SUBSCRIBE

Sabtu, Julai 02, 2016

SEMBANG JIWA 15

“Kak Long, tak payahlah kahwin dengan abang Harith. Lupakan dia. Dia bukan baik pun.” Kata Afina sewaktu mereka sedang berehat diruang tamu rumah.
Hidayati memandang wajah itu.
“Kenapa tiba-tiba ni? Bukan korang memang suka dengan abang Harith ke?”  Tanya Hidayati.
Pelik.
“Dulu tak tahu. Sekarang dah tahu siapa dia.” Jawab Afina.
“Siapa dia?” Tanya Hidayati.
“Tak payahlah Kak Long tahu. Pokoknya, Saiful dah cerita semuanya tentang abang Harith pada Fina. Fina rasa abang Harith langsung tak sesuai nak jadi sebahagiaan dari keluarga kita.” Kata Afina.
“Kalau Kak Long tak tahu. Macam mana Kak Long nak putuskan hubungan kami. Lagipun, 4 hari saja lagi kami akan dinikahkan. Takkan Kak Long nak cancel kan hanya sebab yang Kak Long tak tahu.” Kata Hidayati.
Padanya, dia tak kisah apa pun yang Afina akan katakana. Dia cuma mahu dengar. Apa yang Saiful katakana tentang Harith. Dari pertama kali melihat mereka bersua, dia sudah rasakan ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua. Seperti ada rahsia yang terpendam.
“Ala, Fina tak nak Kak Long kecewa.” Kata Afina.
Dia sayangkan Kak Longnya itu. Dia tak mahu melihat kakaknya itu kecewa. Kakaknya itu terlampau banyak berkorban deminya dan adik-beradik yang lain. Demi kesenangan mereka, Kak Long sanggup tak sambung belajar. Dan demi mereka, kakaknya itu sanggup tutup hati untuk semua lelaki. Selain Adam dan Harith, ramai yang sudah masuk meminang. Tapi semua pun ditolak dengan alasan dia banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul. Cuma pinangan Harith ditangguhkan. Nampak sangat yang kakaknya sangat menyayangi Harith.
“Tak apalah kecewa sekarang. Dari kecewa selepas bernikah.” Kata Hidayati.
Afina menarik nafas dalam.
“Kak Long sabar, tau. Ini apa yang Saiful cerita. Saiful kata, abang Harith kaki perempuan. Dia tukar perempuan macam dia tukar baju. Dia berzina. Dia ada perempuan simpanan. Depan kita dia nampak baik tapi sebenarnya hidup dia penuh kejahilan. Clubbing, arak tu perkara biasa.” Cerita Afina.
“Mana Saiful tahu?” Tanya Hidayati.
“Family dorang kenal dengan abang Harith. Bapa abang Harith tu kawan baik dengan bapa Saiful. Bapa Saiful selalu turun sini untuk nasihatkan abang Harith tapi abang Harith tak nak dengar. Dia tetap dengan hidup dia yang tak ada agama tu.” Jawab Afina.
Hidayati cuma angguk.
“Fina sayang Kak Long. Fina tak nak tengok Kak Long kecewa. Tapi abang Harith dah perdayakan kita. Dah tipu kita. Depan nampak baik tapi rupanya syaitan bertopengkan manusia. Jahat betul. Dia buat perempuan ni macam sampah. Dia ingat perempuan ni tak ada harga diri ke? Kerja duk layan nafsu dia saja?” Tambah Afina penuh perasaan.
“Itu cerita yang Saiful cerita. Kita tak tahu kesahihan cerita, kan? Saiful tak ada bukti, kan?” Balas Hidayati.
“Kak Long, takkan Saiful nak tipu kita? Lagipun, apa yang Saiful dapat kalau tipu kita? Dia tak dapat apa-apa pun. Dia cuma nak selamatkan nama baik keluarga kita saja. Dia tak nak nama baik keluarga kita tercemar dengan perangai abang Harith tu.” Bersungguh-sungguh Afina cuba menyakinkan Hidayati.
“Entah. Kak Long tak kenal Saiful. Tapi kita dah kenal abang Harith 3 tahun. Fina baru kenal Saiful tak sampai pun setengah tahun. Itu pun kenal melalui social media. Jumpa baru sekali tu. Kalau Kak Long, Kak Long pilih untuk percaya dengan abang Harith. Dia selalu datang sini. Selalu baik dengan kita. Kak Long pun selalu lepak dengan dia kalau pergi sana. Baik saja perangai dia. Tak ada pun yang macam Saiful cerita tu.” Kata Hidayati.
Padanya, tak perlu nak buka aib Harith dimata adik-adiknya. Dia ingat lagi pesan Harith. Harith perlu nampak seperti abang pada adik-adiknya supaya mereka menghormati Harith dan menjadikan Harith sebagai sandaran.
“Susahlah nak cakap pada orang yang sedang kemaruk cinta ni. Semua nampak cantik. Semua nampak betul. Kak Long fikir tak yang semua tu cuma lakonan?” Tanya Afina.
“Siapa? Saiful? Kak Long fikir gak apa yang Saiful cakap tu semua lakonan untuk sembunyikan sesuatu. Masa dia diperkenalkan pada Harith, dia nampak takut-takut. So, ada kemungkinan.” Jawab Hidayati.
“Bukan Saiful tapi abang Harith. Saiful tu baik. Mungkin dia takut sebab dia tak suka abang Harith.” Balas Afina. Geram.
“Mungkin dia takut sebab Harith tahu sesuatu tentang dia.” Balas Hidayati pula.
“Kak Long tak kenal Saiful. Saiful tu baik sangat.” Afina mempertahankan Saiful.
“Kita sekeluarga kenal Harith. Harith tu baik sangat. Bertanggungjawab dan sanggup datang sini jumpa abah, mak dan adik-adik Kak Long. Kenalkan diri pada keluarga kita. Bukan macam Saiful. Kita yang kena pergi pada dia.” Kata Hidayati.
“Saiful tu jauh. Lagipun, dia tu menganggur. Abang Harith tu lain lah. Duit berkepok.” Afina masih mempertahankan Saiful.
“Tapi tu lah. Duit berkepok. Perempuan keliling pinggang. Kaki clubbing. Minum arak. Tapi ada perangai yang baik. Gaya lelaki budiman. Gaya lelaki yang benar-benar nakkan seorang perempuan. Sanggup merendahkan ego jumpa abah dan mak hanya untuk ajak Kak Long keluar. Nampak keikhlasan dan kejujurannya dalam hubungan yang dia jalinkan dengan keluarga kita. Tapi sebab Saiful yang tak ada semua tu, kita kena ketepikan Harith. Wah. Brilliant. Kak Long suka idea Fina tu.” Sinis sekali Hidayati membalas.
“Kak Long, tu semua lakonan untuk mengkaburi mata kita.” Kata Afina.
“Susahlah nak buat orang tua kalau bercinta ni faham. Takut sangat dicop anak dara tua sampai sanggup kahwin dengan lelaki macam tu. Fina ni cuma sayangkan Kak Long. Fina tak nak Kak Long menangis lepas kahwin dengan abang Harith yang kaki perempaun tu. Fina nak Kak Long happy. Kalau Kak Long nak sangat kahwin, pilih Adam pun tak apa. Walaupun dia tu poyo tapi dia ada agama. Kita kenal dia dari kecil lagi. Kita tahu dia macam mana. Jangan abang Harith.” Suara Afina sedikit meninggi bila Hidayati tidak mahu mendengar nasihatnya.
“Fina, Kak Long tak kisah apa pun cerita Saiful. Kak Long lagi kenal Harith. Kak Long tahu siapa dia dan macam mana perangai dia. Kak Long dah penat. Nak mandi. Kejap lagi abah sampai. Abang Harith pergi ambil dia. Kak Long nak Fina fikirkan balik apa yang Saiful cerita tu. Kalau Saiful sendiri kata dia kenal dengan Harith, pasti ada sebab kenapa dia cerita semua ini pada Fina. Kesahihan ceritanya, hanya dia yang tahu. Sebab dia bercerita yang buruk-buruk tentang Harith pun, hanya dia yang tahu. Cuma Kak Long nak Fina tahu. Walau apa pun, Kak Long takkan pernah menyesal dengan keputusan Kak Long. Sekurang-kurangnya, Harith ada ketika kita susah dan senang. Yang ada selalu dengan kita sekeluarga bukan Adam mahupun Saiful tapi Harith. Hanya Harith yang sanggup tinggalkan kerjanya demi kita. Adam sanggup tinggalkan kerja dia demi Kak Long tapi bukan demi korang. Harith? Dia ada untuk kita semua. Sebab tu Kak Long pilih Harith bukan orang lain. Tapi kalau sebab Saiful cakap yang bukan-bukan macam tu, Fina terus nak menidakkan kebaikan hati Harith. Terserah pada Fina. Kak Long tak boleh halang. Cuma Kak Long tetap dengan apa yang Kak Long percaya.” Kata Hidayati menegaskan keputusannya.
“Kak Long, kita sedang bercakap tentang keruntuhan akhlak abang Harith. Macam mana dia nak jadi ketua keluarga yang baik kalau diri sendiri jauh tersimpang dari agama?” Suara Afina makin tinggi.
“Fina, kenapa kurang ajar dengan Kak Long?” Tegur Syeera.
Syeera yang baru sampai masuk ke ruang tamu segera. Dia berdiri dihadapan Afina dan cuba untuk menenangkan hati adiknya yang seorang.
Afina menceritakan tentang apa yang Saiful ceritakan kepada Shira.
Shira memandang Hidayati.
“Kak Long tahu hal ni?” Tanya Syeera.
Hidayati angguk.
“Jadi betullah cerita Saiful ni?”
Hidayati geleng.
“Tak betul apanya? Tak ada sebab Saiful nak tipu.” Afina sudah mula berang kembali.
“Terpulang. Kalau Fina rasa apa yang Saiful cakap tu betul, Kak Long dah katakana pendirian Kak Long. Kak Long tetap rasa yang Saiful ada motif. Kak Long tak tahu. Tapi hati Kak Long langsung tak percayakan Saiful.” Kata Hidayati.
Dia pandang wajah Afina yang sudah kemerahan menahan marah.
“Apa pun, kepercayaan Kak Long kepada Harith, infinity. Tak ada keraguan. Apa yang Saiful cakap tu, Kak Long anggap apa yang dia dengar dari musuh-musuh perniagaan Harith. Biarlah apa pun yang orang nak cakap. Kak Long tetap nak kahwin dengan Harith.” Tegas Hidayati.
“Kak Long mata duitan.” Tuduh Afina.
“Terpulang.” Balas Hidayati.
“Fina, kenapa tak boleh nak respect keputusan Kak Long? Kak Long pasti tahu apa yang dia lakukan. Selama ni pun, kita rujuk semua perkara dengan Kak Long. Tak pernah keputusan yang Kak Long bagi tu melukakan hati kita. Tak pernah. Kak Long dah banyak berkorban dengan kita. Dah tiba masa Kak Long bahagia. Dan kalau abang Harith boleh buat Kak Long bahagia. Kenapa nak halang?” Tanya Shira. Lembut.
“Sebab Fina nak Kak Long bahagialah, Fina larang Kak Long kahwin dengan abang Harith. Fina tak nak Kak Long kecewa.” Jerit Afina.
“Ye ke?” Hidayati sengaja membakar hati adiknya.
“Biarlah. Hidayah Allah boleh turun pada bila-bila masa. Kalau betul pun apa yang Saiful cakap tu, Insya Allah, lepas kahwin, abang Harith berubah. Lelaki ni boleh berubah hanya untuk seorang wanita yang dia cintai, Fina. Kalau Fina di tempat Kak Long pun, Fina akan buat benda yang sama macam Kak Long buat sekarang. Fina pasti nak mempertahankan Saiful dan akan maafkan semua yang Saiful pernah buat.” Pujuk Shira.
“Saiful takkan buat macam tu.” Tegas Afina.
“Pasti ke?” Sinis sekali soalan Hidayati.
“Pastilah. Saiful seorang yang menjaga nama baik keluarga. Dia tak akan buat benda yang menjatuhkan maruah dia.” Balas Afina.
“Pasti?” Tanya Hidayati lagi.
“Pasti.”
“Abang Harith pun sama, Fina. Terutama dia seorang pewaris sebuah empayar yang besar. Perwatakannya akan menjadi tumpuan media. Dia tak akan ambil langkah yang salah dan menjatuhkan empayar yang dibina keluarganya.” Balas Shira.
“Tak kisahlah. Pokoknya, Kak Long tak boleh berkahwin dengan abang Harith.” Sekali lagi amukan Afina menjelma.
“Kak Long tak pernah larang Fina kawan dengan Saiful walaupun Kak Long rasa yang dia tu loser and useless. Kalau korang berkahwin, Fina yang akan menanggung keluarga Fina. Termasuk Saiful. Tapi pernah Kak Long larang Fina berkawan dengan dia? Tak. So, kenapa yang sibuk sangat dengan urusan Kak Long?” Tanya Hidayati. Nadanya sangat sinis.
“Ke Fina sebenarnya nakkan abang Harith?” Sengaja Hidayati membakar hati adiknya itu. Makin membakar.
“Ke Fina sakit hati sebab Kak Long akan hidup mewah sedangkan Fina akan berada ditahap yang lebih susah dari sekarang lepas kahwin dengan Saiful nanti?” Hidayati masih mahu terus membakar.
“Sebab Saiful tak nak kahwin dengan Fina kalau Kak Long kahwin dengan abang Harith.” Jawab Afina.
Tak tahan rasanya dengan semua tuduhan Hidayati tu. Dia langsung tiada perasaan semua tu. Dia suka bila Hidayati memilih Harith berbanding Adam. Tapi ugutan Saiful untuk tidak mahu berkahwin dengannya dan akan memutuskan hubungan mereka serta merta setelah Hidayati dan Harith bersatu.
“Selfish nya Fina.” Tuduh Shira.
“Kak Long tak nak tengok Fina bahagia ke? Sanggup Kak Long pilih kebahagiaan Kak Long dari Fina. Kak Long yang selfish.” Tuduh Afina pula. Suaranya masih tinggi.
“Apa yang bising dari tadi lagi ni?” Tanya Encik Khir yang baru tiba.
Harith disebelahnya memimpin Encik Khir berhati-hati sehingga orang tua itu duduk di sofa ruang tamu. Dia berikan beg Encik Khir pada Hidayati dan berdiri sebelah Hidayati.
“Kenapa Fina? Kenapa kurang ajar dengan Kak Long?” Tanya Encik Khir. Lembut.
Sekali lagi Afina menceritakan tentang apa yang Saiful ceritakan kepadanya. Kali ini kepada Encik Khir pula.
“Kalau sebab tu, sikit pun abah tak percaya. Abah kenal Harith. Semua rahsianya, abah tahu. Manusia paling jujur abah pernah jumpa.” Kata Encik Khir.
“Abah.”
Afina mula benggang dengan kata-kata Encik Khir itu. Dia fikir Encik Khir akan menyokongnya tapi ternyata mereka semua lebih percayakan Harith dari Saiful. Kecewa betul hatinya. Dan tentu saja dia risau andai Saiful benar-benar akan meninggalkannya.
“Kenapa semua orang tak nak percayakan Fina. Kenapa semua orang membela abang Harith. Tolonglah batalkan perkahwinan Kak Long dan abang Harith. Tolonglah. Fina tak boleh kehilangan Saiful. Saiful dah rancang akan datang jumpa abah untuk bincangkan perkahwinan kami dalam tempoh terdekat ini. Tapi itu pun kalau abang Harith tidak jadi keluarga kita.” Rayu Afina. Air matanya mengalir.
“Kenapa Kak Long kena korbankan kebahagiaan Kak Long demi Fina. Kenapa tak boleh Fina korbankan kebahagiaan Fina demi Kak Long. Kenapa dalam setiap perkara, Kak Long yang sering kena beralah untuk adik-adik? Kenapa adik-adik tak boleh buat untuk Kak Long?” Kata Hidayati. Mendatar.
Entah kenapa hatinya berkata, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Afina. Dan dia mahu Afina mengaku sekarang.
“Fina tak boleh. Fina kena berkahwin dengan Saiful dalam masa terdekat ni. Kalau Kak Long kahwin dengan abang Harith, Saiful tak nak kahwin dengan Fina. Nanti...” Kata-kata Afina tergantung di situ.
Dia menangis bersungguh-sungguh. Melutut dihadapan semua orang.
“Fina. Sudah. Cakap dengan Saiful, datang masuk meminang Fina esok. Hari Jumaat, nikah. Tukar pengantin.” Putus Harith.
Harith dapat teka apa yang sudah terjadi. Padanya, tak perlu untuk Afina menyatakan sekarang. Terutama bila Encik Khir masih dalam keadaan lemah. Biarlah dia beralah.
“Harith!” Seru Encik Khir dan Hidayati serentak.
“Yang penting Fina, sayang.” Kata Harith.
Dia mengadap Hidayati. Matanya merenung dalam mata Hidayati. Dia nampak riak terkejut pada pandangan itu. Tapi dia ingin menyalurkan satu pesanan pada Hidayati. Pesanan bahawa maruah adiknya perlu dipelihara.
“Betul abang Harith?” Tanya Afina.
Segera dia menyeka air matanya.
Harith pandang pada Afina dan angguk.
“Kata padanya, jika Jumaat ini dia tak datang untuk nikahi Fina, dia akan berdepan dengan abang.” Kata Harith.
Afina angguk dan terus masuk ke dalam bilik.
“Kenapa Harith?” Tanya Encik Khir.
“Fina mesti ada sebab dia yang tersendiri. Mungkin bukan jodoh saya dan Hidayati. Walau macam mana sekalipun, saya harap Pakcik tak buang saya. Saya harap pakcik masih anggap saya anak pakcik.” Kata Harith dan terus memeluk erat Encik Khir.
Dia keluar.
Hidayati ikut sehingga ke pintu kereta.
“Saya sayang awak walaupun kita tidak ditakdirkan menjadi suami isteri.” Kata Harith.
“Tapi kenapa?” Tanya Hidayati.
“Saya tahu, awak tak akan sanggup membina kebahagiaan dari air mata adik sendiri. Saya kenal awak. Demi keluarga, awak sanggup mati sekalipun. Tak apalah. Mungkin kita ditakdirkan untuk jadi kawan. Awak jangan berdendam dengan saya. Jangan marah saya. Jangan pernah tak terima saya datang sini. Saya pergi dulu. Insya Allah, majlis nikah Fina nanti saya datang.” Kata Harith.
Hidayati tunduk. Dia angguk kepalanya.
“Yati.” Panggil Harith.
Kepala Hidayati di angkat. Dia mahu menatap wajah itu dengan dekat.
“Saya akan rindukan awak. Selalu.” Itu ucapan akhir Harith sebelum berlalu.
Air mata Hidayati turun dan makin deras mengalir bila kereta Harith makin menjauh. Dia mula terasa kehilangan. Perasaan yang dia tak pernah rasa sebelum ini.
Selama ini, walau Harith jauh darinya, dia tahu Harith akan sentiasa ada untuknya. Namun, kini dia tahu. Harith hanya akan hadir sebagai temannya. Bukan kekasih hatinya.
Hidayati duduk ditangga rumah dan menekup mukanya. Sedaya upaya dia menahan diri dari mengesak.
Tanpa dia sedar, Encik Khir, Puan Alya dan Shira sedang memerhatikannya. Mereka turut berduka tapi terpaksa menghormati keputusan yang sudah dibuat Harith. Mereka faham perasaan dua insan itu. Perasaan cinta yang tiada bertepi.
“Abah, Saiful kata lusa keluarga dia datang meminang. Dia setuju nikah hari Jumaat.” Kata Afina yang baru keluar dari biliknya.
Hidayati mengelap air matanya. Dia bangun dan naik semula ke dalam rumahnya. Sebuah senyuman cuba diukir agar tiada siapa mengesan duka dihatinya.
“Make sure dia datang.” Pesan Hidayati sebelum masuk ke biliknya.
Dia ingin mandi dan menyegarkan badannya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan