SUBSCRIBE

Ahad, Oktober 16, 2016

KISAH PULA AKU 27

“Kau serius ke nak break off dengan Azfar?” Tanya Shaza.
Dia mengikut saja langkah Lydia yang ke hulu dan ke hilir sambil membaca fail yang ada ditangannya. Langsung tidak mengendahkan setiap pertanyaannya.
Rasa geram mula timbul bila tidak diberikan perhatian.
“Lydia, I’m talking to you.” Kata Shaza separuh menjerit di telinga Lydia.
“I’m listening.” Balas Lydia sambil menggosok telinganya yang terasa bingit.
“Then, answer me.” Kata Shaza.
“You got the answer.” Balas Lydia.
“So? Confirm kau break dengan dia?” Tanya Shaza.
Lydia angguk.
“Bukan kau sayang dia separuh mati ke? Bukan kau akan maafkan dia walau apa pun yang dia buat pada kau ke?” Tanya Shaza.
“Aku bukan marahkan dia sebab apa yang dia cakap pada kau tu. Aku memang tahu yang dia akan pilih kau berbanding aku. Tapi aku benci dia sebab cuba gunakan aku untuk dapatkan kau. Dan aku benci sebab dia cuba untuk runtuhkan rumahtangga kau demi kepentingan egonya sendiri. Aku dah lama marah dengan dia sebab benda ni. Aku nasihatkan dia untuk lupa kan kau. Tapi dia marah aku dan paksa aku untuk buat kau bercerai dengan Hadif. Aku tahan dah lama dah. Since ktorang dapat tahu yang ko dan Hadif pasangan sah. Aku tak kisah dia tak nak kahwin dengan aku pun. Tapi jangan nak suruh aku buat jahat. Kau nak jahat? Jahatlah sensorang. Kenapa nak paksa aku. Siap ugut aku. So, malam tadi tu dah jadi macam punca saja.” Kata Lydia dan menayangkan giginya yang cantik tersusun.
“Ada cili dekat gigi kau.” Tegur Shaza.
Lydia tutup mulut.
Shaza gelak.
“Kau main-main kan aku, ye.” Marah Lydia sambil melepuk tangan Shaza.
Shaza gelak.
“Yes, Alia. Kenapa?” Tanya Lydia lepas kelibat Alia yang mengetuk pintu biliknya terjojol depan pintu.
“Ada orang nak jumpa Shaza. Orang tu insist nak terus jumpa Shaza. I can’t hold her sebab dia nak buat kecoh. So, i just bring her to your room. Sorry.” Kata Alia teragak-agak.
Rasa bersalah kerana membenarkan seorang perempuan masuk ke bilik Shaza tanpa kebenaran. Tapi ketakutan dia membuat kecoh di bawah itu lebih menakutkan. Jika perkara itu dapat ke pengetahuan pemilik syarikat, dia boleh diberhentikan kerja tanpa notis. Itu memang sudah termaktub di dalam surat pelantikan. Dengan alasan, gagal menjalankan tugas untuk menjaga imej dan nama baik syarikat.
“It’s okey, Alia. Kejap lagi Shaza masuk bilik. By the way, thank Alia.” Balas Shaza.
Alia keluar.
Shaza dan Lydia berpandangan.
“Siapa?” Tanya Lydia.
Shaza menganggkat bahu tanda tidak tahu.
“Kau tercegat apa lagi? Jomlah pergi tengok.” Ajak Lydia.
“Amboi... Jom tu yang parah tu.” Balas Shaza sambil ketawa.
Mereka berdua terus bergerak menuju ke bilik Shaza. Buka saja pintu bilik, bayangan seorang perempuan separuh usia yang sedang berdiri sambil memandang pintu biliknya dan kini memandangnya tajam.
“Call Hadif. Kata padanya urgent.” Bisik Shaza ke telinga Lydia.
Telefon bimbitnya diserahkan kepada Lydia. Dia menolak Lydia dan terus masuk ke dalam bilik dan menutup rapat pintu biliknya. Dia segera mendekati Puan Rozi. Salam di hulur. Namun, tidak bersambut.
‘Mana pernah bersambut pun selama ni.’ Bisik hatinya.
“Sila duduk, ibu.” Pelawa Shaza.
Selama ini jika berdepan dengan Puan Rozi, dia memang akan memanggil Puan Rozi, ibu, hadif yang suruh begitu. Sama juga dengan Encik Hairi. Tapi dia sendiri yang susah nak panggil Encik Hairi ayah walaupun darah itu yang mengalir di badannya.
“Aku bukan ibu kau.” Tegas Puan Rozi.
Shaza buat tak tahu. Bukan tak biasa. Dah selalu.
Puan Rozi datang berjumpanya juga bukan kali pertama. Sudah selalu. Cuma kali ini di pejabat? Apa yang buatkan Puan Rozi sehingga sampai ke pejabatnya? Persoalan itu yang mengundang persoalan pada Shaza. Hatinya tak sedap. Kerana itu, dia minta Hadif untuk datang.
Tak jauh pun pejabat Hadif dengan pejabatnya. Kalau waktu sekarang ni, 15 minit, Hadif dah boleh sampai. Tapi dalam masa itu, macam-macam boleh berlaku. Dan dia perlu lakukan sesuatu untuk melenggahkan waktu.
“Ibu nak air? Shaza pergi buatkan.” Kata Shaza dan terus berlalu walaupun dihalang oleh Puan Rozi
Dia perlu bersedia. Bukan sekadar untuk berhadapan dengan Puan Rozi tapi juga dengan staf di sini. Dia menjangkakan kehadiran Puan Rozi akan membawa kekecohan dalam pejabat ini. Untuk membawa Puan Rozi keluar, adalah sesuatu yang mustahil. Puan Rozi bukan seperti Encik Hairi yang punya pertimbangan.
“Shaza, apa mak mertua kau tu buat dekat sini?” Soal Lydia yang turut ikutnya ke pantry.
“Beb, carikan Maya. Bawa Maya ke bilik aku sekarang.” Pinta Shaza dan segera menolak Lydia pergi sementara dia terus bergerak ke pantry.
Lydia cuma menurut. Pasti ada sesuatu yang sedang dirancang Shaza.
“Tengok kerut dekat dahi pun tahu. Kerut orang tengah fikirkan sesuatu.” Bisik hati Lydia.
Dia segera mendapatkan Maya dan terus menarik Maya ke bilik Shaza walaupun Maya menolak. Dia tak kira. Dengan Maya bukan boleh minta elok-elok. Semua kena paksa. Kalau minta elok-elok, mesti dia tak layan. Bukan baru kenal Maya.
Sampai saja di pintu bilik Shaza, dia buka dan heret Maya masuk. Lydia turut masuk dan terus bersalaman dengan Puan Rozi.
Maya yang baru ternampak Puan Rozi turut menghampiri wanita itu. Salam dihulur. Mereka berpelukan dan terus saja bersembang.
Shaza masuk membawa dulang berisi air yang sudah siap dibancuh. Dia menjemput Puan Rozi dan Maya untuk minum. Sementara dia berjalan dan terus berdiri disebelah Lydia. Lydia menyerahkan telefon bimbit Shaza kembali.
“Hadif dah on the way.” Bisik Lydia.
“Aku harap dia sempat sampai sebelum ibu meletup.” Balas Shaza.
“Itu ibu Hadif?” Tanya Lydia.
Shaza angguk.
“Cepatlah Hadif sampai. Aku yang seriau dengan keadaan kau ni.” Kata Lydia.
Shaza angguk sambil memandang telefon bimbitnya. Dalam hati tak sudah-sudah berdoa agar semuanya baik. Tak ada perkara-perkara yang memalukan. Sekurang-kurangnya, sehingga Hadif datang.
“Kau tak dengar ke apa yang mak mertua kau tu cakap?” Tanya Lydia berbisik.
Shaza angguk.
Dia dengar dengan baik. Taburan janji untuk tetap mengambil Maya menjadi menantunya walaupun tidak dipersetujui Encik Hairi. Shaza tahu yang Encik Hairi yang pergi memutuskan pertunangan Maya dan Hadif setelah Hadif memutuskan secara tak rasmi.
“Tak panas hati ke?” Tanya Lydia lagi.
Shaza menarik senyum segaris. Tipu kalau dia tak terasa hati. Tapi dia sedar diri. Antaranya dan Hadif tidak terikat. Hadif bebas untuk berkahwin dengan sesiapa saja dan mengikhtiraf sebagai isteri.
“Aku bukan isteri yang diikhtiraf.” Bisik Shaza.
“Kau tetap isteri Hadif yang sah.” Balas Lydia.
Telefon Shaza berbunyi.
“Bilik.” Bisik Shaza sewaktu menjawab panggilan itu dan terus mematikan talian.
“Hadif dah sampai?” Tanya Lydia.
Shaza angguk.
Puan Rozi memandang tajam ke arah Shaza dan Lydia yang sedang berbisik. Sengaja dia menabur pelbagai janji dengan Maya. Hakikatnya, dia sendiri tak kisah jika Maya bukan pilihan Hadif. Dia tak kisah siapa pun pilihan Hadif, tapi bukan Shaza.
“Ibu.” Panggil Hadif sebaik saja sampai di depan pintu bilik Shaza.
“Aik? Macam dah biasa sangat dalam office orang ni?” Perli Puan Rozi.
“Hadif memang biasa dekat sini. Hampir setiap pagi sarapan di sini.” Jawab Maya.
Puan Rozi merenung tajam Hadif dan Shaza. Dia bangun dan berpamitan dengan Maya. Kemudian, dia berjalan mendekati Shaza, Hadif dan Lydia.
“Ikut ibu.” Kata Puan Rozi dan terus berlalu.
Hadif, Shaza dan Lydia berpandangan sesama mereka. Tercenggang kerana Puan Rozi tidak memarahi mereka.
Shaza lagi lah hairan. Selama ini, tidak pernah Puan Rozi bercakap dengannya dengan nada itu. Kalau tidak dijerit, pasti akan dimakinya sesuka hati. Walaupun bukan ditujukan untuknya, tapi itu pun sudah cukup bagus untuknya.
Shaza menolak Hadif.
Hadif berjalan mengikut langkah Puan Rozi.
“Lega?” Tanya Lydia.
“Pandai jadikan I umpan untuk drag masa.” Kata Maya dan terus berlalu.
Shaza dan Lydia hanya mampu mengaru kepala tanpa mampu menjawab apa-apa. Rasa lega bila semua bala telah keluar dari pejabat. Tak dapat nak dibayangkan untuk berdepan dengan staf. Itu belum lagi kalau kena panggil dengan pihat pengurusan.
Mereka menarik nafas lega.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan