SUBSCRIBE

Sabtu, September 17, 2016

AIN NADIRA 34

Ain tak senang duduk. Mata itu selalu mengekor pergerakannya. Rasa tak selesa dirumah sendiri. Hakimi dan Hakimah pula menjadi jaga. Mengikut Ain walau kemana Ain pergi. Tidak dibiarkan Ain sendirian kecuali bila Ain dengan Amran.
Mak dan abah jangan cakap. Dalam senyum dan ketawa, ada riak gelisah diwajahnya. Mana tidak gelisah melihat orang yang paling mereka mahu elakkan didalam dunia ni berada didepan mata. Hendak dihalau, diperkenalkan sebagai saudara-mara si menantu. Lagipun, sudah diberi amaran dari awal oleh Ain untuk tidak membuat onar. Air muka anak dan menantu perlu dijaga. Ditambah pula si menantu masih tidak tahu cerita sebenar.
“Kenapa Along dan Kakak asyik escort Ain saja?” Tanya Amran.
Ain yang sedang membasuh tangan didapur, hanya memandangnya. Mengelap tangannya dan memeluk pinggang si suami. Sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Amran.
“Sebab dorang rindu Ain.” Jawab Ain.
“Macam pelik sangat dah ni.” Kata Amran.
“Am ikutlah Ain setiap masa kalau tak nak Along dan Kakak ikut Ain. Tengok. Bila Ain dengan Am saja, dorang pergi. Kalau tidak, mengekor saja.” Kata Ain.
“Am memang nak ikut saja Ain tapi apa kata saudara-mara kita tu. Mentang-mentang anniversary kita. Mahu ada yang kata. Baik celebrate anniversary dalam bilik. Tak payah nak buat party home warming cum anniversary.” Balas Amran.
“Macam tu, jangan berungut Along dan Kakak escort Ain.” Balas Ain.
Amran diam. Tak tahu nak balas apa lagi. Dia hanya pandang Ain yang sudah berlalu meninggalkannya sendirian didapur. Ain menuju kearah Hakimi dan Hakimah. Namun, dalam perjalanan itu, dihalang oleh pakciknya.
Dia nampak Ain gelisah dan ketakutan. Hakimi segera mendekati. Dipeluknya Ain dan terus dibawa Ain pergi tanpa sebarang kata.
Amran kerut dahi.
‘Kenapa?’ Soal hati Amran.
Dari pintu dapur itu juga dia nampak Hakimah mendekati pakciknya. Air muka Hakimah nampak tegang. Dari cara dia bercakap, Amran nampak seperti Hakimah sedang memberi amaran.
‘Kenapa?’ Soal hati Amran lagi.
Amran berkira-kira hendak bertanya pada Hakimah tapi dihentikan niatnya itu. Pasti Hakimah tak mahu memberitahunya. Dia sangat pasti. Jadi, bertanyakan kepada pakciknya itu adalah jalan yang paling terbaik.
Amran berjalan mendekati pakciknya yang bernama Razali. Razali adalah suami kepada makciknya, Mariah, adik Encik Amir. Mereka baru pulang dari Indonesia setelah hampir 2 tahun menetap disana. Disebabkan itu, mereka tidak pernah hadir dimana-mana kendurinya. Sewaktu majlis kenduri kahwinnya dulu, makciknya sedang dalam pantang anak mereka yang kedua.
“Pakcik. Kenapa ni?” Tegur Amran.
Razali hanya mengeleng.
“Mana boleh tak ada apa-apa. Muka pakcik sedih saja ni. Patut happylah. Hari ni hari untuk happy bukannya sedih-sedih macam ni.” Kata Amran.
“Pakcik okey saja.” Jawab Razali.
“Pakcik, ceritalah. Amran nampak tadi Pakcik dengan Ain. Amran nampak pakcik dengan Hakimah tadi. Kenapa, pakcik?” Tanya Amran.
“Am. Ain nak kena keluar. Urgent. Apa-apa hal nanti Ain contact Am. Ini telefon Am. Letak dalam poket. Ain keluar dulu. Ain kena juga keluar.” Ain menyerahkan telefon bimbit Amran.
Ain kelihatan sangat gelisah dan sedang tergesa-gesa. Amran menahan Ain dari bergerak. Ain cuba untuk melepaskan dirinya.
“Ain nak pergi mana?” Tanya Amran.
“Kawan Ain. Kawan Ain nak buat gila.” Kata Ain.
Razali yang berada dihadapan mereka hanya memandang Ain. Ain jadi tidak selesa. Bertambah tidak senang hatinya. Dia takut dan dia lebih takut akan segala kemungkinan yang akan jadi nanti. Tak kira pada dirinya atau pada kawannya.
“Azlia call. Dia kata dia tak nak hidup lagi.” Cerita Ain bila Amran hanya memandangnya.
“Siapa Azlia? Am tak pernah tahu pun.” Tanya Amran.
“Azlia kawan baik Ain. Ain kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. Asalnya cuma kawan pena lepas tu kami selalu berjumpa sampailah dia buang Ain sebab dia sudah ada kekasih. Lepas tu, Ain kahwin. Terus kami terputus hubungan. Tapi tadi dia call Ain. Dia kata dia tak nak hidup lagi. Ain risau. Ain nak pergi tengok dia.” Rintih Ain.
Dia sangat takut sebenarnya saat itu. Dia takut andai rahsianya terbongkar. Dia takut dengan Razali dan dia takut seandainya Azlia bunuh diri. Dia benar-benar takut.
“Abang ni. Dari tadi asyik pandang si Ain ni. Kenapa?” Tegur Mariah.
Mariah terus memandang Ain. Dia rasa seperti pernah berjumpa dengan Ain. Wajah Ain nampak sangat biasa dipandangannya tapi dia tak pasti. Bila dilihatnya Razali asyik memandang Ain sejak dari mereka tiba, hatinya makin tertanya-tanya. Dia nampak Razali seperti mencari ruang dan peluang untuk bercakap dengan Ain.
“Siapa nama sebenar isteri kau ni, Am?” Tanya Mariah.
“Ain Nadira Mohd Radzi.” Jawab Amran.
“Ooo. Nadira. Ain Nadira.” Kata Mariah.
Dia sudah ingat. Dia ingat nama itu. Patutlah dia rasa dia kenal. Dia juga rasa macam biasa melihat beberapa wajah disitu. Rupa-rupanya seseorang yang pernah merosakkan hidup suaminya.
“Ain pergi dulu.” Ain terus menarik tangannya dari Amran.
Ain berlari dari situ. Dia ingin keluar. Biarlah apa nak jadi nanti. Antara rahsianya dan nyawa Azlia, dia memilih Azlia. Lagipun, dia belum bersedia untuk memperdengarkan Amran tentang rahsia hidupnya yang disimpan kemas selama ini.
Ain terus memecut keretanya. Dalam keadaan takut itu, airmatanya mengalir dek kerana terlampau takut dengan segala kemungkinan. Kemungkinan akan kehilangan seorang kawan baik. Kemungkinan akan kehilangan seorang kekasih merangkap suaminya.
Dia benar-benar ketakutan.
Tanpa dia sedar, dihadapannya telah berlaku kemalangan jalanraya. Bila saja dia sedar akan kemalangan itu. Terus dia menekan pedal berhenti secara mengejut. Dia selamat dari merempuh kamalangan yang terjadi tapi keretanya pula yang dilanggar dari belakang sehingga mendorongnya ke depan. Keretanya juga cuma disebabkan dia masih menekan pedal berhenti, maka tidaklah jauh sangat keretanya terdorong ke depan. Cukup pada jarak selamat dari kenderaan kemalangan.
Dia membuka tali pinggan keselamatannya. Saat itu pula telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat nama Amran tertera di skrin. Dia menjawab panggilan itu sambil keluar dari kereta.
“Am. Ain accident.” Katanya tanpa menjawab soalan Amran yang bertanyakan dia dimana.
“Accident? Dekat mana?” Risau Amran jadinya.
Tak sampai 15 minit Ain keluar sudah mendapat khabar yang dia kemalangan. Siapa tak risau? Kemalangan. Entah apa keadaan Ain tika itu. Namun akal logiknya memberitahu yang Ain selamat sebab Ain masih boleh menjawab panggilannya.
“Tak jauh dari rumah kita. Dekat federal highway arah ke KL.” Jawab Ain.
“Tunggu situ.” Arah Amran.
“Bawa Along sekali.” Suruh Ain.
Panggilan segera dimatikan. Ain melihat belakang keretanya yang kemek. Mujur dia memakai tali pinggan keselamatan. Rempuhan itu sebenarnya agak kuat kerana dia baru terasa sakit dibahagian bahu dan dadanya.
“Awak okey tak?” Tanya Ain pada pemandu lelaki yang baru keluar dari kereta yang melanggarnya.
“Saya okey. Awak okey?” Tanya pemandu itu pula.
Ain angguk.
“Saya minta maaf. Saya break mengejut.” Pinta Ain.
“Saya pun salah. Saya ikut rapat tadi.” Kata pemandu itu.
Ain tidak lagi membalas kata dengan pemandu itu. Dia melihat keadaan keretanya. Tidaklah terlampau teruk tapi pada pengiraan Ain, bumper belakang dan ekzos keretanya itu mesti ditukar.
“Saya tanggung semua ni.” Kata pemandu itu.
Ain diam dan melihat keadaan kereta myvi yang dipandu oleh lelaki itu. Bumpernya sudah jatuh dan lampu sorot dan lampu kanan depannya pecah. Keadaan keretanya lagi teruk dari Ain.
“Ni kad saya.” Dia menghulurkan kad namanya kepada Ain.
Ain ambil dan membaca nama yang tertera. Rifaat Rifki Bin Abd Salam. Ain pandang lelaki itu semula.
“Panggil Rifaat saja.” Katanya.
“Saya Ain.” Ain memperkenalkan dirinya.
“Ain.” Jerit Amran dari jauh sebaik saja turun dari kereta.
“Am. Ini Rifaat. Along mana?” Tanya Ain bila Amran sudah rapat dengan mereka.
Amran bersalaman dengan Rifaat. Kemudian dia membelek Ain. Risau sekiranya Ain ada cedera.
“Along mana?” Tanya Ain sekali lagi.
Along dekat belakang. Letak tanda kecemasan. Takut ada yang langgar korang pula.” Kata Amran selepas berpuas hati.
“Ain.” Jerit Hakimah pula dan dengan pantas berjalan kearah mereka. Dibelakangnya Hakimi juga sedang berjalan laju kearahnya.
“Ain okey. Along, Kakak. Boleh tak settle kan benda ni dengan Rifaat. Am, jom teman Ain pergi jumpa Azlia. Please.” Rayu Ain.
“Ain dah macam ni pun nak jumpa Azlia lagi ke?” Marah Hakimi.
“Please.” Rayu Ain.
“Ain, dia pernah buang Ain. Tiba-tiba datang. Apahal?” Kata Hakimah.
“Dia tetap kawan baik Ain. Dia dalam kesusahan. Tolonglah. Am... Tolonglah bawa Ain jumpa Azlia. Ain okeylah. Tengok ni. Kereta saja teruk sikit.” Rayu Ain lagi.
“Kalau dia betul-betul bunuh diri macam mana?” Provoke Ain.
“Dah. Jom.” Amran malas nak bertekak disaat itu.
“Thank you.” Ucap Ain lantas menghadiahkan sebuah kucupan dibibir Amran.
“Manjakan sangat Ain tu, Am. Itu pasal jadi degil macam tu.” Rungut Hakimi.
“Along pun sama.” Balas Hakimah.
“Kakak pun sama.” Balas Hakimi.
“Along dan Kakak jangan nak bergaduh pula. Ain okey. Cuma nak minta tolong bawa balik kereta saja. Ini name card Rifaat. Korang settlekanlah macam mana pun. Ain dan Am nak pergi jumpa Azlia kejap.” Kata Ain sebelum menarik tangan Amran ke kereta.
Amran cuma mengikut. Dia duduk ditempat pemandu dan Ain disebelahnya.
“Dekat mana?” Tanya Amran tentang lokasi Azlia.
“Subang Jaya.” Jawab Ain.
Amran terus memandu kearah Subang Jaya. Bila sudah sampai kawasan Subang Jaya, Ain menunjukkan jalan kearah rumah Azlia.
“Sini. Am tunggu sini.” Kata Ain dan bersedia untuk turun.
“Tak apa. Am ikut. Nanti apa-apa jadi, senang.” Kata Amran yang turut mematikan enjin kereta.
Ain memberi salam berkali-kali. Namun, tiada orang menyahut. Dia cuba untuk membuka pagar rumah. Ternyata tidak berkunci. Dia masuk. Pintu rumah diketuk. Masih tidak ada yang menyahut. Ain cuba buka. Pun tidak berkunci.
“Lia.” Panggil Ain sebaik melangkah masuk ke dalam rumah itu.
“Dia tinggal seorang ke?” Tanya Amran.
Ain angguk sambil matanya meliar mencari Azlia. Amran turut mencuba untuk mencari kalau-kalau terlihat kelibat seseorang.
“Ain.” Amran menunjukkan kepada seorang wanita yang sudah terbaring disudut ruang tamu.
“Azlia.” Jerit Ain bila saja terlihat kelibat yang ditunjukkan Amran.
Ain terus berlari menuju kearah Azlia. Azlia masih sedar tapi dalam keadaan yang sangat lemah. Ain lihat tangan Azlia yang sudah dikelar. Ain mengambil kain yang dihulurkan Amran kepadanya. Diikatnya kain itu dipergelangan tangan Azlia untuk mengelakkan lebih banyak darah yang keluar.
“Kenapa kau datang. Balik. Biar aku mati.” Kata Azlia.
“Kau nak mati, tunggu waktu kau mati. Am, tolong angkat Azlia. Kita bawa dia pergi hospital. Sekarang.” Kata Ain.
Amran hanya menurut. Dia ketepikan batasan antara lelaki dan perempuan. Dia mengendung Azlia atas dasar kemanusiaan. Ain ikut dari belakang. Dia membuka pintu tempat duduk dihadapan. Kerusinya pula diturunkan untuk dibaringkan Azlia.
“Pergi tutup rumah.” Arah Amran.
“Tak ada kunci. Tak tahu dekat mana.” Kata Ain.
“Tutup saja. Kita serahkan semua pada Allah. Biar Allah yang pelihara rumah ini dari dimasuki pencuri.” Kata Amran.
Ain angguk.
Asalnya dia fikir, biarlah dia saja dirumah ini. Menjaga rumah ini sehingga dia menjumpai kunci rumah. Dia bukan tak kenal Azlia yang suka meletak barang merata-rata. Hanya Azlia saja tahu dimana dia letakkan semua benda. Jadi untuk dia mencarinya, pasti memakan masa.
Sampai saja di Subang Jaya Medical Centre, terus saja Azlia dimasukkan diunit kecemasan. Ain dan Amran duduk menunggu diluar selepas mendaftar masuk Azlia dikaunter pendaftaran. Ain mundar mandir dihadapan pintu unit kecemasan. Amran berada ditepi.
“Ain, sini.” Panggil Amran. Rimas rasanya melihat Ain mundar mandir begitu.
Ain berjalan menuju kearah Amran. Bila Ain sudah berdiri dihadapan Amran. Terus Amran merangkul Ain untuk berdiri disebelahnya. Dia memeluk bahu Ain. Ain melentokkan kepalanya dibahu Amran.
“Puan Ain?” Seorang jururawat datang mendekati mereka.
“Puan Azlia akan dihantar ke bilik wad. Dia dah sedar. Mujur urat sarafnya tidak terputus dan darah pun tidak banyak keluar.” Kata jururawat tersebut.
Ain hanya angguk.
Jururawat itu berlalu. Ain dan Amran menadah tangan mengucapkan tanda syukur kerana Allah masih selamatkan Azlia dari mati dalam kekufuran.
Azlia sudah ditolak keluar dari unit kecemasan. Ain dan Amran ikut sama sehingga ke bilik. Selepas meletakkan Azlia diatas katil, jururawat semua keluar meninggalkan mereka bertiga.
“Rehatlah, Lia. Esok kami datang lagi.” Kata Ain.
“Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa? Aku nak mati Ain. Aku nak mati. Tak ada guna aku hidup didunia ni lagi. Dia dah tinggalkan aku.” Azlia meraung.
“Habis tu, kalau dia tinggalkan kau. Kau kena mati. Dia? Seronok bersenang-lenang?” Tanya Ain dalam nada yang ditahan marahnya.
“Aku nak dia rasa berdosa dan bersalah kerana menyebabkan kematian aku.” Kata Azlia.
“Kalau dia rasa bersalah dan berdosa. Kalau tak?” Tanya Ain.
“Dia mesti akan rasa. Aku kenal dia.” Kata Azlia.
“Lepas tu apa? Kau tetap dah tak ada didunia ini. Diakhirat kau duduk dalam neraka, dia sedap duduk dalam syurga. Sebab dia mati masih dalam Islam. Kau mati? Allah tak nak tengok pun kau langsung.” Kata Ain.
Azlia meraung. Menangis.
“Aku selalu rasa otak kau cetek tapi aku tak sangka sebodoh ni kau ni.” Marah Ain.
Amran memeluk Ain. Dia tak suka melihat Ain yang dalam keadaan sangat marah. Dia tak nak Ain terus dihantui rasa marahnya. Jadi dia rasa memeluk Ain boleh buatkan Ain rasa sedikit tenang.
“Aku memang bodoh. Aku nak dia. Aku cuma nak dia jadi suami aku. Itu pun susah ke?” Kata Azlia.
“Memang susah kalau dia bukan tercipta untuk kau.” Balas Ain.
“Kenapa Allah tak cipta dia untuk aku?” Rintih Azlia.
“Soalan apa yang kau tanya ni? Soalan apa? Kau mempersoalkan Allah ke? Kau jangan sampai jadi manusia kufur. Jangan jadi fasik. Mengucap Azlia. Mengucap. Allah itu jadikan sesuatu itu bersebab. Pasti Dia dah sediakan untuk kau seseorang yang sememangnya sesuai untuk kau. Tentunya yang terbaik untuk kau.” Kata Ain.
“Dia yang terbaik untuk aku. Aku sayang dia. Aku cintakan dia. Aku nak dia. Dia saja boleh jadi suami aku. Bukan lelaki lain. Hanya dia.” Tegas Azlia.
“Astagfirullah Al-Azim. Kau dah gila ke Lia?” Tanya Ain.
“Ya. Aku gila sebab aku cuma nak dia. Tak boleh ke dia nikahi aku? Aku bukan ada sesiapa pun didunia ni. Aku seorang. Tak payah nak pinang dan ikut adat. Bawa saja aku ke pejabat kadi. Nikahi aku disana. Sudah. Aku tak minta pun majlis atau apa pun. Cuma nikahi aku. Kenapa dia tak nak?” Kata Azlia.
“Aku malas nak cakap dengan kau, Lia. Kau rehatlah. Kalau kau rasa kau nak juga dia. Berdoalah Allah makbulkan doa kau.” Kata Ain.
Dia terus menarik Amran keluar dari situ.
“Dia saja boleh jadi suami aku. Orang lain tak boleh. Aku tak layak untuk orang lain. Aku cuma boleh menikah dengan dia saja.” Jerit Azlia bila Ain sudah keluar dari biliknya.
Ain terus berjalan. Tangannya masih memegang Amran tapi Amran bukan disisinya. Amran masih dibelakang. Dia masih dalam posisi menarik Amran. Mindanya dalam keadaan separuh sedar.
“Ain.” Panggil Amran.
“Ain.” Panggil Amran lagi.
Masih tiada sahutan dari Ain. Amran menghentikan langkahnya. Ain tersentak bila tangannya terhenti kebelakang.
“Adoi.” Ain meraung.
Rasa sakit akibat kemalangan tadi menjengah kembali. Jeritan Ain itu merisaukan Amran. Dia hanya menahan Ain dari berjalan. Langsung tiada kekasaran yang dilakukannya tapi Ain mengaduh seolah-olah dia merentap tangan Ain.
“Kenapa ni?” Tanya Amran.
“Sakit.” Itu saja Ain jawab.
Amran menarik kerusi roda yang berada disitu dan menyuruh Ain duduk. Dia menolak Ain ke bilik Azlia. Didalam bilik itu, Amran memaksa Ain membuka bajunya. Langsung dia buat tak tahu dengan Azlia yang terkejut melihat mereka masuk semula.
Mujur Ain memakai baju blaus berbutang sehingga ke bawah. Bila dia melihat Ain membuka satu persatu butang bajunya, Amran tahu Ain tak boleh nak angkat tangannya kerana selalunya Ain akan buka terus tanpa membuka butang bajunya.
Bila baju Ain terbuka, Amran dapat melihat bekas lebam dibadan Ain. Paling ketara adalah dibahu kanannya. Cepat-cepat Amran memakaikan semula baju Ain.
“Kau kenapa, Ain?” Tanya Azlia.
“Ain accident masa nak pergi jumpa awak. So, jaga diri tu elok-elok. Jangan nak susahkan Ain lagi. Saya nak hantar dia pergi hospital.” Kata Amran.
“Awak tu bukan ada di hospital ke?” Balas Azlia.
Terasa hati dengan kata-kata Amran yang seolah-olah menyalahkan dirinya mengakibatkan Ain kemalangan. Dia tak suruh Ain datang. Ain yang nak datang. Bukan salah dia.
“Hospital ni jauh. Kalau boleh, esok minta doctor untuk keluar. Rumah awak tu tak berkunci. Next time, belajar letak kunci dekat tempat yang orang senang nak cari. Mujur Ain terjumpa purse awak. Kalau tidak, lagi menyusahkan untuk pendaftaran semua.” Kata Amran.
Ain yang ingin bersuara disuruhnya diam. Amran tak mahu Ain membela Azlia. Dia benar-benar marah saat itu. Isterinya tercedera disebabkan hendak menyelamatkan seorang manusia bodoh yang ingin membunuh diri. Lagi dia marah bila Hakimi dan Hakimah bercerita yang Azlia dah lama tidak menghubungi Ain hanya kerana Ain tidak setuju dengan lelaki pilihan hatinya.
Entah kenapa Ain selalu melibatkan diri dengan mereka yang tidak pernah nak menghargainya. Dan yang paling dia tak suka. Ain akan bermatian untuk menolong orang itu. Tengoklah sekarang ni. Lepas kemalangan, masih juga nak pergi tengok Azlia. Dan Azlia langsung tidak menghargai pertolongan Ain. Malahan Ain ditengkingnya. Dia perhatikan saja. Tapi bila dapat tahu yang Ain menahan sakit untuk orang begini, hatinya sakit.
“Ain nak duduk atas kerusi ni atau Am kendong saja Ain?” Tanya Amran. Tegas.
Ain terus duduk diatas kerusi roda itu tanpa menjawab soalan Amran. Dia tahu Amran sedang marah. Sangat tahu. Jadi lebih baik dia ikut saja kata Amran tanpa banyak soal. Lagipun, dia pun terasa dadanya sesak sangat. Macam tak cukup oksigen.
Amran terus menolak Ain ke kereta dan terus memecut kereta ke Darul Ehsan Medical Centre. Ain didaftar masuk ke hospital tanpa banyak soal. Walaupun doctor yang memberi rawatan mengatakan Ain boleh terus dibawa pulang. Lagipun, dia cuma mengikut prosedur syarikat insuran.
“Dah. Rehat.” Kata Amran bila saja Ain dihantar ke bilik wadnya.
“Am marah Ain?” Tanya Ain lembut.
“Esok suruh doctor buat x-ray. Tadi tak buatkan?” Arah Amran.
Ain angguk.
“Tak apa. Am sendiri cakap dengan doctor. Ain baring sekarang. Jangan nak banyak gerak.” Arah Amran.
“Am marah Ain ke?” Tanya Ain lagi sekali.
“Rehat Ain. Jaga diri tu pula. Jangan sibuk nak jaga orang lain sampai diri sendiri cedera pun boleh buat tak tahu.” Bebel Amran.
“Ain minta maaf tapi itu yang Ain rasa patut Ain dulukan. Tadi tu. Mujur kita cepat sikit. Kalau tidak, mesti Azlia dah tak ada.” Pujuk Ain.
“Azlia lagi. Dia tu dah buang Ain, kan? Along cerita lepas Ain keluar tadi.” Kata Amran.
“Am juga yang pesan pada Ain. Biar orang buat kita tapi jangan sampai kita buat otang.” Kata Ain.
“Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Ini kalau tak sebab Am tahan tangan Ain tadi, entah bila Ain nak bagitau kecederaan Ain ni.” Kata Amran.
“Yalah. Next time, Ain cerita semua dekat Am. Ya?” Pujuk Ain.
Amran angguk.
“Dah tidur.” Amran membetulkan selimut Ain.
Dia kemudian duduk disofa yang terdapat didalam bilik itu. Matanya tepat memandang Ain yang juga sedang memandangnya sehingga mereka sama-sama lena.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan