SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 5

Harith sendiri tak tahu sama ada ini kerja gila atau dia yang tak sedar diri. Majlis malam ini temanya 'Couple Party' tapi dia datang ke Kuala Lumpur seorang dengan harapan boleh ajak Hidayati jadi pasangannya.
‘Memang gila dan tak sedar diri. Untung kalau Hidayati nak ikut. Buatnya Hidayati tak nak. Padan muka aku. Alah, sekadar cuba nasib. Kalau dah tak ada, aku pergi saja seorang. Tak jadi masalah pun. Takkan dia orang nak halau aku hanya sebab aku datang seorang. Kalau susah sangat aku ajak si Alice.’ Kata hati Harith.
Alice, budak dari Timur Malaysia. Sangat menarik nafsunya. Harith terjumpa Alice yang sedang berteduh di lorong belakang rumah Aqil. Dalam keadaan basah kuyup dan sedang kesejukan. Waktu itu Harith sedang membasuh cawan yang digunakan sewaktu dia berkunjung ke rumah Aqil.
Terus saja waktu itu Harith memberitahu Aqil dan Aqil menyuruhnya membawa Alice masuk. Atas dasar perikemanusiaan. Aqil memberinya pakaian isterinya dan suruh dia menyalin pakaian yang sudah basah.
"Bro, jangan kau nak buat gila bagi budak tu tidur kat rumah aku. Kau tahu wife aku macan manakan? Tak pasal aku perang besar. Baik kau bawa balik. Lagi cepat lagi baik." Kata Aqil.
Harith faham isteri Aqil, semua orang tahu tahap cemburunya. Sejak di universiti lagi. Ingatkan lepas kahwin berubah tapi sama saja. Itu yang buat Aqil makin ligat diluar. Dia rimas disoal siasat setiap waktu. Namun, dia bertahan kerana rasa sayang pada keluarganya terutama pada kedua-dua orang anaknya.
Selesai saja Alice tukar pakaian dan Aqil berikannya plastik untuk mengisi pakaian basah, Harith terus mengajaknya balik. Buntu ingin bawanya ke mana. Tidak mungkin ke rumahnya. Rumah itu dibelinya untuk dia hidup bersama Hidayati andai ada jodoh mereka. Dia tak mahu rumah itu didiami oleh orang lain walaupun untuk seketika.
'Letak saja di hotel bajet yang elok tempatnya. Sementara. Nanti pandai dialah nak uruskan dirinya.' Putus hatinya.
Setelah sebulat suara antara semua kata hatinya, dia menuju ke sebuah hotel yang dia biasa di duduki Hidayati yang padanya sangat penjimat. Dia selalu bergaduh dengan Hidayati kerana sifat berjimat cermat Hidayati itu. Sehingga dia ingin memberikan sesuatu padanya juga ditolak kerana katanya membazir.
Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba bunyi petir berdentum dengan kuatnya. Alice menjerit dan memeluk Harith dengan erat sekali sehingga mengganggu kawalan stering keretanya. Harith pandu kereta ke bahu jalan.
"Kenapa? Lepaskan tangan kau ni. Aku tak boleh drive kalau macam ni." Kata Harith sambil cuba merenggangkan pelukan itu. Masalahnya dia bukan peluk tangan. Leher.
"Aku takut, bah." Jawab Alice sambil terus mengeratkan pelukannya. Terasa getar tubuh Alice yang tentu saja sudah meransang syahwat Harith.
"Alah, petir saja. Lagipun kita dalam kereta. Nak takut apa? Kalau kau macam ni aku tak boleh bawa kereta. Bahaya duduk tepi jalan macam ni." Kata Harith cuma rasional dan tidak melayan nafsunya.
'Kalau ikutkan nafsu, sekarang ni juga aku 'tibai' perempuan ni. Maklumlah, aku lelaki sangat bernafsu bila melibatkan perempuan.' Hatinya berperang.
Alice melepaskan tangannya lambat-lambat. Sebaik tangan Alice sudah kembali ke posisinya dan Alice sudah kelihatan sedikit tenang, Harith meneruskan pemanduanya.
Sebaik sampai di hotel tersebut, Harith terus check in untuk 3 hari. Harith tolong mengangkat beg pakaian Alice untuk dibawa ke biliknya. Sebenarnya dia ingin melihat bilik yang menjadi tempat menginap Hidayati.
Tempoh hari sewaktu dia diberi tanggungjawab untuk mengambil dan menghantar Hidayati pulang, Hidayati menginap di hotel tempat seminar berlangsung. Entah mimpi apa tiba-tiba check in hotel mahal. Yang paling mahal di Johor Bahru pula tu.
"Masuklah. Aku mahu tumpang bilik air kejap." Kata Harith.
Dia terus melangkah ke tandas memandangkan tandas terletak dihadapan pintu masuk. Buka saja pintu bilik terus tandas. Tujuan Harith ke tandas bukan untuk buang air tapi sekadar nak menganalisis kenapa Hidayati tidak kisah menetap di hotel murah sedemikian.
'Patut Hidayati tak kisah duduk disini. Tandasnya bersih dan moden. Biliknya pun bersih dan selesa. Pendek kata dari tempat letak kereta hingga ke bilik, sangat bersih.' Keputusan analisanya.
Selesai urusan di tandas, Harith keluar dan melihat Alice sudah menukar ke pakaian tidur jenis lingerie. Dia sedang berbaring di atas katil sambil menonton televisyen. Harith telan liur dan cuba mengawal nafsunya.
'Lelaki gila pun boleh tergoda melihat pemandangan sebegitu rupa inikan pula aku yang normal. Dia terpeluk sikit saja tadi pun dah buat aku teransang inikan pula dah pakai macam ni. Mahu lagi lama aku kat sini aku terkam budak ni.'
"Aku balik dulu." Pamit Harith dan terus membuka pintu bilik.
Cepat saja Alice bangun dan terus menarik tangan Harith.
"Aku sudah buat kopi. Jom minum tanda aku berterima kasih." Pelawa Alice.
Harith tidak menolak walaupun akalnya menyuruh dia cepat pergi. Dia ikut ke katil. Maklumlah, bilik ni kecil. Tiada kerusi apatah lagi sofa. Katil adalah satu-satunya tempat untuk melabuhkan punggung. Ini pun kira beruntung sebab ada juga disediakan set untuk minum.
Sewaktu duduk di atas katil itu pun telah buat sekali lagi nafsu Harith bergelora. Dia lihat Alice selamba saja duduk dan menyilangkan kakinya. Menampakkan pehanya yang gebu. Seperti tiada malu dan keadaan ini biasa baginya. Dia bangun dan ingin meminta diri. Alice turut bangun untuk menghantar Harith.
"Esok datang tak?" Tanya Alice.
Harith pelik. Perlukah dia datang?
Tak semena, terdengar bunyi berdentum entah dari mana. Alice terkejut dan sekali lagi memeluk Harith. Kali ini dipinggang dan badannya rapat ke badan Harith. Harith yang sememangnya sedang menahan nafsu terus menikmati pelukan itu.
Harith cuba bermain win-win situation. Dia memanggung dagu Alice dan cuba untuk menciumnya. Alice seakan merelakan dan Harith tahu dia menang. Sewaktu langkah demi langkah ke arah zina, tiba-tiba dia teringatkan Hidayati.
"No. Ini salah." Kata Harith dan terus bangun dan memakai semula bajunya yang sudah ditanggalkan.
"Tapi kita sama-sama rela." Kata Alice yang jelas kelihatan kecewa dengan penolakan Harith.
"Aku cuma tak mahu terlibat dengan sebarang kemungkinan penyakit berjangkit. Mana tahu kau sudah terkena HIV?" Harith berterus terang.
"Aku masih virgin. Belum pernah disentuh mana-mana lelaki." Balas Alice.
Masih cuba untuk memenuhi hasrat nafsunya. Rasa terhina pun ada dengan penolakan itu.
"HIV tidak berjangkit melalui hubungan seks saja. Permindahan darah, berkongsi jarum suntikan atau mungkin kau pernah terkena darah orang yang berpenyakit HIV atau mungkin ibu bapa kau" Terang Harith tentang segala kemungkinan.
Alice geleng dan mula nak menangis kerana dia sangat bernafsu saat ini dan dia tidak sanggup mendengar penghinaan seperti itu terutama daripada seorang lelaki yang dia sudah jatuh sayang.
"Macam ni. Aku janji aku pelihara kau, bagi kemewahan pada kau andai kau sanggup buat ujian kesihatan esok. Tunggu 3 hari saja. Lepas keputusan keluar dan kau bebas dari segala kemungkinan baru kita layan nafsu kita. Boleh?" Pujuk Harith.
Dia tahu saat ini Alice sangat bernafsu. Deras nafasnya memberitahunya segalanya. Hakikatnya dia juga bernafsu tapi bayangan Hidayati telah melumpuhkan rasa itu.
"Aku ndak mau. Aku mahu kau. Sekarang juga. Tolonglah. Aku tidak tahan. Mau kau." Rayu Alice.
"Aku ambil kau esok pagi." Putus Harith dan terus berlalu.
Lagi lama dia dengar rayuan Alice, makin bahaya keadaannya.
Mengingati Alice membuatkan dia tidak sabar nak sampai ke Kuala Lumpur. Sebenarnya sejak Alice muncul dalam hidupnya, dia selalu turun ke Kuala Lumpur. Menghabiskan malam-malamnya dibuai dengan rengekan manja si Alice. Alice benar-benar buat dia panasaran.
Namun, kehadiran Alice tidak dapat menandingi rasa cintanya pada Hidayati. Hidayati terlalu istimewa dihatinya. Perasaan yang tidak melibatkan syahwat semata tapi lebih pada rasa indahnya sebuah perkahwinan yang tidak pernah dibayangkannya sebelum berjumpa Hidayati. Sukar sebenarnya hendak digambarkan perasaannya pada Hidayati kerana ia terlalu istimewa.
Harap-harap Hidayati menerima pelawaannya. Bukan dia tak nak telefon Hidayati untuk bertanyakan kesudiaannya tapi dia makin faham sesuatu tentang Hidayati, telefon tidak menggambarkan keikhlasan. Ketegasan Hidayati selalu buatkan dia cepat memahami gadis itu.
Lagipun, kalau pergi kerumahnya boleh minta kebenaran abahnya. Barulah betul lelaki sejati. Nak minta anak orang perlulah melalui bapanya bukan main ambil tepi jalan. Tak betul cara tu. Tak cukup lelaki.
Sesampai di rumah Hidayati, Encik Khir sedang membelek bunganya. Dia meletakkan keretanya berhampiran. Dia senyum pada Encik Khir yang juga senyum padanya.
"Assalamualaikum, pak cik?" Ucap Harith sambil menghulur salam dan mencium tangan abah Hidayati.
"Waalaikumsalam... Sihat, Harith?" Tanya Encik Khir.
"Sihat, pak cik. Pak cik nampak sihat" Puji Harith.
Encik Khir senyum.
"Alhamdulillah... Allah bagi kesihatan baik hari ni." Balas Encik Khir.
"Kau apa hal datang sini?" Tiba-tiba Hidayati datang menegur.
"Yati..." Tegur Encik Khir yang tak suka nada suara Hidayati itu terutama pada Harith. Bakal suaminya.
"Sorry, abah. Sorry, Harith" Pinta Hidayati pada kedua lelaki dihadapannya.
"Tak apa. Saya nak ajak awak keluar. Itupun kalau awak nak dan abah awak izinkan." Beritahu Harith tentang tujuan kedatangannya itu.
"Nak kemana?" Tanya Encik Khir.
"Nak ajak pergi event tempat saya kerja." Jawab Harith. Yakin.
"Tempat kerja kamu yang mana? Kamu kan ada dua kerja. Yang company papa kamu ke company orang lain?" Tanya Encik Khir lagi.
Hairan dia dengan anak muda depannya itu. Memilih untuk bekerja di sebuah syarikat GLC yang terkemuka di Malaysia sedangkan syarikat arwah bapanya cukup besar dan sangat kukuh. Dengar kata, dia pemilik tunggal dan memegang 95% saham syarikat. Manakala lagi 5% diberikan kepada peguam syarikat hanya sebagai memenuhi kriteria syarikat sendirian berhad. Mana dia tahu? Aqil, kawan baik Hidayati yang cerita.
Sayangnya Harith tidak dididik dengan didikan agama yang betul. Bukan dia tak tahu zina itu haram tapi sebab tiada didikkan agama yang betul buatkan dia lalai dan terikut dengan gaya hidup bebas tanpa syarat. Kerana itu dia masih berat hati mahu menerima Harith walaupun dia tahu Harith boleh diharap untuk menjaga anaknya malah dia sebenarnya memuji pekerti pemuda ini. Walaupun hidup bebas, namun Harith tidak menyentuh arak atau berjudi. Malah pemuda itu tidak merokok.
"Tempat saya cari rezeki, pak cik." Jawab Harith sopan.
"Kau tanyalah tuan badan. Pak cik tak menghalang tapi dah ambil pulangkan dalam keadaan yang sama. Jangan ada cela pun." Pesan Encik Khir dan berlalu.
Harith hanya senyum dan mengangguk. Itu pun pesan yang selalu dititipkan bila dia ajak Hidayati keluar. Harith kemudian memandang Hidayati meminta jawapan.
"Sebab kau baik dengan aku masa aku sakit kaki hari tu. Aku setuju sebagai tanda terima kasih aku pada kau." Putus Hidayati.
Harith hanya senyum.
"Bila majlisnya?" Tanya Hidayati bila dilihat Harith hanya diam.
"Pukul 8 malam" jawab Harith.
"Ok. Tema?"
"Free"
"Ok. Esok kau ambil aku pukul 6.30 petang." Putus Hidayati dan berlalu.
Harith mengangguk. Namun kemudian dia mengerutkan mukanya yang tersenyum sejak tadi.
"Esok? Buat apa? Function tu hari ni lah." Harith perbetulkan tanggapan Hidayati.
"What? Kau gila ke sewel?" Jerit Hidayati.
"Hidayati" Suara Encik Khir memberi amaran.
"Tapi abah. Tengok la Harith ni. Sekarang dah pukul 5.30 dah. Mana sempat nak cari baju lagi. Nak make up lagi. Ingat nak pergi majlis kenduri kahwin ke boleh main sarung je?" bebel Hidayati.
"Tak apa. Macam ni. Awak pakai kebaya ke kurung ke. Apa-apa yang simple" balas Harith.
"Awak pakai apa?" Tanya Hidayati.
"Biasa. Tuxedo." Jawab Harith.
Hidayati mencabik mukanya. Namun kemudian, dia senyum. Satu idea menjengah fikirannya. Kebetulan yang sangat kebetulan.
“Kau naik. Aku ada baju untuk kau. Yang lebih baik.” Kata Hidayati.
Harith turutkan.
Sejam mereka berdua bersiap. Walaupun harith tidak setuju dengan cadangan Hidayati tapi dia turutkan juga kerana Hidayati mengugut untuk tidak mengikutnya. Setelah mereka siap, terus bergegas ke majlis tersebut.
Banyak mata yang memandang mereka sebaik saja mereka keluar dari kereta. Harith sudah tidak terkata apa. Hanya tersenyum dan membalas teguran kawan-kawannya.
"You look different. Tak pernah ada orang terfikir pakai macam you all. Sepasang, baba nyonya set. Sangat different yet sweet." Tegur seorang kawan pejabatnya yang menghampiri mereka bila mereka sudah berada di tengah dewan.
Konsep terbuka. Tanpa meja makan. Cuma meja untuk letak makanan dan kerusi hanya terdapat di dinding dewan. Makanan ditengah dewan dan diantara pentas dan meja makanan utama. Sangat ringkas dan moden. Ala-ala parti di Eropah. Sangat unik konsep susunan majlis ini. Paling seronok, tiada acara formal. Semua orang bebas.
"Tak nak kenalkankah orang disebelah yang cantik berkebaya nyonya ni?" Tegur seorang wanita yang juga berada didalam kelompok mereka.
"Hidayati." Terus saja Hidayati menghulurkan salam pada wanita tersebut dan memperkenalkan dirinya.
"My wife-to-be." Jawab Harith pula.
Senyuman meleret sambil memandang Hidayati yang berwajah selamba tak berperasaan.
"Wah, patut Encik Harith kita tak pandang orang lain. Dah ada orang di hati. Sampai tak kisah orang sekeliling. Meranalah ramai gadis kat office tu." Usik seorang lagi wanita di situ yang berpakaian kurung tradisional corak abstract. Hidayati perasan makin ramai yang mengerumuni kelompok mereka.
"Tak apa. Isi saja borang siap-siap. Bakal belum tentu jadinya. Kalau jadi masih ada kekosongan 3 jawatan lagi." Gurau Hidayati.
Tergelak yang lain dengan jawapan selamba Hidayati. Mereka mula menganalisis bahawa Hidayati seorang yang open-minded.
Harith memandang Hidayati lembut saja. Inilah antara ciri-ciri yang mengoda dan membuatkan rasa cintanya pada wanita makin hari makin banyak. Sikap ramah dan mudah mesranya. Kelembutannya dan menjaga maruah diri dan orang lain. Boleh saja Hidayati menyangkal kenyataannya itu tapi itulah peribadi Hidayati.
"Amboi, Encik Harith. Tak kelip mata memandang cik Hidayati." Usik rakan pejabat Harith yang berkaca mata tebal dan ditangannya memegang cawan yang masih berbaki.
"Encik Harith ni bukan saya saja dia pandang tak berkelip. Semua orang pun dia pandang tak berkelip. Sebab tu saya takut nak lawan mata dengan dia. Mesti kalah punya." Usik Hidayati pula.
"Ke awak takut tergadai hati kat saya?" Usik Harith semula.
Hidayati tersipu malu.
"Tak tergadai lagi ke hati?" Tanya seorang wanita muda yang muncul dari celahan kelompok itu.
"Bukan tak nak gadai tapi takut tak boleh nak tebus balik. Tunggu dah jadi hak milik yang sah bukan takat gadai, saya bagi terus. Bukan kata hati, jiwa dan raga ku serahkan. Senang. Pakej." Jawab Hidayati sambil pandang lembut ke arah Harith bagi menyampaikan maksud hatinya.
Semoga Harith faham.
"Macam ni kena cepat-cepat masuk minang ni, Encik Harith." Usik seorang lelaki yang berdiri di sebelah Harith sambil menolak tubuhnya ke tubuh Harith sambil tersengih.
"Tak apa. Abah Yati dah reserve dah Yati untuk saya. Tinggal tuan badan je tak tahu bila. Asyik sibuk kerja saja" Giat Harith.
Hidayati senyum.
Hidayati agak bengang dengan kenyataan Harith itu yang menyatakan dirinya seolah barang yang boleh main simpan-simpan. Namun disabarkan hati demi menjaga air muka Harith. Dia sedar, pasti antara mereka ini adalah pekerja bawahan Harith. Kalau tidak, masakan mereka agak formal dengan Harith.
"Encik Harith pun sama. Silap-silap Encik Harith lagi teruk kot. Tak cukup pejabat, dekat rumah pun boleh sambung kerja. Kalau kami, bawa saja balik tapi tak sentuh pun." Kata seorang gadis kecil molek dan sangat comel.
Yang lain ketawa sambil mengangguk setuju.
Hidayati turut sama ketawa. Suka dia bila Harith digiat rakan pejabatnya. Nampak mereka sangat rapat dan mesra. Lagipun, Harith memang seorang yang mudah mesra walau dengan siapa pun.
"Ish, teruknya perangai. Kesian siapa jadi teman hidup dia." Balas Hidayati.
"Cik Hidayati lah yang kesian" Jawab si gadis kecil molek tadi.
Yang lain gelak saja. Harith pun sama.
"Kenapa saya pula?" Soal Hidayati.
"Sebab awak bakal isteri saya" Jawab Harith lembut dan penuh romantik.
Yang lain hanya senyum. Bahagia melihat pasangan ini.
"Apa pula? Saya ni sangat bahagia tau. Bukan kesian." Hidayati tidak mahu kalah.
"Awak yang cakap kesian. Saya cuma nak bahagiakan awak saja." Jawab Harith juga tak mahu kalah. Lupa sebentar pada mereka yang lain.
"Amboi, depa duk gaduh sampai lupa kita kat sini." Ujur kawan pejabat Harith yang mula-mula menegur mereka.
Harith dan Hidayati berpandangan sesame mereka. Kemudian mereka tersenyum mengenangkan salah laku masing-masing.
"Minta maaflah. Bukan apa. Susah nak dapat masa macam ni. Orang tu anak abah. Sikit-sikit abah. Nak keluar berdua dah la susah. Setahun sekali pun belum tentu. Bila dapat keluar macam ni sekali-sekala tu yang buat perangai. Maaf ya semua." Kata Harith sambil ketawa bagi menutup rasa malunya.
Hidayati mencubit Harith yang memberi penyataan yang membuatkannya terasa segan dengan kawan-kawan pejabat Harith.
Mereka terus bersembang dan makin lama makin ramai yang mengelilingi mereka. Topik perbualan tak lain dan tak bukan tentang mereka berdua. Masing-masing tak mahu bercerita tentang hal kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan