SUBSCRIBE

Sabtu, Jun 25, 2016

SEMBANG JIWA 12

“Kak Long, guna sajalah.” Desak Adha.
Hidayati masih lagi cuba untuk menghubungi Harith. Dari sejak abahnya dimasukkan ke dalam wad, dia cuba untuk menghubungi Harith. Namun gagal.
“Hak oranglah, dik.” Balas Hidayati.
“Kan abang Harith suruh pakai. Kak Long tu yang tak nak pakai.” Balas Adha pula.
“Macam mana nak guna? Ini credit card, dik. Kena ada signature dia.” Terang Hidayati.
“Kan abang Harith kata tak payah. Kalau pun kena sign. Kak Long sign saja lah. Bukannya dorang tahu sign tu macam mana.” Kata Adha.
“Memanglah. Tapi kad ni kan abang Harith punya. Abang Harith tu lelaki. Kak Long ni perempuan. Faham tak?” Hidayati cuba buat Adha faham.
“Bak lah sini kalau tak nak guna. Biar Adha gunakan.” Kata Adha.
Dia menghulurkan tangannya pada Hidayati.
Hidayati tidak juga menghulurkan kad kredit yang Harith beri padanya. Dia masih juga cuba untuk menghubungi Harith. Dengan harapan, Harith ada di Kuala Lumpur. Atau sekurang-kurangnya, dia boleh meminta Harith memindahkan wang dari akaun banknya ke akaun bank adik-adiknya.
Timbul rasa kesal kerana tidak menggunakan perkhidmatan perbankan internet. Jika tidak, tidak perlu dia bersusah payah begini. Boleh saja dia memindakan wang ke akaun adik-adiknya walaupun tanpa kad.
“Kak Long, cepatlah.” Desak Adha.
Hidayati memandang wajah Adha yang sedang kerisauan. Hatinya juga turut risau. Pembedahan Encik Khir perlu dijalankan segera. Tidaklah pembedahan besar tapi ia tetap memerlukan wang dan pada kadar segera.
Namun, menggunakan hak orang lain bukan caranya.
“Kak Long nak abah mati ke?” Adha cuba cara lain agar Hidayati segera membuat keputusan.
Hidayati memandang wajah Adha tepat. Segera dia mengambil kad kredit Harith dan dihulurkan kepada Adha. Namun, dia masih juga cuba menghubungi Harith.
“Hi, sayang. Rindu sangat ya? Sampai berkali-kali call ni?” Sapa Harith bila saja panggilan bersambung.
“Tak payah nak sayang rindu sangat. Kau kat mana?” Marah Hidayati.
“Office. Meeting tadi. Penat sangat. Dari pagi sampai dah nak malam. Non-stop. Makan pun sambil meeting.” Jawab Harith.
“Abah masuk hospital. Kena minor operation untuk buang batu karang. Call kau berkali-kali tak dapat.” Kata Hidayati.
“Abah okey tak?” Tanya Harith.
Hatinya turut risau. Encik Khir sudah dianggap seperti bapanya sendiri sejak pertama kali mereka berkenalan. Encik Khir yang lembut dan peramah itu sangat mudah didekati dan sangat baik dengannya. Malahan, Encik Khir tak pernah menjatuhkan hukuman kepadanya walaupun sudah mengetahui cara hidupnya yang bebas itu.
“Dekat wad. Demam.” Jawab Hidayati.
“Okey. Saya ke sana sekarang.” Kata Harith.
“Nah, Kak Long. Dah settle.” Kata Adha sambil menghulurkan kad kredit Harith kepada Hidayati.
“Harith. Aku terguna kad kau. Dorang nak payment before operate abah.” Kata Hidayati.
“Kad tu memang khas untuk awak pun. It don’t need signature.” Balas Harith.
“Nanti kau bagi nombor akaun kau. Aku bayar balik.” Kata Hidayati.
“Awak tunggu dekat hospital. Saya datang sekarang.” Kata Harith dan terus mematikan talian.
Harith segera keluar dari pejabatnya setelah memastikan mejanya kemas. Sementara ditalian dengan Hidayati tadi, tangannya sudah mula mengemas mejanya. Dia ingin segera ke hospital. Mujur dia di Kuala Lumpur. Maka, mudah untuknya datang.
Dari pejabatnya ke hospital Sri Kota memerlukannya masa 45 minit. Tapi dek kerana waktu ini adalah waktu kemuncak. Orang balik bekerja. 2 jam baru dia sampai ke Klang dan terus dia ke hospital. Tempoh yang lebih kurang di perlukan untuknya sampai dari Johor Bahru jika menggunakan Ducati 999 miliknya.
Tak perlu tanya hospital mana. Pasti Sri Kota Specialist Medical Centre. Walaupun berlambak hospital swasta di Shah Alam, Hidayati lebih suka pergi ke sini. Katanya sudah terbiasa.
“Adha, abah macam mana?” Tanya Harith bila saja dia ternampak Adha di lobi hospital.
Dia pandang Hidayati yang sedang duduk di sebelah Adha.
“Baru lepas operate. Tak sedar lagi.” Jawab Adha.
“Awak okey, Yati?” Tanya Harith.
“Okey. Cuma susah hati ni. Terpakai kad kau. Kau tu lah. Dah berapa lama kad aku tu kepam dekat kau. Suruh bagi, nantilah. Nantilah. Tertinggallah. Macam-macam. Bila dah jadi macam ni. Kan aku yang susah.” Bebel Hidayati.
Dijelingnya Harith.
“Saya kan dah cakap kat awak. Guna saja kad tu. Kad tu memang dikhaskan untuk awak. Dah lama dah nak bagi tapi saya tahu awak takkan nak terima tanpa sebab. Sekarang ni dah pegang. Pegang sajalah. Guna saja.” Kata Harith.
“Jenuhlah pakai kad kredit. Nanti nak menggantinya. Kalau pakai debit card, tahulah macam mana nak budget.” Balas Hidayati.
“Saya tak suruh awak ganti pun. Pakailah apa yang awak rasa perlu. Nanti saya bayar.” Balas Harith.
“Kau ingat aku perempuan simpanan kau ke?” Marah Hidayati.
Harith tarik nafas.
“Awak isteri saya. Darjat awak tak semurah itu.” Kata Harith. Tenang.
“Aku bukan isteri kau.” Tegas Hidayati.
“Soon, Yati. Soon.” Kata Harith dan terus menarik Adha berlalu.
Dia malas mahu bertikam lidah dengan Hidayati. Dia kenal Hidayati. Bila sesuatu tidak mengikut aturannya, dia pasti akan melenting. Dan isu kadnya pasti tidak akan habis selagi dia tidak mengembalikan kadnya itu.
“Dia punya keras kepala saja.” Kata Harith.
“Kak Long. Biasalah.” Balas Adha.
Mereka masuk ke dalam lift yang sudah terbuka.
“Abang jangan lembut sangat dengan Kak Long. Nanti dia makin lemak. Tapi jangan keras sangat dengan dia, nanti dia lari. Abah kata, nak kawal Kak Long kena sederhana. Sama macam orangnya yang serba sederhana.” Kata Adha.
Harith angguk.
Dia juga tahu perkara itu. Encik Khir pernah beritahunya dulu. Kerana itu dia tidaklah memanjakan Hidayati sehingga maruahnya boleh diinjak tapi dia juga tidak mampu berkeras dengan Hidayati kerana cinta dan sayangnya pada wanita itu.
“Abang cuma nak dia tahu yang abang ada dengan dia. Atleast bagilah abang peluang untuk jalankan tanggungjawab sebagai bakal suami yang selalu lindungi isterinya. Adha pun tahu Kak Long tu. So independence. It was good. Tapi untuk lelaki yang mencintainya ni, nak juga rasa yang dia perlukan kita. Kalau dia nak minta tolong pun, asyik pada Adam. Tak pernah nak minta tolong dengan abang.” Luah Harith.
Adha menepuk bahu Harith. Mereka sama-sama keluar dari lif bila sudah sampai ke tingkat 5. Adha mendahului Harith untuk menunjukkan bilik Encik Khir.
“Abang janganlah berkira sangat dengan Adam tu. Adam tu dah lama sangat dengan Kak Long. Dari kecil. Kak Long tu dah biasa dengan Adam. Tak ada feeling pun pada Adam tu. Bak kata Fina. Tak rasa bernafsu pun dengan Adam tu. Tapi abang tak boleh nak sekat Kak Long dengan Adam. Macam Adha cakap. Dia dah terlalu biasa dengan Adam.” Kata Adha sebelum masuk ke bilik Encik Khir.
Harith angguk.
Dia juga tahu. Hidayati dan Adam tak boleh dipisahkan. Begitu juga antara Hidayati dan Aqil serta Ikmal. Mereka berempat sangat rapat. Dan dia tahu itu sejak pertama kali dia mengenali Hidayati. Aqil juga sudah berpesan untuk tidak mencemburui hubungan baik mereka berempat.
“Dahlah, bang. Biar saja Kak Long tu. Nanti dia okey.” Kata Adha.
Harith angguk.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan