Lydia masih kalut mencari kunci kereta Azfar yang disimpannya. Sewaktu mereka sudah masuk ke dalam pusat membeli-belah tadi, dia tertinggal telefon yang dikeluarkan dari beg tangannya. Lantas dia meminta kunci pada Azfar dan terus memasukkan kunci tersebut ke dalam beg tangannya. Dan kini, dia sedang kalut mencari memandangkan beg tangannya yang besar itu banyak barang.
"Cepatlah." Gesa Azfar yang sedang berdiri di sisi pintu belakang kereta belah penumpang.
"Kejaplah. Kau jangan paksa macam ni. Buat aku lagi serabut. Lagi lambat nak jumpa. Sabar kejap boleh tak?"Marah Lydia sambil tangannya tak henti mencari kunci. Matanya masih tertumpu pada beg tangannya.
Azfar tiba-tiba terpandang sepasang pasangan yang baru saja lalu dihadapannya. Sangat mesra dan bahagia. Hatinya sedih melihat betapa Shaza sangat berlainan bila dengannya. Kalau dengannya, jangan harap mahu sentuh tangan pun. Tapi bila Shaza dengan Hadif, dia biarkan saja Hadif memeluk pinggangnya. Dan Shaza sendiri tanpa segan silu memeluk pinggan Hadif dan melentok manja dibahu lelaki itu.
Tanpa sedar, kakinya sudah melangkah ke belakang keretanya untuk melihat pasangan itu. Dapat dilihatnya pasangan itu berhenti dan Shaza sedang merayu manja pada Hadif.
"Dah jumpa. Nak." Lydia menghulur kunci ke depan muka Azfar.
Azfar mengambil kunci kereta itu tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya pada pasangan tadi. Tanpa sengaja, tangannya tertolak Lydia yang sedang memusingkan dirinya. Jeritan Lydia yang sedang tidak stabil telah mengundang tindakan refleks dari Azfar untuk menyambar tubuh itu dari terjatuh.
"Woi. Position tak ingat." Tegur Shaza pada pasangan yang sedang saling berpandangan itu.
Dia nampak bagaimana Azfar menyambut Lydia dari terjatuh. Namun, tidak disangka mereka akan saling berpandangan dan pegun dalam posisi tersebut. Sudah seperti aksi didalam drama hindi.
Lydia terus bangun dan berdiri tegak. Dia sudah tersipu malu. Tidak disangka akan ditangkap dalam keadaan begitu. Sangat memalukan.
Azfar juga berdiri tegak. Dia mengosok belakang kepalanya yang tidak gatal. Rasa janggal mula terbit dalam hatinya.
"Darl, don't show your jealousness." Kata Hadif.
"Mana ada." Shaza menafikan.
"Kau nak jealous apanya? Bukan ada apa-apa pun aku dengan Azfar. Tadi tu terjatuh. Azfar cuma sambut. Kalau tak, jatuhlah aku dekat situ. Mesti aku malu gila." Nafi Lydia. Keras. Dan terus berlalu ke kereta Azfar tempat duduk penumpang.
Shaza hanya ketawa dengan jawapan Lydia itu. Dia nampak Azfar yang cuba selamatkan Lydia dari terjatuh namun tidak sangka mereka akan pegun di situ sehinggalah dia menegur.
Namun, sedikit pun dia tidak rasa apa-apa. Dia cuma cemburukan Lydia kerana melalui momen yang sangat dia impikan untuk berlaku. Terjatuh, disambut dan mata saling bertatapan dan akhirnya jatuh cinta.
"Kau balik sekali ke apa?" Tanya Lydia. Keras suaranya.
"Tak. Aku tak masuk office. Aku terus balik." Jawab Shaza.
"Kenapa?" Tanya Lydia lagi.
"Celebrating our third's anniversary." Jawab Hadif.
"Anniversary? Kau kata tak ada pape hubungan dengan Hadif." Tanya Lydia.
"Bila pula?" Tanya Shaza pula.
"Dulu, aku tanya kau. Kau kata tak ada. Baru-baru ni pun aku tanya, kau kata tak ada juga." Jawab Lydia.
"Kau tanya aku couple ke dengan Hadif. Aku jawap je lah tak." Balas Shaza.
"Dah tu? Ini korang celebrate anniversary apa?" Tanya Lydia.
Shaza dan Hadif saling berpandangan dan berbalas senyum.
Azfar berdehem.
"Kitorang gerak dulu." Kata Azfar.
Dia tak mahu mendengar jawapan lain. Cukup dia tahu yang Shaza menafikan hubungan cintanya dengan Hadif. Itu saja yang dia mahu tahu. Yang lain, bukan masalahnya. Dan satu perkara yang pasti, dia masih berpeluang untuk mendekati Shaza kerana Shaza bukan milik sesiapa.
"Okey. See you when I see you." Balas Shaza.
Dia dan Hadif turut berlalu. Tangan mereka masih berpelukan tanpa segan silu.
"Apa nak jadi Shaza tu? Kalau dengan Hadif, mata aku memang sakit memandang. Berpelukan. Langsung tak malu. Walaupun dikhalayak ramai." Rungut Lydia sewaktu kereta yang dipandu Azfar melintasi pasangan itu.
"Patut kau tegur dia. Bukan cakap belakang. Dia kawan kau kot. Tak baik mengumpat dia." Tegur Azfar.
"Aku dah pernah tegur dia. Dia buat tak kisah saja." Balas Lydia.
"Berapa kali kau tegur?" Tanya Azfar.
"2-3 kali dah." Jawab Lydia.
"Tegurlah selalu dan tegurlah dengan penuh hikmah. Jangan sampai menyakitkan hatinya dan jangan sampai hubungan baik korang terjejas." Balas Azfar.
"Dia dah besarlah. Boleh fikir baik buruk."
"Mungkin dia masih belum nampak keburukannya."
"Takkan tak nampak? Obvious kot apa yang dia buat tu salah."
"Nampak dengan mata dan nampak dengan hati tak sama, Lydia. Kau kena sedarkan dia dari mimpi indah yang hanya khayalan keseronokan dunia. Bimbing dia, bukan mencelanya." Kata Azfar.
Sebuah keluahan dilepaskan Lydia.
"Yalah." Balasnya.
"Ingat. She's your bestfriend. Tugas kau untuk mendidiknya mengikut jalan yang lurus. Dia tak ada keluarga untuk membimbingnya. Mulakan dengan auratnya. Solatnya." Cadang Azfar.
"Weh, dia solat jagalah. Masuk waktu, dia akan terus berhenti buat kerja dan terus solat. Dia sangat menjaga solatnya." Kata Lydia mempertahankan Shaza.
"Menjaga waktu solat belum tentu solatnya betul. Kalau solatnya betul, diri dia sendiri akan dipelihara. Tengoklah dia? Dengan tak bertudung. Mujur baju yang dipakainya longgar." Kata Azfar.
"Itu kan lebih baik dari pakai tudung tapi baju ketat. Nampak bentuk badan. Terjojol sana sini." Bidas Lydia.
Azfar terpaksa angguk kerana itulah kebenaran tentang aurat rakyat Malaysia. Pakai tudung tapi baju ketat. Ikut bentuk badan. Dia yang memandang pun tak payah nak bayangkan apa-apa kerana dah tahu bagaimana bentuk badan mereka.
"Tapi macam mana pun, tetap juga Shaza itu tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna." Kata Azfar sebelum menurunkan Lydia dihadapan pejabatnya.
"Nanti kau dah nikah dengan dia, kau ubah dia." Kata Lydia sebelum keluar.
Azfar menurunkan tingkap kereta sebelah penumpang hadapan.
"Sebagai kawan, tetap kena tegur dia. Jalankan tanggungjawab sebagai kawan dan sebagai saudara seislam." Kata Azfar.
Lydiayang sudah melangkah meninggalkan Azfar berhenti dan berpaling semula. Dia hanya angguk tanpa mahu berbalas kata dengan Azfar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan