SUBSCRIBE

Sabtu, September 17, 2016

AIN NADIRA 35

Tiga hari Ain direhatkan dihospital. Menurut doctor, tulang bahu Ain tidak patah cuma terkehel sedikit dan itu memerlukan Ain untuk rehat dan tidak banyak bergerak. Dan selama tiga hari itu, ramailah rakan pejabat yang datang menjengahnya. Baik dari pejabat induk sehinggalah cawangan.
Hakimi adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga Ain sepanjang Amran bekerja memandangkan Hakimi tidak bekerja waktu pejabat. Hakimi menjalankan perniagaan secara atas talian. Makanya, dia boleh menjalankan perniagaannya dimana-mana dan pada bila-bila masa.
Pada sebelah malamnya pula, Amran yang akan mengambil alih. Dia yang akan temani Ain sehingga ke esok pagi. Dia langsung tidak kisah tidur di sofa. Lagipun, Ain bukan anak kecil yang meragam. Kalau sudah tidur, esok pagi baru dia bangun. Itu pun sebab jururawat datang untuk mengambil sampel darah.
“Leganya boleh balik ke rumah.” Kata Ain.
“Jangan nak lega sangat. Doctor kata rehat. Rehat tu maknanya duduk diam-diam. Jangan nak sibuk buat itu dan ini. Faham?” Balas Amran.
“Baik, doctor.” Gurau Ain.
Doctor memberi Ain cuti selama 2 hari lagi supaya dia boleh rehat dan benar-benar sihat untuk menjalani aktivitinya semula. Ain pun tidaklah sehingga mahu melawan cakap doctor. Dia mahu benar-benar sihat. Dia ingin sentiasa menjaga kesihatannya kerana sihat itu adalah nikmat Allah yang paling berharga.
“Esok Along datang jaga Ain macam biasa. Dan macam biasa. Ain nak apa pun, minta pada kami. Jangan nak pandai-pandai buat sendiri. Kecuali kalau tak sayang pada badan sendiri.” Kata Amran.
“Am. Nak call Azlia. Nak tahu dia dah keluar hospital ke belum.” Pinta Ain.
“Pandai-pandai dialah nak call Ain bila dia dah keluar hospital. Tapi Am harap doctor hantar dia berjumpa psikiatrik. Bagi cuci sikit otak dia tu. Tak pun, hantar dia ke pusat pengajian Islam. Bagi ustaz-ustazah dekat situ tarbiyah dia sikit.” Luah Amran.
Nama Azlia sangat pantang ditelinga Amran kini. Bukan hanya dia menjadi penyebab Ain kemalangan tapi juga dia marah dengan kebodohan tindakan Azlia. Baru ditinggalkan teman lelaki sudah jadi sebegitu rupa. Nampak sangat dia meletakkan cintanya kepada lelaki itu melebihi cintanya kepada Allah.
“Tak habis lagi ke Am marah pada Azlia?” Tanya Ain.
“Ain jangan kawan dengan dia lagi. Boleh?” Pinta Amran.
“Kenapa?” Tanya Ain.
“Siapa kawan kita menunjukkan siapa diri kita. Am tak nak Ain jadi macam dia. Meletakkan cinta pada mahkluk lebih tinggi dari cinta pada Allah.” Terang Amran.
“Tapi kalau kita lepaskan dia. Bukankah dia akan terumbang-ambing? Siapa nak pimpin dia menjadi lebih baik kalau bukan Ain, kawan dia ni?” Kata Ain.
“Tapi.”
“Am. Am sebenarnya marah siapa? Am marah Azlia atau Maha Pencipta yang mencipta Azlia? Am lupa. Tidak bergerak sezarah pun sesuatu itu tanpa izin dari-Nya. Benar. Azlia buat salah. Tapi siapa kita nak hukum dia? Kita bukan Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati setiap manusia. Ain ada Am untuk sentiasa ingatkan Ain andai Ain tersilap langkah. Jadi, izinkan Ain untuk mengingati Azlia didalam setiap kesumbangan lakunya itu.” Cantas Ain.
Amran menarik nafas dalam. Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata Ain. Betul kata Ain. Siapa dia untuk menilai baik buruk seseorang? Kenapa aku nak marah? Bukankah sama kalau aku marah Azlia adalah seperti aku marahkan Allah kerana Allah menciptanya. Allah yang kurniakan perasaan itu kepadanya. Dia cuma tersilap mengawal perasaannya sehingga melebihi perasaan cinta pada Allah.
‘Siapa sebenarnya aku marah?’ Amran mempersoalkan hatinya.
“Tapi macam mana kalau Ain terpengaruh dengannya?” Amran menyatakan kerisauannya.
“Am kan ada untuk sentiasa ingatkan Ain yang kita bercinta kerana Allah. Kita berkasih-sayang untuk mendapatkan redha Allah dan keberkatan-Nya.” Kata Ain.
Ain mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Amran. Dia meletakkan kepalanya dibahu Amran. Cara untuk memujuk dan melembutkan hati Amran.
Amran senyum segaris.
“Dengan syarat. Apa saja yang Ain bualkan dengan Azlia, mesti ada dalam pengetahuan Am. Dan kalau nak pergi jumpa dia, mesti dengan Am.” Amran mengalah.
“Baik, suamiku.” Balas Ain lembut.
Senyuman manis terukir diwajahnya. Dia tahu Amran miliki hati yang lembut. Senang menerima teguran dan senang dipujuk dan dirayu jika kena caranya. Dia juga tahu yang Amran punya pertimbangan yang tinggi dalam setiap perkara. Kerana itulah yang membuatkan kasihnya pada Amran makin mekar dari dulu hingga kini.
“Inilah yang membuatkan kasih Ain pada Am sentiasa mekar dan berkembang.” Akui Ain.
“Tu dia. Terus puji.” Usik Amran.
“Siapa lagi nak puji Am kalau bukan isteri Am ni.” Balas Ain.
“Ain ni, isteri cerdik yang solehah. Penyejuk mata. Penawar hati. Penajam fikiran. Dirumah dia isteri, dijalanan kawan. Diwaktu kita buntu. Dia petunjuk jalan.” Amran menyanyikan lagu ‘Isteri Solehah’ buat Ain.
“Sweetnya.” Balas Ain.

Mereka ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan