SUBSCRIBE

Ahad, Ogos 21, 2016

KISAH PULA AKU 16

“Sayang, lama tunggu?” Tanya Shaza.
Hadif geleng.
Shaza senyum. Diam Hadif maknanya dia sedang merajuk. Satu perkara tentang Hadif yang dia sangat jelas. Hadif tak suka menunggu walaupun hanya untuk 5 minit. Apatah lagi Shaza sudah lambat lebih dari 30 minit.
“Sorry. Tadi dah nak keluar, ada staff minta tolong semak fail. And it was so urgent. I’m so sorry.” Terang Shaza seraya duduk disebelah Hadif.
Lengan Hadif disilangkan dengan lengannya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Hadif.
“Sorry, sayang.” Pinta Shaza.
Hadif masih diam.
Shaza mencium telinga Hadif. Dia kemudian tersenyum bila Hadif kegelian. Sekali lagi telinga Hadif dicium. Hadif cuba mengelak dan ianya mencetus tawa yang lebih kuat dari Shaza.
“Suka?” Tanya Hadif.
Shaza diam dan terus mengeratkan pelukan dilengan Hadif. Senyumannya seperti tidak mahu hilang. Lucu melihat Hadif kegelian.
“Sorrylah. Bukan sengaja. It was an urgent thing.” Sekali lagi Shaza meminta maaf.
“It’s okey, darl. Make sure next time jangan buat lagi.” Kata Hadif dan terus mencium dahi Shaza.
“Wow. Romantiknya.” Satu suara mengganggu mereka.
“Maya.” Kata Shaza.
“You kenal dia, darl?” Tanya Hadif.
“My officemate.” Jawab Shaza.
“Darl? Sweetnya. Tak apalah. Selagi belum bernikah, darl la. Dah nikah nanti, jangan nak darl sangat.” Kata Maya yang berdiri menongkat badannya di hadapan Hadif.
“Tapi, boleh tak perangai tu jaga sikit. Tempat awam ni.” Sinis Maya menyambung.
“And you Shaza. Dahlah you sailang jawatan yang I patut dapat. Sekarang ni, tunang I pun you nak rampas. You ada masalah apa dengan I?” Tanya Maya. Keras.
“Tunang?” Tanya Hadif.
“Jangan buat tak tahu.” Sergah Maya.
Shaza sudah meleraikan pelukan mereka. Pandangannya tajam kepada Hadif. Mencari kebenaran disebalik kata-kata Maya itu. Rasa sakit sebab Maya mengatakannya dia perampas.
Hadif memandang Shaza. Dia takut dengan salah faham yang ada pada pandangan mata Shaza itu. Dia tak mahu ada perasaan curiga dalam hati kekasih hatinya itu.
“Ini apa? Inikan cincin ibu. Ibu bagi sebagai tanda pertunangan kita.” Maya menunjukkan cincin belah rotan yang selalu tersarung dijari Puan Rozi.
Shaza dan Hadif memandang cincin yang ditunjukkan Maya. Mereka kenal cincin itu. Cincin yang dipilih oleh Hadif dan Shaza untuk hadiah harijadi Puan Rozi.
Shaza bangun dan terus meninggalkan Hadif dan Maya.
“Shaza.” Panggil Hadif.
Dia bangun dan mahu mengejar Shaza namun dihalang oleh Maya. Lengan Hadif dililitnya dengan tangannya sekaligus menghentikan langkah Hadif.
“You nak pergi mana? You nak tinggalkan tunang you untuk perempuan tu? No way. Any women can take you from me but not her. Just not Shaza.” Kata Maya penuh dendam.
“And any women can be my fiancĂ© but not you. Especially, you.” Kata Hadif sambil menarik kasar tangannya.
Maya ketawa.
“But I’m officially your fiancĂ© since 3 month ago.” Kata Maya. Angkuh.
Tangannya yang tersarung cincin ditunjukkan dihadapan mata Hadif. Niatnya sengaja untuk menyakitkan hati Hadif. Dia sudah membayangkan keserabutan wajah Shaza datang ke pejabat esok.
‘Lepas ni mesti prestasi kerja Shaza akan menurun. Lepas tu kena warning letter. Dipecat. Mesti aku yang akan dinaikkan memegang jawatan Pengurus Pemasaran.’ Bisik hati Maya.
Hadif yang benggang dengan riak muka Maya bertindak menarik cincin yang ada dijari Maya. Dia sudah tidak peduli pandangan mata semua orang yang menyaksikan drama mereka.
“And I’m officially decided this engagement.” Kata Hadif dan terus mengejar Shaza yang sudah tidak kelihatan.
Hadif terus menuju ke tempat parking kereta. Segera tiket parking dibayar dan dia menuju ke keretanya. Enjin dihidupkan dan terus saja dia memandu pulang ke kawasan apartment rumah mereka. Sampai saja ditempat parking dan mamakirkan keretanya, langkah segera diatur menuju ke rumah Shaza. Dia membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua yang ada padanya.
“Darl. Shaza.” Panggil Hadif.
“I ada dekat dapur ni.” Sahut Shaza.
Segera langkah Hadif atur ke dapur. Dilihatnya Shaza sedang duduk dimeja bar yang ada didapur rumahnya. Hadif bersandar digerbang yang memisahkan dapur dan ruang tamu. Pandangannya dihalakan tepat ke arah Shaza.
Shaza menghulurkan sebuah senyuman.
“I’m sorry. I too emotional.” Kata Shaza. Wajahnya ditundukkan.
Hadif senyum.
“I’m so sorry. I tak patut buat you macam tu. Tak patut malukan you. Tak patut buat you susah hati. Tak patut buat you rasa tertekan.” Kata Shaza lagi.
Wajahnya yang ditundukkan tadi makin tunduk ke bawah dan hampir mengenai meja makan. Dia benar-benar kesal dengan perbuatan tak matangnya tadi.
Hadif memeluk Shaza. Shaza diangkat untuk berdiri berdepan dengannya. Mata Shaza diangkat untuk bertentang mata dengannya. Sebuah renungan yang dihantar penuh dengan rasa cinta dan sayang. Dia mahu Shaza rasa dirinya adalah sangat istimewa pada pandangan matanya.
Sedikit demi sedikit, sebuah senyuman terukir dibibir Shaza.
Hadif ketawa dan terus mencampung Shaza ke bilik.
“You ni tak mandi lagi pun still wangi.” Puji Hadif.
Shaza ketawa.
Hadif meletakkan Shaza ke atas katil. Shaza dikunci dengan tangannya.
“Kita tak solat lagi.” Kata Shaza menolak sedikit tubuh Hadif.
“Kita lambatkan sikit boleh, kan?”
“Hadif.” Tegur Shaza.
“Please.”
Dan Hadif terus membenamkan wajahnya ke leher Shaza.
“Hadif.”
“Sekejap saja.”
“Hadif.”
Hadif terus menggila ditubuh Shaza. Sementalah Shaza tidak menolak. Hanya mengingatkannya dengan memanggil namanya berulangkali. Dengan lembut. Tapi akhirnya dia mengalah. Nafsu yang mencanak ditahan demi janji pada Tuhan Yang Maha Esa untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan menjadi hamba yang ssejati.
Dia bangun dan menarik Shaza sama masuk ke bilik air. Mereka mandi bersama dan seterusnya berwuduk. Solat jemaah bersama. Membaca Al-Quran bersama. Selesai solat Isyak, barulah mereka bersiap untuk keluar makan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan