SUBSCRIBE

Ahad, September 18, 2016

KISAH PULA AKU 24

“Kenapa kau tak pernah pun cerita yang kau dah kahwin?” Tanya Lydia.
Shaza diam dan terus menikmati makanan dihadapannya. Entah kenapa dia tak berminat nak menjawab soalan itu sekarang. Makanan dihadapannya lebih menyelerakan dan menarik perhatiannya melebihi soalan Lydia itu.
“Macam mana kau berkenalan dengan Hadif?” Tanya Lydia.
Shaza masih diam.
“Macam mana Hadif lamar kau?” Lydia masih bertanya walaupun tidak satu pun soalannya dijawab oleh Shaza.
“Apa yang buatkan kau setuju nak berkahwin dengan Hadif? Bukan dulu kau ke yang dah bersumpah tak akan berkahwin? Kan? Aku ingat lagi. Kau sumpah, kau kata kau tak nak bercinta sebab tak nak kecewa. Kau kata tak ada lelaki yang sanggup terima kau sebab rahim kau dah rosak teruk kena belasah dengan orang jahat tu.” Soal Lydia.
Shaza memandang tepat pada Lydia. Perkara itu sentiasa boleh menariknya. Perkara yang paling dibenci dan Lydia sudah berjanji tidak akan pernah bangkitkan isu itu. Tapi kali ini Lydia tiba-tiba bercerita tentang perkara itu.
Lydia pandang Shaza. Sebuah sengihan diberikan kepada Shaza. Dia tahu dia salah. Perkara itu sebenarnya sudah lama dilupakan tapi tiba-tiba saja terlintas difikirannya.
“Sorry.” Lydia menggaru keningnya.
Shaza bersandar di sofa rumahnya. Kenangan lalu kembali melayari mindanya. Bagaimana dia rasa sangat gembira bila diambil menjadi anak angkat pada sebuah keluarga. Hidupnya sangat gembira. Ada seorang ibu dan ayah. Namun, kegembiraan itu hanya bertahan untuk 3 bulan. Selepas itu, ibu dan ayah angkatnya sering bergaduh. Semuanya kerana perniagaan ayah angkatnya dilanda masalah. Tiga bulan keadaan berlanjutan begitu sehinggalah pada suatu malam sekumpulan manusia datang menyerang mereka.
Rupanya, ayah angkatnya telah meminjam duit pada Along untuk selesaikan masalah perniagaannya. Tapi wang itu tidak membantu bila bebanan hutang makin meningkat dan keadaan syarikat yang makin teruk. Akhirnya, ayah angkatnya menyerahkan dia kepada Along untuk membayar hutang-hutangnya kepada Along.
“Aku dah umur 12 tahun masa tu, Lydia. Aku bukan bodoh untuk tak tahu yang aku dijual pada bapa ayam. Dan aku tahu, aku kena layan lelaki untuk puaskan nafsu mereka.” Kata Shaza.
“Shaza. Dahlah. Jangan ingat kisah lama. Aku minta maaf. Aku tak sengaja.” Pujuk Lydia. Dia memeluk Shaza yang jelas ketakutan.
Shaza terus terbayangkan bagaimana dia dipaksa untuk berpakaian seksi. Mulanya mereka hanya memaksanya melalui ugutan. Tapi tak sangka mereka bukan hanya mengugut. Malahan, dia telah dipukul kerana enggan. Seharian dia dibiarkan tanpa makanan dan minuman.
Namun, dia tak pernah mengalah. Dia tetap tidak mahu melakukan apa yang disuruh. Akibatnya, seorang bapa ayam datang dan telah menelanjangkannya dengan paksaan. Habis pakaiannya ditarik-tarik sehingga tidak ada sehelai benang pun pada tubuhnya.
“Aku ingat lagi masa tu, aku dalam keadaan bogel. Dia masih nampak macam mana dia datang dekat pada aku sambil membuka seluarnya. Aku ingat lagi keadaan tu. Aku tak akan lupa. Dia juga dah telanjang bulat sewaktu dekat dengan aku. Allah tu sayang aku. Aku ingat drama TV yang aku pernah tengok. Kebetulan aku nampak wayar TV. Allah ilhamkan aku untuk gunakan wayar itu. Aku cucuk telur dia dengan kepala wayar tu. Dia tampar aku. Sakit sangat. Bibir dan hidung aku berdarah. Aku hampir pengsan sebab terlampau sakit. Tapi aku kuatkan diri. Aku tahu, kalau aku pengsan, dia lebih mudah nak kuasai diri aku.” Kata Shaza.
“Shaza, sudah lah.” Kata Lydia.
Dia turut menangis bila melihat air mata mengalir dipipi Shaza. Bukan sekadar air mata, badan Shaza juga sudah mengeletar. Dia panic. Dia nampak telefon bimbit Shaza diatas meja. Segera dicapai dan nombor Hadif didail.
“Hadif, Shaza.” Itu saja yang sempat Lydia katakan sebelum Shaza menjerit.
Shaza sudah terbaring. Kesakitan saat itu masih lagi terasa. Dia masih ingat bagaimana lelaki itu menjerit memanggil kuncu-kuncunya sambil menahan kesakitan yang teramat. Dan saat itu juga dia paksa diri untuk bangun dan mencederakan zakar lelaki itu dengan lebih teruk. Saat itu, dia rasakan itu adalah langkah terbaik untuk mengelakkan dirinya dari di rogol.
Lain yang jadinya, bila saja kuncu-kuncunya masuk, semua sudah siap bersedia masuk tanpa pakaian. Sepertinya mereka memang sudah merancang untuk ‘kenduri’kannya. Apa yang boleh dia fikirkan tika itu adalah untuk mengambil selimut di katil untuk menutup tubuhnya. Dia bangun dan segera mengambil selimut. Tubuhnya ditutup dengan selimut dan terus mencuba untuk melepasi 2 orang lelaki yang sudah bersedia untuk menangkapnya.
“Bunuh perempuan ni.” Arah ketuanya tika itu.
Ayat itu sudah menggerunkan tangkai hati Shaza. Tapi dia lebih bersyukur andai dibunuh dari dirogol. Saat itu, dia sangat bersyukur kerana dari kecil sudah diserapkan dengan pelbagai ilmu oleh ibunya. Bukan hanya ilmu pertahanan diri tapi juga ilmu ketuhanan. Pesanan ibu untuk sentiasa bergantung kepada Allah diingatnya terutama tika ini. Tak putus-putus doa kepada Allah supaya selamatkannya dilafazkan didalam hati sementara mata dan tubuhnya menghadap 2 orang lelaki yang sedang bersedia untuk menangkapnya.
Dia bersedia tanpa rasa dia perlu meluru. Tak ada benda nak kejar. Dia ingat lagi guru silatnya pernah bagitahu, jangan gelojoh dalam mempertahankan diri. Biarkan serangan datang dulu, jangan mula menyerang kalau mahu selamat. Dia melintasi kedua-dua lelaki itu bila mereka mula menyerangnya. Tak ada apa yang dia buat kecuali mengelak. Dan kemudian dia lari ke pintu bilik untuk menyelamatkan dirinya.
Tapi baru saja dia mahu keluar, seorang lelaki telah menangkapnya. Tubuhnya dipeluk erat. Dia tidak cuba meronta. Dia perlu untuk menyimpan tenaganya dan berfikir cara yang lebih baik untuk melepaskan diri. Tenaga amat diperlukan untuk berlawan dengan manusia-manusia ini. Meronta tidak akan melepaskan dirinya.
“Bagus, bro. Bunuh dia sekarang. Aku nak dia mati depan mata aku.” Kata lelaki yang masih lagi terduduk menahan kesakitan di atas perbuatannya tadi.
“Apahal semua tak berbaju ni? Korang nak ambil dara budak ni ke? Korang janji barang baru pada aku. Tapi korang nak kenduri ‘barang’ aku pula?” Kata lelaki itu.
“Budak ni degil. Kitorang nak ajar dia. Bagi kau puas hati.” Kata salah seorang dari mereka.
“Korang keluar. Pakai baju.” Kata lelaki yang memeluknya.
“Kau, pakai baju kau.” Katanya lagi kepada bapa ayam.
“Aku nak keluar. Aku bawa budak ni.” Katanya dan terus mengheret Shaza keluar.
“Tak boleh, bro. Budak ni lain. Bijak semacam.” Kata bapa ayam.
“Aku handle dia. Budak-budak aku ada kat bawah.” Kata lelaki itu.
Dan lelaki it uterus seret Shaza ke bawah. Shaza hanya mengikut. Didalam otaknya mahu ikut lelaki ini sampai ke bawah. Dia akan bertindak ditempat awam. Rasanya lebih selamat begitu. Dan lebih mudah untuk dia menyelamatkan diri. Cuma dia perlu pastikan berapa orang lagi lelaki yang dia perlu lepasi kerana mengikut kata lelaki itu, dia ada membawa ‘budak-budak’.
Sampai saja dibawah, ada dua orang lelaki menyapa lelaki itu. Lelaki itu menyerahkan Shaza kepada salah seorang dari mereka. Shaza perhatikan kawasan sekeliling. Cuba merancang tapi kawasan itu tidak membantunya. Tapi dia tahu satu perkara, jika dia tidak bertindak sekarang, dia tak tahu peluang dia nanti.
Berbekalkan ketinggiannya yang rending, dia melompat dan menghantuk kepalanya ke dagu lelaki yang sedang memeluknya. Lelaki itu terduduk kerana kesakitan yang melampau. Dia sudah mengerang kesakitan. Kawannya pula cuba untuk menangkap Shaza tapi Shaza sempat lari.
Dengan keadaan diri yang hanya diselimuti dengan selimut, pergerakan Shaza untuk lari adalah sangat menyusahkan. Kain selimutnya dipijak oleh salah seorang dari lelaki itu dan menyebabkan Shaza jatuh tersungkur dan terus terbaring. Saat itu, dia dibelasah dengan teruk. Perutnya ditendang dengan sekuat tenaga  lelaki.
“Sakit. Sakit.” Jerit Shaza.
“Shaza, dahlah. Jangan ingat lagi hal ni.” Lydia memang sudah susah hati.
Saat itu juga, Hadif muncul dan terus bertanyakan kenapa Shaza boleh jadi begitu.
Lydia diam sebentar. Ini rahsia mereka. Dia ingat lagi. Saat itu, Shaza memaksa dia dan Umar untuk berjanji agar rahsia ini tiada siapa yang tahu. Hanya mereka bertiga.
“Kau tahu sejarah Shaza?” Tanya Lydia.
“Sejarah masa kecil dia? Masa dia berumur 12 tahun?” Tanya Lydia lagi bila Hadif mengerutkan dahinya.
“Tentang dia dijual oleh keluarga angkat dia? Pasal dia dan ketidakupayaannya?” Tanya Hadif.
Lydia angguk.
“Macam mana dia boleh kenang balik hal tu?” Hadif sudah berang.
Lydia rasa sangat bersalah bila melihat reaksi Hadif.
Hadif segera mendekati Shaza dan membisikkan khalimah ‘La ilahaillah’ ditelinga Shaza. Azan dilaungkan dan kemudian dia segera ke dapur. Air dituang didalam gelas. Diletakkan ketulan ais didalamnya. Segera dia bawa air itu ke ruang tamu. Dia duduk dihadapan Shaza. Mata dipejam sambil mulutnya terkumat kamit membaca surah Al-fatihah sebanyak 7 kali di air yang dibawanya.
Selesai saja, mata dibuka dan gelas tadi diletakkan di atas meja. Didekatinya Shaza. Dipeluknya isterinya itu dan diusap belakang Shaza. Dia segera iqomat ditelinga kiri Shaza.
“Shaza Irdina Binti Hazita.” Panggil Hadif sambil menepuk-nepuk belakang bahu Shaza.
Shaza membuka matanya. Dia nampak Hadif. Dia memeluk Hadif erat sehingga Hadif kesesakan nafas. Dia benar-benar takut. Dia masih lagi dengan bayangannya. Dia masih nampak macam mana tubuhnya yang sudah lunyai ditarik masuk semula ke kawasan tadi. Dia ditarik seperti menarik guni. Langsung tidak diperlakukan sebagai manusia. Bila dia cuba untuk melepaskan dirinya dengan sisa tenaga yang ada, salah seorang dari mereka akan menendang perutnya. Dan dia benar-benar sudah tidak bermaya dan pasrah dengan nasib yang akan menimpanya nanti.
Namun, hatinya tidak putus-putus berdoa agar Allah segera menurunkan bantuan-Nya tika itu. Sementa dia masih di kawasan awam. Walaupun kawasan itu sunyi.
“Hoi. Korang buat apa tu?” Jeritan satu suara.
“Polis.” Kata salah seorang dari mereka.
Mereka terus meninggalkannya dan lari.
“Jangan lari.” Jerit polis itu dan terus mengejar mereka.
Salah seorang dari polis itu datang mendekatinya dan mencangkung disisinya. Setelah memastikan dia masih hidup, polis tersebut terus ke keretanya untuk membuat laporan untuk meminta bantuan. Dia datang semula.
“Dapat tangkap?” Tanya polis yang mengawalnya.
“Tak.” Jawab rakan setugasnya.
“Dah minta bantuan?” Tanya polis yang mengejar dalam keadaan semput.
“Shaza Irdina, Shaza dah selamat. Shaza ada dengan Hadif ni. Hadif suami Shaza yang sangat mencintai dan menyayangi Shaza.” Suara Hadif memanggilnya.
“Hadif.” Panggil Shaza.
“Hadif.” Sekali lagi nama itu dipanggil.
Saat itu dia nampak seorang lelaki yang tersenyum manis padanya. Senyuman itu sungguh menyegarkan hatinya dan membuatkan dia lupa tentang mimpi ngerinya tadi.
“Hadif.”
Dia memeluk lelaki itu. Erat. Dia senyum bila Hadif terus memanggil-manggil nama penuhnya. Panggilan itu menyemankan hatinya. Membuatkan dia benar-benar lupa apa yang telah terjadi ke atas dirinya tadi.
“Shaza Irdina, buka mata perlahan-lahan.” Bisik Hadif ditelinga Shaza.
Shaza membuka matanya perlahan. Dia kembali ke rumahnya semula. Dia sedar dia termasuk semula ke dalam dilusi kisah silamnya. Dia merenggangkan kepulakannya pada Hadif.
Hadif segera memberikan gelas yang berisi air sejuk kepada Shaza. Shaza ambil dan terus meminumnya. Hadif tak lepas dari memandang Shaza sehingga air itu habis diminum.
“Lega?” Tanya Hadif.
Shaza angguk.
Hadif menarik Shaza ke dalam pelukannya. Terus saja dia bawa Shaza untuk baring bersama dengannya.
“Ehem. Korang boleh tak jangan lupa yang aku ada dekat sini?” Lydia berdehem bila saja melihat adegan suami isteri itu yang sudah baring disofa.
“Minta maaflah, Lydia. I bukan nak halau, tapi rasanya ni masih awal lagi kalau you nak balik. Tapi kalau you tak nak balik, tu ada kunci rumah I. You pergi duduk rumah I sajalah. I want to comfort my wife.” Kata Hadif.
“Tak apalah. Aku balik dulu.” Pamit Lydia.

Dia terus mengambil beg tangannya dan berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan