Lydia memandang Shaza yang melintasinya. Begitulah keadaan Shaza bila dia lalu dan Lydia sedang bercakap dengan pekerjanya. Dia akan buat tak tahu dan terus berjalan melangkah tanpa khabar.
"Awak buat macam biasa. Kali ini pastikan kesalahan kecil-kecil tu tak ada," Kata Lydia dan segera mengejar Shaza.
"Shaza. Tunggu kejap." Halang Lydia.
Shaza berhenti bila namanya dipanggil. Dia pusing kebelakang dan menunggu Lydia menghampirinya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat sahabatnya itu.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Lydia.
"Keluar dengan Hadif. Dinner." Jawab Shaza. Bersahaja.
Lydia memandang jam dipergelangan tangannya. Dahi dikerutkan. Baru pukul 5.15 petang sedangkan waktu balik kerja adalah pukul 6 petang. Ada lagi 45 minit untuk tamat waktu kerja.
"Aku datang awal tadi sebab nak balik awallah. Tak payah nak kerut sangat dahi tu." Kata Shaza sambil ketawa halus.
Lydia angguk.
Sememangnya syarikat Dawi Network mengamalkan waktu kerja fleksible. Masuk awal, boleh balik awal. Masuk lambat, kena balik lambat. Janji waktu kerja cukup sembilan jam. Itu pun, sejam boleh digantikan pada hari Sabtu.
"Dare to spend your 15 minit?" Tanya Lydia.
Shaza ketawa sambil mengangguk.
Lydia mengajak Shaza masuk ke biliknya. Mereka duduk di ruangan sofa yang lebih santai dan sesuai untuk perbincangan yang santai.
"Aku nak minta tolong boleh?" Tanya Lydia.
"Shoot." Jawab Shaza.
"Kalau kau keluar dengan Hadif tu, tolonglah jaga sikit pergaulan tu. Tak manis orang pandang. Berkepit. Berpelukan dikhalayak." Pinta Lydia.
Shaza hanya mengangguk.
Dia tak mahu menjawab kerana perkara ini pernah buatkan dia dan Lydia bermasam muka. Hanya kerana dia membalas kata-kata Lydia. Dia tak mahu perkara itu terjadi lagi. Maka dia mengambil langkah bijak untuk diam dan angguk.
Buat tak buat, belakang cerita.
"Satu lagi. Bila nak start bertudung?" Tanya Lydia. Kali ini lebih santai.
"Tu lah. Hadif pun tanya. Aku pun duk tanya diri. Sedia tak nak bertudung?" Jawab Shaza.
"Tunggu sedia, memang sampai bila-bila tak akan bersedia. Bila rasa nak buat tu, buat saja." Kata Lydia.
"Samalah apa yang kau cakap ni dengan Hadif cakap. Hadif tu siap bagi tudung dekat aku. Setiap kali dia belikan pakaian untuk aku, set lengkap dengan tudung. Cuma aku saja, simpan." Kata Shaza.
Perasaannya tersentuh setiap kali orang bertanyakan tentang tudung. Namun, dia tak pernah terasa hati dengan teguran itu. Malahan bersyukur, ada yang masih sayangkannya kerana itu mereka menegurnya.
"Peliklah Hadif dengan kau ni. Aku tengok elok saja korang. Solat jaga tapi bab pergaulan. Hampeh." Luah Lydia.
Shaza senyum dan terus bangun.
Dia tak suka orang komen hubungannya dan Hadif. Itu hal peribadinya. Urusannya. Orang lain jangan masuk campur. Not even a single words.
Dan dia sudah beri Lydia banyak kali amaran. Jangan sibuk halnya dan Hadif. Dia masih boleh tahan bila Lydia minta dia menjaga pergaulan bila dengan Hadif. Tapi bila Lydia sudah mula mempersoalkan, dia rasa perlu pergi dari situ supaya tidak timbul pertelingkahan antara mereka berdua.
Dia langsung tak kisah sesiapa pun nak mengutuk hubungannya dengan Hadif tapi bukan Lydia. Lydia adalah insan yang paling dia sayang di dalam dunia ini. Dia tidak punya keluarga. Tiada ibu dan bapa. Tiada adik-beradik. Jadi, Lydia dan Azfar sudah dianggap keluarganya. Mereka dah berkenalan sejak kecil. Dan sama-sama mengharungi hidup di rumah kebajikan.
"Shaza." Panggil Lydia.
"Tak apa, Lydia. Aku maafkan aku." Kata Shaza dan terus berlalu.
Lydia menarik nafas dalam. Rasa kesal dengan sikap Shaza yang langsung tidak boleh ditegur. Bila bab Hadif saja, pasti dia akan melenting.
"Lantak kau, lah."
Lydia bangun dan menuju ke meja kerjanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan