang khianati saya. Saya haramkan dia hidup mewah dengan harta keluarga saya. Boleh awak buat sekarang?" Arah Harith.
Aisyah hanya angguk dan berlalu. Dia pernah diberitahu tugasannya yang itu sewaktu dia mula bekerja.
Memang menjadi kepantangan Harith bila orang langgar janji dan mengkhianatinya. Dia sudah maklumkan pada Marlia, dia bebas kemana pun tapi jangan sampai lelaki itu 'pakai' dia. Hanya dia yang boleh buat apa saja padanya kerana dia telah diambil sebagai hamba nafsunya dan sebagai balasan, Marlia akan hidup dalam kemewahan.
Tapi apa yang dilihatnya sudah cukup buat dia geli untuk bersama perempuan itu lagi. Walaupun tiada bukti lelaki tu sudah meniduri Marlia, namun padanya mencegah lebih baik dari mengubati.
Marlia. Dia ingat lagi saat pertemuaannya dengan Marlia, si cantik manis yang punya lesung pipit di pipi. Senyumannya sangat manis dan menggoda. Dia kenal Marlia seminggu selepas gadis tidurannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Waktu itu, Marlia dilihat berseorangan diperhentian bas bersama beg pakaian. Harith yang melalui hentian itu untuk pulang menuju ke rumahnya merasa hairan. Dikerling jam didashboard sudah jam 3.59 a.m. Mustahil sedang menunggu bas. Dia pasti wanita itu dalam kesulitan. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengundurkan keretanya ke perhentian bas itu atas rasa kasihan.
"Cik, kenapa ada dekat sini time macam ni? Bahaya" Tanya Harith dari dalam kereta.
"Saya kena halau dengan bapa saya." Kata Marlia dan sudah mula menangis.
"Macam tu. Tak apalah. Cik masuk dalam kereta dulu. Ikut saya balik rumah saya. Bahaya awak sensorang macam ni. Esok kita tengok macam mana. Itu pun kalau cik percayakan saya." Kata Harith.
Marlia berfikir sejenak dan kemudian dia bangun dan membawa begnya ke arah kereta Harith. Harith hanya melihat. Cerita tentang orang curi kereta bila pemandu keluar untuk menolong sangat terkesan dimindanya. Dalam ingin menolong orang, dia juga perlu berhati-hati.
Sampai saja apartmentnya, Harith menunjukkan bilik Marlia. Dia sangat bersimpati dengan gadis itu. Sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya, Marlia sudah bercerita bagaimana dia boleh tersadai di perhentian bas itu.
Katanya dia dihalau kerana abang tirinya menuduhnya cuba menggoda untuk melakukan zina. Sedangkan disaat itu, dia dipaksa masuk ke bilik abang tirinya dengan ugutan akan memberitahu bapanya bahawa dia selalu pergi ke pusat karaoke selepas pulang bekerja.
Abang tirinya kemudian menolaknya ke katil dan mula menjerit memakinya dengan perempuan sundal. Bila bapanya masuk ke bilik, abang tirinya mengadu bahawa Marlia masuk ke biliknya dan mengajaknya berzina. Bapanya yang berang terus menarik Marlia ke biliknya dan memasukkan segala pakaian ke dalam beg dan menghalaunya keluar.
Dia yang tak tahu mana mahu pergi kerana rakan-rakannya semua tidak mahu menolongnya. Sementalah mereka pun punya masalah dengan keluarga mereka sendiri. Maka, dia tersadai di perhentian bas dan sedang berfikir untuk masa depannya. Dia hanya tersedar dari khayalannya bila Harith membunyikan hon keretanya.
"Awal bangun?" Tanya Harith bila dilihat Marlia sedang didapur mencari sesuatu. Mungkin sudah kelaparan.
"Marlia lapar. Tak boleh nak tidur dari pagi tadi. Minta maaf, abang Harith sebab geledah dapur abang tanpa kebenaran." Kata Marlia.
"Panggil Harith saja. Saya tak kisah. Buat saja ikut suka. Marlia tinggal saja di sini sementara waktu ni. Saya nak balik ke JB pagi ni. Nanti bila-bila saya datang. Kunci rumah ada kat bilik awak duduk tu kalau tak silap saya. Dan ni duit untuk belanja awak. Jaga rumah ni elok-elok. Jangan buat sepah. Nanti hari Sabtu ada orang akan datang bersihkan rumah ni" Kata Harith sambil mengeluarkan 5 keping note RM100.
Dia meletakkan diatas meja bar didapur.
Marlia hanya mengangguk dan mengambil duit yang diletakkan Harith dan mengikut Harith ke pintu.
"Harith, siapa lagi tinggal disini? Ada banyak baju perempuan dalam almari di bilik Marlia duduk tu" Tanya Marlia disaat Harith sedang memakai stoking.
"Itu baju arwah Nada. Dia accident minggu lepas dan meninggal dunia" Jawab Harith.
"Boleh saya pakai baju Nada?" Tanya Marlia lagi.
Dia lihat baju-baju itu semua cantik, seksi dan mahal. Teringin mahu memakainya.
"Suka hati" Jawab Harith dan terus berlalu pergi.
Pagi Isnin minggu berikutnya Harith ada Mesyuarat Agung Tahunan syarikat dan dia diwajibkan hadir. Dia bertolak ke Kuala Lumpur selepas saja waktu kerjanya. Rasa rindu pada kekasih hati buatkan dia tidak betah untuk bertangguh lagi. Malam itu selepas berjumpa dengan Hidayati, dia balik ke rumah dan melihat Marlia sedang menonton televisyen.
Usai mandi, Harith menyertai Marlia menonton televisyen sambil tangannya sibuk dengan iPad. Dia menyemak email yang dihantar oleh Yasmin berkenaan dengan Mesyuarat nanti. Dia perlu punya sedikit gambaran tentang mesyuarat yang akan diadakan pada hari isnin nanti. Namun dek kerana terlalu penat dan mengantuk, dia terlena disofa dihadapan television.
Sedar saja pagi itu, dia sudah berada diatas katil. Berteman. Marlia? Bagaimana Marlia boleh ada diatas katilnya? Dan bagaimana dia boleh tidur didalam biliknya kerana seingatnya dia tertidur diatas sofa diruang tamu. Marlia tersedar. Dia kelihatan terkejut dan dia mula mahu menangis.
"Tak payah nak menangis. Tak ada apa pun yang berlaku." Kata Harith.
Entah kenapa dia rasa ini semua rancangan Marlia.
"Macam mana boleh tak ada apa-apa? Awak tak berbaju macam tu juga dengan saya." Balas Marlia.
Dia dah mula teresak-esak.
"Tak berbaju tak bermakna kita dah terlanjur. Aku tak sedar apa-apa." Kata Harith.
"Tak boleh macam ni. Awak kena kahwini saya, Harith. Awak dah rampas kesucian saya. Awak dah tiduri saya." Tuduh Marlia dengan esak tangisnya.
"Saya rayu. Jadikan saya isteri awak yang sah. Jangan buat saya macam ni. Habis madu sepah dibuang." Tiba-tiba Marlia mendekati Harith dan merayu pada Harith.
Harith dah terasa diperangkap. Tiba-tiba dia teringat ayat yang digunakan Marlia itu. Ayat yang hampir sama dengan sebuah filem melayu yang sedang hangat dipasaran sekarang ini.
Harith gelak dengan tiba-tiba. Dia bangun dari katil dan mencapai jubah tidurnya yang berada dipenjuru katil. Dia kemudian bergerak ke arah balkoni biliknya dan membuka pintu untuk keluar.
Marlia pelik. Dia kaku melihat Harith yang galak ketawa.
"Kau nak perangkap aku? Kahwin dengan kau? Mungkin kau tak kenal aku siapa. Aku lelaki yang tidak akan paksa perempuan untuk meniduriku tetapi perempuan yang akan serah diri pada aku. Tak perlu kau katakan kesucian kau diragut olehku. Buktinya?" Kata Harith sinis.
Dia kemudian menuju kearah katil dan menyuruh Marlia bangun. Dia kemudian menyelak comforter.
"Mana bukti kesucian kau? Cadar ini putih maka mana kesan dara kau? Tiada. Kalau aku rogol kau. Mana kesan lebam dibadan kau? Mana kesan air mani aku? Mana?" Kata Harith sambil mendekati Marlia yang sudah kebelakang hingga ke dinding.
"Kalau benar kau mahu hidup senang. Aku boleh ambil kau menjadi hamba aku. Tugas kau hanya melayan aku bila aku balik ke sini. Dan tugas kau make sure tak ada alasan period atau apa pun bila aku balik. Bila aku balik sini bermakna kau mesti kena layan aku. Sediakan makan dan pakai aku. Tempat tidur aku. Semuanya. Luar dan dalam. Kaulah orang gaji dan kau juga pemuas nafsu aku. Kau nak?" Tanya Harith.
Marlia angguk.
"Tapi tolong nikahi saya." Marlia cuba meletakkan syarat.
"Kalau kau mahu, ikut saja tanpa syarat. Aku tidak mungkin nikahi kau apatah lagi meletakkan kau didalam hati aku. Kalau pun kau ugut untuk membunuh aku pun, aku tak akan menikahi kau" Tegas Harith.
"Kalau kau masih dengan syarat kau. Aku persilakan kau keluar. Aku tak mahu buat baik pada orang yang sanggup mengkhianati aku" Tegas Harith sekali lagi.
Akhirnya Marlia mengaku bersalah. Dia sebenarnya telah mengejutkan Harith dan dalam keadaan separuh sedar, Harith telah bangun dengan sendirinya dan berjalan menuju ke biliknya. Semasa itu Marlia mendapat idea untuk menuduh Harith merogolnya dengan niat supaya Harith mengahwininya dan dia dapat hidup senang.
Dengan persetujuan Marlia itu, Harith membawanya untuk membuat ujian HIV dan beberapa ujian penyakit berjangkit. Bila sudah disahkan dia bebas dari semua penyakit, satu perjanjian ditandatangani. Surat perjanjian bahawa Marlia hanya milik Harith seorang dan Marlia dilarang sama sekali untuk mengandung.
Jangan ditanya kenapa Harith tidak mengahwini Marlia atau mana-mana perempuan yang pernah menjadi hamba nafsunya. Padanya, perempuan yang sudi menyerahkan tubuhnya dalam keadaan sedar untuk hidup mewah, tidak layak untuk melahirkan warisnya apatah lagi mendapat hak sebagai seorang isteri.
Lagipun, dia memerlukan perempuan yang kuat dan tabah seperti Hidayati. Bukan perempuan yang menyerahkan segalanya pada nasib apatah lagi yang mencari jalan mudah untuk hidup senang. Perempuan seperti itu, dia boleh dapat merata. Perempuan yang seperti Hidayati adalah perempuan yang luar biasa. Yang sukar dicari dan dijumpai.
"Hidayati? Alamak! Mesti dia mengamuk punya" Tiba-tiba dia teringatkan Hidayati.
Cepat-cepat Harith mengemaskan mejanya dan bergegas keluar dari pejabatnya. Sempat dia berpesan pada Yasmin untuk menyemak semula fail-fail yang telah disemak olehnya sebentar tadi sebelum diserahkan kepada mereka yang berkenaan.
Jam sudah hampir 5 petang saat dia tiba di pejabat Hidayati. Lama benar dia di pejabat menyemak dokumen yang berada diatas meja sehingga lupa yang dia perlu menjaga Hidayati hari ini. Peluang yang disia-siakan olehnya secara tidak sengaja.
Sesampai di bangunan pejabat Hidayati, dia mencari tempat letak kereta dan bergegas ke bilik Hidayati. Dilihatnya Hidayati masih ralit dengan kerjanya. Mengangkat kepala sebentar semasa dia masuk dan kembali mengadap kerjanya.
"Sorry." Pohon Harith dan terus bergerak ke meja Hidayati.
"It's okey." Jawab Hidayati tenang.
Dia kemudian menutup pen ditangannya dan semua fail yang ada diatas meja.
"Jom kita pergi makan dulu" pelawa Harith semasa memimpin Hidayati untuk ke kereta.
"Makan kat rumah saja. Dah alang-alang lapar di tinggalkan orang tu. Dia sedap saja melantak, kita yang kebuluran." Kata Hidayati.
Harith hanya diam walaupun sebenarnya perutnya sendiri berkeroncong. Dah salah, redha saja lah kena perli.
"Nak buat apa pergi sini?" Tanya Hidayati hairan bila Harith memasuki kawasan Sri Kota Specialist Center.
Harith tidak menjawab sebaliknya mengambil telefon dan menelefon seseorang. Malas nak jawab soalan Hidayati. Biar seseorang yang Hidayati dengar kata saja bercakap dengannya.
"Assalamualaikum, pakcik. Pakcik cakap dengan Yati, ya?" Kata Harith.
Kemudian dia menyerahkan telefon bimbitnya pada Yati dan bergegas keluar mencari kerusi roda.
Hidayati mendengar saja kata-kata abahnya sambil memandang geram kepada Harith.
“Dia ni kan suka buat komplot dengan abah. Abah pun satu, dengar saja cadangan Harith. Bukan nak tanya aku dulu ke apa ke. Ikut suka dia orang saja.” Bebel Hidayati.
Selesai Hidayati bercakap dengan abahnya, Harith membuka pintu dan mengangkat Hidayati tanpa apa-apa isyarat. Dia tahu, lagi banyak dia cakap dan memujuk lagi banyak songeh wanita itu. Maka buat saja.
Selesai urusan pendaftaran, Hidayati ditahan di wad kecemasan memandangkan waktu itu hanya tinggal doctor dibahagian kecemasan. Kemudian mereka membuat prosedure normal sebelum di masukkan ke bilik pesakit.
"Aku bukan sakit pun. Perlu ke nak masuk wad? Membazir saja" Ngomel Hidayati bila jururawat yang menghantarnya ke wad sudah keluar.
"Ini prosedur tuk claim insurance. Tak payah keluar duit awak tu. Kedekut sangat." Jawab Harith tenang.
Tahu dah dia akan disalahkan juga walaupun ini untuk kebaikan.
"Ini bukan soal kedekut. Ini soalnya aku rimaslah duduk kat sini. Lepas tu seorang pula. Tolong lah, aku nak keluar" Rayu Hidayati.
"Siapa kata awak duduk sini seorang, saya temankan awak malam ni." Jawab Harith lagi.
 Ternganga mulut Hidayati seketika. Biar benar.
"Abah suruh ke?"
"Tak."
"Then you must be kidding."
"Nope."
"Abah won't allow. 100% confirm."
"We'll see" Jawab Harith yakin.
Harith pun sebenarnya sedar bahawa Encik Khir tidak mungkin akan membenarkannya menemani anak gadisnya berdua-duaan saja. Orang tua itu sangat menjaga adab sopan dan perilaku anak-anaknya. Suatu cara didikan anak-anak yang sangat dipuji olehnya.
Sedikit keyakinan datang kerana dia tahu bahawa Encik Khir sudah menganggapnya seperti anaknya juga. Dan makin lama, dia dapat lihat dan rasa penerimaan Encik Khir terhadapnya didalam keluarga ini. Rasa syukur sangat kerana diterima baik oleh semua ahli keluarga bakal isterinya.
‘Auch... datang pula gatalnya. Haha...’ Ketawa Harith dalam hati.
Malam sudah menjengah ke angka 9.45 malam tapi tidak seorang pun ahli keluarganya yang datang menjenguknya. Rasa sedih mula timbul dalam jiwa. Dia mahu menelefon ahli keluarganya tapi telefonnya sudah kehabisan bateri. Terasa segan ingin meminjam alat pengecas dari jururawat yang bertugas. Pada Harith sudah dipesan agar membawa alat pengecasnya nanti.
Dia gelisah. Perut pun sudah lapar. Sementa dia hanya makan sarapan nasi goreng dan pada waktu tengahari, dia hanya makan sekeping pizza yang diberi oleh setiausahanya. Katanya ada pelanggan yang belanja sebagai tanda terima kasih sebab beri perkhidmatan terbaik padanya.
Rasa lapar sudah menjalar keseluruh badannya. Sekeping pizza pada waktu tengahari dan biskut serta susu coklat yang dihantar pukul 7 tadi tidak mampu mengenyangkan perutnya yang sangat lapar. Dia baring semula dan cuba memejam mata. Namun, gagal.
"Sayang, lapar tak?" Suara Harith kedengaran dimuka pintu.
Seperti suatu kuasa baru, terus dia bangun dari pembaringannya dan rasa gembira bila mendengarkan suara Harith yang mengatakan tentang makanan.
Laparlah. Dah kebulur dah aku ni tunggu kau. Asal kau lambat? Kata pukul 9.30 ni dah kat pukul 10 baru kau menjelma. Dahlah tak ada orang datang melawat apatah lagi nak hantar makanan. Kejamnya semua orang" Marah Hidayati sambil meluahkan rasa dihati.
Timbul rasa tak sabar ingin menikmati makan disaat itu. Agaknya ini yang dirasakan oleh orang-orang gelandangan bila diberikan makanan. Terbit rasa syukur kerana dia tidak perlu mengharapkan orang lain untuk memberinya makanan kerana dia mampu untuk mencari makanan sendiri. Dia mampu membeli makanan dan dia mampu memberi orang makan. Alhamdulillah.
"Kalau nak, awak kena minta elok-elok dengan saya. Kalau tak, saya sedekahkan saja nasi ni pada nurse kat luar tu. Mak masak sedap tau hari ni. Masak lemak labu dan ayam goreng. Favorite awak kan?" Sakat Harith.
"Harith, cepatlah. Janganlah main-main. Lapar ni" Marah Hidayati separuh merayu.
Harith mengoyangkan jari telunjuknya. No-no-no.
"Harith, please. Aku laparlah." Rayu Hidayati sedikit lembut.
Harith masih mengoyangkan jari telunjuknya.
"Dah tu kau nak aku buat macam mana? Cepat sikit. Aku dah lapar ni!" Hidayati sudah mula benggang.
“Panggil saya abang." Kata Harith.
Hidayati sudah mula buat muka nak muntahnya. Tak rela.
"Nak ke tak nak ni? Cepat. Saya dah tak sabar nak bagi kat nurse ni." Ugut Harith dan mula melangkah keluar.
"Tolonglah jangan abang. Kau tu baya aku saja." Rayu Hidayati.
"Macam tu panggil saya sayang." Kata Harith setelah berkerut memikirkan apa yang perlu ditukar untuk panggilan 'abang'.
“Kanda, cepatlah. Dinda dah lapar sangat ni. Nak nasi." Tiba-tiba Hidayati bersuara mengeluarkan ayat tersebut.
Dia sendiri naik hairan. Aku kah?
"Great. Makin bijak. Meh nak kiss sikit." Sorak Harith dan melangkah menghampiri Hidayati sambil buat gaya nak cium.
"Kau dekat jaga kau. Aku karate 'barang' kau. Biar kau mandul" Ugut Hidayati.
"Saya nak letak nasi je. Awak tak nak tak apalah. Saya bawa pergi kat nurse kat luar." Harith buat suara merajuk.
Dia yang sudah hampir dengan katil Hidayati bersedia untuk membuat pusingan-U untuk keluar dari bilik itu.
"Aku bukan tak nak nasi, aku tak nak kau cium aku." Terang Hidayati sambil menarik tangan Harith yang ingin pergi.
Harith buat pandangan malu-malu sambil pandang pegangan tangan Hidayati dengan mata dikedip-kedipkannya. Gatal.
"Mengengadalah. Aku sekeh karang." Kata Hidayati sambil melepaskan tangan Harith segera. Harith sudah gelak kuat. Nasib baik bilik ini seorang. Kalau tak wajib kena sound ni.
"Abah dah bagi kebenaran saya jaga awak tapi abah pesan, apa-apa panggil nurse. Saya teman saja." Kata Harith sambil meletakkan hidangan dihadapan Hidayati. Hidayati hanya mengangguk.
"Tak basuh tangan dulu ke?" Tanya Harith bila Hidayati terus mengambil bekas makanan tanpa membasuh tangan.
"Laparlah. Kira halal sajalah." Jawab Hidayati yang sudah ingin memulakan suapannya.
Harith bertindak merampas bekas nasi dan letakkannya diatas rak yang sedikit jauh dari Hidayati. Dia kemudian masuk ke bilik air dan keluar bersama cebuk yang berisi air.
"Basuh tangan tu." Arah Harith.
Hidayati yang tercengang melihat makanannya dirampas oleh Harith tadi hanya mengikut arahan. Bila saja makanan diserahkan semula kepadanya, dia makan dengan lahapnya. Gaya orang tak jumpa makanan berhari-hari.
Selesai makan, Harith mengemas bekas makanan yang dimakan oleh Hidayati. Dia meletakkan bekas-bekas itu di rak yang disediakan.
"Kejap. Kau tidur sini lah maknanya? Tidur mana?" Tanya Hidayati tiba-tiba. Baru tersedar barangkali.
"Dekat sebelah awak lah." Jawab Harith tenang.
Hidayati menunjukkan katilnya kemudian diselangi dengan telunjuk kearah Harith. Berulang-kali.
Harith senyum dan angguk.
Hidayati mengelengkan kepalanya dan menutup bahagian dadanya. Harith ketawa dan kemudian mengetuk lembut kepala Hidayati.
"Saya rasa sejak awak masuk hospital ni, kepala awak dah biol. Doctor salah bagi ubat ke apa? Takkan lah saya nak duduk tidur sebelah awak. Saya tidur di sofa tu. Ke awak nak saya minta katil. Boleh tidur lagi dekat dengan awak." Kata Harith.
Senyumnya melebar melihat muka Hidayati yang pelbagai perasaan.
"Tak nak. Awak tidur saja kat sofa." Putus Hidayati.
"Kan sejuk awak bahasa lembut macam tu dengan saya. Ini asyik aku-kau je. Macam ni, makin teguh hati saya nak tunggu awak." Harith memberitahu perasaan sebenarnya pada Hidayati.
Hidayati mencebik dan seraya menarik selimutnya dan terus baring.
"Lepas makan, baringlah. Boncit perut tu, tak ada siapa nak. Terpaksa kahwin dengan saya" Kata Harith. Terus Hidayati bangun. Tak jadi tidur.
Harith senyum.
Sah ini bukan Hidayati yang dia kenal. Dah macam kanak-kanak ribena. Agaknya memang ini Hidayati sebenar. Keras diluar tapi lembut didalam. Sangat lembut. Selembut bayi yang baru lahir. Dia suka Hidayati yang ini. Manja dan menyenangkan.
Mereka berbual seketika sebelum masing-masing menguap dan tidur sehingga dikejutkan oleh jururawat yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada pesakit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan