SUBSCRIBE

Ahad, Oktober 09, 2016

AIN NADIRA 37

Pagi itu, Amran tak tahu macam mana nak berfikir. Perbincangan malam tadi sangat tenang sehingga dia tidak ada ruang untuk berfikir secara seorang lelaki. Selepas solat subuh, sementara menunggu Ain menyiapkan sarapan, barulah dia boleh berfikir dengan baik.
Tipu kalau dikatakan dia tidak terkesan dengan apa yang Ain ceritakan. Cuma ketenangan malam tadi buatkan dia seakan manusia tanpa perasaan. Ditambah pula dengan janjinya pada Ain untuk tidak marah.
Satu yang dia sedar, Ain langsung tidak mengeluarkan apa-apa tanggapannya tentang apa yang akan Amran rasa. Dia cuma menceritakan keadaan yang telah berlaku bersama kebimbangannya. Mungkin kerana itu buatkan dia langsung tidak terfikir apa yang dia perlu rasakan. Dan ketakutan untuk kehilangan Ain adalah punca utama kenapa dia terus membuang rasa yang menjengah.
Setelah 14 tahun perkara itu berlalu, makciknya sendiri tidak mengenali Ain. Tentu saja kerana berlaku perubahan pada fizikal Ain yang dia sendiri tidak sedar. Pada pandangannya, Ain tetap sama dari kecil sehingga kini. Cuma makin cantik dan menggoda sanubarinya. Kalau tidak kerana dia menyebut nama penuh Ain. Tentu saja makciknya masih tidak dapat mengenali Ain.
“Am, dah siap?” Tanya Ain yang baru masuk ke dalam biliknya.
“Dah.” Jawab Amran.
Sejak mereka duduk sendiri, barulah Amran tahu kepantangan Ain. Sebelum makan kena dalam keadaan bersih. Mesti sudah mandi dan berpakaian yang kemas. Baru boleh makan. Habis baju-baju lamanya yang berlubang-lubang dibuang oleh Ain. Cuma ada 2 helai saja. Itu pun, Ain framekan dan menjadi hiasan dinding dibilik bacaan.
“Kenapa frame baju Am dan letak disini?” Tanya Amran suatu masa dulu.
“Inspirasi bila malas nak membaca.” Jawab Ain.
“Jom.” Ajak Ain bila dia sudah siap menukar pakaian.
Mereka berjalan menuju ke dapur bersama. Seiring sambil berpegangan tangan. Amran suka bila Ain begini. Ain yang dulu dia kenal sebagai seorang yang tegas dan kasar rupanya sangat manja dan lembut orangnya. Berlainan benar perangainya yang dulu dan sekarang.
“Nasi lemak buah bidara. Sayang selasih saya lurutkan. Buang emak buang saudara. Kerana kasih saya turutkan.” Pantun Amran bila melihat hidangan nasi lemak sambal kerang terhidang diatas meja.
Jalan-jalan ke pasar baru. Jangan lupa beli sagu. Janganlah engkau melawan ibu. Kerana syurga ada di telapak kaki ibu.” Balas Ain.
Amran ketawa.
“Baiklah, sayang.” Amran mengusap lembut pipi Ain.
Amran kemudian menarik kerusi untuk diduduki Ain. Dia kemudian duduk dikerusi tengah meja makan itu. Disendukkan nasi ke pinggan Ain bersama lauk pauk. Ain juga menyendukkan lauk pauk kedalam pinggan Amran. Kebiasaan mereka bila makan di rumah. Amran yang minta mereka untuk buat begitu. Mewujudkan suasana romantic.
“Ain, nak tanya pasal semalam, boleh?” Tanya Amran bila mereka sudah duduk santai depan televisyen selepas selesai makan dan mengemas dapur.
Ain angguk.
“Macam mana pakcik boleh kenal keluarga Ain?” Tanya Amran.
Ain angkat bahu tanda tidak tahu.
“Tapi kalau ikut apa yang Ain pernah dengar masa Along marahkan abah, pakcik tu bos abah.” Jawab Ain.
“Macam mana pakcik boleh muflis?” Tanya Amran lagi.
“Along siasat jumlah harta dia. Kemudian, Along buat tuntutan harta sepencarian. Kalau ikutkan Ain tak layak untuk dapatkan hak harta sepencarian kerana Ain masih kanak-kanak dan kami berkahwin tidak sampai tempoh yang ditetapkan. Tapi Along ugut untuk dedahkan rahsia pemalsuan laporan perubatan Along. Malahan Along turut charge dia atas penyebab keguguran kandungan Ain dan Along tuntut ganti rugi. Along juga charge pakcik melakukan keganasan seksual. Dan semua itu Along minta ganti rugi hampir separuh dari nilai harta Pakcik.” Jawab Ain.
“Macam mana boleh sampai muflis?” Tanya Amran. Pelik.
“Dia memang banyak asset tapi semua assetnya tak diperlihara dan diuruskan dengan baik. Asset kalau tak di manage, macam mana nak dapat hasil? Dia pula asyik berseronok saja. Bayangkan, selama kami bernikah. Tak pernah sekali pun Ain nampak dia keluar pergi bekerja. Kerjanya hari-hari kerjakan Ain. Sampai Ain trauma. Sampai Ain takut.” Ain berhenti seketika. Dengan suara kendur dia menyambung ceritanya.
“Sampaikan doctor kena jahit kemaluan Ain. Am kena tahu, yang Ain benar-benar tidak sempurna. Bukan sekadar trauma tapi juga tidak sedap untuk dinikmati.”  Ain tundukkan pandangannya.
Dia benar-benar malu untuk mengaku.
“Tak apa, Ain.” Kata Amran.
“Dan Ain takut seandainya nanti Ain tidak dapat melahirkan zuriat untuk Am.” Suara Ain sudah mula sendu.
“Jauh sangat Ain fikir. Kita overcome your fear dulu. Then baru cerita benda yang lain. Okey?” Pujuk Amran.
“Mestilah kena fikir. Am mesti nak anak. Mummy dan Daddy mesti nak cucu. Ain pun sebenarnya nak juga anak.” Kata Ain malu-malu dihujung ayatnya.
“La. Nak anak ke? Meh sini Am tolong buatkan Ain mengandung.” Usik Amran.
Dia sudah membuka separuh dari bajunya.
“Am ni. Orang serius. Dia main-main pula.” Ain memukul lengan Amran.
“Seriuslah ni nak main dengan Ain. Nak anak ke tak nak ni?” Tanya Amran masih lagi mahu menyakat Ain.
Ain sudah cemburut tapi menahan tawa. Namun kemudian dia sudah terlopong bila Amran sungguh-sungguh menanggalkan bajunya. Bajunya dicampakkan ke tepi dan kini Amran sudah berbaring diribaannya.
“Tau takut.” Kata Amran.
Ain mencium ubun Amran. Suaminya yang nakal. Yang selalu tahu macam mana nak buat dia kembali senyum dan ketawa. Suami yang sentiasa menyenangkan hatinya dan memuaskan hatinya dengan layanan baik dan menerima semua tentang dirinya.
Namun, jauh disuduh hati Ain. Dia faham apa yang sedang Amran sorokkan darinya. Amran hanya cuba untuk faham keadaannya. Lelaki mana yang tidak ego? Lelaki mana yang tidak tercalar maruahnya bila dapat tahu yang dia dapat bekas orang? Setelah berkahwin pula tu.
“Masa kita hendak dinikahkan dulu. Ain sebenarnya nak membantah. Ain nak tolak dari menikahi Am. Tapi mengenangkan nama baik kedua-dua buah keluarga. Ain terima juga. Macam yang Along pernah kata. Ain sebenarnya belum bersedia untuk berumahtangga. Ain setuju terima pinangan dulu hanya sekadar nak buat mak dan abah tidak rasa bersalah. Selagi Ain tak kahwin, selagi itu mereka rasa Ain tidak sihat dan tidak memaafkan diri mereka.” Cerita Ain. Jujur. Ubun Amran diusapnya persis anak kecil.
“Agaknya kalau Ain bernikah dengan Tengku apa tah namanya tu, macam mana ya?” Tanya Amran.
“Sebab tu Ain agak lega bila melihat lelaki yang bakal Ain nikahi itu adalah Am. Sebab Am seorang lelaki yang memahami. Am seorang lelaki yang banyak tolak-ansur. Dan yang paling penting, Am lelaki pertama yang berjaya buat Ain jatuh cinta tanpa perlu bunga dan coklat. Tanpa perlu memikat.” Sekali lagi Ain mencium ubun Amran.
Amran senyum.
“Kalau Tengku tu, agaknya sekarang ni Ain jadi apa? Mesti Ain kena paksa. Dan Ain kembali trauma. Tengok saja cara dia paksa Ain untuk kahwin dengan dia dulu. Horrible.” Tanya Amran.
“Ish, Am ni. Dia tidaklah seteruk itu. Tapi mungkin Ain sudah ada madu dah sekarang ni.” Jawab Ain. Dia menolak sedikit bahu Amran.
Sunyi.
“Am, jangan pernah cari lain. Please.” Pinta Ain.
“Insya Allah. Am tak cari lain.” Balas Amran.
“Janji?”
“Insya Allah.”
“Macam tak confident saja.”
“Ain, Am berjanji dengan Allah. Kalau Allah izinkan. Tak bergerak sesuatu itu walaupun sezarah, kan? Am memang tak nak bernikah dengan mana-mana perempuan pun selain Ain. Tapi kalau perancangan Allah itu lain. Kita tak pernah boleh tahu. Kan?” Amran bangun dari baringnya dan bersila didepan Ain. Ain ditarik untuk menghadapnya.
“Ain kena faham kenapa orang Islam disuruh berjanji dengan kalimah Insya Allah yang bermaksud dengan izin Allah. Sebab semua itu hanya akan berlaku kalau Allah izinkan. Dan kita kena yakin dan percaya, perancangan Allah adalah berdasarkan kecintaannya kepada kita. Walaupun benda yang paling berat dan mengecewakan kita, pasti ada sebab dan hikmah untuk semua yang berlaku. Allah itu bukan hanya Maha Pencipta tapi dia adalah segala-galanya. Yang paling maha terbaik dari sifat Allah itu adalah Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ar-Rahman itu adalah semua kebaikan dan kasih sayang yang Allah tunjukkan dan berikan kepada kita. Manakala Ar-rahim itu adalah tindakan Allah yang akan memakbulkan setiap permintaan kita dengan kasih sayangnya. Kerana itu dalam setiap apa yang kita lakukan kita kena mulakan dengan bismillah supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah.” Terang Amran.
“Ain minta maaf. Tapi selalukan bila orang berjanji, kalau dia sebut Insya Allah tu maknanya dia tak yakin dan boleh suka hati nak mungkir janji tu. Alasannya, Allah tak izinkan. Sedangkan dia tak berusaha pun untuk menepati janji dia.” Balas Ain.
“Itulah salahnya manusia ni. Suka gunakan sesuatu ilmu itu ditempat yang salah. Tidak ambil keseluruhan ilmu itu. Ambil sedikit. Kemudian, jadikan hujah untuk mempertahankan diri.” Marah Amran.
“Jangan marah, Ain.” Rajuk Ain.
“Kalau tak marah, nanti buat lagi. Buat lagi dan lagi. Biar dimarah. Ingat sikit lain kali.” Tegas Amran.
“Ya lah.” Kata Ain dan terus bangun dan berlalu dari situ.
Amran garu kepala.
“Salah ke apa yang Am cakap tu?” Laung Amran.
“Am mana pernah salah. Semua betul.” Jawab Ain dari jauh.
Amran berlari anak mendekati Ain yang sudah hilang dari pandangannya. Bila saja melihat Ain baru hendak menutup pintu bilik, segera dia menahan.
“Tepilah. Ain nak tutup pintu ni.” Halau Ain sambil menolak Amran. Mukanya ditundukkan.
“Am pun nak masuk.” Kata Amran dan bersandar dibingkai pintu.
“Am duduk dekat luar. Tak pun pergi bilik lain. Kan banyak bilik dalam rumah ni. Sibuk saja. Pergilah.” Kata Ain masih cuba menolak Amran.
Amran mengeraskan badannya disitu. Sekuat hati yang sedang menangis Ain menolak badan Amran tapi Amran sedikit pun tak bergerak. Akhirnya, dia mengalah. Bergerak terus ke katil dan menyembabkan mukanya ke bantal.
Amran berjalan mengikut Ain. Dia bukan tak perasan Ain yang sedang menangis dari tadi lagi tapi dia sengaja membiarkan. Amran duduk diatas katil sebelah Ain.
“Bukan salah Ain kalau semua orang buat benda yang sama. Logiklah kalau Ain pun fikir perkara yang sama.” Kata Ain dalam sendunya.
“Macam mana kita fikir tentang orang adalah macam mana kita buat. Maknanya Ain pun kalau tak boleh nak kata ‘tak’ Ain sebut ‘Insya Allah’, kan? Kenapa tak belajar untuk kata tak? Susah sangat ke? Itu yang mujur tak terkahwin dengan Tengku tu kan?” Marah Amran. Kali ini suaranya dilembutkan sedikit.
“Tapi sebab Ain tak reti nak cakap ‘tak’ jugalah kita bernikah, kan?” Balas Ain.
Ain bangun dan menghadap Amran. Marah pula dia bila Amran asyik mengaitkan dia dengan Tengku Azril. Sesungguhnya dia sangat tak suka bila dikaitkan dengan Tengku Azril. Kisah itu sudah berlalu. Dia bahagia dengan Amran sekarang. Itu pun Amran tak boleh sedarkah?
“Comel betul isteri Am ni kalau merajuk, menangis dan marah-marah macam ni.” Terus nada yang tadi tinggi bertukar menjadi sangat manja.
Amran mengukir senyum yang paling manis kepada Ain.
“Jangan nak senyum sangat. Ain tak suka Am kaitkan Ain dengan Tengku Azril. Dia kisah lama yang tak pernah melekat dihati Ain. Am yang pertama dan Insya Allah yang terakhir dalam hidup Ain.” Tegas Ain.
“Tu Insya Allah tu sebab apa? Tak yakin dengan janji pada diri sendiri ke?” Sengaja Amran ingin mencurah minyak ke dalam api.
Ain mengambil bantal disisinya dan menerkam Amran. Dia menutup muka Amran dengan bantal itu. Geram sungguh hatinya dengan Amran yang mempermainkan dia.
“Janganlah. Nanti Am lemas dan mati macam mana?” Kata Amran sambil cuba meloloskan dirinya yang sudah ditindih oleh Ain.
“Biarkan. Tadi dah ajar orang. Bila kita buat, dia main-mainkan kita pula.” Ain betul-betul melepaskan geramnya.
“Okey. Am tak buat lagi.” Janji Amran.
Ain melepaskan terkamannya dan kembali duduk diatas katil itu. Amran juga bangun dan duduk dihadapan Ain. Dia membetulkan nafasnya dulu.
“Tapi tak janji. Suka betul tengok muka ganas Ain. Rasa macam jumpa Ain 20 tahun lalu.” Sakat Amran.
“Am.” Ain mengetap bibir.

Amran ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan