SUBSCRIBE

Isnin, Ogos 22, 2016

KISAH PULA AKU 17

Awal pagi lagi Maya sudah menunggu di ruang lobi bangunan pejabat. Dia tak sabar mahu melihat wajah murung Shaza. Tak pernah seumur hidupnya dia datang ke pejabat dengan perasaan teruja seperti ini.
“Cik Maya, awal sampai. Tak pergi sarapan ke?” Tegur Aida, penyambut tetamu yang baru tiba.
Maya hanya diam. Tiada hati ingin membalas teguran dari seorang penyambut tetamu yang tidak setaraf dengannya. Perasaan angkuh dengan nikmat yang Allah beri kepadanya.
Mata Maya terus tertumpu pada pintu masuk. Sedikit pun tak beralih.
“Assalamualaikum, Aida. Selamat pagi.” Ucap satu suara dibelakang Maya.
“Waalaikummussalam, Cik Shaza. Selamat pagi. Dah sarapan?” Tanya Aida. Ramah.
Maya dengan serta-merta menoleh ke belakang. Dilihatnya Shaza sedang tersenyum girang. Sedikit pun tiada riak kecewa mahupun sedih diwajah itu. Hatinya sakit dan tertanya-tanya.
“Sudah. Baru saja lepas. Makan dekat kantin saja.” Balas Shaza.
“Dengan Encik Hadif?” Tanya Aida.
Shaza hanya senyum dan terus berlalu pergi tanpa menjawab soalan Aida itu. Dia rasa tak perlu untuk jawab kerana boleh dikatakan satu pejabat ini tahu tentang hubungannya dan Hadif. Hadif yang selalu datang ke sini hanya untuk bersarapan dengannya. Itu belum kalau tiba-tiba dia datang untuk makan tengahari dengannya. Ditambah dengan keramahan Hadif. Lagi cepatlah berita tersebar.
Tiga tahun lebih. Kalau yang tak tahu tu, mungkin sebab dia duduk terperuk dalam dunianya sendiri. Atau baru hari ni masuk.
“Hey, perampas!” Jerit Maya.
Maya segera mendekati Shaza. Dia menghalang langkah Shaza yang tidak mengendahkan panggilannya. Bahu Shaza ditolak kasar.
“Kenapa ni, Maya?” Tanya Shaza. Lembut.
“Tak payah nak berlakon baik. Perampas macam kau ni memang tak tahu malu, kan?” Sergah Maya.
Shaza malas mahu melayan. Padanya kini sudah masuk waktu pejabat. Urusan peribadi perlu diletak ditepi dan tidak perlu dibicarakan. Langsung.
“Kau tak faham ye aku kata semalam? Aku tunang Hadif. Dan kau jangan nak rampas dia dari aku.” Kata Maya.
Shaza geleng.
“Nope. You are not saying that way. You kata, nikmati saat-saat sebelum korang nikah. Then? What’s the problem here?” Tanya Shaza.
“Kurang ajar kau ni.”
Dan Maya sudah sedia untuk menampar Shaza tapi tangannya ditepis oleh Shaza. Tindakan Shaza itu telah menimbulkan perasaan marah yang makin meluap dalam hati Maya. Dia mencampakkan begnya ke tepi dan bersedia untuk menyerang Shaza.
“Enough, Maya. This is an office. Jangan jatuhkan maruah you depan staf lain. Kalau you ada masalah dengan I. Just set an appointment. We meet and settle it down.” Kata Shaza. Tegas.
Maya tidak mengendahkan. Sekali lagi dia cuba menyerang Shaza.
Shaza mengelak dan terus berlalu. Dia tak mahu bergaduh tika itu. Ramai pekerja yang baru sampai dan keadaan tika itu agak ramai. Dia tak mahu menjatuhkan reputasinya dan Maya kerana mereka berdua adalah tunggak harapan syarikat.
Namun berbeza dengan Maya. Maya terus menolak Shaza dari belakang sehingga Shaza tersungkur.
“Darl!” Jerit Hadif.
Hadif segera mendekati Shaza dan membantu Shaza untuk bangun. Pakaian Shaza disapu untuk membuang kekotoran yang mungkin hinggap. Tubuh Shaza dipeluknya.
“Do you okay?” Tanya Hadif.
“I yang tak okay. Hadif, you suppose support I bukan perampas ni.” Marah Maya bila perhatian Hadif langsung bukan padanya.
“Siapa yang perampas? You?” Soal Hadif dan berhadapan dengan Maya.
Shaza disorokkan dibelakangnya.
“Hadif, we are engage. I’m your fiancĂ©.” Maya cuba mengingatkan Hadif tentang kenyataan itu.
“Oh. Did you forget? I break it off yesterday? Don’t you remember?” Soal Hadif.
“No. Its not true.” Balas Maya.
Hadif mengeluarkan cincin yang diambilnya dari tangan Maya semalam dari poket seluarnya. Cincin itu ditunjukkan pada Maya sebelum disarungkan ke jari Shaza.
Penonton yang menonton drama swasta mereka bertiga bertepuk tangan. Mereka sukakan Hadif dan Shaza. Bukan hanya kerana mereka secocok tapi dua insan ini sangat menghormati mereka. Berbanding dengan Maya yang sombong dan angkuh.
“I patah balik sebab nak bagi cincin ni pada you.” Kata Hadif.
Shaza diam dan terlopong.
Hadif segera mengambil telefon bimbitnya yang sempat diserahkan kepada Aida untuk merakam. Dia sebenarnya sudah merakam pertelingkahan antara Maya dan Shaza dari mula ia tercetus. Bila Shaza dikasari, dia segera menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aida yang kebetulan berdiri disebelahnya.
Dia menekan sesuatu ditelefon bimbitnya. Seketika telefon itu dipegang.
“Tuan Puan semua diminta untuk beredar. Rasanya cukup setakat ini drama untuk hari ini. Terima kasih.” Kata Hadif.
Penonton yang ramai berkerumun tadi segera beredar. Baru sedar yang diri sendiri sedang leka melihat pertelingkahan dua insan hebat dalam syarikat sehingga lupa yang tika itu adalah waktu bekerja.
Hadif membuka telefon bimbitnya. Satu nombor didail.
“Ibu dah tengokkan perangai dia? Macam ini ibu nak Hadif buat isteri? Maruah diri sendiri tak reti nak dipelihara. Macam mana nak jaga maruah Hadif dan keluarga? Kalau ini pilihan ibu dan ibu agungkan, Hadif sanggup tak kahwin sampai mati.” Kata Hadif sebaik saja talian bersambung.
Hadif mematikan talian. Pandangannya tertumpu pada Maya.
“Kau mungkin tak tahu. Tapi aku sangat mementingkan air muka aku. Maruah keluarga aku. Dan sebab tu dari dulu aku benci kau. Just to recall your memory. What you did before? Kau peluk aku depan khalayak ramai. Kau cium aku tanpa malu. Mana maruah kau? Bila aku tolak kau, kau jerit. Kau kata aku dan keluarga aku macam-macam. Sekarang? Kau terhegeh-hegeh pada aku yang kau panggil barua ni, kenapa?” Kata Hadif.
“Jadi, you tolak I sebab dendam lama?” Tanya Maya.
Hadif geleng.
“Just because I love her more then my life. Dan kalau kau nak gunakan ibu untuk dapat aku. Kau silap langkah. Because I do love her more then everything in this world.” Balas Hadif.
“Darl, take a leave. Okay?” Tanya Hadif lembut.
Tudung Shaza dibetulkan. Wajah Shaza dipandang dengan penuh kasih sayang.
Shaza angguk.
Hadif mengambil beg tangan Shaza dan terus menarik Shaza untuk mengikutnya. Shaza sempat berpesan pada Aida untuk memberitahu Lydia tentang cutinya.
“Emergency leave.” Pesan Shaza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan