Shaza memasukkan kunci ditombol pintu. Dipulas dan ditolak pintu itu perlahan. Dengan cermat, kunci ditarik dan dia masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan langkah segera dihala ke ruang tamu.
Senyumannya mekar. Langkahnya dilajukan. Beg tangannya diletakkan diatas sofa. Kunci ditangan diletakkan di atas meja kopi dengan perlahan. Terus saja dia melangkah ke balkoni.
"I miss you, sayang." Terus saja tubuh lelaki itu dipeluknya dari belakang.
Sebuah kucupan hinggap diubunnya. Lelaki itu menariknya ke depan dan memeluknya. Erat. Sangat erat. Kakinya digerakkan sepertinya mereka sedang menari. Tanpa irama. Hanya mengikut irama didalam hati. Shaza membenamkan kepalanya ke dada bidang lelaki itu yang tidak berbaju. Mata dipejamkan. Terasa nyaman saat itu. Langsung terasa tekanan yang melandanya hilang.
"Eager to share?" Tanya lelaki itu.
Shaza geleng.
Lelaki itu mengucup sekali lagi ubun Shaza.
"Hadif, jom mandi." Ajak Shaza.
Jari jemari tangan kirinya sudah dimainkan diperut Hadif. Sebelah lagi tangannya masih memeluk pinggang Hadif. Kepala diangkat tanpa sedikit pun menjarakkan tubuh mereka.
"Stress sangat ke ni?" Tanya Hadif.
Shaza hanya senyum.
"Jom."
Dan Hadif terus mencampung tubuh kecil Shaza.
Shaza menjerit kecil. Walaupun sudah biasa dilakukan begitu, namun rasa takut bila dicampung itu masih ada. Dia memeluk erat batang leher Hadif dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi dimainkan dibibir Hadif. Sebuah senyuman menggoda dihadiahkan buat lelaki itu.
Hadif terus melangkah. Langkahnya diatur kemas supaya orang yang dikendung rasa selesa dan selamat. Bila saja sampai dibilik mandi, dengan cermat, Shaza didudukkan didinding tab mandi. Air dipasang dan haruman mawar dicurahkan ke dalam tab yang sedang dipenuhi dengan air.
Kemudian dia kembali ke Shaza yang sedang asyik memerhatikannya. Dia berdiri betul-betul dihadapan Shaza dan kaku di situ.
Shaza berdiri dan terus melekapkan bibirnya ke bibir Hadif. Terjengkit sikit kakinya untuk menyayingi tinggi Hadif.
Hadif membalas kucupan itu dan menghangatkan lagi ciuman itu bila saja Shaza memeluk lehernya. Tangannya didaratkan dibelakang tubuh itu sambil mengusap belakang Shaza. Bila saja tangannya sudah ke bawah, hampir ke punggung, Shaza tarik tangan itu dan diletakkannya ke depan.
Hadif membuka zip seluar yang dipakai Shaza. Seluar Shaza dilonggarkan dan terlurut dengan sendirinya selepas ditolak melepasi pinggulnya.
Adegan menanggalkan pakaian berlangsung tanpa sedikit pun mengganggu gugat aktiviti utama mereka. Berkucupan.
Bila saja air di dalam tab sudah separuh penuh, Hadif menutup pili air dan terus dia masuk ke dalam tab. Shaza mengikut dan terus merebahkan tubuhnya ke tubuh Hadif. Matanya sekali lagi dipejamkan sambil menikmati belaian tangan Hadif yang sedang membelai tubuhnya.
Perlahan-lahan juga dia merasakan sesuatu sedang menaik dipunggungnya. Dia senyum. Dia tahu sebentar lagi Hadif akan menggila. Dan dia sukakan keadaan itu.
Hadif makin tak tentu hala. Haruman wangian air mandian mawar dicampur dengan wangian dari tubuh Shaza benar-benar menggoda nafsunya. Dengan kedudukan Shaza yang menyentuh tubuhnya. Dan tangan Shaza yang membelai-belai pehanya buatkan dia makin tak menentu. Nafsunya bergelora.
Dan dia terus melakukan aksi menunjukkan kejantanannya pada Shaza. Tak sudah dibilik mandi, dia mencampung Shaza dan aksi diteruskan di atas katil.
"Tidur sini malam ni?" Tanya Hadif.
Shaza angguk.
"Saya nak release tension. Hari ni hari yang gila. Semua orang gila." Shaza meluahkan rasa hatinya.
Hadif mengangguk.
Dia faham Shaza. Bila tertekan, Shaza akan datang mencarinya. Begitu juga dengan dia. Mereka suka melakukan seks bila keadaan tertekan untuk mengirangkan rasa tekanan itu. Sama ada dia ke rumah Shaza atau Shaza akan ke rumahnya.
"Makan besar ke malam ni?" Usik Hadif.
"Tak nak ke?" Balas Shaza.
"Mestilah nak."
Hadif bangun dan membasuh alat sulitnya. Dia datang semula pada Shaza yang sedang mengiring memandangnya. Tanpa seurat benang pun ditubuh Shaza, telah menaikkan semula nafsunya. Ditambah pula bila Shaza tersenyum sambil menggigit-gigit bibirnya.
"What make you so stress, darl?" Tanya Hadif.
Shaza menceritakan segala yang terjadi pada harinya hari ini. Hadif hanya mendengar tanpa tumpuan penuh. Dia hanya mahu Shaza melapaskan rasa marahnya. Bila Shaza melepaskan rasa marahnya, tubuhnya juga akan turut sama melepaskan marah. Bukan saja gengaman tangannya tapi juga pada anggota yang lain. Dan ia sangat buatkan nafsunya makin bergelora.
Paling penting, ia mengurangkan tekanan Shaza sekaligus memberikan mainan yang terbaik yang memuaskan.
"Release?" Tanya Hadif tercungap.
Shaza angguk.
"Good. Thank you, darl. What a wonderful game. I like it." Kata Hadif.
Shaza ditariknya dan ubun Shaza dikucup.
"One more time?" Tanya Shaza.
"As you wish, darl."
Dan sekali lagi Hadif bangun membasuh alat sulitnya. Basuhan itu juga sebenarnya ingin memberikannya tenaga semula. Tenaga untuk berperang dengan seorang perempuan bernama Shaza Irdina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan