SUBSCRIBE

Selasa, Ogos 16, 2016

KISAH PULA AKU 12

“Macam mana kau kenal dengan Hadif?” Tanya Lydia.
Shaza memandangnya pelik. Seketika sebelum tumpuan matanya kembali pada kertas-kertas yang ada di atas mejanya. Matanya dan mindanya pada dokumenn di depannya. Tapi telinganya tetap pada Lydia.
“Tak adalah. Tertanya-tanya saja. Bila masa kau kenal dengan Hadif? Tup-tup aku terserempak dengan kau tengah berpelukan dengan Hadif.” Tanya Lydia lagi.
Shaza menarik senyum sinis.
“Kalau Azfar atau lelaki lain nak sentuh kau, melenting. Tapi dengan Hadif, siap berpeluk. Kau pun manja saja. Sama-sama peluk. Depan khalayak. Selamba saja tanpa malu.” Luah Lydia.
“Azfar tu dah approach kau sejak kita sekolah menengah. Tapi kau langsung tak layan. Tiba-tiba muncul Hadif. Tapi bila tanya, boyfriend ke? Semedang jawabnya tak.” Sambung Lydia.
“Dah memang bukan.” Balas Shaza.
Shaza terus memandang dokumen di depannya. Matanya tidak dinaikkan walau sesaat. Dia ingin cepat siapkan kerjanya ini kerana dia punya janji temu dengan Hadif hari ini. Aktiviti setiap hari Rabu. Mesti luahkan masa berdua walau sesibuk mana pun. Itu yang Hadif minta semenjak mereka serius berkenalan.
“Kenapa tak halalkan hubungan itu?” Tanya Lydia.
“Buat apa?” Tanya Shaza pula.
“Menghalalkan hubungan itu. Dari buat dosa.” Jawab Lydia.
“Kau dan Azfar nikah dulu. Kau kata orang. Sedangkan keluar berduaan dengan lelaki bukan mahram pun sudah dosa. Menghampiri zina juga. Kau halalkan hubungan korang.” Balas Shaza.
Matanya dituju tajam pada Lydia. Tangannya menutup dokumen di depannya dan pen ditangannya ditutup dan diletakkan ke atas mejanya.
“Kami cuba keluar makan dan jalan-jalan saja.” Bela Lydia.
“Pembelaan diri yang terang-terangan salah. Jangan nak menghalalkan benda yang haram.” Kata Shaza.
“Sekurang-kurangnya kami ada perancangan untuk menikah. Kau?” Balas Lydia.
Shaza senyum sinis. Dia memasukkan pennya ke dalam beg tangannya. Disandangkan beg ke bahunya dan terus berdiri. Dia menolak kerusinya masuk ke dalam meja dan terus melangkah ke arah Lydia.
“Tak kisahlah apa pun perancangannya. Keluar berdua dengan lelaki bukan mahram tanpa teman itu haram.” Kata Shaza. Sinis.
“Kenapa nak sinis kalau kau lebih teruk dari aku. Kami menjaga batas pergaulan. Tak berpegangan dan berpelukan. Kau tu? Aku tak faham kau dan Hadif ni. Modernlah sangat. Ini mesti Hadif tak nak kahwin, kan?” Tuduh Lydia mengalihkan tumpuan Shaza kepadanya.
“Bukan Hadif. Tapi aku. Dan kau pun tahu kenapa. So, tak payah nak burukkan Hadif.” Shaza membela Hadif.
“Tak payah nak bela Hadif. Tengok gaya dia pun tahu. Orang tak kisah tentang agama. Orang yang tak menjaga adab pergaulan. Main redah saja.” Lydia masih lagi cuba membakar hati Shaza.
“Then?” Tanya Shaza. Masih dalam nada sinisnya.
“Kalau Hadif tak nak. Azfar masih ada hati untuk kau. Terima saja Azfar.” Jawab Lydia. Keras.
“Dan jadi madu kau? Tak payah. Aku bukan perempuan yang jenis berkongsi dengan orang. Lebih baik begini dari merosakkan hati kaum sejenis.” Balas Shaza.
“Dah tu kau nak kata aku perampas? Merampas hak kau?” Tanya Lydia.’
“Kalau kau nak suruh aku kahwin dengan Azfar kerana rasa bersalah kau tu, tak perlu. Kau tak pernah jadi perampas sebab aku pun tak pernah terima Azfar. Hubungan aku dan Azfar sama macam hubungan aku dengan kau. Bezanya, aku sayang kau lebih dan lebih selesa dengan kau.” Kata Shaza.
“Dan kau jangan risau hubungan aku dan Hadif. Aku memang tak nak kahwin kalau boleh. Dan untuk pengetahuan kau, bapa Hadif pun dah pernah lamar aku untuk Hadif. Tapi seperti yang kau tahu, aku tak nak kahwin.” Tegas Shaza.
“Sampai bila? Sampai bila kau tak nak kahwin? Kau tak nak ada keluarga? Kau tak nak ada suami dan anak-anak?” Tanya Lydia.
“Aku tak nak.” Tegas sekali Shaza mempertahankan pendiriannya.
“Shaza. Kahwinlah. Boleh ada anak.”
“Tak kahwin pun kalau nak ada anak, boleh ada.”
“Takkan kau nak lahirkan anak luar nikah?”
Shaza diam. Dia berlalu ke pintu.
“Shaza.”
Panggilan Lydia itu menghentikan langkah Shaza.
“Ada anak itu seronok. Bukan sekadar memberi kebahagiaan dalam hidup kita tapi juga perkembangan umat Muhammad s.a.w. Kau tak nak ke?” Tanya Lydia.
“Untuk apa? Kembangkan keturunan penzina?”
“Kau bukan anak penzina.”
“Aku ini anak luar nikah. Terhasil dari sebuah hubungan terlarang.”
“Tapi ibu dan ayah kau bukan penzina. Hubungan itu tidak dirancang. Ibu kau dah terangkan semua tu sebelum dia meninggal dulu, kan?”
“Tetap juga ia bukan memberi aku keturunan yang baik. Lepas tu apa? Anak aku juga akan menerima nasib macam aku? Dihina kerana keturunan yang tidak baik? Tak payah.”
“Habis tu, hubungan kau dan Hadif?”
“Hubungan aku dan Hadif, itu urusan aku. Kau jangan pernah sibuk. Dari dulu lagi aku dah cakap. Jangan pernah bertanya tentang hubungan aku dan Hadif. Dan tolong, sekali lagi. Jangan peduli langsung tentang hubungan kami. Aku tak tuntut kau di akhirat. Aku janji.  Kau terlepas dari dosa bersubahat. Please. Please. Please. Jangan tanya pasal Hadif lagi. Aku tak suka.” Kata Shaza dan terus keluar.
Lydia geleng kepala.
“Bilalah kau nak berubah?” Kata Lydia sendirian.
“Hidayat itu milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh beri dan Allah boleh tarik. Teruskan berdoa dan memohon agar kita semua berubah menjadi lebih baik.” Tiba-tiba pesanan itu kluss

Cepat-cepat Lydia keluar dari nilik .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan