SUBSCRIBE

Isnin, Ogos 08, 2016

KISAH PULA AKU 8

Hadif masuk ke rumah Shaza. Dia menuju ke dapur dimana Shaza berada. Terus dia naik duduk di atas ‘island kitchen’ yang menghadap Shaza yang sedang masak.
“Dah makan?” Tanya Shaza.
Hadif geleng sambil menayangkan giginya.
Shaza senyum membalas sengihan Hadif itu. Matanya kembali ke kuah sup yang sedang dimasaknya. Mujur dia masak lebih. Niat dihati tak mahu makan nasi. Jadi dia masak lebih agar perutnya kenyang menggantikan nasi.
“Nasi tak masak. Tadi ingat nak makan sup saja. Kejap, nak masak nasi.” Kata Shaza.
Mindanya mula merangka untuk masak makanan lain juga. Dibuka peti sejuk dan dilihatnya masih ada baki asparagus yang masih belum masak. Dikeluarkan. Kemudian barulah dia pergi ambil periuk untuk menanak nasi.
Sewaktu dia sedang membasuh nasi, Hadif datang dan memeluknya dari belakang. Kepalanya diangkutkan dibahu Shaza. Tangan hadif memegang tangan Shaza dan diikut rentak tangan Shaza bergerak. Bibirnya membaca perlahan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Shaza cuma biarkan saja. Sebuah senyuman diberikan kepada Hadif dan sebuah kucupan penuh dengan kasih sayang dihadiahkan dipipi Hadif.
Shaza menolak sedikit tubuh Hadif untuk membolehkan dia bergerak untuk meletakkan periuk itu ke tempat masaknya. Tapi Hadif terus mengambil periuk itu dan dia yang meletakkan periuk itu ke tempatnya. Dengan segera dia kembali memeluk Shaza yang sedang membasuh asparagus.
“Apa kena ni? Duk menempek saja.” Tegur Shaza.
Hadif hanya diam.
Shaza turut diam bila tiada balasan dari Hadif. Dia hanya biarkan saja Hadif dengan tingkah laku peliknya. Malas dia mahu bertanya atau mendesak. Yang dia tahu, Hadif sedang mahu bermanja dengannya.
Selesai masak dan makan, Hadif mengambil kerja mengemas manakala Shaza membasuh. Usai mengemas meja makan dan dapur masak, Hadif kembali memeluk Shaza dari belakang. Kali ini tangannya melingkar ke pinggang Shaza. Belakang Shaza dikucupnya lembut.
“Terlepas pula pinggan ni karang.” Kata Shaza yang mula geli.
Hadif menghentikan perbuatannya dan fokus pada tangan Shaza yang sedang bekerja. Kepala yang disangkut dibahu Shaza ditoleh, mendekatkan bibirnya dengan telinga Shaza.
“Macam mana kalau this is our last moment together?” Tanya Hadif.
“I always feel that way. Always.” Jawab Shaza.
Senyuman tersungging dibibirnya. Sememangnya, sejak mula hubungan mereka terjalin, Shaza selalu rasakan saat mereka bersama adalah saat terakhir mereka. Oleh itu, dia sentiasa mahu buat yang terbaik untuk Hadif.
“Kalau ini sememangnya yang terakhir?” Tanya Hadif.
“I always prepared and ready for that being happen. Hubungan yang tiada kepastian macam ni, apa yang saya harapkan?” Kata Shaza.
“We mean it.” Cadang Hadif.
“Hadif. You tahukan kenapa kita cuma boleh sekadar ini?” Tanya Shaza.
Hadif diam.
Shaza memalingkan tubuhnya dan menghadap Hadif. Tubuh Hadif turut dipeluknya. Kepalanya didekatkan didada Hadif. Menyelesakan dirinya begitu.
Hadif mengeratkan lagi pelukannya. Dia sangat suka bila Shaza begitu. Terasa seperti dia sangat diperlukan dan pelindung seorang wanita bernama Shaza. Kerana Shaza seorang wanita yang tak perlukan perlindungan dari seorang lelaki. Bila dia diperlakukan begitu, terasa bangga.
Namun, pelukan dari Hadif tidak pernah gagal untuk menaikkan keghairahan Shaza. Ditambah dengan degupan jantung Hadif yang makin kencang. Pasti saja menghantar mesej, Hadif juga turut rasa apa yang dia rasa.
Jika tadi pelukan yang menyelesakan, kini pelukan itu sudah menjadi sentuhan-sentuhan hangat yang membawa mereka keluar dari dapur. Sedang mereka baru hendak mengekspresikan rasa ghairah, loceng dipintu rumah Shaza berbunyi.
“Abaikan, darl.” Rayu Hadif.
Shaza bangun tanpa menghiraukan rayuan itu. Dia menyarung semula pakaiannya dan berjalan menuju ke pintu rumah. Sekali lagi loceng dibunyikan orang diluar. Shaza melangkah laju. Pintu dibuka perlahan. Menjengahkan kepalanya keluar sedikit.
“Azfar.” Nama itu disebut Shaza.
“Shaza, aku nak cakap sikit.” Kata Azfar.
Shaza keluar. Pintu ditutup. Dia menyandarkan dirinya dipintu sambil memeluk tubuh. Matanya tepat memandang Azfar. Menanti butir perkataan yang akan keluar dari mulut Azfar.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta.” Kata Azfar.
“Azfar, aku dah katakan. Kita hanylah sekadar kawan. Tak lebih dari itu. Dari dulu lagi aku dah terangkan pada kau. Kita tak mungkin akan ada apa-apa hubungan lebih dari seorang kawan. Tapi kalau kau macam ni, mungkin boleh jadi teruk dari seorang kawan. Kau nak jadi musuh aku?” Kata Shaza.
“Aku tahu. Kau memang dah tak akan bagi peluang pada aku. Rasa cinta untuk kau, tak pernah mati. Tapi lelakikan memang diberikan kelebihan untuk mencintai lebih dari seorang wanita dan aku terjatuh cinta pada seorang lagi wanita. Lydia.” Kata Azfar.
“Jadi, kau jumpa aku ni kenapa?” Tanya Shaza.
“Aku cuma ingin minta persetujuan kau untuk aku mencintai Lydia juga.” Kata Azfar.
“Kau tak perlukan persetujuan aku. Aku bukan sesiapa dalam hidup kau.” Balas Shaza.
“Darl, siapa tu?” Laungan dari Hadif itu mengundang pandangan tajam dari Azfar.
Shaza buat tak endah. Sedikit pun tiada riak cuak atau bersalah dari air mukanya. Malahan bila Hadif keluar, dia langsung tidak cemas. Tingkahnya bersahaja saja.
“Kenapa kau ada di rumah Shaza?” Tanya Azfar.
“Berkenaan dengan hal tadi tu. Aku rasa tempat yang patut kau pergi sekarang ni adalah rumah Lydia. Pergi bagitahu dia. Lagi cepat kau bagitau dia, lagi cepat urusan korang. Lagi bagus, kan?” Kata Shaza.
“Azfar fall in love with Lydia?” Tanya Hadif pada Shaza.
Shaza angguk.
“Alhamdulillah. Congratulation, bro.” Kata Hadif berjabat tangan dengan Azfar sambil memeluk Azfar.
Shaza menarik Hadif dari memeluk Azfar. Azfar tidak biasa begitu kerana mereka tidak dibesarkan dengan cara berpelukan begitu. Tindakan Hadif yang memeluk Azfar akan terasa seperti mengambil kesempatan.
“Shaza, kenapa Hadif ada dirumah kau ni?” Tanya Azfar.
“Bukan urusan kau.” Jawab Shaza.
“Korang tinggal serumah? Korang berzina? Tak sangka Shaza kau seteruk ini.” Tuduh Azfar.
Dia terus berlalu dan mengabaikan panggilan Hadif yang menafikan tuduhannya itu. Dia lebih percayakan apa yang dia nampak. Hadif keluar tanpa baju. Hanya memakai boxer. Jadi, salahkah apa yang dia fikirkan.
“Bro, apa yang kau fikir tu salah.” Laung Hadif lagi.
Hadif ingin mengejar Azfar bila dilihat Azfar tidak mengendahkan penjelasannya.
Shaza menahan.
“Biarkan saja.”
“Tapi.”
“Biarkan.”
Dan Shaza terus masuk ke dalam rumah.
Hadif berada dipersimpangan. Antara larangan Shaza dan tanggapan Azfar. Hakikatnya, dia dan Shaza tidak tinggal bersama. Itu yang cuba diterangkan pada Azfar. Dan paling utama, dia tak mahu Shaza kehilangan seorang sahabat baik hanya kerananya.
Hadif mengambil keputusan untuk mengejar Azfar. Kakinya disarungkan selipar. Dan langkahnya kemas menuju ke arah lif.
“Bro. Kau salah faham ni. Rumah aku dekat atas. Aku saja datang rumah Shaza. Kitorang makan malam sama-sama.” Beritahu Hadif.
“Dengan boxer tanpa baju?” Tanya Azfar.
Hadif memandang tubuhnya. Dia senyum. Malu.
“Tak payah nak terangkan apa-apa.” Dan Azfar terus berlalu masuk ke dalam lif yang kebetulan sudah terbuka.
Hadif berjalan masuk ke rumah Shaza. Shaza hanya memandangnya sehingga dia duduk disebelah Shaza diruang tamu.
“Bestkan buat kerja sia-sia?” Kata Shaza.
“I just tak nak you hilang kawan you. He’s your bestfriend, kan?” Balas Hadif.
“I tak kisah pun. Kalau dia bestfriend I, dia akan tanya bukan jump to conclusion.” Balas Shaza pula.
Hadif diam. Dia baring diatas sofa panjang. Digamitnya Shaza untuk baring diatas badannya. Shaza hanya menurut. Dia menongkat dagunya didada Hadif.
“Darl, semua orang akan fikir yang sama macam Azfar fikirkan.” Hadif cuba buat Shaza berfikir.
“Kawan yang baik, dia akan dengar dulu penjelasan. Bukan penuhi mindanya dengan semua tuduhan. Dan yang paling penting, dia tak akan terus melemparkan tuduhan.” Terang Shaza.
“Korang dah kawan lama sangat.”
“Dan kerana itu, dia kena faham.”
“Tak ada orang yang waras akan faham.”
“Maknanya dia tak waras.”
Dan hadif sudah malas mahu memujuk bila setiap patah katanya dipatahkan oleh Shaza dengan mudah. Dia sedar, walaupun wajah Shaza tidak beriak kecewa, namun hatinya penuh dengan kesedihan. Kerana dia tahu, itulah cara Shaza untuk melawan rasa sedihnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan