SUBSCRIBE

Rabu, Jun 29, 2016

SEMBANG JIWA 14

Semua yang berada di dalam bilik wad Encik Khir berdebar menanti keputusan dari Hidayati. Harith yang paling utama. Dalam hatinya berharap agar Hidayati memilihnya. Dia ingin menjadi insan yang paling bahagia saat ini.
Adam tenang. Dia sudah tahu keputusan Hidayati. Hidayati telah berbincang dengannya semalam. Walaupun kecewa tapi dia menghormati keputusan Hidayati. Permintaan Hidayati agar dia ada bersama untuk menyampaikan keputusan ini dituruti walaupun hatinya sakit.
‘Aku kena pasrah. Ini yang terbaik. Buat apa aku miliki dia andai hatinya tidak dengan aku.’ Kata hati Adam.
Masih segar ayat Hidayati malam tadi.
“Cinta aku pada Harith berputik sejak pertama kali mata aku memandangnya. Walaupun aku cuba mengelak, tapi aku tak dapat nak bendung rasa bahagia bila dia ada sama denganku. Bila dia melamar aku buat kali pertama, aku rasa bahagia itu milik aku seorang. Cuma untuk menerima dia menjadi suami, memerlukan pengorbanan yang besar. Keluarga aku. Sekarang adik-adik aku semua dah bahagia. Adha pun dah nak habis belajar. Syeera pun dah bahagia. Afina juga sudah ada teman untuk membahagiakannya. Kini tiba masa untuk aku pula capai kebahagiaan aku.”
Dari situ Adam tahu yang tidak pernah walau sedetik pun Hidayati mencintainya. Tidak pernah. Jadi untuk apa dia berusaha untuk meraih cinta itu andai tuan badan sudah terang-terangan menolak.
Pasrah.
“Yati pilih Harith.”
Itu saja ungkapan yang membuatkan semua di dalam bilik itu mengucapkan kata syukur. Ternyata ahli keluarga Hidayati memang mengharapkan Harith adalah pilihan Hidayati.
Adam menerima dengan rasa sayu. Nampak sangat yang keluarga Hidayati juga memilih Harith. Tak dapat dibayangkan reaksi mereka bila namanya diumumkan Hidayati tadi. Pasti ada riak kecewa. Atau mungkin ada yang membantah.
“Terima kasih, Hidayati.” Ucap Harith.
Terpancar kebahagiaan dimatanya.
“Tahniah Abang Harith.” Ucap Afina dan Syeera hampir serentak.
Adha dan Hafiz memeluk Harith sambil mengucapkan tahniah.
Encik Khir juga bangun dan memeluk bakal menantunya itu. Dia benar-benar gembira dengan keputusan anaknya itu. Seandainya Hidayati memilih Adam juga dia akan gembira cuma tidaklah segembira ini. Padanya, Harith adalah pilihan tepat untuk Hidayati.
“Kak Long, bila nak berlangsung?” Tanya Syeera.
“Kenalah tanya pihak lelaki. Tanya Kak Long pula.” Jawab Hidayati.
Timbul rasa malu dihatinya.
“Kalau tanya abang Harith. Hari ni pun dia tak kisah.” Usik Hafiz.
Mereka ketawa.
“Tiga bulan dari sekarang. Should be okey?” Tanya Harith pada Hidayati.
Hidayati angguk.
“Boleh pakcik, makcik. Tiga bulan dari sekarang?” Tanya Harith pada Encik Khir dan Puan Alia.
“Pakcik minta seminggu dari sekarang. Nikah saja dulu. Majlis sandingnya tu nanti-nanti pun tak apa.” Jawab Encik Khir.
Harith angguk.
Hidayati terkejut.
“Cepatnya abah. Bagilah masa untuk Yati bersedia.” Bantah Hidayati.
“Saya setuju, Pakcik.” Potong Harith.
“Harith pun dah setuju. Kamu nak sedia apa lagi? Tak cukup tiga tahun biar Harith tunggu kamu untuk bersedia?” Balas Encik Khir.
“Tapi abah...”
“Yati, abah ni dah tak sihat. Walaupun operation tu berjaya tapi ajal maut kita tak tahu. Abah teringin sangat nak walikan kamu sejak pertama kali Harith datang melamar kamu. Kejar bahagia kamu, nak.” Potong Encik Khir.
Hidayati angguk. Matanya sudah berkaca. Dia memeluk Encik Khir.
“Esok pergi kursus kahwin. Abah dah uruskan.” Kata Encik Khir bila saja pelukan Hidayati terlerai.
“Bila masa abah uruskan?” Tanya Hidayati. Terkejut.
“Abahkan ramai kawan di Pejabat Agama tu. Dia minta tolong dengan mereka daftarkan kamu berdua.” Jawab Puan Alia.
“Pergi buat pemeriksaan hari ni. Abah dah bagitahu doctor tadi. Doctor dah suruh nurse buat appointment untuk kamu berdua.” Arah Encik Khir.
“Effective gila abah ni.” Kata Afina.
Encik Khir senyum.
“Pergi sekarang. Nanti Harith nak pergi solat Jumaat pula.” Arah Encik Khir.
“Lepas solat Jumaat, Yati pergilah.” Balas Hidayati.
Harith segera mendekati pintu. Dia malas mahu memujuk Hidayati. Dia menoleh ke arah Hidayati dan mengajaknya melalui isyarat matanya saja.
Hidayati mengeluh kecil. Dia bangun bila ditolak Encik Khir untuk mengikut Harith. Perlahan-lahan dia mendekati Harith yang sudah melangkah keluar dari bilik wad Encik Khir.
“Mentang-mentang dah pilih dia, tak ada nak pujuk ke nak ajak ke. Main ikut dia saja.” Luah Hidayati pada Harith yang berjalan di depannya.
Harith berhenti dan berpaling ke belakang.
“Kenapa? Menyesal?” Tanya Harith.
“Sikitlah.” Jawab Hidayati.
Harith menyelak rambut Hidayati dan diselitnya dibelakang telinga.
Hidayati menepis tapi cuma tepisan halus. Dia suka setiap kali Harith buat begitu.
“Saya pilih awak untuk jadi isteri dan ibu anak-anak saya. Bukan perempuan lain. Dan bila awak pilih saya, saya tahu satu perkara. Saya sedang memikul satu tanggungjawab yang besar. Menikahi awak bukan sekadar menjadikan awak isteri saya tapi juga menjadikan saya abang pada adik-adik kita. Jadi anak pada mak dan abah. Saya nak awak tahu. Bermula saat ini, saya tak akan merayu awak lagi. Bukan sebab saya dah dapat awak tapi saya nak kuat dan faham. Menjadi isteri Harith Iskandar memerlukan ketahanan dan kefahaman yang jitu. Awak sendiri tahu kenapa, kan?” Terang Harith.
Hidayati angguk.
“Saya suka awak berterus-terang macam ni. So, saya tahu apa yang ada dalam hati awak. Saya tahu apa yang awak rasa. Percaya saya. I am the worst dalam baca bahasa tubuh manusia. Saya tak ada instinct yang kuat untuk predict apa yang awak rasa. Sentiasa berterus terang dengan saya. Walaupun pada perkara-perkara yang akan menyakitkan hati saya.” Kata Harith.
Hidayati angguk.
“Hidayati, mula pupuk rasa percaya pada saya. Mula...”
“Banyak pula kau cakap hari ni. Bila nak pergi check up kalau asyik cakap je.” Potong Hidayati.
Harith senyum.
“Mula panggil saya abang.” Kata Harith dan terus berlalu.
Tergamam Hidayati sebentar.
“Jangan harap.” Katanya perlahan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan