SUBSCRIBE

Isnin, September 12, 2016

KISAH PULA AKU 23

“Ayah. Termenung apa?” Tanya Aisya pada Encik Hairi.
Encik Hairi yang terkejut dengan sentuhan lembut anak sulungnya hanya mampu memberikan sebuah senyuman hambar. Dia kembali memandang ke depan.
Aisya duduk disebelah Encik Hairi. Tangan Encik Hairi dipeluknya manja. Kepala diletokkan dibahu ayahnya. Dia suka begitu bila berdua-duaan dengan ayahnya. Dia kan anak kesayangan ayahnya. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
“Kalau kakak tiba-tiba ada adik lain, kakak terima tak?” Tanya Encik Hairi.
“Terima sajalah. Kenapa?” Tanya Aisya.
Encik Hairi memandang Aisya. Aisya melepaskan pelukan tangan ayahnya. Dia memandang wajah Encik Hairi.
“Betullah, ayah. Kenapa pula kakak tak terima?” Aisya meyakinkan ayahnya.
“Kalau dia adik kakak di atas kesilapan ayah yang ayah sendiri baru tahu. Kakak terima?” Tanya Encik Hairi lagi.
“Terima.” Balas Aisya meyakinkan Encik Hairi.
Encik Hairi memeluk Aisya. Terharu di atas kesungguhan si anak untuk memahami keadaannya. Kembali teringat pertemuannya dengan kawan lama tanpa sengaja. Pelbagai cerita lama yang mereka bualkan sehinggalah tanpa sengaja dia bertanyakan khabar seorang teman lama bernama Hazita.
“Hazita dah lama dah meninggal. Berapa tahun dah ya?” Tanya Ariff kepada isterinya, Lily.
“Shaza pun dah umur 27 nak masuk 28 tahun. Dia meninggal masa umur Shaza 10 tahun. Kiranya dia dah meninggal 18 tahun lepas.” Jawab Lily.
“Tu lah. Kesian anak dia tu. Kecil-kecil dah kena tinggal di rumah anak-anak yatim. Masa tu kami tak mampu nak pelihara dia. Saudara mara pun dah tak ada. Lepas doctor sahkan yang Hazita mengandung, mak dia meninggal sebab terkejut. Bapa dia pula buang dia dari keluarga. Mulanya dia lari duduk dengan abang dia di London. Tapi bila bapa dia dapat tahu, bapa dia ugut abang dia. Dia tak nak susahkan abang dia, dia balik semula ke Malaysia selepas melahirkan anaknya.” Cerita Lily.
“Kenapa pula dia mengandung dan kena halau? Anak luar nikah ke?” Tanya Hairi.
Ariff angguk.
“Kenapa tak kahwin dengan lelaki yang buat dia mengandung?” Tanya Hairi.
“Suami orang.” Jawab Lily.
“Suami orang pun, dia kenalah bertanggungjawab.” Kata Hairi.
“Itulah yang aku katakan pada dia. Tapi dia tak nak. Katanya tak baik rosakkan kebahagiaan perempuan lain terutama masa tu mereka baru saja timang cahaya mata yang ketiga.” Kata Ariff.
“Tak bolehlah macam tu. Lelaki tu kena bertanggungjawab. Dah sedap rosakkan anak dara orang. Lepas tu nak lepas tangan.” Bangkang Hairi.
“Ayat yang sama kami cakap pada dia dulu. Tapi Hazita tetap Hazita. Apa yang dia kata, itulah yang dia buat.” Kata Ariff.
Hairi angguk. Dia juga kenal dengan Hazita yang tegas dalam semua perkara. Mereka berkenalan semasa zaman kolej. Sama-sama sekelas dan group discussion. Itu jugalah teman lepak. Hazita dan Lily pula berkawan baik. Dia dan Ariff berkawan baik.  Maka hubungan rapat itu terhasil sebab jadi peneman pasangan itu bertemu. Dan hubungan baik itu berlangsung walaupun dia sudah menikah. Cuma selepas Hazwan dilahirkan, dia kurang dapat berjumpa dengan kawan-kawannya dan makin lama hubungan itu makin renggang. Bila Hadif lahir, langsung dia tak punya masa untuk keluar bertemu dengan kawan-kawannya. Akhirnya mereka terputus hubungan.
Masa dulu bukan macam sekarang. Dulu kalau nak jumpa, kena pergi tempat mereka selalu lepak. Kalau terserempak. Nasiblah. Jika tidak, maka lepaklah berseorangan. Macam dia orang berada, adalah telefon. Tapi tidak kawan-kawannya.
“Tapi tak sangka dia boleh terperangkap dalam cinta macam tu dan hanyut sampai mengandung anak luar nikah.” Kata Hairi.
Sungguh dia tak sangka. Hazita bukan wanita yang mudah didekati. Dia jinak-jinak merpati. Walaupun kaki kelab dan kaki botol tapi dia sangat menjaga pergaulannya. Anak orang kaya seperti Hazita, ada seorang driver untuk menghantar dan mengambilnya. Jadi, makin susahlah lelaki nak dekat dengannya.
“Lelaki tu tak tahu pun yang dia pernah bersetubuh dengan Hazita.” Kata Lily.
Hairi kerut dahi.
“Masa tu Hazita mabuk. Kau tahu sajalah zaman jahiliah kita dulu macam mana.” Kata Ariff.
Hairi angguk.
Kejahilan zaman dulu yang dia sendiri akui. Namun, dia tidak selincah Hazita yang boleh dikatakan setiap hari pergi ke kelab malam dan meminum air kencing setan itu. Mungkin kerana dia dikahwinkan oleh orang tuanya awal. Sebelum habis belajar sudah dikahwinkan dengan seorang anak kenalan keluarganya.
“Kau ingat tak kita attend birthday party Mira? Masa tu kau mabuk teruk. Selalu kau minum sikit saja tapi malam tu kau mabuk. Ingat tak?” Tanya Ariff.
Hairi angguk.
Masakan dia boleh lupa. Malam itu dia minum dengan banyaknya kerana bergaduh dengan Rozi. Dia cuba untuk faham Rozi yang sedang mengandung tapi tingkah Rozi yang berlebihan dan dengan keadaan anak-anak, lagi buat dia stress. Dia minum untuk kurangkan stress tapi tanpa sedar dia minum sehingga mabuk. Bila sedar dari tidur keesokan harinya, dia sudah berada di dalam bilik sebuah hotel.
Dan apa yang buatkan dia ingat perkara itu kerana selepas kejadian itu, kehidupannya berubah 360 darjah. Kebebasannya disekat oleh Rozi. Semua kerana syak wasangka Rozi. Rozi mengesyakinya punya wanita lain walhal perkara itu langsung tidak terlintas difikirannya.
“Masa tu, Hazita ajak kami check in bilik hotel tempat night club tu. Dia tak nak drive waktu balik nanti dan dia takut kami juga akan mabuk nanti. Kami setuju dan ambil bilik connect dengan bilik dia supaya senang nak tengok-tengokkan dia. Jadi, bila dia mabuk, Lily hantar dia ke bilik.” Kata Ariff.
“Masa kau mabuk tu, aku bawa kau ke bilik aku sebab aku dan Lily belum puas berparti. Masa tu kami fikir, tak apalah. Nanti aku tidur dengan kau dan Lily tidur dengan Hazita. Tapi bila kitorang berdua naik, kau dan Hazita dah tidur berdua tanpa pakaian. Tak sangka hubungan semalam tu saja dah boleh buatkan Hazita mengandung.” Cerita Ariff.
Hairi terkejut.
Dia cuba mengimbau kenangan waktu itu. Seingatnya, dia terjaga dari tidur sendirian. Tiada sesiapa disebelahnya. Benar, dia berbogel. Tapi bukankah perkara biasa bila kita dalam keadaan mabuk membuat tindakan tanpa sedar kerana fikiran kita tidak lagi waras? Jadi mungkin dia menanggalkan pakaiannya tanpa sedar.
‘Tapi tidak mustahil juga seandainya dia meniduri Hazita tanpa sedar?’ Hatinya berbolak-balik.
“Macam mana kalau Shaza itu anak luar nikah ayah?” Tanya Encik Hairi sekaligus mengembalikannya ke alam nyata.
Aisya ketawa.
“Lagilah kakak gembira. Kakak suka sangat dengan Shaza tu dan berharap dia adalah sebahagian dari keluarga kita. Kalau tak boleh berkahwin dengan Hadif, jadi adik kakak lagilah kakak suka.” Kata Aisya gembira.
“Tapi betul ke dia adik kakak?” Tanya Aisya.

Encik Hairi diam. Dia tak ada jawapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan