SUBSCRIBE

Sabtu, Julai 02, 2016

SEMBANG JIWA 16

Harith mengelap air matanya. Hati mana yang tak sedih bila keadaan memaksanya melepaskan seorang wanita yang amat dicintainya. Wanita yang sentiasa didambakannya untuk menjadi suri di dalam rumahnya. Dan wanita yang diimpikan untuk menjadi ibu pada anak-anaknya.
Hanya Hidayati yang berjaya menambat hati lelakinya. Hanya Hidayati. Tidak mana-mana wanita yang didampinginya. Tidak. Langsung tiada. Wanita lain hanya mampu menggoyahkan nafsunya. Itu pun dengan pelbagai cara dan keadaan.
Hidayati. Menyebut namanya saja telah membuatkan jantungnya berdegup laju. Mendengarkan suaranya saja sudah membuatkan malamnya lena diulit mimpi indah. Bertemu dengannya boleh menjadikan hari yang paling indah dalam hidupnya.
Hidayati terlalu istimewa untuknya.
Mata bulatnya. Bibir seksinya. Kulit putih kemerahannya. Rambut ikalnya. Tubuh langsingnya. Gaya berjalannya. Semua tentang Hidayati adalah sempurna padanya. Tiada satu pun tentang Hidayati yang dilihat sebagai kekurangan.
Telefon diambil. Satu nombor didail.
“Happy?” Tanyanya sebaik saja talian bersambung.
“Mestilah happy. Aku akan bertambah happy kalau dapat lihat kau sekarang ni. Mesti kau sedang menangis, kan? Sayangnya tak dapat tengok wajah kecewa kau tu.” Kata Saiful.
“Make sure kau jaga Afina dan anak korang elok-elok. Setitik air mata Afina mengalir, aku akan pastikan kau musnah.” Ugut Harith.
“Come on, bro. Aku akan kahwin dengan Afina. Dan lepas tu, kau tak akan sanggup nak usik aku lagi. Aku kan keluarga wanita yang kau cintai.” Saiful ketawa terbahak-bahak.
“Make sure Afina happy. Ini bukan ugutan semata. Aku akan buktikan pada kau. Walau siapa pun kau, once Afina menangis kerana kau, kau tak akan selamat. Lebih teruk pun aku boleh lakukan pada kau. Kau tahu apa yang mampu aku lakukan.” Ugut Harith lebih tegas.
Harith terus mematikan talian.
Saiful ketawa. Dia tahu yang Harith tak akan apa-apakannya dan keluarganya. Senang hatinya kerana selepas ini, Harith tak akan mengganggu keluarganya lagi. Dan segalanya hanya kerana seorang perempuan.
“Bodoh betul.” Kata Saiful.
Kebodohan Harith yang lemah kerana seorang perempuan itu betul-betul memudahkan hidupnya. Tak sangka perempuan yang dia kenal melalui sesawang sembang adalah adik kepada cinta hati Harith. Perkenalan yang hanya sekadar suka-suka telah berubah menjadi serius bila Afina benar-benar terima lamaran palsunya.
“Gila ke nak jatuh cinta. Kenal pun tak. Bodoh betul perempuan tu.” Katanya lagi.
Bila Afina datang ke Miri dan diperkenalkan Harith sebagai bakal abang iparnya, dia sudah merancang sesuatu. Sesuatu yang dia tahu, dia akan menang dan sekaligus menamatkan kesengsaraan mereka sekeluarga.
“Perempuan sanggup lakukan apa saja demi cinta.”
Kerana itu dia minta mahkota Afina pada malam mereka keluar berdua. Waktu itu sebenarnya mereka keluar berempat tapi atas desakan Afina, Hidayati dan Adha terpaksa mengalah dan pulang ke hotel dulu. Bila saja mereka berdua, dia mula menyentuh Afina sehingga menaikkan syahwat mereka. Dia tak perlu mengugut Afina bila Afina sendiri dengan rela memberinya kebenaran untuk memecahkan dara perempuan itu.
Namun, dia kecewa bila Afina mengkhabarkan dia datang haid selepas 2 minggu mereka bersama. Dengan segala duit yang ada, dia turun ke Kuala Lumpur dan disuruh merahsiakan kehadirannya. Dia mengajar Afina untuk berbohong. Dia suruh Afina kata yang Afina mahu bercuti dengan kawan-kawannya.
Sekali lagi mereka melakukan hubungan terlarang di Cameron Highland. Berbulan madu sebelum halal memang mengasyikkan. Dia benar-benar mahu memastikan Afina hamil kali ini. 5 hari di Cameron Highland. Mereka hanya keluar dari bilik untuk mencari makanan. Waktu lain dihabiskan untuk bersama.
Tak sangka, selepas 3 minggu kepulangannya, Afina mengkhabarkan dia mula mual dan pening. Seminggu selepas itu, sekali lagi dia turun ke Kuala Lumpur. Dia bawa Afina ke klinik untuk pemeriksaan. Ternyata usahanya berhasil bila doctor mengesahkan yang Afina hamil 4 minggu. Saat itu dia adalah insan yang paling bahagia. Bukan kerana dia mahu jadi bapa tapi tiada alasan untuk keluarga Afina menolaknya untuk segera menikahi Afina.
Bukan dia tak boleh mahu melakukan dengan cara yang baik. Meminang dan menikahi Afina dengan cara beradat. Tapi Afina sendiri yang menolak kerana ingin mendahulukan Hidayati dan Harith. Dia risau andai Harith sudah menjadi keluarga Afina, tentu saja Harith akan menentang dia memiliki Afina.
Lagipun, dia sendiri tak mahu berkeluarga dengan Afina. Dia bencikan Harith yang sentiasa mengganggu keluarganya. Entah apa masalah Harith dengan bapanya. Sedangkan mengikut kata bapanya, Harith itu anak kawan baiknya. Tapi Harith selalu mengugut dan memaksa bapanya melakukan pelbagai kerja.
Harith juga telah menyebabkan keluarganya yang kaya raya menjadi muflis. Bapanya yang dulu sentiasa ada di rumah terpaksa keluar dan bekerja. Yang paling dia sakit hati, bapanya langsung tidak memusuhi Harith malahan mengikut saja apa kata Harith.
Kerana itu dia mendendami Harith.
Dan kerana itu, dia membuat pelbagai cerita tentang Harith pada Afina.
“Afina?”
Dia senyum sinis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan