"Assalamualaikum..."
Satu suara memberi salam didepan halaman rumah.
Encik
Khir keluar melihat orang yang memberi salam tadi. Dilihatnya ada sekumpulan
manusia yang sedang berpakaian kebangsaan Malaysia. Yang perempuan berbaju
kurang manakala yang lelaki berbaju batik.
Formal
sangat.
"Waalaikummussalam
warahmatullah. Jemputlah naik. Masuk dalam rumah." Jemput Encik
Khir.
Tetamu
datang bawa rezeki. Maka kenalah jemput rezeki itu masuk dalam rumah. Takkan
nak biar diluar saja. Tak masuk rezeki tu nanti. Rugi kita.
Tetamu
yang terdiri dari 3 orang wanita dan seorang lelaki itu masuk ke dalam rumah.
Encik Khir bersalaman dengan tetamu yang lelaki.
"Allah,
Mad. Ingatkan siapalah yang pakai cantik-cantik ni." Kata Encik
Khir.
Dia
yang tidak memakai kaca matanya jadi rabun bila melihat object dari jauh. Bila
sudah dekat baru nampak. Ahmad. Jiran sekampung. Bapa Adam. Mereka semua
ketawa.
"Yalah.
Siapa lagi." Balas Encik Ahmad.
Encik
Khir sekali lagi mempersilakan semua tetamunya masuk. Dipanggilnya si isteri
untuk menyambut tetamu perempuan. Manakala anak-anaknya semua disuruh
menyiapkan hidangan untuk tetamu yang hadir.
"Ni
yang pakai cantik-cantik ni. Nak kemana?" Tanya Encik Khir.
"Kenalah
cantik. Nak buat urusan rasmi. Nak pinang anak dara dalam rumah ni." Kata
Encik Ahmad.
Encik
Khir dan isterinya berpandangan sesama sendiri. Siapa yang mereka maksudkan?
Anak daranya yang masih ada cuma 2 orang. Yang seorang tu, rapat dengan Adam.
Yang seorang lagi tu, menyampah dengan Adam.
"Untuk
siapa dan dengan siapa?" Tanya Encik Khir.
"Untuk
anak teruna kami, Adam. Nak dipinang Hidayati. Biasalah Khir. Mula-mula kawan.
Lepas tu bercintalah pula." Balas Encik Ahmad sambil ketawa halus.
Hadirin
yang datang juga turut sama ketawa kecil. Entah apa yang lawaknya.
Sekali
lagi Encik Khir dan isterinya berpandangan sesama mereka. Ada gelisah diwajah
mereka. Mahukan tidak. Hidayati walaupun belum bertunang tapi sudah pun dirisik
orang. Tuan badan pun mahu tapi atas faktor tertentu buatkan semua itu
terbantut sehingga sekarang.
"Kami
datang ni sebagai formaliti. Mula-mula risik. Nanti kami datang untuk tunang
pula. Mengikut adat melayu. Lagipun, itu yang Adam nak. Katanya Yati minta
untuk buat macam tu." Tambah Puan Lela, ibu Adam.
"Kalau
ikut kami, kami datang untuk tunang dan terus tetapkan tarikh nikah. Mereka pun
dah kenal lama dah. Nak tunang lama-lama pun, nak buat apa. Kan?" Sambung
Encik Ahmad.
"Lagipun,
benda yang baik tak elok ditangguh-tangguhkan." Tambah seorang dari
tetamu. Tak pula Encik Khir kenal.
Hidayati
dan Afina masuk ke ruang tamu. Membawa air dan sedikit juadah untuk tetamu.
Hidayati menghidangkan air teh yang dibuatnya kepada tetamu. Dituangkan air ke dalam
gelas dan dihidangkan di depan tetamu yang ada. Afina pula hanya meletakkan air
basuh tangan dan kuih lepat pisang yang dibuat Puan Mariah pagi tadi.
"Jemputlah."
Jemput Hidayati.
Dia
dan Afina kemudiannya duduk bersimpuh di bawah. Bersebelahan Encik Khir.
"Benda
macam ni memang tak baik ditangguhkan tapi biarlah saya berterus-terang. Saya
suka dengan Adam tu. Memang dari kecil saya harap Adam tu jodoh Yati. Tapi bila
saya tengok Adam pun tak ada nak masuk meminang atau pun melamar Yati macam
budak-budak sekarang duk buat tu, saya ingatkan Adam tak ada hati pada Yati.
Berkali-kali sebenarnya saya bagi hint pada Adam untuk masuk pinang Yati. Tapi
sampai kesudah dia tak masuk meminang. Hari ni baru nak hantar merisik." Encik
Khir berhenti menarik nafas.
Kesal
sebenarnya kerana Adam lambat bertindak. Dia memang sukakan Adam sebelum
berjumpa dengan Harith tapi kini dia rasakan Harith lebih layak untuk jaga
Hidayati dan keluarga ini berbanding Adam bila dia tiada nanti. Memang sudah
berkali-kali dia berpesan pada Harith untuk menjaga keluarga ini bila dia sudah
tiada. Anak-anak yang lain juga lebih suka Harith berbanding Adam. Terutamanya
Afina.
"Sayangnya,
dua tahun lepas sudah ada yang merisik dan datang membawa rombongan meminang.
Sejak tu, saya pun tak ada hint Adam apa-apa. Jadi bila dia hantar rombongan
merisik hari ni. Terkejut pula jadinya." Kata Encik Khir. Berterus-terang.
Tak mahu berselindung dan memberi harapan.
"Hidayati
dah bertunang? Tak tahu pun." Tanya Puan Lela.
"Bukanlah
bertunang betul-betul. Sampai sekarang kami masih dalam tempoh memikirkan tapi
saya pun sudah anggap Harith tu macam anak saya. Saya terima dia. Baik dan
buruknya. Yati pula masih nak tetapkan hatinya untuk terima Harith." Jawab
Puan Alia.
"Tapi
Adam tak kata pun yang Hidayati dah bertunang atau sudah dirisik orang."
Kata Encik Ahmad.
"Adam
tak tahu pun. Benda ni kami buat antara kami sekeluarga. Tak melibatkan orang
luar. Keluarga kami saja yang tahu. Saya pun tak ada cerita dengan Adam."
Balas Hidayati.
"Adam
pun baru minggu lepas dia bagitahu yang dia sayang saya. Tapi saya sudah
bagitahu dia yang saya anggap dia kawan. Dia kawan baik saya, Pakcik, Makcik.
Dunia akhirat. Saya dah terang pada dia perasaan saya pada Harith. Tiba-tiba
dia minta Pakcik dan Makcik datang untuk merisik. Saya pun tak sangka."
Sambung Hidayati.
"Lagipun
pakcik. Makcik. Dalam Islam, sememangnya hal bertunang itu hanya untuk
pengetahuan keluarga terdekat saja. Tak perlu nak hebahkan kerana jika
dihebahkan, andai pertunangan itu putus ditengah jalan, malu nanti."
Tambah Afina.
"Saya
minta maaf pada Mad dan semua. Saya betul terkejut. Kalau saya tahu kamu nak
datang, saya ceritakan dulu kisah ni. Supaya tak ada siapa datang untuk pinang
anak dara saya ni." Kata Encik Khir.
Tangannya
sudah diletakkan dibahu Hidayati.
"Tak
apa, Khir. Kami yang datang tanpa dijemput. Main terjah saja." Kata Encik
Ahmad. Bunyinya seperti berjauh hati.
"Kami
sekeluarga benar-benar minta maaf. Kalau dia datang lebih awal, saya terima
walaupun Yati tak nak. Sebab saya memang suka benar dengan Adam tu. Tapi ada
orang dah booking dia. Dia pun dah suka orang tu. Saya sebagai bapa, tak rasa
perlu nak halang hubungan mereka." Terang Encik Khir.
Dia
risau sebenarnya.
Bukan
sekadar risaukan hubungan baik dia dengan Encik Ahmad tetapi juga antara
Hidayati dan Adam. Dia tahu perangai Adam itu. Kalau dia kata nak. Dia akan
hendak. Tidak dikira apa pun. Dia pasti akan cuba sedaya mungkin untuk
mendapatkannya. Hidayati pun sama. Dan itulah yang membuatkan dia risau. Takut
Adam dan Hidayati berantakan hanya kerana perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan