SUBSCRIBE

Rabu, Julai 13, 2016

SEMBANG JIWA 18

“Bila awak belajar solat semua ni?” Tanya Hidayati.
Harith memandang siling bilik mereka. Siling kosong yang berwarna hitam kerana semua lampu di dalam bilik ini sudah dimatikan. Dia memandang Hidayati yang sedang menongkat dagu memandangnya.
“Sejak dari kecil. Papa dan ibu selalu ajar.” Jawab Harith.
“Tapi kenapa tak pernah amalkan?” Tanya Hidayati lagi.
“Saya solat. Saya berpuasa.”
“Tapi awak berzina.”
“Itu saja dosa yang saya buat dengan sengaja.”
“Kenapa?”
Harith senyum. Itulah yang dia suka tentang Hidayati. Tidak terus kepada kesimpulan. Dia suka bertanya dulu. Dia suka siasat dulu sebelum membuat apa-apa tanggapan.
“Sebab saya sunyi.”
“Sunyi?”
“Papa dan ibu meninggal sewaktu saya berusia 12 tahun. Lepas mereka meninggal, saya tinggal sendirian. Tak ada pengasuh. Yang ada tukang masak, driver dan Kak Yasmin. Masa tu kak Yasmin belum kahwin lagi. Dia dah 3 tahun bekerja dengan papa waktu itu. Papa pula percayakan Kak Yasmin. Makanya, papa amanahkan Kak Yasmin untuk menjaga saya dan syarikat. Saya dihantar ke sekolah berasrama. Di situ saya kenal dengan Adli dan kawan-kawan yang lain. Dan dari mereka saya belajar banyak perkara tentang perempuan. Saya pernah dicabar untuk meniduri seorang pelajar perempuan yang sangat meminati saya. Tapi mujur saya tersedar dan teringat tentang undang-undang negara yang akan menjatuhkan hukuman pada lelaki yang merogol sama ada rela atau terpaksa pada perempuan bawah umur 18 tahun. Sejak itu saya diejek sebagai bacul. Untuk buktikan yang saya ini lelaki gagah, maka, saya tekad melanggan seorang pelacur. Tapi pelacur itu tidak sampai hati mahu meniduri saya kerana katanya saya masih budak dan masih panjang perjalanan. Dia tak mahu saya dijangkiti HIV sepertinya. Saya jadi takut mendengarnya. Sejak itu, saya tahan diri bila dipanggil bacul. Tamat saja persekolahan, saya tak mahu lagi gelaran bacul itu. Kebetulan kawan saya kenal dengan seorang bapa ayam. Saya bayar dia untuk mencari seorang perempuan yang masih dara. Saya bawa perempuan itu untuk buat urine test dan virginal test. Bila semua keputusan baik, baru saya bawa mereka ke sebuah apartment dan ambilnya menjadi perempuan simpanan saya. Untuk buktikan yang saya tidak bacul, saya jemput kawan-kawan saya untuk melihat permainan saya dengan perempuan simpanan saya itu. Bila mereka juga meminta untuk having sex denga perempuan itu, saya bagi dan kemudian, saya buang perempuan itu. Tapi tak sangka, trauma saya pada panggilan bacul itu tidak pernah surut. Dan dari mahu buktikan itu telah bertukar menjadi ketagihan. Dan ketagihan itu boleh saya lawan hanya bila saya teringatkan awak. Saya boleh tolak perempuan yang sedang menggoda saya hanya bila awak menjelma di dalam ingatan saya.”
“Kak Min tahu awak simpan perempuan?”
Harith angguk.
“Ada seorang pekerja khas untuk uruskan mereka ini. Uruskan dari segi perjanjian, kewangan dan perbelanjaan. Mereka juga akan sentiasa dipantau kerana saya tak mahu mereka bergaul dengan lelaki lain selain saya. Saya tak mahu risikokan hidup saya.” Jawab Harith.
“Tapi selama ni saya tak pernah nampak awak solat?”
“Takkan bila saya nak solat saja, kena minta izin awak. Kena bagitahu awak. Bukankah setiap amalan itu haruslah dibuat secara bersembunyi?”
“Jadi sekarang ni, macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Saya akan berkongsi awak dengan perempuan lain?”
Harith geleng.
Hidayati menarik nafas lega.
“Jangan pernah sekali pun awak terlintas nak tidur dengan perempuan lain. Hanya saya milik awak. Dan awak milik saya. Seorang.” Hidayati menegaskan kata-katanya.
“Insya Allah.”
Harith senyum. Dia tahu Hidayati menyayanginya. Teramat menyayanginya. Dia berjanji dengan diri sendiri. Tidak akan mengulangi perbuatan lama. Tidak sekali-kali. Dia sudah memiliki Hidayati. Dan ternyata Hidayati terlalu seksi dimatanya dan Hidayati melayannya melebihi layanan yang pernah diberikan oleh perempuan simpanannya.
Tidak dua apatah lagi tiga. Dia tidak akan sesekali melukai hati Hidayati. Menjadikan Hidayati yang halal untuknya adalah impian yang dibina sejak pertama kali mereka bersua. Menunggu jawapan dari Hidayati dengan sabar. Hampir kecundang tapi akhirnya takdir Allah memudahkan segalanya.
Harith menarik Hidayati dekat dengannya. Dalam keadaan gelap itu, dia masih boleh melihat wajah Hidayati dengan bantuan lampu jalan.
Hidayati memeluk Harith. Meletakkan manja kepalanya dibahu Harith. Wajahnya diangkat dan dia memandang Harith.
“Harith. Awak bukan berubah kerana saya, kan?” Tanya Hidayati.
“Awak buat saya ingin berubah.” Jawab Harith.
Satu kucupan diberikan dibibir Hidayati yang sedang memandangnya.
“Saya tak kurang sedikit pun ilmu agama. Saya pegang rukun iman dan rukun islam itu dengan baik. Papa kata, pelihara itu, Insya Allah, Allah akan pelihara kita. Dan Allah benar-benar pelihara saya bila awak setuju menjadi isteri saya. Saya nekad saat itu, saya tidak mahu bersama dengan perempuan lain selain awak.” Janji Harith.
“Kalau saya tahu awak boleh berubah dengan cepat macam tu, dah lama saya setuju dengan lamaran awak.” Kata Hidayati.
“Hidayah Allah itu tak pernah salah tempat. Mungkin kalau dulu awak terima, saya masih belum boleh berubah. Mungkin saya akan melukakan hati awak. Dan ada pelbagai kemungkinan yang kita tak tahu.” Balas Harith.
Hidayati angguk.
Dia menyelesakan dirinya di dalam pelukan Harith. Matanya sudah terpejam. Dan Harith terus menerus menggodanya dengan setiap sentuhan magis.
Namun dek kerana kepenatan berpindah ke rumah mereka, Hidayati mengabaikan semua itu. Dia yakin Harith faham. Dan dia sebenarnya tidak menghalang andai Harith mahu menuntut haknya. Cumanya, dia tidak berupaya mahu melayan.

‘Dayunglah sensorang.’ Kata hati Hidayati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan