SUBSCRIBE

Jumaat, September 09, 2016

KISAH PULA KAU 22

Shaza mencapai telefonnya yang sedang berbunyi. Lydia. Dilihatnya jam di telefon bimbit sudah pukul 1.30 pagi. Ditekannya butang hijau untuk menjawab panggilan Lydia. Hatinya kerisauan kerana Lydia tidak pernah menelefonnya waktu begini.
“Lydia.” Nama itu disebutnya.
“Shaza, kau kat mana?” Tanya Lydia.
“Rumah Hadif.” Jawab Shaza.
“Balik rumah kau sekarang.” Arah Lydia.
“Kenapa?”
“Balik sajalah.”
“Hurmmm.”
Shaza mengejut Hadif. Tiada respond. Pelik. Hadif seorang yang senang untuk bangun tidur. Didekatkan tubuhnya ke tubuh Hadif. Panas.
“Sayang. You demam ni.”
Shaza kepanikkan. Dia bergerak menjauhi Hadif. Tapi ditarik Hadif.
Hadif memeluk Shaza untuk mendapatkan haba dari badan Shaza. Dia benar-benar kesejukan tika ini. Haba dari tubuh Shaza ditambah dengan bau tubuh itu, sangat menenangkannya.
“Sayang, I ambil cool fever kejap. Then, I’ll hug you back.” Pujuk Shaza.
“No need. I just need you.” Dalam serak suaranya, Hadif membalas.
Dalam keadaan masih di dalam pelukan Hadif, Shaza mencapai remote controller aircond dan dimatikan. Dicapainya pula remote kipas dan dipasangnya pada pusingan maksimum. Tubuh Hadif yang berbalut comforter, ditarik.
Hadif hanya membiarkan saja apa yang dilakukan Shaza. Bukan tidak biasa. Malah selalu pun begitu. Shaza tak pernah manjakannya bila demam. Kalau dilihat cara Shaza menjaganya bila demam, seperti membuli. Tapi itulah cara paling berkesan agar dia kembali sihat dengan cepat. Tapi dia sedar, bagaimanapun, semua kesembuhan itu milik Allah. Manusia hanya mampu berusaha untuk sihat.
“Darl, Lydia nak apa?” Tanya Hadif bila teringatkan panggilan yang diterima Shaza tadi.
“Dia suruh balik rumah. Ada dirumah kot. Nak buat surprise tapi tak jadilah tu.” Jawab Shaza.
“Pergilah. Jangan hampakan niat seorang sahabat.” Suruh Hadif.
“Biarlah. Sayang lebih utama. Takkan nak tinggalkan sayang dalam keadaan macam ni?” Balas Shaza.
“She is your bestfriend. Takkan nak buat tak tahu. Pergilah. Sekejap saja pun, kan?” Pujuk Hadif.
“But you are my hubby. My priority.” Balas Shaza.
“And I ask you to obey me. Go. Celebrate with your bestie.” Arah Hadif tanpa melepaskan Shaza dari pelukannya.
Shaza menarik nafas dalam sebelum dilepaskannya kasar.
“I’ll go for less than half hour.” Janji Shaza.
Hadif angguk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan melihat masa. Pelukannya pada Shaza turut dileraikan. Timer countdown di setkan untuk 35 minit.
Shaza bangun dan menyarung jubah tidur yang tersidai di tempat penyidai. Disarungnya ke tubuhnya. Rambut diikat ala kadar. Selendang dicapai dan diletak ke kepalanya. Dia terus berjalan ke luar.
“Darl, tunggu.” Tahan Hadif.
Shaza memandang Hadif yang sedang bangun dari katil. Hadif berjalan mendekatinya.
“I’ll go with you. I’ll send you there. Risaulah you jalan seorang pergi rumah you. Walaupun dekat bawah saja.” Kata Hadif.
Dia turut menyarung jubah tidur.
Shaza diam dan hanya menunggu. Dia sebenarnya risau juga mahu keluar seorang pada waktu begini memandangkan apartment mereka ini turut diduduki oleh mereka yang bukan Islam. Yang sering mabuk. Takut terserempak dengan mereka sewaktu di dalam lif.
Mereka beriringan ke rumah Shaza. Tubuh Hadif selalu di dalam pelukan Shaza agar haba dari tubuhnya boleh menyelesakan Hadif. Sesampai saja di lorong rumahnya, Shaza dan Hadif berpandangan. Banyak kasut di depan rumahnya.
“Siapa lagi?” Tanya Shaza.
Hadif jongkit bahu dan mereka terus berjalan hingga ke pintu rumah Shaza. Salam diberi dan mereka terus masuk.
“Astagfirullahalazim.”
Ada suara kuat yang beristighfar bila melihat Shaza masuk bersama Hadif dalam keadaan berpelukan. Shaza buat tak tahu dan terus memaksa Hadif terus masuk ke dalam bilik. Dibaringkan Hadif dan dia terus ke meja solek dan mengambil sesuatu dari dalam laci meja tersebut. Kemudian, dia keluar ke ruang tamu dimana Lydia, Umar dan pak ustaz sedang menunggu.
“Ada apa di rumah saya pagi-pagi macam ni?” Tanya Shaza.
“Kami mendapat aduan. Rumah ini dikatakan ada pasangan sedang berkhalwat. Sudah beberapa kali kami membuat pemantauan dan hari ini kami ambush. Dan pasangan ini ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah ini. Tapi mereka katakan mereka datang untuk membuat surprise birthday untuk tuan punya rumah.” Terang salah seorang dari pak ustaz yang ada.
“Siapa lelaki tadi? Saya rasa benar kata lelaki ini bahawa kamu berdua yang menjadi suspek kami.” Tanya seorang yang lain dari merkea.
“Kalau boleh saya tahu siapa yang membuat laporan? Saya tak rasa penghuni di sini. Orang di sini hanya buat urusan mereka sendiri. Kalau pun ada yang ada semangat kejiranan, mereka sangka saya dan Hadif adik-beradik kerana muka kami hampir sama. By the way, lelaki tadi tu namanya Hadif. Maaf, dia demam. Badan dia tengah lemah.” Tanya Shaza.
Lydia yang hanya mendengar mula sedar sesuatu. Muka Shaza dan Hadif memang kelihatan hampir sama. Memang seperti adik-beradik. Selama ini dia langsung tak perasan.
“Kami tak boleh dedahkan si pengadu.” Jawab pak ustaz yang menerangkan keadaan sekarang.
Azfar menarik nafas lega.
“Tak apa. Saya tahu dah siapa.” Kata Shaza.
Matanya mencerung kepada Azfar. Melihat reaksi Azfar yang menarik nafas lega tadi telah menjawab semua persoalan tentang siapa si pengadu.
“So, pasangan ini di dapati bersalah atau tidak?” Tanya Shaza.
“Kalau mereka boleh buktikan mereka tidak bersalah.” Jawab pak ustaz pertama tadi.
“Berapa lama korang perhatikan mereka di dalam rumah saya sebelum ambush?” Tanya Shaza.
“30 minit.” Jawab pak ustaz pertama tadi.
“Macam mana keadaan dorang masa mereka membuka pintu? Dalam keadaan mencurigakan?” Tanya Shaza lagi.
Pak ustaz semua mengeleng.
“Jadi mereka tidak bersalah, kan?” Tanya Shaza.
“Tapi kami memang sudah lama perhatikan rumah ini. Memang selalu juga ada pasangan yang berdua-duaan dalam rumah ini.” Kata salah seorang dari pak ustaz.
Shaza malas mahu bercakap banyak. Sekeping kertas dihulurkan kepada mereka. Kertas itu bertukar-tukar tangan sehingga ke Lydia dan Azfar.
“Ini fotokopi. Kalau nak yang original, jom pergi rumah suami saya.” Kata Shaza. Nadanya sedikit sinis.
“Sebelum buat apa-apa tindakan, siasat dulu. Jangan terima aduan terus buat tindakan. Kaji dulu. Semak dulu data-data yang ada. Kami bukan menikah di sempadan. Kami menikah dengan cara yang betul dari sesi Islam dan Negara. Semua rekod pasti ada dalam simpanan majlis agama. Kenapa tak check data dulu?” Kata Shaza lagi.
“Darl.” Panggilan Hadif yang sayup kedengaran.
Shaza segera masuk ke bilik untuk melihat Hadif. Dia duduk disisi Hadif. Hadif memandangnya. Dia tunduk dan mencium tangan Hadif.
“Jom bawa I ke depan. Rasa tak sedap hati biar you berjuang sendirian.” Kata Hadif lemah.
“Tak payahlah. You tengah tak sihat. Lagipun, benda dah nak settle. Urusan kita dah selesai. Sekarang ni tinggal part Lydia dan Azfar saja.” Balas Shaza.
“It was better kalau dorang nikah dengan kadar segera.” Hadif menyampaikan hasratnya.
Shaza angguk dan terus keluar.
“Untuk pasangan ini, ustaz semua buatlah keputusan. Hari ini memang hari lahir saya. Mungkin benar mereka membuat rancangan untuk membuat surprise untuk saya. Lagipun, Lydia memang ada kunci pendua rumah ini. Saya tak kisah apa pun keputusan. Tapi dari tadi saya cari kek atau apa-apa perhiasan yang dibuat selama 30 minit dalam rumah. Tapi tak nampak.” Kata Shaza.
“Ni kek kau dan ni hadiah kau.” Kata Lydia
Sebuah kotak kecil dari Secret Resipi dikeluarkan dari celah antara Lydia dan Umar. Lydia kemudian menghulurkan sebuah kotak kecil dari beg tangannya.
Shaza mengambil. Dengan cermat kotak yang berbalut kemas itu dibuka. Dibuka kotak yang berlebal Pandora. Seutas gelang tangan Pandora dikeluarkan dan terus dipakai.
“Terima kasih.” Ucap Shaza.
“Kau suka?” Tanya Lydia.
“Apa saja dari kau, aku suka.” Jawab Shaza.
Lydia mendekati Shaza. Dipeluknya Shaza sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
“Ehem.” Satu suara berdehem.
Shaza dan Lydia berpandangan pada suara itu.
“Kami sudah membuat keputusan. Dalam masa 30 minit, macam-macam boleh terjadi. Kalau kamu berdua boleh buktikan apa yang kamu berdua buat didalam rumah ini selama itu.” Kata pak ustaz yang memang skeptik dari tadi.
Lydia dan Umar berpandangan.
Shaza tenang.
“Kami mencari Shaza. Satu rumah. Tapi dia tak ada. Kami decide untuk tunggu dia sampai dia balik. Kami ingatkan dia keluar dengan Hadif dan akan balik sekejap lagi.” Kata Umar.
“Kalau puan ni tak balik?” Tanya pak ustaz skeptik.
“Kami tak fikir macam tu. Sebab ini rumah dia. Takkan dia tak balik. Kami pun tak pernah tahu yang mereka dah berkahwin. Mana nak tahu yang Shaza duduk rumah Hadif.” Jawab Azfar.
Pak ustaz semua memandang ke arah Shaza.
“Yang tahu tentang pernikahan kami hanyalah tok kadi dan saksi. Itu pun semuanya adalah orang dari pejabat agama. Kami bernikah di pejabat kadi. Tak ada majlis atau jemputan.” Kata Shaza menjawab pandangan mereka.
“Kenapa Shaza?” Tanya Lydia.
Dari tadi dia mahu bertanya tapi didiamkan dulu. Tapi bila sekali lagi benda ini dinaikkan, maka dia rasa ini waktu yang tepat untuk bertanya.
“Alasan aku mudah. Aku tak nak orang mempersoalkan hubungan kami. Ini adalah hubungan yang kami mahukan. Hubungan tanpa komitmen. Alasan Hadif lebih kukuh. Dan ianya biarlah menjadi rahsia kami berdua saja.” Jawab Shaza.
“Kami ada persoalan tentang waktu 30 minit itu. Takkan tak ada apa-apa yang berlaku? Andai kata kami tidak ambush, apa pula yang akan berlaku dalam masa sejam? Dua jam? Berdeduaan diantara lelaki dan perempuan akan ada syaitan yang akan menghasut untuk menaikkan syahwat diantaranya. Jadi, kami dapati kamu berdua bersalah. Cik, sila panggil wali cik untuk selesaikan masalah ini.” Kata pak ustaz skeptik itu.
“Mana boleh macam tu.” Bantah Azfar.
“Cik ini tiada wali. Jika dia didapati bersalah, saya mohon untuk dinikahkan mereka berdua sekarang ini. bukankah itu lebih baik dari dipanjangkan kes ini sampai ke mahkamah tetapi mereka bedua masih tiada ikatan. Dari memalukan orang, baik menyelesaikan dan memudahkan urusan mereka. Benda baik kenapa mesti ditangguhkan? Lagipun, sewaktu tempoh siasatan, yang menjadi suspek adalah saya dan suami. Jadi, kami dah sahkan bahawa kami adalah pasangan yang sah. Jadi, untuk mereka berdua, dah dikira kes selesai. Kan? Jadi, tak salah kalau kita nikahkan mereka berdua.” Kata Shaza.
Pak ustaz berpandangan sesama mereka. Semua angguk.
“Baik.” Mereka setuju.
“Kenapa tak tanya persetujuan kami berdua?” Bantah Azfar.
“Kenapa nak lenggahkan benda yang mudah?” Sangkal Shaza.
“Aku nak kau.” Kata Umar.
“Kau dah gila? Aku isteri Hadif yang sah.” Balas Shaza.
“Minta cerai. Aku nak kau.” Tegas Umar.
“Siapa kau dan apa hak kau untuk permintaan macam tu?” Tanya Shaza.
Lydia disebelahnya sudah mengalir air mata. Hatinya sayu melihat air mata sahabatnya. Jika dia ditempat Lydia, bukan saja rasa kecewa, rasa terhina dan dihina dengan apa yang dilakukan Azfar. Mengatakan mencintai diri kita tapi bila disuruh menikah, diri ditolak mentah-mentah.
Namun, bagi Lydia, dia sudah menjangka Azfar pasti mahukan Shaza sejak pertama kali Azfar melamarnya. Keadaan seperti ini pasti akan berlaku. Dan tekaannya tepat. Dia sudah bersedia tapi keadaan kini tidak seperti yang dijangka dulu. Shaza sudah bernikah. Bermakna menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan rumahtangga Shaza terpelihara dari manusia tamak seperti Azfar.
“Encik, nak buka kes kami atau tidak?” Tanya Lydia.
Pak ustaz mengeleng.
“Macam tu, saya minta diri dulu. Saya rasa encik-encik pun boleh balik. Lagipun, tuan rumah tak sihat. Kita ni tetamu tak diundang.” Kata Lydia dan terus menarik tangan Azfar.
Azfar merentap tangannya bila pak ustaz semua sudah beredar.
“Shaza. Minta cerai pada Hadif sekarang juga. Kalau kau nak aku kahwin dengan Lydia. Kau kena jadi isteri aku dulu.” Kata Umar.
“Astagfirullahalazim.”
Dalam keadaan payah, Hadif keluar dari bilik dan ke ruang tamu bila perkataan cerai didengarinya. Terkejutnya dengar permintaan Azfar itu.
Shaza menghampiri Hadif. Dia memapah Hadif ke sofa dan mendudukkan Hadif. Hadif bila demam pun, keadaannya akan teruk terutama jika tidak dirawat dari awal iaitu sebelum dia demam. Sekarang ini Hadif sudah demam, maka, Hadif akan menjadi sangat lemah.
“Aku nak kau ceraikan Shaza.” Arah Azfar.
“Azfar, sedar tak sesuatu?” Lemah saja suara Hadif.
“Ya. Aku sedar yang kau sedang ambil hak aku.” Balas Umar.
Hadif geleng. Dalam hatinya terus beristighfar.
“Umar, kau sedang membuat usul meruntuhkan masjid. Dosanya besar.” Kata Hadif. Lembut.
Azfar tidak kisah tentang itu. Padanya, dia mesti memiliki Shaza. By hook or by crook. Tak kisah dengan apa cara sekali pun. Dia rasa tercabar dengan kenyataan yang Shaza memilih Hadif berbandingnya. Selama ini dia fikir, hubungan Shaza dan Hadif tak akan ke mana. Dia sangat pasti yang Shaza akan kembali kepadanya. Tapi bila Hadif boleh menerima Shaza seadanya dan terus dinikahi wanita kesayangannya itu, egonya rasa tercabar. Kelakiannya terasa diinjak-injak. Kenapa Hadif boleh menerima Shaza sedangkan Shaza....
“Aku tak kira, aku nak Shaza. Kau kena lepaskan dia.” Kata Umar. Keras.
“Darl, you buat keputusan.” Kata Hadif.
“I just need you.” Balas Shaza.
“Azfar. Dahlah. Jangan kacau rumahtangga orang.” Pujuk Lydia.
“Aku cuma nak balik apa yang aku lepaskan dulu.” Kata Azfar.
Shaza ketawa.
“Kau tahu kenapa aku pilih Hadif bukan kau? Aku jatuh cinta pada Hadif pada pandangan pertama. Tapi aku sedar diri aku. Aku pernah nampak pandangan jijik kau pada aku dulu. Jadi aku ceritakan pada Hadif apa yang pernah terjadi pada aku dulu. Perkara yang sama aku ceritakan pada korang. Apa yang jadi pada aku sewaktu aku diambil sebagai anak angkat. Dan Hadif terus ajak aku kahwin. Aku tolak. Aku tak nak dia kahwin dengan aku kerana simpati. Tapi dia mendesak. Kerana rasa rendah diri, aku setuju dengan syarat. Perkahwinan ini dirahsiakan dan aku tak nak dia jadi suami macam orang lain. Aku minta perkahwinan tanpa ada komitmen. Dan aku juga tak akan menuntun apa-apa hak sebagai seorang isteri. Kalau dia nak kahwin lain pun, aku tak ada masalah.” Cerita Shaza.
Air matanya mengalir.
Hadif menarik Shaza ke dalam pelukannya. Shaza menangis semahunya dibahunya sebelum bangun semula untuk meneruskan ceritanya.
“Semuanya disebabkan reaksi kau. Walaupun kita masih kecil dulu, tapi ianya memberi kesan pada aku sampai sekarang. Aku dijual oleh bapa angkat aku. Aku diseksa. Aku melawan untuk mempertahankan maruah aku. Aku ditendang tanpa belas kasihan. Mujur ada polis yang meronda dan membawa aku ke hospital. Aku kemudian dimasukkan ke rumah anak-anak yatim kita semula selepas itu. Bila aku cerita pada korang berdua, apa reaksi kau? Kau maki aku. Kau bodohkan aku. Kau jijikkan aku. Kau kawan aku tapi kau hina aku. Kau betul-betul buat aku rasa kelakar sekarang ni. Aku tak pernah jadi hak kau tapi kau kata aku hak kau. Lagikan sebagai kawan kau boleh hina aku. Macam mana andai kita sudah menikah nanti? Mahu aku ni kau pukul. Kelakarlah. Tak Azfar. Tak!. Aku tak akan biarkan diri aku diinjak sesuka hati.” Kata Shaza sambil ketawa sinis.
Azfar terus melangkah keluar. Dia tahu dia yang bersalah. Dia tahu semua itu kesalahan dirinya sendiri. Tapi itu adalah dulu. waktu itu dia masih kecil. Belum boleh berfikir dengan matang. Tapi bila perkara itu yang diungkit oleh Shaza. Dia tahu yang dia langsung dia peluang untuk mendekati Shaza.
Lydia mengikut Azfar dari belakang selepas berpamitan dengan Shaza.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan