SUBSCRIBE

Sabtu, September 24, 2016

KISAH PULA AKU 26

Sementara menunggu makanan tiba, Shaza dan Hadif bercerita tentang pelbagai perkara. Dari satu topic ke satu topik yang lain. Tanpa menghiraukan pengunjung yang lain. Duduk dikerusi bersofa, mereka santai bersandar dan saling berpelukan antara satu sama lain.
Shaza pun tak tahu kenapa. Dia tak boleh untuk tidak bermanja dengan Hadif sebaik saja mereka sah menjadi suami isteri. Bila berdekatan dengan Hadif, tangannya automatik akan terus ingin memeluk lelaki itu. Tidak kira walau dimana pun mereka berada.
Bukannya berpelukan mengadap satu sama lain. Sekadar melingkarkan tangan di pinggang ataupun bahu. Dan paling selalu Shaza lakukan adalah, memeluk lengan Hadif. Tak kisah bahagian tubuh Hadif yang mana, yang pasti, dia suka memeluknya.
Hadif pula memang suka bila Shaza bermanja dengannya. Tanpa Shaza sedar, sebenarnya Hadif punca kenapa dia tak boleh tidak berdiri atau duduk jauh walau seinci bila bersama Hadif. Sejak mereka disahkan sebagai suami isteri, Hadif yang memeluk Shaza. Meletakkan tangan Shaza ditubuhnya. Sehinggalah ianya menjadi tabiat untuk Shaza.
Shaza pula bukan isteri yang suka melawan. Apa saja yang Hadif lakukan, dia hanya akan ikut. Selagi ianya tidak melanggar batasan.
Dan satu lagi kebiasaan mereka bila makan di kedai makan, hanya akan memesan satu pinggan. Makanan tersebut akan dikongsi bersama. Jika dirasakan kuantiti yang diberikan itu sedikit, mereka akan terus memesan makanan lain sebaik saja hidangan pertama dihidangkan.
Pelik?
Tak. Shaza ada masalah untuk makan banyak. Dia suka makan berulang banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
Dan kerana itu, mereka akan berada di kedai makan dalam tempoh yang lama. Tapi untuk mereka, itulah masa untuk diluangkan bersama.
“Sayang, itu Azfar, kan?” Tanya Shaza.
Hadif memandang ke arah yang ditunjukkan Shaza. Matanya merenung tepat lelaki itu. Dia angguk. Namun, matanya tak lari dari pasangan yang sedang mesra bergurau di sudut sisi kiri meja mereka.
“Itu mesra dengan kawan ke kekasih?” Tanya Shaza.
“Macam kekasih.” Jawab Hadif.
Shaza angguk. Dia terus memerhati pasangan itu hingga tidak sedar makanan sudah dihidangkan dihadapan mereka. Spaghetti Oglio Aglio tidak lagi membuka seleranya walhal dia tersangat lapar tika keluar dari pejabat.
“Darl, makan dulu. I know what you are planning to do. But, consider yourself first. Have your meal.” Kata Hadif
Hadif menyuapkan spaghetti ke mulut Shaza. Shaza membuka mulutnya tanpa sedikit pun melepaskan pandangannya kepada Azfar. Hatinya sakit melihat kemesraan itu. Perasaan kasihan kepada Lydia makin lama makin menebal.
Selepas kes malam pegawai agama datang menyerbu rumahnya, dia diam saja melihat hubungan Azfar dan Lydia. Dia tidak mahu masuk campur tentang perancangan mereka dalam membina hubungan. Tapi apa yang dilihatnya sekarang adalah melampau.
Bagaimana Azfar boleh tergamak menduakan Lydia? Kata cintakan Lydia. Tapi kenapa buat Lydia macam ni?
Timbul rasa syukur kerana dijodohkan dengan Hadif. Hadif tidak menangguhkan hubungan mereka. Sebaik saja dia yakin yang mereka boleh bernikah, terus saja dia melakukan prosedur untuk pernikahan mereka.
Matanya terbeliak sebaik saja melihat Azfar mencium tangan wanita itu.
Hadif juga nampak. Dengan pantas, garfu dilepaskan dan pinggang Shaza dirangkul dengan erat.
“Habiskan makan dulu. Lepas tu baru buat apa yang you nak buat tu. Now, just take a video or picture as a proof.” Kata Hadif. Tangannya masih lincah menyuap dirinya dan Shaza.
Shaza mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam aksi pasangan tersebut. Dia tak tahu kenapa dia setuju dengan cadangan Hadif itu. Untuk tunjukkan pada Lydia? Tidak. Tidak sama sekali.
Jadi? Untuk apa?
Dia tak tahu. Yang pasti, dia perlu ada bukti.
“Dah habis.” Kata Hadif.
Shaza memandang pinggan dihadapannya. Sudah kosong. Hadif pula sedang menghirup airnya. Shaza bangun dan bersedia untuk menyerang Azfar.
Hadif menariknya supaya duduk.
“Why?” Tanya Shaza.
“You get the proof?” Tanya Hadif pula.
Shaza angguk.
“Sent it to me. Let me face him.” Kata Hadif.
Shaza menghantar video itu ke telefon bimbit Hadif. Hadif menunggu video itu untuk download. Selesai saja itu, dia bangun.
“Just watch how men settle thing like this.” Kata Hadif dengan megah.
Shaza biarkan dan perhatikan macam mana dengan tenang Hadif duduk dihadapan Azfar. Senyuman lebar tidak lekang dari bibir Hadif.
“Poyo.” Kata Shaza sambil melepaskan ketawa kecil melihat gelagat Hadif dari jauh.
Seketika kemudian, Hadif bangun dan berjalan ke arahnya semula. Dia duduk tenang disisi Shaza. Tangannya menggenggam jari jemari Shaza.
“Ya Allah, kekalkan cintaku pada mahkluk-Mu untuk isteri ini saja. Janganlah pula Kau melebihkan cintaku kepada isteriku melebihi-Mu dan Rasul-Mu. Begitu juga dengan isteriku, Ya Allah. Hadif cintakan Shaza untuk selamanya, Ya Allah. Kekalkan jodoh kami sehingga akhir hayat kami, Ya Allah. Aamiin.” Doa Hadif.
Dia senyum kepada Shaza. Tangan Shaza dicium dengan penuh kasih.
“Seronok bila ramai dah tahu yang kita ni pasangan suami isteri. Tak rasa bersalah nak sebut you are my wife.” Kata Hadif.
Shaza senyum. Kepala dilentokkan ke bahu Hadif.
“Kenapa tak serang Azfar tu. Tumbuk dia ke. Geram betul.” Kata Shaza.
“I won’t hurt my honour. Please do take care of it too.” Balas Hadif.
“Kalau I nak pergi serang dia boleh tak?” Tanya Shaza.
“Nope. Don’t need.” Jawab Hadif.
“Why?”
“He won’t listen.”
“Maybe he will.”
“Nope.”
“Watch me.”
Shaza terus bangun dan menuju ke meja Azfar.
Azfar kelihatan terkejut dengan kehadiran Shaza. Tangan yang tadi enak memegang tangan si gadis terus dilepaskan. Dia mula menggelabah. Rasa bersalah dan serba salah.
Sewaktu Hadif menyerangnya, dia masih mampu untuk tenang. Langsung tidak terlintas bahawa Hadif berada bersama Shaza. Jika dia tahu, pasti dia tidak akan terus bermesra dengan Maria. Pasti dia akan meninggalkan Maria untuk pergi kepada Shaza.
“Seronokkan pegang tangan perempuan?” Sinis saja Shaza berkata.
Senyuman tak lekang dari bibirnya. Pandangan ditalakan kepada Hadif. Kening diangkat menandakan dia menang kerana mampu membuat Azfar menggelabah.
Hadif senyum segaris.
“Ini adik sesusuan aku.” Kata Azfar mengelabah.
Alasan yang sama diberikan kepada Hadif bila Hadif menggugut untuk memberikan video rakamannya sedang bermesraan dengan Maria. Perkara itu juga sudah diterangkan kepada Maria. Kenapa dia menipu.
“Oh. Adik susuan.” Kata Shaza.
Kepala diangguk-angguk.
“Okey lah. Teruskan berpegangan tangan. Mahram, kan? Bukan apa. Hadif kata dia dah tegur. Tapi aku yang tak percaya. Dah kau kata ini adik sesusuan kau, aku okey je. Nak hindarkan diri dari sama-sama bersubahat buat dosa dengan kau.” Sinis Shaza berkata.
“Dik, ini pesan macam adik-beradiklah. Since kau adik Azfar dan Azfar ni kawan baik aku. Ini pesanan supaya berhati-hati. Lelaki kalau dah sekali menipu, dia akan terus menipu kau. Dia abang kau, kan? Selalu ingatkan dia untuk kekal pada seorang. Dan cepat-cepat halalkan hubungan tu.” Pesan Shaza kepada Maria.
Maria cuma angguk.
“Kau dah bincang dengan Lydia ke bila nak nikah? Takkan kau nak aku buat perkara keji macam kau buat kat aku?” Tanya Shaza.
“Aku dah kata. Hanya kau isteri pertama aku.” Kata Azfar. Tegas.
“Okey. Membujanglah kau sampai mati.” Kata Shaza dan terus berdiri.
Telefon yang dipegangnya tadi ditekup ditelinga.
“Lydia, dah dengar?” Tanya Shaza.
Azfar terkejut. Dia benar-benar tak sangka Shaza akan buatnya begitu. Dia tahu dia tidak akan dapat Shaza dari mula lagi. Tapi sungguh tak sangka dia juga bakal kehilangan Lydia. Wanita yang dicintainya sepenuh hati.
“Dah. Bagi telefon kau pada Azfar.” Kata Lydia yang berada ditalian.
Shaza memberikan telefonnya kepada Azfar.
Azfar menyambut dengan perlahan. Dia gusar. Sangat bimbang dengan apa yang bakal dikatakan Lydia kepadanya. Perlahan-lahan juga telefon itu diletakkan ditelinganya.
“Ya.” Kata Azfar.
“Azfar, we are over.” Kata Lydia dan terus matikan talian.
Shaza senyum sinis dan terus mengambil telefon bimbitnya yang dihulurkan Azfar. Dia terus berjalan kembali kepada Hadif yang sudah selesai membayar makanan yang mereka makan tadi. Tangan dihulurkan kepada Hadif.
Hadif menyambut huluran tangan itu dan terus bangun sambil sempat tangannya mencapai beg tangan Shaza. Beg tangan diserahkan kepada Shaza dan terus melangkah mengikut langkah Shaza yang sengaja melintasi meja Umar.
“Jangan main-main dengan hukum.” Pesan Shaza perlahan kepada pasangan itu.
Hadif tunduk dan berbisik ke telinga Azfar.
“Over my death body to make Shaza as yours.” Bisik Hadif.
Bahu Azfar ditepuknya.
“Oh ya, Azfar. Insya Allah, Shaza tak akan pilih kau walaupun aku dah mati.” Kata Hadif.
Shaza memandang Hadif. Mindanya berfikir. Selalunya Hadif yang ingin menjaga hubungannya dengan Azfar dan Lydia. Tapi apa yang Hadif katakan kepada Azfar tadi macam mencabar Azfar.
Sangat pelik.
“What are you think, darl?” Tanya Hadif bila mereka sudah masuk ke dalam kereta.
“Why you said that?” Tanya Shaza pula.
“Why?”
“Curious.”
Hadif kerut kening.
“Bukan selalu you jaga hati Azfar dan Lydia ke supaya hubungan kami baik? Kenapa you cakap macam tu dekat Azfar tadi?” Tanya Shaza.
“Sebab I tak suka apa yang Azfar buat. Apa yang dia buat itu akan mencemarkan nama seluruh lelaki didunia. Perempuan akan terus judge lelaki ni curang dan tak setia. Dan kerana orang-orang macam ni, ramai isteri-isteri di dunia ni tak percaya kepada suaminya. Sedangkan dalam satu perhubungan itu perlukan kepercayaan untuk kekal aman dan damai. Bila ada perasaan tak percaya dan insecure, maka isteri akan selalu suspicious pada suaminya. Macam tu, rumahtangga tak akan aman.” Kata Hadif.
Shaza angguk.
“Pesan pada Lydia, find another man. He is not worth.” Sambung Hadif.
Shaza angguk.
“Insya Allah.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan