"Ceria saja." Tegur Lydia.
"Hidup ni takkan nak monyok saja. Kenalah ceria. Barulah awet muda." Balas Shaza.
"Amboi. Awet muda. Semalam muka stress semacam saja. Takut aku tengok." Adu Lydia.
Shaza hanya ketawa dan terus melangkah masuk ke biliknya. Tidak berniat nak menyambung usikan Lydia. Nanti kerjanya akan banyak tertangguh. Lydia tu lain. Sambil bersembang pun dia boleh bagi tumpuan untuk menyiapkan kerja-kerjanya. Multitasking betul. Patut bos sayang.
Suis dibuka. Komputer dihidupkan. Dia kemudian mengambil buku catatannya. Menyemak catatan semalam. Menyemak jika ada kerja semalam yang belum disiapkan. Dia kemudian merancang kerjanya untuk hari ini. Siap dituliskan di atas buku catatannya itu, dia kembali pandang ke komputer. Nombor keselamatan dimasukkan dan dia menunggu seketika.
Tangan kanannya memegang tetikus manakala tangan kirinya ditetakkan diatas papan kekunci. Jarinya ditegakkan diatas meja agar tangannya tidak tersentuh papan kekunci. Tetikus mula digerak-gerakkan untuk menyemak kerja-kerjanya yang berada didalam komputer itu.
Kusyuk.
"Beb, lunch sama." Wajah Lydia sudah terpacul dimuka pintu biliknya.
"Terkejutlah aku. Kau ni." Marah Shaza.
Aku dah ketuklah tadi. Kau tu yang kusyuk sangat. Kalau dah menghadap kerja, bom meletup pun kau tak sedar." Balas Lydia.
"Lunch sekali, tau?" Pesan Lydia sebelum keluar dari bilik Shaza.
Shaza memandang pintu biliknya.
"Lunch hari ni? Lunch hari ni?" Dia cuba mengingatkan sesuatu.
Telefon bimbitnya berbunyi.
Alarm. Lunch date.
Shaza memandang jam ditangannya.
"Lunch hari ni? Lunch date?"
Berkerut dahinya.
"Allahuakhbar."
Shaza menepuk dahinya dan segera memasukkan telefon bimbitnya ke dalam bag. Dia segera bangun. Langkah diatur ke bilik Lydia. Pintu bilik itu ditolak kasar tanpa mengetuk atau memberi salam terlebih dulu.
"Sorry, beb. Aku dah janji dengan Hadif. Hari ni nak lunch together." Shaza memberitahu Lydia.
"Weh, cancellah. Aku dah janji dengan Azfar. Dia nak lunch sekali dengan kita." Kata Lydia.
"Tak boleh. Dia dah ingatkan aku dari pagi tadi lagi. Berkali-kali dia pesan." Balas Shaza dan terus berlalu.
Dia tak mahu menunggu lagi. Bukan dia tak tahu Lydia. Asalkan perkara yang berkaitan dengan Azfar saja, pasti dia akan sedaya upaya memujuk. Kononnya nak rapat hubungan Shaza dan Azfar.
"Beb, tolonglah." Rayu Lydia dari muka pintu biliknya.
"Sorry sangat-sangat. Kirim salam pada Azfar. Next time buat appoitment betul-betul. Aku ni kan ramai orang nak jumpa. PM pun kalah." Balas Shaza sambil ketawa kecil.
Tangan dilambaikan kepada Lydia.
Lydia sudah memuncungkan bibirnya. Risau andai Azfar salah anggap dengannya lagi. Sudahlah beberapa minggu lepas dia kena marah dengan Azfar kerana tidak berjaya memujuk Shaza untuk makan malam bersama. Hari ini perkara yang sama.
"Kau memang saja nak lunch dengan aku, kan? Kau suka dekat aku, ya? Shaza tolak. inilah kesempatan kau nak dekat dengan aku, kan? Suka ambil kesempatan" Tuduhan Azfar beberapa tahun lepas masih diingatinya.
Lydia berlalu ke meja kerjanya. Dia mengambil telefon dan mencari nama Azfar. Didailnya nombor tersebut dan sekejapan talian sudah bersambung.
"Weh, Shaza dah ada date. Dia baru saja keluar." Kata Lydia.
"Tak apalah. Kita makan berdua sajalah. Macam tak biasa." Balas Azfar.
"Tak naklah." Tolak Lydia.
"Kenapa pula? Aku belanjalah. Tak payah risau." Tanya Azfar.
"Nanti kau ingat aku nak ambil kesempatan pula."
Sesungguhnya tuduhan Azfar itu memang masih terlekat dalam kepala otaknya. Sampai bila-bila pun dia akan ingat. Sakitnya hati dituduh mengambil kesempatan sedangkan dia tidak berniat begitu.
Walaupun dia sukakan Azfar tapi dia sedar, dia bukan pilihan Azfar. Bila Shaza menolak, dia fikir, dia pergi hanya untuk memenuhi undangan Azfar sementalah Azfar mengajaknya sama. Tapi bila niatnya disalah ertikan, tidak tergamak untuk mengiyakan tuduhan itu.
"Aku tak kisah pun kau ambil kesempatan." Balasan Azfar bersama dengan ketawa kecil itu tidak diendahkan.
"Weh, aku letak dulu." Pamit Lydia.
"Okey. Kejap lagi aku datang office kau." Kata Azfar dan terus mematikan talian.
Lydia mengeluh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan