SUBSCRIBE

Selasa, Ogos 09, 2016

KISAH PULA AKU 9

“Hoi, termenung pula kau!” Jerkah Lydia.
Azfar cuma tersenyum tawar. Dia masih mempertimbangkan sama ada ingin memberitahu Lydia atau menyimpan rahsia Shaza dan Hadif. Hatinya memberontak untuk memceritakan keburukan Shaza itu namun mindanya menghalang.
“Kau ni, makan pun tak selera. Dah kenapa? Shaza tolak kau?” Lydia cuma menyerkap jarang.
Azfar tunduk.
“Ala, bukan pertama kali Shaza tolak kau. Dah berkali-kali kau ditolak. Tak immune lagi ke?” Sambung Lydia.
“Aku tak kisah kalau dia tolak aku dah. Tapi...” Kata-kata Azfar mati disitu.
Masih memikirkan tindakannya. Masih memikirkan baik buruk dari perbuatannya nanti. Bagaimana penerimaan Lydia? Bagaimana hubungan mereka nanti. Adakah dia sanggup untuk melihat dua sahabat baik ini berantakan? Dan setiap persoalan itu sudah difikirkan sejak dia memutuskan untuk bertemu dengan Lydia.
“Dah tu apa masalahnya?” Tanya Lydia sambil menyuap kentang goreng ke mulutnya.
Azfar diam.
“Apa masalahnya?” Jerkah Lydia sambil menepuk meja.
“Aku suka kat kau.”
Azfar yang terkejut terlepas salah satu perkara yang menyesakkan kepala otaknya. Walaupun masih dalam keadaan terkejut, dia lega. Sekurang-kurangnya yang keluar dari mulutnya bukan tentang Shaza. Dia tak tahu apa penerimaan Lydia.
“Kau ni buat lawaklah. Cepatlah. Bagitahu apa yang kau tengah semak kepala otak sangat sekarang ni?” Tanya Lydia sambil menahan tawanya.
“Aku seriuslah ni. Aku dah mula jatuh cinta pada kau.” Azfar menegaskan tentang perasaannya.
“Habis tu, Shaza macam mana?” Tanya Lydia.
Walaupun dia tahu Shaza tak mencintai Azfar, tapi dia mahu Shaza dijaga oleh seseorang yang dia percaya. Dan dia percayakan Azfar kerana dia tahu Azfar sangat mencintai Shaza. Dan apa yang dia percaya adalah, seorang lelaki boleh menjaga seorang perempuan yang dicintainya melebihi dirinya.
“Semalam aku dah pergi rumah Shaza. Aku dah bagitahu dia. Dia suruh aku bagitahu kau. Sekarang kau dah tahu. Apa jawapan kau?” Tanya Azfar.
“Kau masih cintakan Shaza?” Tanya Lydia pula.
“Aku lelaki. Dan Allah ciptakan lelaki itu boleh mencintai lebih dari seorang perempuan. Cinta aku pada kau dan Shaza. Aku tahu,agak mustahil untuk memiliki Shaza tapi aku mahu memiliki kau.” Luah Azfar.
Lydia juga tahu kebenarannya. Dan dia tahu kenapa agak mustahil lelaki ingin memiliki Shaza. Azfar juga tahu. Rahsia yang hanya mereka bertiga yang tahu. Lydia, Azfar dan Shaza. Kalaupun ada orang luar yang tahu, itu mungkin pengetua rumah kebajikan yang mereka tinggal dulu. Itu pun dia tak tahu keseluruhan cerita.
“Kau boleh bagi aku masa untuk berfikir?” Tanya Lydia.
“Boleh. 5 minit dari sekarang.” Jawab Azfar.
“Azfar, aku tak main-main.” Kata Lydia.
Azfar buat tak tahu dan memandang jamnya. Memastikan benar-benar 5 minit yang sedang bergerak.
“Okey, fine. 5 minit start sekarang.” Kata Lydia.
Azfar geleng.
“Azfar.”
Geram betul hati Lydia bila Azfar begitu mendesak seperti itu. Dia sendiri sebenarnya tahu perangai Azfar yang suka mendesak itu. Tapi tidak sangka pula dalam perkara begini juga. Dan Azfar betul-betul mendesaknya tika ini. Otaknya tidak mampu untuk memikirkan baik buruk untuk menerima Azfar.
“Habis. So, jawapannya?” Tanya Azfar.
“Aku tak ada jawapan.” Jawab Lydia.
“Okey. Aku tahu dah jawapan. Lepas ni, panggil aku abang. Jangan nak aku kau lagi. Sila hormat kekasih hati kau ni. Tahu?”  Putus Azfar.
“Mana boleh macam tu.” Bantah Lydia.
“Kenapa tak boleh. Cuba panggil aku abang. Aku nak dengar sekarang.” Desak Azfar.
“Azfar, bagi aku masa untuk terima semua ni.” Pinta Lydia.
“Abang.”
“Azfar.”
“Abang.”
“Abang, bagi aku masa.”
Azfar geleng.
“Please.”
Azfar geleng.
“Abang, tolonglah bagi aku masa untuk terima semua ni. Untuk biasakan diri dengan kau.”
Azfar geleng.
“Tolonglah. Susah sangat ke nak bagi aku masa? Bagi aku ruang macam mana kau pernah bagi pada Shaza.” Rayu Lydia untuk kesekian kalinya.
“Abang belajar dari kesilapan lepas. Sebab abang bagi masa pada Shaza, bagi ruang pada Shaza, abang melepas. So, sekarang, abang tak nak bagi sayang masa dan ruang. Abang nak sayang terima semua ini dengan cepat. Dan cepat itu maknanya sekarang.” Kata Azfar. Lancar.
Terkedu Lydia bila Azfar memanggilnya ‘sayang’. Pertama kali dalam hidupnya, seorang lelaki memanggilnya dengan panggilan sayang dan rasa sayang itu mengalir terus ke hatinya.
Lydia tunduk dan angguk.
Perasaan malu mula terbit dalam dirinya.
Azfar senyum. Dia tahu Lydia sudah menerimanya. Tengok pada merah dipipinya saja sudah tahu. Perasaan Lydia sudah tumbuh untuk dirinya.
“Weh, apahal yang merah muka kau ni?”
Shaza yang entah dari mana muncul menegur mereka. Lydia dan Azfar saling berpandangan sebelum mengalih pandangan mereka kepada Shaza.
Tak sangka, punyalah besar bangunan AEON Bukit Tinggi ini, masih lagi boleh terserempak dengan Shaza.
Lydia bangun dan terus memeluk Shaza. Erat.
“Dia lamar aku.” Bisik Lydia.
“Seriusly?”
Shaza menolak Lydia. Meleraikan pelukan itu seketika. Matanya merenung tepat ke mata Lydia untuk memastikan berita gembira yang baru disampaikan Lydia tadi.
Lydia angguk.
“Alhamdulillah.”
Dan Shaza terus memeluk Lydia tanda tahniah dan dia benar-benar gembira.
“Wow, happy nya. Did i miss something?” Hadif yang mendekati mereka menegur.
Shaza melepaskan pelukan Lydia dan terus berjalan mendekati Hadif. Dia memeluk lengan Hadif dan mendekatkan bibirnya ke telinga Hadif.
“Lydia dan Azfar. Azfar lamar Lydia.” Bisik Shaza.
“Seriusly?” Tanya Hadif memandang Shaza.
Shaza angguk.
Hadif segera mendekati Azfar. Dia ingin memeluk Azfar tanda syukur dan tahniah. Tapi Azfar berdiri dan terus menarik Lydia. Terpinga-pinga Hadif tika itu. Shaza datang mendekati Hadif. Pinggang Hadif dipeluk.
“Did I done something wrong?” Tanya Hadif.
“Kita tak boleh salahkan orang yang sedang salah faham pada kita. Apa pun yang kita buat, dia akan anggap kita salah sehingga dia perbetulkan fahamannya.” Kata Shaza.

Belakang Hadif diusap. Dia tahu Hadif sedih. Dia kenal jiwa Hadif yang terlampau sensitive bila berkaitan dengan hubungan. Walaupun mereka baru bersama 3 tahun, tapi banyak perkara tentang Hadif yang dia tahu melebihi apa yang keluarga Hadif sendiri tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan