SUBSCRIBE

Rabu, Ogos 17, 2016

KISAH PULA AKU 13

“Hadif, ibu dah pinangkan dan tunangkan kamu dengan Maya.” Kata Puan Rozi sebaik saja Hadif melabuhkan punggungnya ke sofa ruang tamu rumahnya.
“Apa ibu merepek sangat ni? Maya mana pula ni?” Tanya Hadif.
Pada tanggapan Hadif, ibunya belum pun pergi meminang. Mungkin baru merisik. Maklum saja, ibunya selalu begitu. Suka memaksa tapi tetap meminta persetujuan anak-anak terlebih dulu. Tidak mungkin ibunya akan membelakanginya.
“Maya. Sepupu kak Haya.” Jawab Puan Rozi.
“Macam tak ada perempuan lain. Shaza is much more better then her.” Balas Hadif.
Dia kenal Maya. Hidup Maya penuh dengan keseronokkan. Hidupnya bebas. Lebih bebas dari burung. Tidaklah sehingga ke kelab atau minum arak, tapi hidup Maya seperti tiada batasan. Hampir setiap hari keluar dengan kawan-kawannya. Melepak di Pusat membeli-belah. Bersambung ke kedai-kedai mamak sehingga tengah malam.
Kawan-kawannya pula bukanlah semuanya perempuan. Ada lelaki. Dan bertepuk-tampar itu adalah perkara biasa. Pergi bercuti dan duduk serumah atau sebilik bersama itu juga adalah perkara biasa. Yang penting, ibu bapanya mengetahui aktiviti anaknya itu tapi tak pernah kisah.
“She is much better dari Shaza.” Tegas Puan Rozi.
“Kalau Maya tu? Baik tak payahlah. Ibu sendiri pun tahu macam mana hidup dia. Then? What did you expect having a in-law yang macam tu?” Balas Hadif.
“Ibu tak kisah. She can change. And I know you can change her. Lagipun, dia memang berkenan pada Hadif dari dulu lagi.” Puan Rozi membela Maya.
Dia sendiri tahu cara hidup Maya. Namun, untuk menerima Shaza? Tidak.
“Sekurang-kurangnya, Maya tidak berzina. Maya tidak mudah menyerahkan tubuhnya pada seorang lelaki demi untuk kesenangan diri sendiri.” Kata Puan Rozi.
“Kesenangan apa?” Tanya Encik Hairi.
“Yalah. Nak dapatkan Hadif. Bolehlah tumpang senang. Hadifkan engineer. Gaji besar.” Jawab Puan Rozi.
Hadif ketawa.
“Lawaklah ibu ni.”
Dan Hadif ketawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutnya.
“Apa yang seronok sangat ni?” Tanya Hazwan yang baru sampai.
“Abang, ibu kata Shaza tumpang senang Hadif. Ibu ni makin pandai buat lawak.” Jawab Hadif dan menyambung tawanya.
Semua yang berada diruang tamu itu hanya memandangnya. Sedikit pun mereka tidak rasa ada benda yang lawak. Tapi sekejap saja bila Aisya masuk dan ketawa sama dengan Hadif.
“Apalah ibu ni. Lain kali, kenal dulu siapa Shaza tu.” Kata Aisya dan turut sama ketawa.
Ibunya berkerut.
“Ibu. Ibu.” Kata Encik Hairi.
Dia kenal Shaza. Dia tahu siapa Shaza. Cuma tidaklah dia rasa isterinya buat lawak sehingga mahu ketawa seperti Hadif dan Aisya sedang lakukan sekarang.
“Kalau ibu kenal Shaza, ibu akan kata, Hadif tumpang senang dia.” Kata Aisya.
Makin berkerut dahi Puan Rozi.
Hazwan pula sudah mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama Shaza di taip pada enjin carian. Kemudian di klik pada imej untuk memudahkannya mencari wajah Shaza. Bila jumpa, dia klik gambar tersebut. Terkejut bukan kepalang. Tidak pula dia tahu bahawa Shaza memiliki rangkaian butik penjagaan kaki dan kuku di sekitar Lembah Klang.
“Dia cuma Pengurus Pemasaran di JW Holding saja.” Kata Puan Rozi.
“Ibu tahu mana?” Tanya Hadif.
“Maya.”
“Ibu ada tanya Maya gaji dia berapa?”
Puan Rozi geleng.
“Gaji dia di JW Holding only RM3500 tapi komisen yang dia terima setiap bulan melebihi RM10000. Dan komisen itu pula adalah continuously selagi syarikat yang dia bawa sebagai pelanggan JW Holding masih berurusan dengannya.” Jawab Aisya.
“Wow. Kakak. Mana tahu semua tu?” Tanya Hadif. Terperanjat.
Dia sendiri tak pernah tahu berapa gaji Shaza. Tak perlu untuknya tahu. Tapi dia tahu segala asset kepunyaan Shaza. Dan dia juga turut tahu tentang perniagaan yang dijalankan Shaza. Dia sendiri salah seorang pemegang saham dalam Haza Spa. Spa yang membantu mereka yang mempunyai masalah kaki dan kuku.
“Kakak kan auditor untuk JW Holding. Kakak ternampak semua tu.” Kata Aisya.
“Pecah amanah, kakak.” Tegur Encik Hairi.
“Ternampaklah ayah.” Bela Aisya.
“Tapi tak bolehlah nak bagitahu semua orang.” Tegur Encik Hairi lagi.
“Minta maaf.” Kata Aisya.
“Minta maaf pada Shaza.” Kata Encik Hairi.
“Tak kisah siapa pun Shaza. Ibu tetap pilih Maya.” Kata Puan Rozi setelah semua orang seperti mengabaikannya.
“Hadif tak nak. Rasanya, kalau ibu tanya Kak Haya, dia pun tak nak bagi Hadif nikah dengan adik sepupunya. Kak Haya mana, abang?” Tanya Hadif.
“Dekat rumah. Tak sihat. Anak-anak pun tak sihat. Datang seorang saja. Ibu kata ada benda penting nak cakap. Apa dia?” Jawab Hazwan.
“Ya lah, ibu. Apa benda yang penting sangat tu?” Tanya Aisya pula.
“Ibu dan tunangkan Hadif dengan Maya.” Jawab Puan Rozi.
Hazwan dan Aisya ketawa terbahak-bahak. Kelakar rasanya mendengar cadangan ibu mereka itu. Perkara yang paling tak boleh diterima dek akal. Ibu mereka yang sangat moden itu menggunakan cara lama untuk memaksa anaknya kahwin. Kahwin paksa pula tu.
Hadif juga ketawa bila melihat kakak dan abangnya ketawa.
“Tak lawak. Ibu serius.” Tegas Puan Rozi.
Sedaya upaya Aisya dan Hazwan menahan diri dari ketawa. Hadif juga begitu.
“Suka hati ibulah.” Balas mereka bertiga hampir serentak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan