SUBSCRIBE

Rabu, September 07, 2016

KISAH PULA AKU 21

“Kau nak ikut, tak?” Tanya Lydia.
“Pergi mana?” Tanya Azfar
“Buat birthday surprise untuk Shaza.” Tanya Lydia.
Dia sungguh teruja untuk membuat kejutan untuk hari lahir Shaza pada malam ini. Pelbagai benda dia sudah rancang untuk menjayakan rancangannya. Dan dia sudah bayangkan eksperasi wajah Shaza menerima kehadirannya secara mengejut.
“Kau nak buat macam mana?” Tanya Azfar.
“Aku nak pergi rumah dia tengah malam ni.” Kata Lydia sambil mengeluarkan kunci pendua rumah Shaza yang ada padanya.
“Kunci apa tu?” Tanya Azfar. Dia makin gelisah.
“Rumah Shaza. Aku nak masuk rumah dia pakai kunci ni. Lepas tu kejutkan dia. Kalau kau ada, kau tolonglah bawa kek. Kalau tak, aku usung dia keluar bilik. Tiup lilin dekat ruang tamu.” Cerita Lydia akan rancangannya.
“Tak payahlah. Kita celebrate macam biasa sajalah.” Kata Azfar.
“Come on lah Azfar. Ini birthday yang ke 30. Make it special. Dah melangkah ke alam dewasa.” Kata Lydia.
Azfar serba salah. Dia tak mahu Lydia kecewa macam dia rasa kecewa bila melihat Hadif berada di rumah Shaza. Tapi melihatkan keterujaan Lydia, dia tahu, Lydia tak akan berhenti jika tiada alasan yang kukuh.
“Aku tak nak kau kecewa.” Itu saja kata Azfar sebagai mukadimah.
“Kenapa?” Tanya Lydia.
Azfar membetulkan duduknya tapi masih lagi rasa serba salah. Otaknya masih menimbalkan baik buruk jika memceritakan apa yang dia nampak suatu masa dulu.
“Aku pernah pergi rumah  Shaza dan Hadif ada di situ. Aku tak nak kau nampak apa yang aku nampak. Manalah tahu bila kita masuk, dorang tengah buat kerja terkutuk ke.” Kata Azfar bersama anggapannya tanpa sedar sudah menanam benih fitnah pada Shaza dan Hadif.
Lydia ketawa.
“Aku tak tipu. Memang Hadif ada dalam rumah Shaza waktu tu. Hadif keluar pakai boxer.” Bersungguh Azfar mahu Lydia mempercayai ceritanya.
“Ya, aku percaya.” Balas Lydia.
“Kenapa kau gelak?” Tanya Azfar.
“Kau macam tak kenal Shaza. Aku yakin dorang tak akan sampai buat kerja terkutuk tu. Aku memang tahu dorang selalu pergi rumah each other. Kadang-kadang Hadif akan datang ke rumah Shaza tapi selalunya Shaza ke rumah Hadif. Tapi sekadar duduk makan dan lepak. Tak ada pun buat apa-apa. Mungkin masa kau datang tu, pakaian Hadif kotor ke. Hadif memang tak boleh dengan kekotoran. Dia ada Automysophobia. Dia panic kalau kotor.” Jelas Lydia.
“Tapi tak bermaksud dorang tak buat kerja terkutuk tu.” Azfar cuba mempertahankan apa yang difikirkannya selama ini.
“Hadif dan Shaza tu memang nampak macam tu. Tapi aku pernah uji mereka. Masa tu Shaza tak tahu aku ada dalam bilik. Sampai Hadif balik, dorang hanya bersembang. Lebih pada berbincang tentang masalah dorang. Macam mana nak settle kan masalah kerja dorang.” Balas Lydia.
Azfar angguk tapi hatinya masih lagi tak percaya. Bila lelaki dan perempuan duduk bersama, takkanlah tak buat apa-apa. Kalau dia sendiri. Takkan hanya duduk. Terutama perempuan tu adalah seorang yang dia memang sayang.
“Duduk dengan pasangan tapi tak buat apa-apa. Kuat betul iman dorang.” Perli Azfar.
“Siapa kita nak mempersoalkan iman seseorang?” Tanya Lydia mempertahankan Shaza.
“Kau nak ikut ke tak nak? Tak nak dah. Aku nak pergi ni.” Kata Lydia dan terus bangun meninggalkan Azfar yang masih berfikir.
“Tunggu.”
Azfar bangun dan menyayingi langkah Lydia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan