SUBSCRIBE

Isnin, Ogos 29, 2016

KISAH PULA AKU 20

Shaza memandang Hadif. Tangan kirinya melingkar ke pinggang Hadif manakala tangan kanannya diletakkan didada Hadif sebagai alas dagunya yang sedang memandang Hadif.
Tangan Hadif pula sebelah melingkar dibahunya manakala sebelah lagi dijadikan alas kepalanya. Hadif yang pelik kerana tidak suka tidur berbantal.
“Sayang.” Panggil Shaza manja.
“Darl.” Sahut Hadif.
“Dosa ke kita?” Tanya Shaza.
Hadif diam.
“Dosa ke kita ingkar kata ibu? Dosa ke kita sebab putuskan pertunangan you dengan Maya? Dosa ke kita sebab memecahbelahkan kedua belah keluarga?” Tanya Shaza.
Hadif masih diam.
“I think ibu betul. You should get married to whom ever that ibu choose. Barulah hidup kita takkan ada gangguan macam ni. Barulah urusan kita akan dipermudahkan.” Kata Shaza.
Hadif diam lagi. Dia mahu Shaza luahkan apa yang dia rasa. Dia hanya mahu mendengar. Akan tiba waktu untuk Shaza pula mendengar apa yang dia mahu perkatakan. Buat masa ini, dia hanya akan mendengar.
“Ayah tu pun risau. Dia sebagai ketua keluarga, pasti dia risau. Tengok kita dalam keadaan macam sekarang ni. Tapi kita pun tahu, keterbatasan ayah bila berhadapan dengan ibu. Kita sendiri tahu apa yang buat ayah jadi macam tu. Kalaulah ayah tak pernah buat perangai dulu, pasti dia takkan terbayangkan dosa silam dan rasa bersalah pada ibu. Tentu kita pun tak akan jadi macam ni, kan?” Sambung Shaza.
“Sebenarnya semua orang risaukan kita. Kak Aisya, abang Hazwan pun sebenarnya risaukan kita. Sayang, betul kata ibu, you should get married. Having a family. You pun dah makin berumur. Tak lama lagi dah nak masuk 29 tahun. Takkan you tak nak ada family. Ada anak?” Sambung Shaza lagi.
Hadif tetap diam.
“Or you want me to find out someone that really suite you?” Tanya Shaza.
Hadif masih lagi tetap diam.
“Ibu mungkin tak tahu citarasa you. Atau dia tahu tapi dia nak juga seorang wanita yang memenuhi criteria menantu pilihannya. Tapi I know you better. I tahu you suka perempuan yang macam mana. Should I?” Cadang Shaza.
Hadif tarik nafas dalam tapi tetap juga diam.
“Sayang, just say yes.” Desak Shaza.
“Dah habis dah?” Tanya Hadif.
Shaza angguk.
“Let’s sleep.” Ajak Hadif dan mengemaskan pelukannya.
“Sayang.” Pujuk Shaza.
“Darl.” Larangan dari Hadif.
“But.”
Hadif menarik Shaza untuk baring dibahunya. Dia memeluk Shaza dengan kedua-dua belah tangannya. Erat dan rapat dengan badannya. Menyelesakan dirinya dan Shaza.
“Darl, yang penting kita tahu apa yang kita buat tak pernah melanggar larangan Allah. Orang tak tahu apa yang kita tahu. Mereka nak tuduh apa pun, tak apa. You sendiri yang cakap. In fact, we agreed to make our married as a secret. Orang pandang. Biarlah. Darl, don’t lose you. I love you and your belief. I don’t care to what ever people want to said about us. We know who we are. We have a good reason to hiding the fact that we are officially married. Pernikahan kita sah. Kita ikut undang-undang Islam dan Negara. Kita tak kahwin di luar. Kita nikah di Pejabat Kadi. Cukup semua syaratnya. So, why bother with other people? Let they be. Darl. Seriously, don’t let people turn your belief.” Panjang lebar Hadif berkata bila dirasakan bahasa tubuh Shaza yang masih tidak berpuas hati dengannya.
Shaza rasa bersalah sedangkan dia yang minta untuk suatu perhubungan yang tiada komitmen. Dia sendiri yang minta Hadif menikahinya dengan syarat. Syarat yang mudah. Tak ada sesiapa boleh mengetahui tentang perkahwinan mereka dan mereka tak terikat antara satu sama lain. Hadif bebas dengan hidupnya. Begitu juga dia.
Tak ada komitmen seperti pasangan suami isteri yang lain. Shaza tak sukakannya.
“Tujuan kita bernikah adalah untuk menghalalkan sebuah perasaan. I love you and you too. Dan kita juga ingin menghalalkan satu perhubungan iaitu hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan kita halalkan dengan cara yang betul. Perasaan cinta itu berkembang dengan cara yang halal. Cuma salah kita, kita tak tinggal bersama. Kita tak hebahkan dan yang paling utama kita hidup seperti sepasang kekasih yang belum halal sedangkan kita sudah halal.” Sambung Hadif.
Sekali lagi rasa bersalah muncul dalam hati Shaza. Selama ini dia pegang semua itu. Tapi tekanan demi tekanan yang diberikan dari orang sekeliling terutama Lydia membuatkan dia sentiasa memikirkan tentang perkara itu.
“I told you before. I won’t get married to other girls. Not even ibu force. No way and no need. I have you. That all I need and I want it. I don’t care if we don’t have a baby. As long as I have you.” Kata Hadif.
Sedikit tekanan dari Shaza rasa terlerai dari mindanya. Dia tak suka setiap kali Shaza membangkitkan soal ibunya yang mendesaknya berkahwin. Dia faham apa yang Shaza rasa. Walaupun ibunya tidak tahu yang Shaza adalah menantunya tapi Shaza tetap mahu melakukan terbaik buat ibu mertuanya. Dia tahu itu. Dan dia cukup sedar terutama sewaktu dia selepas kemalangan dulu.
“Don’t try to please ibu and hurt me. Just don’t, darl. I’m your priority. Not ibu. Just please me. And please don’t push me again. Don’t ruin our happiness. Ibu? Let me handle it. Don’t ever bother about other thing.” Amaran dari Hadif itu didengar dan dihadam dengan baik oleh Shaza.
Dia juga berjanji untuk sentiasa ingat perkara itu. Dia tak mahu Hadif memarahinya. Hadif memang jarang marah tapi bila dia marah, Shaza sendiri rasa tak selesa. Ini cara Hadif. Marahnya bukan menengking. Marahnya melalui kata-kata yang membuatkan rasa insaf hadir dalam diri. Dan janjinya, Hadif tidak akan pernah sekalipun akan marah lagi.

Janji seorang isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan