SUBSCRIBE

Sabtu, Ogos 20, 2016

KISAH PULA AKU 15

Puan Rozi hanya memerhatikan Shaza melakukan tugasan di rumah. Semenjak Hadif melarikan diri dari hospital, dia turut ke rumah Hadif. Berkali-kali ditegah oleh suaminya namun dia tidak peduli. Dia tetap mahu berada disisi Hadif sehingga Hadif benar-benar sihat.
Hadif pula tak mahu Puan Rozi menguruskannya. Semuanya diuruskan oleh Shaza. Disaat Shaza keluar bekerja, Hadif akan tidur atau melakukan kerja pejabatnya dibilik. Sebelum keluar bekerja, Shaza sudah siap mandikan dan siapkan makan dan minum Hadif. Tinggal Hadif perlu panaskan dan makan.
Shaza benar-benar menjaga Hadif. Pulangnya pun awal. Shaza benar-benar menepati ciri-ciri seorang isteri yang mithali. Malahan, layanan Shaza pada Hadif lebih baik dari layanannya pada suaminya sendiri. Namun, untuk menerima Shaza sebagai sebahagian dari keluarganya adalah sangat mustahil.
Dia lebih rela menerima Maya menjadi menantunya walaupun dia tahu Maya ada banyak kekurangan berbanding Shaza. Hidup Maya berlainan dengan Shaza. Tapi dia tahu, Hadif mampu untuk mengubah Maya menjadi lebih baik. Dia tahu Hadif mampu walaupun hatinya sendiri meragui kemampuan Maya untuk mendengar kata.
“Lagikan mak bapa dia sendiri tak mampu nak mengubah dia. Apatah lagi Hadif. Dengan Hadif yang tak ada perasaan pada Maya. Tak ke huru hara hubungan mereka? Awak nak anak awak ditarik ke neraka kerana tidak mampu  bimbing isteri?” Kata-kata Encik Hairi itu terngia-ngia di telinganya.
Kerana kata-kata itulah dia masih menangguhkan penetapan tarikh pernikahan antara Maya dan Hadif. Masih mempertimbangkan keputusannya. Walaupun dia yakin Hadif boleh membimbing Maya tapi dia sendiri ragu. Dia tahu hati anaknya. Kalau dia dipaksa, dia akan ikut. Tapi kemudian? Hadif memang ada perangai yang satu. Tidak mempedulikan apa yang dia tak suka.
Dan Maya adalah kebencian Hadif sejak dari mula mereka berkenalan. Hanya kerana sikap Maya yang terlampau mengejar Hadif. Dan kesilapannya yang terlalu mendesak Hadif berbaik-baik dengan Maya.
“Ibu, makan jom.” Ajak Shaza.
Dia memandang tepat wajah Shaza. Entah hati jenis apa yang Shaza gunakan. Berkali-kali hati itu disakitinya sejak duduk bersama 3 hari ini tapi sedikit pun tidak menghilangkan rasa hormat Shaza kepadanya. Malahan, makin lembut dia dilayan.
“Kau ni tak faham bahasa ke? Kan aku cakap. Aku tak sudi makan masakan kau. Dah, pergi dari sini. Kalau boleh berambus dari rumah dan hidup Hadif.” Kasar Puan Rozi membalas.
“Ibu, Shaza keluar dari rumah ini, ibu tak akan jumpa Hadif lagi.” Ugut Hadif untuk kesekian kalinya.
“Huh.” Puan Rozi merenggus.
“Darl, come. Abaikan ibu tu. Nanti dia lapar, tahulah ibu nak cari makanan.” Panggil Hadif.
Shaza berjalan ke arah Hadif.
“Ibu tak makan sejak bila? I tak pernah nampak ibu makan. Ibu makan apa? Ayah datang hantar makanan? Atau ibu ada keluar beli makanan?” Tanya Shaza bila sudah dekat dengan Hadif.
Hadif menarik Shaza rapat dengannya. Dia memeluk bahu Shaza. Mengunci Shaza dengan kakinya. Mata Shaza dipandang tepat. Hatinya berkata.
“Inilah perempuan yang paling tepat untuk sentiasa ada dengan aku. Risau dia pada keluargaku. Prihatinnya pada aku. Tiada yang sesempurna dia untuk aku.”
Shaza tertunduk malu.
Hadif senyum. Hatinya menyambung kata.
“Ayunya dia bila dia tersipu malu. Cantiknya dia bila dia tegas dengan apa yang dia mahukan. Comelnya dia bila dia manja denganku. Perempuan ini punya ketegasan yang tiada tandingan. Tapi dia punya manja, khas untuk aku. Dan malunya disimpan untuk seorang yang istimewa seperti aku.”
“Nak makan, makan cepat. Ibu nak tidur ni.” Laungan Puan Rozi itu menghalau perasaan indah dalam hati Hadif.
Shaza segera melepaskan dirinya dari Hadif. Malu bila ditegur begitu. Dia seakan lupa yang ada insan lain selain dia dan Hadif bila Hadif tenungnya begitu. Leka dengan keasyikan renungan itu.
“Awalnya ibu nak tidur. Maghrib pun belum lagi.” Kata Hadif.
“Hadif.” Tegur Shaza.
“Ibu jealous.” Kata Hadif dan ketawa.
Shaza mengambil pinggan dan meletakkan nasi dan lauk pauk yang dimasaknya pagi tadi. Dia duduk dihadapan Hadif dan mula menyuap makanan ke dalam mulut Hadif. Sementalah tangan Hadif yang berbalut itu adalah tangan kanan. Maka, dialah yang perlu menjadi tangan kanan Hadif. Tanpa Hadif minta atau memaksa.
Sambil menyuap Hadif, sambil dia menyuap dirinya juga.
“Sweet sangat.” Usik Aisya.
“Kak Aisya ada. Tak perasan pun. Bila sampai?” Tanya Shaza.
“Ada dalam bilik. Masa Shaza sampai tadi, kakak baru sampai. Ingat nak rehat kejap sebelum mandi tapi tertidur pula.” Jawab Aisya.
Shaza angguk.
“Kenapa tak biar saja Hadif suap diri sendiri?” Tanya Aisya.
“Tangan kanan dia berbalut. Macam mana nak suap sendiri.” Jawab Shaza.
“Mengada. Tangan sebelah lagi kan ada.” Balas Aisya.
“Jealous.” Jawab Hadif.
“Dah?” Tanya Shaza bila pinggan ditangan sudah kosong.
Hadif angguk.
Shaza bangun dan membawa pinggan yang sudah kosong ke sinki dan terus dibasuhnya. Dia kemudian duduk semula di meja makan untuk menunggu Aisya yang baru mula menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“Darl, tidur sini malam ni.” Pinta Hadif.
“Mengada-ngada.” Cebik Aisya.
“Jealous.” Balas Hadif sambil menjuihkan lidahnya.
“Tak boleh. Nanti ibu bising. Lagipun, kak Aisya pun ada.” Bisik Shaza.
“Dorang bukan boleh picitkan kaki I. Ini dahlah hujan. Sakit sangat. Macam semalam. Rasa nak menangis tahan sakit.” Adu Hadif.
“You sapu sajalah minyak.” Kata Shaza.
“Tak apalah. Lambat lagilah nak elok kaki ni.” Rajuk Hadif.
“Doalah macam tu. Time hujan ni doa makbul.” Kata Aisya.
“Sibuklah kakak ni.” Marah Hadif.
Aisya ketawa dan berlalu ke dapur.
“Please, darl.” Rayu Hadif.
Shaza geleng.
“Okey. I ikut you balik rumah.” Putus Hadif.
“Ibu?”
“Kakak ada.”
“Sayang.”
Antara mengalah dan keinginannya sendiri. Dia mengalah. Dia berlalu mengambil beg kerja dan beg tangannya dan pergi mahu bersalaman dengan Puan Rozi.
“Awalnya balik. Tak berasmaradana dulu ke?” Perli Puan Rozi.
Shaza diam dan hanya menghulurkan tangan yang masih belum pernah bersambut. Seketika dibiarkan, Shaza menarik semula salamnya dan terus berlalu keluar dari rumah. Hadif turut mengikutnya dan sekaligus menimbulkan kemarahan Puan Rozi.
“Ibu duduk sajalah rumah Hadif ni. Hadif nak pergi rumah Shaza. Lama tak berasmaradana. Duduk sini, ibu bukan bagi kami change pun.” Balas Hadif.
“Hadif!” Jerit Puan Rozi bila Hadif terus mengikut Shaza.
“Ibu. Jangan jerit. Buat malu saja. Ibu yang tak bagi dorang bersama. Jadi, pandang sajalah apa yang dorang nak buat.” Tegur Aisya.
“Hadif!” Sekali lagi Puan Rozi menjerit memanggil nama Hadif.
Aisya menarik Puan Rozi masuk ke dalam. Pintu rumah Hadif ditutup dan dikunci. Puan Rozi ingin keluar semula untuk menahan Hadif mengikut Shaza pulang tapi berjaya dihadang oleh Aisya dan Aisya terus menarik Puan Rozi ke ruang tamu.
 “Adik kamu buat dosa kamu kata biar? Kamu semua ni dah kenapa?” Marah Puan Rozi.
“Ibu tu yang dah kenapa? Hadif sakit, Shaza yang jaga. Bukan ibu. Maya jauh sekali. Jenguk pun tak. Itu menantu pilihan ibu?” Balas Aisya.
“Dia menjaga adab. Dorang belum sah lagi. Takkan nak jadi macam perempuan tu? Tergedik-gedik. Jaga Hadif konon. Huh. Dia ingat Hadif tu tak ada keluarga ke? Macam dia?” Keras kata-kata Puan Rozi.
“Sekurang-kurangnya Shaza tu setianya pada Hadif. Kalau nak dibandingkan Shaza dan Maya, Shaza jauh lebih baik. Bukan sekadar budi bicaranya, sopan dan santunnya juga terjaga. Maya? Bergaul lelaki dan perempuan. Berpegangan tanpa batas. Hidup macam orang tak ada agama. Solat tunggang langgang. Itu yang ibu berkenan sangat?”
“Jauh lebih baik dari perempuan yang serahkan diri pada lelaki. Dasar perempuan tak ada maruah!” Hina Puan Rozi.
“Serahkan diri hanya pada anak ibu. Bukan pada semua lelaki yang dia jumpa.” Sangkal Aisya.
“Jangan nak hina bakal adik ipar kakak.” Puan Rozi memberi amaran.
“Jangan nak hina menantu ibu.” Tegas Aisya.
“Perempuan itu bukan menantu ibu!” Tegas Puan Rozi.
“Dia dah serupa macam menantu ibu. Hanya belum sah sahaja.” Balas Aisya sinis.
Puan Rozi masuk ke bilik yang didudukinya. Pintu dihempas kuat menunjukkan protestnya.
Aisya geleng kepala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan