Hadif terus melangkah ke rumah Shaza. Hatinya gundah. Jiwanya tak tenteram. Dia perlu berjumpa dengan dia yang sentiasa mendamaikan hatinya. Saat pintu terbuka, ruang hadapan sudah gelap. Hanya diterangi oleh lampu sisi di antara televisyen dan beranda.
Kaki dihayun menuju ke bilik Shaza. Dilihat Shaza sedang lena tidur membelakanginya. Hati yang rawan tadi kembali tenang. Tanpa sebarang ayat. Tak perlu dipujuk rayu. Dia mampu tenang hanya dengan melihat Shaza.
Dia membuka pakaiannya dan terus menuju ke tandas yang terletak di dalam bilik ini. Dia mahu mandi. Sekadar membasahkan dirinya agar segar dan tenang. Wuduk diambil. Sedar diri masih belum menunaikan solat Isyak.
Selesai solat, dia terus baring sebelah Shaza. Tubuh Shaza dipeluk dari belakang. Ditarik tubuh itu dekat dengannya. Perlahan-lahan kepala Shaza diangkat untuk diletakkan dilenggannya. Kemudian, sebelah tangannya memeluk pinggang Shaza.
Shaza tersedar. Saja dia biarkan dulu. Mana mungkin dia tak sedar. Sentuhan yang bisa menyamankan mindanya dan menenangkan hatinya.
"I cuti hari ni." Kata Shaza sambil menahan tangan Hadif yang sudah merayap ditubuhnya.
Badannya dikalihkan dan menghadap Hadif. Sebuah ciuman pantas hinggap dibibir Hadif.
"Kenapa?" Tanya Hadif.
Shaza kerut dahi.
"Allah bagi cuti." Jawab Shaza.
"I thought you nak kata ambil cuti kerja." Kata Hadif sambil ketawa kecil.
"Apalah dia ni."
Shaza senyum dan terus memeluk tubuh Hadif. Mereka berpelukan dan bibir Hadif sentiasa diubun Shaza. Dia masih teringat kejadian tadi. Dan kejadian lampau yang telah mencarik-carik hatinya setiap kali kata-kata hinaan dilemparkan ibunya pada Shaza.
Walaupun bukan dihadapan Shaza, tapi dia tetap tak suka. Padanya Shaza seorang wanita yang perlu dihormati dan disanjungi. Salah Shaza cuma dia tidak punya keluarga. Kerana itu, ibunya tidak menerima Shaza.
"Kenapa?" Tanya Shaza.
Kepalanya diangkat untuk memandang Hadif.
Hadif geleng.
"Ibu?" Teka Shaza.
Hadif angguk.
"I don’t care what ever pun ibu nak cakap. Tak ada dosa ibu pada I. I bukan sesiapa pun..."
"You are my precious." Potong Hadif.
"No. Selagi you macam ni, selagi tu I umpama pintu neraka untuk you. Keep arguing with ibu. Derhaka namanya Hadif. Call ibu sekarang. Minta maaf dengan ibu." Marah Shaza.
Hadif diam.
Shaza duduk.
"Hadif." Panggil Shaza. Tegas.
"Darl. Don’t do this to me. Don’t push me."
Hadif juga turut duduk menghadap Shaza.
"Sayang. Please. I tak nak you derhaka. Kalau you sempat minta maaf, tak apa. Buatnya tak sempat? You nak menyesal seumur hidup? Dunia dan akhirat?" Pujuk Shaza dalam keadaan tegas.
"You dengan ibu suka paksa I."
Hadif mengalah. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor ibunya.
"Ibu tak angkat. Dah tidur agaknya." Kata Hadif sambil menunjukkan telefonnya pada Shaza.
"Allah. Ibu merajuk dengan you ke? Try call ayah." Shaza sudah mula risau.
Hadif mematikan talian dan terus menelefon ayahnya.
Tanpa mereka sedar, sebenarnya Encik Hairi sudah menjawab panggilan Hadif tadi. Dia dengan betapa risaunya Shaza bila isterinya tidak menjawab panggilan Hadif.
Telefonnya yang berbunyi, segera diangkat. Dia tak mahu tidur isterinya terganggu. Takut nanti isterinya bangun terkejut.
"Ayah, ibu ada?" Tanya Hadif usai memberi salam.
"Ibu tidur." Jawab Encik Hairi.
"Tak apalah macam tu ayah." Kata Hadif.
"Yelah. Ayah hang up dulu." Kata Encik Hairi.
"Ibu tidur." Kata Hadif pada Shaza.
"Kenapa tak minta ayah kejutkan ibu?" Shaza memarahi Hadif.
"Ibu dah tidur, kan? Buat apa nak ganggu?"
"You. You tau tak I ni risau? Risau kalau you tak hidu bau syurga sebab tak minta maaf dengan ibu. I sangat serius." Tegas Shaza.
Encik Hairi segera mematikan talian. Dia tidak mematikan talian tadi kerana ingin memastikan Hadif pulang ke rumah atau melencong. Dan bila terdengar suara Shaza, dia sedikit kecewa. Namun bila mendengarkan butir bicara Shaza buatkan dia sedar, didunia ni tiada siapa yang sempurna.
Bila saja telefonnya berbunyi, segera dia mengejutkan isterinya. Berkerut muka isterinya bila dia mengunjurkan telefon bimbitnya.
"Kenapa ibu yang kena jawab? Ini kan telefon ayah." Tanya Puan Rozi.
"Jawab sajalah." Balas Encik Hairi.
"Ya, Hadif. Kenapa ni?" Tanya Puan Rozi sebaik talian bersambung.
"Ibu, Hadif minta maaf lukakan hati ibu." Pinta Hadif.
"Itu saja?" Tanya Puan Rozi.
"Ya, Ibu." Jawab Hadif.
"Ibu sentiasa maafkan anak-anak ibu. Ibu sayang anak-anak ibu. Mestilah ibu tak nak anak-anak ibu susah di akhirat nanti." Balas Puan Rozi.
"Terima kasih, ibu. Hadif sayang ibu." Ucap Hadif sebelum berpamitan.
"Ibu pun sama."
Belum sempat talian hendak dimatikan, telefon itu segera dirampas oleh Encik Hairi. Dia menyuruh isterinya diam sementara jarinya mencari butang speaker.
"Happy? Ibu dah maafkan saya." Suara Hadif kedengaran dicorong telefon.
"Wajiblah. You are such a good boy. No wonder ibu sayangkan you sangat-sangat. You are nice and loving person. Ibu is your priority. Insya Allah, syurga untuk you." Doa Shaza.
Mendengarkan saja suara Shaza membuatkan darah Puan Rozi naik. Dia cuba merampas telefon bimbit suaminya namun berjaya ditepis suaminya. Namun, hatinya tersentuh dengan kata-kata Shaza itu. Tapi egonya tidak membenarkan rasa itu terus menguasai hatinya.
Sekali lagi telefon bimbit itu cuba dirampas tapi dengan pantas suaminya mematikan talian.
"Kenapa awak ni?" Marah Puan Rozi.
"Pergi tidur. Sekarang, ibunya." Arah Encik Hairi. Tegas.
"Saya tak puas hati lagi ni." Kata Puan Rozi.
"Saya suami awak arahkan awak tidur semula. Sekarang." Encik Hairi menggunakan kuasa vetonya.
Terus saja Puan Rozi baring dan menarik selimut. Rengusan berat dikeluarkan tanda protest.
Encik Hairi senyum.
Dia tahu yang hati isterinya telah tersenyuh dengan kata-kata dari Shaza tadi. Sedangkan hatinya tersentuh apatah lagi hati seorang ibu. Namun, dia juga tahu yang isterinya seorang yang sangat ego.
Biarlah. Lama-lama nanti, dia akan terima juga Shaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan