“Apa yang Hadif
buat tu salah, bapa. Dia kena tanggung semua yang dia buat pada Maya.” Kata
Maya.
“Apa yang
salahnya? Kamu yang tak pandai nak jaga diri kamu. Kamu pun tahu Hadif tu macam
mana. Orangnya tak boleh silap sikit. Kesilapan sikit boleh jadi besar bila
berkenaan dengan Hadif. Dan kamu pula cari pasal.” Marah maknya, Puan Zuli.
“Mak ni, semua
salah Maya. Macam Maya ni bukan anak mak pula. Mak tahu tak yang perempuan
perampas tu memang ada hubungan dengan Hadif. Perempuan tu girlfriend Hadif.”
Rajuk Maya.
“Maknanya kau
lah yang merampas. Kau dah tahu Hadif ada orang lain tapi kau tetap terima
pinangan tu. Kau lah yang merampas.” Sangkal Myra, kakaknya.
Maya memandang
kakaknya. Hatinya marah dengan tuduhan kakaknya itu.
“Adik bukan
perampas. Dia tu yang merampas.” Balas Maya.
“Bapa ada
bincang dengan ayah Hadif. Ayah Hadif kata, Hadif langsung tak tahu menahu
tentang pertunangan ini. Hadif juga sebenarnya tak pernah minta ibunya
mencarikan calon untuknya kerana dia sudah punya calon tapi ditentang ibunya. Perempuan
tu pula tak mahu menikahi Hadif tanpa restu dari ibu Hadif. Sebenarnya, dalam
keluarga mereka, tak ada sesiapa pun yang tahu tentang pertunangan kamu dan
Hadif kecuali ibu ayahnya saja. Ibu Hadif pernah beritahu tentang ini tapi
mereka adik-beradik rasa ibu mereka bergurau. Langsung tak ambil serius
sampailah kamu pergi kacau Hadif and his lover.” Cerita Encik Zaidan.
Terlopong Maya
mendengar cerita itu. Patutlah Hadif langsung tidak pedulikannya semenjak 3
bulan lepas. Kalau datang ke pejabatnya hanya mencari Shaza. Mulanya dia ingat
sebab Hadif tidak boleh melupakan Shaza. Tapi makin hari hatinya makin marah. Dia
rasakan Hadif langsung tidak menghormatinya sebagai tunang. Hadif bukan tidak
tahu yang dia juga bekerja dibawah satu bumbung dengan Shaza.
Oleh itu, bila
saja terserempak dengan mereka berdua di salah sebuah pusat membeli-belah
terkemuka di ibu kota, dia terus menyerang. Dia fikir Hadif hanya berlakon
tidak tahu. Dan Hadif sangat marah sehingga memutuskan pertunangan mereka
kerana dia menyerang. Rupanya Hadif memang tak mahukan pertunangan ini dan dia
sendiri tak tahu.
“Kenapa auntie
Rozi buat macam tu?” Tanya Myra.
“Sebab dia tak
nak Hadif bernikah dengan Shaza.” Jawab Encik Zaidan.
“Must be a
reason.” Kata Myra.
“Mungkin auntie
Rozi tak boleh terima cara orang sekarang bercinta. Alah, standardlah takat pegang
tangan dan berpelukan. Tapi bukan semua orang sporting macam bapa dan mak. Kebanyakan
typical Malay. Everything is wrong. Itu tak boleh, ini tak boleh.” Balas Maya.
“Dorang macam tu
ke?” Tanya Myra.
Maya angguk.
“Perh. Tengok perempuan
tu bertudung.” Komen Myra.
“Baru saja. Dulu
tak bertudung pun. Tapi sama saja perangai. Masa bertudung dengan tak
bertudung.” Balas Maya.
“Hipokrit.”
Tuduh Myra.
“Memang pun.”
Sokong Maya.
“Kalau ikut
cerita ayah Hadif, perempuan tu baik. Malahan perempuan tu sangat menghormati
mereka sekeluarga. Cuma Hadif yang selalu menentang bila ibunya bercakap
tentang perempuan tu.” Kata Encik Zaidan.
“Itu semua
lakonan.” Sangkal Maya.
Hakikatnya, dia
sendiri cemburukan kemesraan Shaza dengan rakan sekerja yang lain. Shaza mesra
dan mudah bergaul dengan semua orang. Dia juga menghormati pekerja bawahannya
walaupun hanya seorang pencuci. Sesuatu yang dia sendiri tidak boleh lakukan. Sesuatu
yang dia rasa menjatuhkan maruahnya sebagai seorang eksekutif.
“Bapa tak
tahulah lakonan ke tak tapi bapa tengok, ayah Hadif juga sukakan perempuan tu. Asyik
memuji kebaikan perempuan tu.” Kata Encik Zaidan.
“Tak kisahlah
pasal perempuan tu. Ini kisah Maya dan Hadif ni macam mana? Kira dah putus ke
macam mana?” Tanya Puan Zuli.
“Putus.” Kata
Encik Zaidan.
“Kenapa bapa tak
pujuk mereka?” Tanya Maya.
Dia masih
mengharapkan pertunangan ini diteruskan sehingga ke jinjang pelamin. Dia sudah
lama menaruh hati pada Hadif. Pelbagai cara yang dilakukan sejak mereka mula
berkenalan sehingga sekarang. Namun, tak pernah dapat menarik perhatian Hadif.
“Pujuk untuk
apa?” Tanya Encik Zaidan.
“Untuk kahwnikan
Maya dan Hadif secepat mungkin.” Jawab Maya.
“Kamu sendiri
yang cari masalah. Kamu selesaikan. Mak dan bapa tak nak masuk campur.” Kata
Puan Zuli dan terus menarik tangan suaminya untuk berlalu.
“Bapa dan mak
memang tak sayang Maya.” Maya memprovokasi orang tuanya.
“Jangan salahkan
bapa atau mak. Kalau kamu tak buat perangai, tentu lagi 3 bulan ni, kamu dah
jadi isteri Hadif. Sekarang ni, ibu Hadif sendiri pun tak nak ke kamu. Dia malu
dengan perangai kamu. Selama ni, dia sanggup terima kamu walaupun perangai kamu
tak elok. Tapi bila dah jadi macam ni, dia sendiri sudah tawar hati.” Bidas
Puan Zuli.
“Tapi mak dan
bapa still boleh pujuk dorang.” Kata Maya.
“Faham tak orang
dah tak nak?” Tengking Encik Zaidan.
“Lain kali,
sebelum buat apa-apa fikir dulu. Jangan main nak ikut kehendak sendiri. Dah tahu
orang tu tak suka awak. Diam sajalah. Tunggu masa yang sesuai. Ini tak
habis-habis dengan kebodohan diri.” Sambung Encik Zaidan selepas dia tenangkan
dirinya seketika.
“Tolonglah mak,
bapa.” Rayu Maya.
“Kalau kau nak
kahwin sangat, cari orang lain. Jangan nak terkinja-kinja lagi pada Hadif. Dia dah
tuduh kau tak bermaruah. Jangan nak jatuhkan maruah kau lagi.” Tegas Myra.
“Tapi Maya
sukakan Hadif.” Maya sudah menangis.
“Jangan jadi
bodoh.” Tengking Myra.
Myra memeluk
adiknya selepas menenangkan dirinya. Bahu Maya diusap.
“Find another
man that deserve you. That love you. Kau tak nak jadi macam Shaza? Dicintai dan
digilai Hadif sepenuh hati? Kalau kau kejar Hadif, kau tak akan dapat rasa
macam Shaza rasa. Tapi kalau kau boleh jumpa lelaki yang sayang dan cintakan
kau sepenuh hati, pasti kau akan rasa apa yang Shaza rasa sekarang.” Kata Myra
lembut memujuk hati adiknya.
Dia tahu yang Maya
selalu cemburukan Shaza. Hampir setiap hari ada saja perasaan tak puas hati
Maya pada Shaza. Dia tahu adiknya cemburukan Shaza. Jadi dia gunakan cara itu
untuk memujuk adiknya.
Maya angguk.
“Find another
man that willing to die for you.” Bisik Myra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan