SUBSCRIBE

Khamis, Ogos 18, 2016

KISAH PULA AKU 14

“Hadif accident.”
Ayat yang keluar dari mulut Aisya itu telah berjaya buatkan segala fokusnya hanya untuk berjumpa dengan Hadif. Langsung tidak dihiraukan tentang mereka yang lalu lalang dihadapannya. Dia hanya mahu berjumpa dengan Hadif. Segera.
“Shaza.”
Panggil Aisya dan seraya menahan langkah Shaza yang hampir melanggar troli ubat yang berada dihadapannya. Barulah dia tahu kenapa Hadif suruh dia maklumkan pada Shaza untuk datang ke hospital saja tanpa memaklumkan kenapa.
“Patutlah Hadif tak bagi kakak cakap kenapa. Rupanya Shaza boleh hilang waras.” Bebel Aisya.
Shaza buat tak tahu. Kakinya terus melangkah sebaik saja tangannya dilepaskan. Dalam mindanya tika ini hanya Hadif. Dia ingin memastikan keadaan Hadif dengan matanya sendiri.
Aisya yang baru sedar ketiadaan Shaza, segera melangkah mendekati Shaza. Ditarik tangan Shaza yang sudah melepasi bilik Hadif. Dan dipimpin Shaza masuk ke bilik Hadif.
“Hadif.”
Panggil Shaza bila saja kelihatan dimatanya wajah Hadif yang sedang terpejam matanya. Dilihatnya kepala dan tangan Hadif berbalut. Segera dia menerpa Hadif dan memeluk tubuh itu.
Hadif yang baru mahu melelapkan matanya terkejut. Segera matanya dibuka. Diusapnya belakang Shaza sambil matanya memandang Aisya meminta kefahaman kakaknya untuk memberi mereka ruang.
Aisya keluar.
“Baring sini.” Kata Hadif seraya mengerot sedikit badannya ke tepi untuk memberi ruang pada Shaza baring sekatil dengannya.
Shaza membuka kasutnya dan terus mengiring memeluk Hadif. Sebelah tangan Hadif yang tidak cedera dijadikan alas untuk kepalanya. Mukanya disembamkan ke dada Hadif.
“You broke your promise.” Kata Shaza.
“I’m sorry.”
“Okey.”
“Darl, one more thing.”
“Erm...”
“It was your car.”
“Its okey. Nanti kita repair.”
“It was totally lost.”
Shaza memandang Hadif. Diangkat kepalanya sedikit. Menongkat tubuhnya dengan siku. Dahinya berkerut. Seakan tidak percaya.
“Betul. Total lost.”
“Alhamdulillah. You taka pa-apa.”
Shaza menyelesakan baringnya semula. Berada di dalam pelukan Hadif dan mencium bau badan Hadif adalah perkara yang paling menyenangkan dalam hidupnya. Segala kerisauan dan kekusutan seakan terlerai buat seketika. Kedamaian selalu saja hinggap bila mereka bersama.
“Kuasa Allah. I sempat keluar dari kereta sebelum lori tu hempap kereta.”
“Alhamdulillah. Janji you sihat dan selamat. Kita claim insurance saja nanti.”
“Erm... tu lagi satu masalah. Roadtax dengan insurance mati minggu lepas. I lupa nak pergi renew.”
“Tak apalah. Bukan rezeki kita. Lagipun, kereta tu pun dah lama sangat. Dah memang patut pun dia rehat selamanya.”
Hadif mengemaskan pelukannya.
Shaza senyum. Kakinya dinaikkan menyilang kaki Hadif.
“Adoi.” Jerit Hadif.
Shaza terkejut dan terus duduk mengiring disebelah Hadif. Dahinya dikerutkan. Terkejut masih lagi dirasakan bila saja Hadif menjerit.
“Kenapa Hadif?” Tanya Aisya yang meluru masuk ke dalam bilik Hadif sebaik mendengar jeritan adiknya itu.
“Shaza sepak kaki Hadif.” Adu Hadif.
“Mana Shaza nak perasan. Tengok tangan dengan kepala saja berbalut. Mana nak tahu kaki dia sakit.” Shaza membela dirinya.
“Sakitlah, Darl. Tengok tu.”
Hadif menyinsing kaki seluarnya dan melihatkan betisnya yang calar hingga ke bulu lali.
“Alah, calar saja.” Ejek Shaza.
“Kaki dia terseliuh.” Beritahu Aisya.
“Tak boleh jalanlah ni?” Tanya Shaza.
Hadif angguk.
“Siannya.” Kata Shaza.
“Sian dekat you lah. Kena jaga I.” Balas Hadif.
“Tak ada maknanya. You take care of yourself.” Balas Shaza.
“Aip. Isteri tak boleh lawan cakap suami.” Usik Hadif.
“Siapa isteri you? Nak tengok.” Balas Shaza.
Aisya ketawa halus mendengar usik-mengusik pasangan tersebut. Sedikit pun tidak terkesan dihatinya untuk marah melihat kemesraan mereka.
“Apa yang bising sangat ni?” Tegur Encik Hairi.
Shaza yang melihat Encik Hairi masuk ke dalam segera bangun dan bersalaman dengan lelaki tua itu. Tangan dikucup penuh hormat. Namun, segera juga tangan tua itu ditepis.
“Jangan pegang laki aku. Haram.” Kata Puan Rozi.
“Ibu.” Tegur Hadif.
“Macam mana dia boleh ada dekat sini? Kan ibu dah pesan pada nurse hanya keluarga saja dibenarkan untuk melawat. Nurse ni nak kena saman ke?” Marah Puan Rozi.
Shaza tidak pedulikan kata-kata kesat dari Puan Rozi itu. Dia tetap menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ibu Hadif walaupun dia yakin tidak akan disambut.
Ternyata tekaannya tepat bila Puan Rozi berlalu mendekati Hadif. Begnya yang diletakkan dimeja sisi katil Hadif diambil dan dicampakkan ke kakinya.
“Kau tak layak ada dekat sini. Pergi.” Halau Puan Rozi.
Shaza mengambil begnya dan disandangkan ke bahunya. Tangan Encik Hairi disalam dan diciumnya sekali lagi. Dia mendekati Aisya untuk bersalaman tapi Aisya terus menariknya ke dalam pelukannya.
“Sabar, ya.” Bisik Aisya.
Shaza angguk.
“Darl.” Panggil Hadif.
“Kakak.” Kali ini Hadif memanggil Aisya.
Aisya yang faham kehendak Hadif terus menarik Shaza mendekati Hadif. Dia tahu Shaza pasti tidak mahu mendekati Hadif sekaligus mencabar kesabaran Puan Rozi.
Puan Rozi mendekati Shaza dan Aisya dan bersedia untuk bertindak. Dia tidak mahu Shaza mendekati Hadif. Mata dan hatinya sakit. Tapi langkahnya dihalang oleh suaminya.
“Ayahnya ni dah kenapa? Suka tengok anak buat maksiat?” Marah Puan Rozi.
Encik Hairi tidak membalas. Dia terus menarik isterinya keluar dari bilik wad Hadif. Dia tak mahu timbul kekecohan dan pertelagahan antara anak dan isterinya. Sangat memalukan.
“Jangan nak malukan diri sendiri. Bila awak marah dan tengking Shaza, orang tak salahkan Shaza, Malahan bersimpati. Tapi orang akan tempelek awak kerana awak yang tak memberi izin. Awak nak orang kata awak ibu yang zalim? Nak?” Tanya Encik Hairi bila saja mereka sudah keluar dari bilik Hadif. Suaranya keras tapi perlahan.
“Kenapa saya yang kena rasa malu? Perempuan tu yang tak malu.”
“Awak memalukan diri sendiri.”
Sedang pasangan itu bertekak diluar, pintu wad dibuka dari dalam. Hadif, Shaza dan Aisya keluar dari bilik itu. Hadif bersalaman dengan ibunya dan meminta maaf. Kemudian dia bersalaman dengan ayahnya dan meminta diri.
“Doktorkan belum discharge lagi. Dorang nak buat pemantauan lagi tu.” Pujuk Encik Hairi.
“Shaza betul. Ibu dan Hadif tak boleh berjumpa. Asalkan berjumpa, pasti bergaduh. Dan isunya hanyalah Shaza. Shaza nak tinggalkan Hadif tapi Hadif boleh mati tanpa Shaza. Jadi, Hadif nak balik. Hadif tak nak lukakan hati ibu dan Shaza. Maafkan Hadif, ibu. Hadif pilih Shaza. Sebab kalau Hadif pilih ibu, ibu akan paksa Hadif lupakan Shaza. Tapi kalau Hadif pilih Shaza, Shaza sentiasa akan ingatkan Hadif tanggungjawab Hadif pada ibu.” Kata Hadif dan terus berlalu.
Shaza memimpinnya. Menjadi tongkat untuk Hadif berjalan. Perlahan.
“Shaza dan Hadif bertekak tadi. Shaza suruh Hadif minta maaf pada ibu. Hadif tak nak. Shaza kata dia akan tinggalkan Hadif kalau Hadif tak minta maaf kepada ibu. Hadif janji dia akan jaga ibu kalau Shaza tak tinggalkan dia. Dan dia juga janji, dia akan tinggalkan kita semua kalau Shaza tinggalkan dia.” Kata Aisya.
“Dengar tak? Tahu tak betapa sayangnya Shaza pada awak? Betapa hormatnya dia pada kita semua? Dia anggap kita ni macam keluarga dia. Saya suruh dia kahwin senyap-senyap pun dia tak nak. Dia fikirkan awak walaupun dia kata dia tak nak kahwin sebab dia tak nak.” Tambah Encik Hairi pula.
“Itu semua lakonan untuk menarik simpati. Saya tak akan pernah izinkan mereka bersama.” Dengan angkuh Puan Rozi berkata.
Aisya dan Encik Hairi menarik nafas dalam. Buntu dengan perangai Puan Rozi yang tak sudah-sudah dengan egonya. Perasaan kasihan pada Hadif makin menebal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan