SUBSCRIBE

Ahad, Ogos 28, 2016

KISAH PULA AKU 19

“Tak pasal-pasal kena serang semalam. Aku dah pesan banyak kali, kahwin. Kahwin. Sekarang dia dah ada tunang. Macam mana sekarang ni?” Bebel Lydia sebaik saja dia masuk ke bilik Shaza.
“Dah putus.” Balas Shaza selamba.
“Sebab kau kan?” Tanya Lydia.
Shaza diam.
“Kau tak malu ke sebab kau, dorang putus? Ini dah kira kau penyebab. Kau dah macam meruntuhkan masjid yang baru nak dibina.” Serang Lydia.
“Masjid belum dibina. Macam mana nak runtuh?” Balas Shaza.
Matanya masih lagi pada kertas-kertas cadangan kerja yang akan dihantar untuk tender dengan sebuah syarikat gergasi Negara. Walaupun Lydia sedang menyerangnya dengan api-api kemarahan, sedikit pun tidak mengganggu tumpuannya pada kertas kerja itu.
Lydia memandang Shaza dengan pandangan yang tajam.
“Kau dah dikira perampas tahu tak? Hadif dan Maya putus tunang sebab kau. Sekarang ni, kecoh satu office pasal korang. Dah berpuak. Ada puak Maya dan ada puak kau.” Marah Lydia.
Meja Shaza ditepuk sedikit. Suaranya ditinggikan sedikit. Dia pening kepala dengan pekerja di dalam syarikat ini. Setiap hari sejak pergaduhan antara Maya dan Shaza, mereka juga turut berperang. Walaupun penyokong Shaza adalah pihak majority tapi penyokong Maya lebih banyak bersuara. Kadang-kadang nampak seperti sengaja menimbulkan pergaduhan.
“Hakikatnya aku tak rampas Hadif.” Kata Shaza tanpa sedikit pun terganggu dengan amarah Lydia.
Bukan tak biasa. Dah selalu. Terutama semenjak Lydia dan Azfar secara rasminya menjadi pasangan kekasih. Lydia selalu bertemunya dengan marah-marah kerana dia mengabaikan perasaan Azfar. Kalau boleh, Lydia mahu Shaza menerima Azfar sama sepertinya. Lydia yang pelik.
“Hakikat apa? Apa hubungan kau dengan Hadif? Kawan? Dah macam lebih dari kawan. Nak kata couple? Kau sendiri menafikan. Dah tu? Apa hubungan korang? Hubungan tanpa nama? Lepas tu nak di compare dengan hubungan pertunangan. Kau rasa? Orang nak kata siapa yang salah? Mestilah kau.” Jerkah Lydia.
“Hubungan tanpa nama tu tak bermakna aku yang merosakkan hubungan dorang. Hubungan tu tak pernah dibina atas kehendak Hadif. In fact, Hadif tak tahu pun yang diorang dah ditunangkan. Dan lebih dari itu, Hadif memang tak sukakan Maya sejak dulu. Sebelum Hadif kenal aku lagi.” Terang Shaza.
“Apa pun, orang tetap akan salahkan kau.”
“Tapi aku tak bersalah. Kalau based pada undian, ramai yang berpihak pada aku. Bukan Maya. Mereka lebih tahu yang aku dulu berhubung dengan Hadif. Yang rapat dengan Hadif. Bukan Maya. So, apa yang kau nak memekak sangat? Just ambil pendapat majority dan lupakan golongan minority yang menyemakkan keadaan.”
“Senang saja cakap. Orang tak ada perasaan. Macam tu lah. Buat salah pun tak rasa apa-apa. Kau letak Tuhan kat mana? Insaflah.”
“Aku letak Allah dalam hati aku. Dalam setiap degupan nadi aku.”
“Orang kalau letak Tuhan dekat hati, tak adanya perangai macam kau ni. Geram tahu tak aku ni dengan kau? Dahlah degil. Azfar yang terkejarkan kau, kau tak nak. Hadif yang tu juga yang kau nak. Dahlah bila berdua, perangai tak pernah nak jaga. Pegang sana. Raba sini. Tak malu ke?”
Shaza cebikkan bibir. Kertas yang sudah siap disemak, disusun dan diteliti semula sebelum dimasukkan ke dalam fail.
Lydia diam sama. Hatinya marah dengan Shaza. Tapi dia pun tahu, Shaza bukan jenis manusia yang akan kisah apa pun yang berlaku di sekelilingnya. Dari kecil, itulah sikap Shaza. Langsung tak kisahkan orang lain. Dunianya hanya ada dia dan dia. Bezanya kini, dia ada Hadif.
“Cuba kau bagitahu aku. Macam mana caranya nak berbaikkan mereka ni?”
“Buat aktiviti masyarakat. Tak pun, buat event. Sukaneka ke. Makan malam ke.” Cadang Shaza.
Dia pun hairan dengan pekerja di sini. Sedangkan dia dan Maya tiada apa-apa sengketa lagi. Masih boleh buat kerja bersama. Atas dasar professionalism. Tapi mereka? Boleh main orang tengah atau tulis nota walhal tuan badan ada depan mata. Dia nampak sendiri dengan matanya. Tapi dia tak tahu kenapa sehinggalah Lydia memberitahunya tadi.
“Senang saja. Siapa nak uruskan semua tu?” bentak Lydia.
“Kau.”
“Senang betul cakap.”
“Dah kerja kau.”
Lydia mengajuk kata Shaza itu sambil mencebik-cebikkan mulutnya. Geramnya rasa hati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan