SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA Prolog

Seperti tiada manusia disekeliling. Tangisan keinsafan penuh syahdu terluah dari seorang insan yang terlalu jauh dan terlalu banyak dosanya. Hidayati tidak menghiraukan sekelilingnya langsung. Hatinya penuh rasa bersalah pada Tuhan Yang Satu.
Mimpinya malam tadi masih menghantui dirinya saat ini. Dia cuba untuk melupakan namun sukar. Mana mungkin dia lupa akan itu, mimpi yang membawanya menangis teresak-esak di taman rekreasi berhampiran dengan rumahnya.
"Yati." Panggil satu suara yang biasa didengarannya.
Hidayati mengangkat kepalanya. Matanya yang masih berair sewaktu memandang susuk badan suaminya. Air matanya berlinangan lagi.
Hatinya sayu mengenangkan dosanya terhadap lelaki itu. Lantas dia bangun dari kerusi batu yang didudukinya sejak tadi dan memeluk lelaki itu. Tiada rasa malu dengan pengunjung taman yang lainnya walaupun ramai yang memandang mereka dengan pandangan mengutuk.
Hatinya benar-benar menginsafi dosanya yang lalu.
Tanpa sepatah kata pun yang mampu keluar dari mulut mereka berdua. Seorang dengan rasa berdosa manakala seorang lagi dengan rasa terkejut. Terkejut dipeluk dikhalayak ramai dengan esak tangis dari seorang wanita yang tabah dan kuat semangat pada pengamatannya.
Tiba-tiba suara esakan itu hilang dan tubuh itu terkulai lemah. Nasib baik si lelaki sedang memeluknya erat. Jika tidak pasti sudah jatuh menyembah bumi. Dia yang terperanjat tergopoh-gapah membetulkan tubuh yang sudah tidak sedarkan diri.
Sepasang tangan datang menghulurkan bantu dengan membetulkan letak tubuh si wanita pujaan hati. Dalam keadaan cemas begitu, ingin membantah pun tiada guna. Nak tegakkan ego dan rasa marah pun macam tak kena dengan keadaan. Malah lebih mengeruhkan keadaan. Lebih baik bertenang dan biarkan dulu perasaan marah semua ke tepi sebentar.
"Aku pergi ambil kereta. Kau bolehkan kendong dia ke atas? Kereta aku di situ saja." Kata lelaki yang membantunya itu.
Dia mengangguk.
Dia mencempung tubuh yang sudah terkulai tidak sedarkan diri itu dan mengikuti langkah si lelaki tadi menuju ke keretanya. Dimasukkan tubuh wanita itu kedalam kereta dengan cermat. Setelah memastikan keadaan wanita itu selesa, dia memakaikan tali pinggang keledar. Keselamatan perlu diutamakan.
"Kau tolong hantar, bro. Colombia Asia, Nusajaya. Aku nak balik rumah dulu. Ambil kereta. Nak ambil apa yang perlu untuk admit." Pinta lelaki itu kepada si empunya kereta.
Dalam keadaan cemas begini, minda kena dalam keadaan tenang baru boleh berfikir. Kalau ikut hati, sudah pasti dia akan ikut sama untuk menghantar isterinya ke hospital tapi apa guna dia kesana tanpa pengenalan diri isterinya.
Si empunya kereta hanya mengangguk. Lantas terus masuk ke kereta dan memecut ke destinasi yang dimaksudkan. Seminit pun dia tidak mahu lambat. Takut lain yang akan berlaku.
Si suami bergegas ke rumah mereka yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian. Sambil itu fikirannya sibuk mentafsir tindakan isterinya.
‘Kenapa tiba-tiba menangis begitu.’
Dia pelik.
Isterinya tidak pernah mahu ke taman kalau bersendirian tapi pagi itu semuanya lain. Isterinya murung. Tak mahu bersarapan. Bila dia keluar setelah selesai mandi, isterinya tiada. Puas dia mencari di seluruh rumah. Kereta isterinya ada tapi tuannya tiada.
Dia menelefon kawan-kawan isterinya. Mungkin mereka mengambilnya untuk kemana-mana. Namun tidak seorang pun yang tahu.
Dia risau.
Dia keluar mencari disekeliling kawasan rumah. Tetap tiada. Entah bagaimana dia boleh terfikir untuk mencari isterinya di taman rekreasi kawasan perumahan ini. Benar, isterinya gemar melihat air yang tenang. Dia pasti ke tasik.
Sewaktu tiba di kawasan taman itu, dia mencari kelibat isterinya. Puas satu tasik buatan itu di kelilingnya tapi tidak jumpa. Disaat dia mahu berpaling untuk keluar dari kawasan taman tasik itu, dia ternampak kelibat isterinya dibangku hujung taman. Sedang menutup mukanya. Dia meghampiri dan melihat wanita itu menangis. Ya, menangis.
Dan bila dia dipeluk di depan jiran tetangga, dia jadi lebih pelik. Hairan. Ini bukan keraktor isterinya. Isterinya bukan orang yang akan menunjukkan perasaan sebenar pada khalayak. Selalunya, dia yang selalu menarik isterinya untuk berpegangan tangan. Kini, isterinya memeluknya.

Sesuatu yang tidak boleh terima dek akal yang waras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan