SUBSCRIBE

Sabtu, November 26, 2016

AIN NADIRA 39

“Kenapa Am tak pernah pun cerita tentang hubungan Am dengan Azlia?” Tanya Ain sewaktu mereka sedang duduk santai selepas penat bekerja seharian.
“Ain tak pernah tanya.” Senang saja jawapan Amran.
“Macam mana Ain nak tanya kalau Ain tak pernah tahu. Takkan Ain kena tanya Am sentiasa. Am suka kalau Ain banyak bertanya? Dengan siapa Am keluar. Apa hubungan Am dengan setiap orang yang Am jumpa. Suka?” Tanya Ain. Separuh geram.
“Sebab macam inilah yang buatkan Am tak suka. Ain akan tanya dan tanya dan tanya. Lagipun, tak ada apa-apa yang berkembang antara Am dan Azlia. Am tak pernah setuju dengan cadangan itu. Dan Azlia pun tak ada pula kata apa-apa.” Jawab Amran.
Ain diam dan angguk.
“Perlu ke untuk Am ceritakan sesuatu kisah yang akan menimbulkan rasa ragu dihati Ain? Kita masih dalam frasa untuk mempercayai satu sama lain. Am tak nak ambil risiko kehilangan kepercayaan Ain dan sekaligus kehilangan Ain. Am tak sanggup.” Sambung Amran.
“Ain cuma bertanya. Janganlah marah Ain.” Rajuk Ain bila dia rasakan nada suara Amran seperti memarahinya.
“Jangan tanya soalan yang tak berkenaan dengan kita. Soalan yang akan menimbulkan 1001 persoalan dan keraguan dalam hati Ain. Andai ada benda-benda macam tu, buang. Percaya saja pada Am. Bila Am kata hanya Ain. Maknanya Ain. Bukan sesiapa.” Tegas Amran.
“Kalau tak tanya, lagi lah macam-macam anggapan buruk terbit.” Balas Ain.
“Am suruh buang bila timbul persoalan itu semua. Cuba dengar cakap Am. Kalau Ain layan persoalan itu, ia akan jadi duri dalam daging. Tak nampak tapi makin membengkak dan akhirnya membusuk.” Tegas Amran lagi.
“Tapi kalau ada benda yang buat Ain tertanya-tanya? Mestilah Ain nak jawapan.” Balas Ain. Dia masih tak puas hati.
“Ain harap jawapan apa dari Am? Bila timbul persoalan, bermakna Ain meragui Am. Bila Ain makin bersoal jawab, apa pun jawapan yang Am bagi Ain tak mahu dengar. Ain hanya mahu dengar apa yang Ain sudah percaya. Kalau Am beri jawapan yang betul pun, Ain akan kata Am menipu. Jadi, baik buang semua persoalan dan letakkan semua kepercayaan. Yakin dengan Allah. Allah akan uruskan semuanya dengan baik. Percaya pada Am kerana Am percaya dan yakin, Allah tetapkan hati Am hanya untuk Ain seorang. Itu juga doa Am untuk Ain. Supaya hati Ain hanya ada Am seorang.” Kata Amran penuh emosi.
“Macam sekarang ni. Ain tanya pasal Azlia. Kenapa? Ain tak percaya pada Am, kan?” Tanya Amran.
Ain menggeleng kepalanya menafikan tuduhan Amran itu.
“Bila Am jawab kami tiada apa-apa. Ain percaya ke?” Tanya Amran lagi.
Ain geleng.
“Then, Ain faham kenapa Am suruh Ain buang semua persoalan yang terbit itu? Sebab macam nilah. Ain dah tak percaya pada Am. Ain sudah letak pelbagai syak tentang hubungan kami berdua. Mula-mula bertanya. Lepas tu seluruh hati Ain menafikan apa saja jawapan Am sebab Am tak bagi jawapan yang Ain nak dengar. Lama-lama ia akan terus bercambah dan keraguan itu mula menunjukkan tindakbalas bila setiap apa yang Am buat, Ain akan mula ragu. Mula letak syak wasangka pada Am. Ain nak rumahtangga kita jadi kucar-kacir?” Terang Amran lagi tentang apa yang cuba dia sampaikan kepada Ain. Dia mahu Ain benar-benar faham.
“Langsung tak boleh tanya?” Tanya Ain.
“Langsung. Buang saja terus.” Jawab Amran.
“Habis tu macam mana kalau nak tanya soalan, Am lapar tak?” Gurau Ain.
“Nak kena ni.” Dan Ain terus berlari ke bilik mereka bila Amran sudah mahu mengeleteknya.
Amran tidak mengalah. Dia kejar Ain sehingga ke dalam bilik. Bila saja dia dapat Ain, dihumban Ain ke atas katil dan mengeletek Ain. Mendengar rayuan Ain supaya dia hentikan perbuatannya itu membuatkan dia makin suka mahu mengeletek Ain.
“Ain tak boleh nafaslah Am. Geli.” Kata Ain sambil ketawa kegelian.
Amran menghentikan perbuatannya. Dia meletakkan kepalanya diatas perut Ain. Ain membelai rambut Amran. Mereka sama-sama memandang ke siling bilik mereka.
“Tapi kalau Am kahwin dengan Azlia, tentu Am tak akan jadi macam sekarang. Pasti Azlia boleh jadikan Am seorang suami yang sempurna. Dan tentunya sekarang ini Am dan Azlia sudah punya anak. Tentu sekali Am tak perlu lalui tekanan seperti ini.” Kata Ain tiba-tiba.
Amran bangun dari baringnya. Dia memandang Ain yang masih terbaring. Wajahnya penuh dengan rasa marah dengan kata-kata Ain itu. Sungguh dia tak suka dengan apa yang Ain katakana itu.
“Ain cuma cakap saja.” Kata Ain tanpa menghiraukan Amran yang sedang marah.
“Am baru cakap tadi. Tengok. Buat lagi.” Marah Amran.
“Ain cuma cakap. Tak tanya apa-apa pun.” Pertahan Ain.
“Itu semua jawapan dari persoalan yang terbit dalam hati. Kenapa yang susah sangat nak percaya? Kenapa nak ragu cinta dan sayang Am hanya untuk Ain.” Marah Amran.
“Am sedar tak sekarang ni, Am selalu marah Ain.” Kata Ain.
“Sebab Ain tak pernah nak dengar cakap Am. Ain ingkar apa yang Am suruh Ain buat. Am suruh Ain buang semua persoalan itu. Tapi ada Ain buat?” Balas Ain.
“Ain buang. Cuma Ain terfikir saja. Azlia terlalu ingin untuk kahwin dan punya anak tapi dia takut kalau bakal suami dia tak mampu terima dirinya yang sudah tidak dara itu. Ain pula terlalu ingin buat Am gembira dan menjadi seorang suami yang sempurna sedangkan Ain tak mampu. Dan kita sama-sama mahukan anak. Dan Ain juga yang tak mampu. Lepas tu Ain terfikir. Apa kata kalau Am dan Azlia bernikah. Azlia pun kawan baik Ain. Ain kenal dia. Dia pasti setuju. Lagipun, dia memang pernah suka pada Am. Dia pernah cerita pasal penjodohan ini. Katanya, bila Am sendiri yang menolak. Dia cuma pasrah. Tapi Ain tahu yang dia sebenarnya ada perasaan itu pada Am.” Kata Ain yang sudah duduk menghadap Amran.
“Sudah. Jangan fikir lagi. Am tahu apa yang Ain nak usulkan. Am tak nak. Dulu, kini dan sampai bila-bila. Am tak mahu sesiapa pun kecuali Ain. Ain dan tetap Ain. Tak ada orang lain. Titik.” Kata Amran.
“Ala, Am. Just come to sense. Kita boleh gunakan keadaan ini untuk advantage kita. Come on, Am. Kita pun tahu tekanan perasaan Am macam mana. Kalau pun tak mampu untuk cintai Azlia sebagai seorang kekasih, cukup sekadar sayang dia sebagai seorang suami. Ain yakin, Am pasti boleh. Am boleh menjadi seorang suami kepada kami berdua. Kita duduk bersama. Bila Am berkeinginan, Am boleh pergi ke Azlia. Tapi jangan pernah berikan hak Ain kepada Azlia. Cinta Am hanya milik Ain seorang. Cinta pertama Am.” Kata Ain.
“Itu namanya mengambil kesempatan, Ain. Rancangan Ain itu sangat kejam. Kejam pada Azlia. Azlia tu kan kawan baik Ain. Macam mana Ain boleh buat rancangan jahat macam ni? Meletakkan Azlia sebagai tempat untuk memuaskan nafsu Am. Dan menjadikan Azlia sebagai kilang untuk memberikan kita anak. Tak baik tu, Ain.” Nasihat Amran.
“Bukan macam tu maksud Ain. Tapi apa salahnya. Kan?” Ain masih tetap dengan rancangannya.
Dia sudah membayangkan keseronokan didalam rumah ini bila mereka sudah punya anak yang ramai. Mula tergambar macam mana dia menguruskan anak-anak mereka. Bagaimana gembiranya Amran dengan kehadiran anak-anak itu.
“Salah Ain. Hubungan suami isteri itu bukan hanya dijalankan atas rasa tanggungjawab saja tapi ia perlu melibatkan hati dan perasaan. Hati Am ni hanya untuk Ain. Macam mana semua tu nak berlaku. Ia hanya boleh berlaku bila dengan Ain. Faham tu.” Tegas Amran.
“Am pun cubalah faham yang Ain nak Am gembira. Ada anak sendiri.” Ain pula menegaskan apa yang difikirkannya.
“Am hanya gembira kalau ada anak dengan Ain saja. Faham?” Tegas Amran.
“Am kena faham juga yang Ain akan pinang Azlia untuk Am. Sama ada Am suka atau tidak.” Ain mempertahankan kehendaknya.
“Am tak mahu.” Balas Amran.
“Am akan buat demi Ain. Sebagai bukti yang Am betul-betul sayang dan cintakan Ain.” Ugut Ain.
“Cinta Am tak perlu dibuktikan macam tu Ain. Kalau Ain tak nak percaya, bukan masalah Am. Kalau tak nak percaya, sudah. Jangan paksa Am lakukan sesuatu yang akan menghancurkan kerukunan rumahtangga kita hanya untuk memuaskan hati Ain. Jangan Ain. Jangan.” Nasihat Amran.
“Ain buat semua ni demi rumahtangga kita.” Pertahan Ain.
“Suka hati, Ain. Am tetap tak mahu. Sudahlah. Ain tidur.” Kata Amran.
Dia bangun dan menutup lampu bilik. Dia keluar dari bilik itu.
“Am nak ke mana?” Tanya Ain bila Amran tidak berjalan ke katil mereka.
“Bila isteri melukakan hati suaminya. Ingkar dengan arahan suaminya. Patutkan untuk Am asingkan tempat tidur dari Ain. Agar Ain dapat muhasabah diri.” Jawab Amran dan terus menutup pintu bilik sebelum keluar.
Ain menangis tersedu sedan saat itu. Dia tahu dan sedar yang dia sudah melukakan hati Amran. Dia sudah boleh dikategorikan sebagai isteri derhaka.
Dia keluar dari bilik dan mencari Amran diruang tamu tapi tiada. Makanya, setiap bilik dia buka untuk mencari Amran. Akhirnya, Amran dijumpai dibilik yang Amran jadikan sebagai bilik bacaan. Amran sedang mengalunkan bacaan Al-Quran bersama linangan air mata dan sendu dari suaranya.
“Am, Ain minta maaf.” Rayu Ain.
Amran tetap meneruskan mengaji. Dia abaikan Ain yang sudah melutut dikakinya. Air matanya makin laju mengalir. Bukan hanya kerana melihat Ain yang sedang melutut sambil menangis teresak-esak tapi ayat Al-Quran yang sedang dibacanya itu bertepatan dengan keadaan mereka sekarang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
“Apa yang Ain nak buat itu salah Ain. Sangat salah. Mengugut cinta Am melukakan hati Am. Menggunakan Azlia untuk kebahagiaan Ain pula mendatangkan kemurkaan Allah. Menggunakan kesempitan orang lain demi untuk membuka ruang untuk kita. Bahagiakah kita, Ain? Boleh bahagiakah kita membina kebahagiaan diatas penderitaan orang lain? Bahagiakah kita, Ain?” Tanya Amran sebaik saja bacaannya tamat.
“Ain cuma buat apa yang Ain daya. Mencari penyelesaian dari masalah kita ini.” Jawab Ain.
“Tapi takkan sampai sanggup nak mengkhianati kawan baik sendiri?” Balas Amran.
“Dan Am tak sanggup nak khianati cinta kita.” Sambung Amran.
“Ain sanggup buat apa saja demi melihat cinta hati Ain bahagia.” Kata Ain.
“Am bahagia bila bersama Ain. Maafkan Am andai perilaku Am sumbang dimata Ain sehingga terbit tanggapan yang Am tak bahagia. Tapi ketahuilah, Am sangat bahagia. Ain sentiasa dalam dakapan Am, depan mata Am. Itu sudah  cukup membahagiakan. Am tak perlu orang lain untuk buat Am rasa bahagia.” Kata Amran.
“Ain tahu.” Balas Ain.
“Ain minta maaf atas semua yang Ain buat. Maafkan Ain. Jomlah masuk ke bilik kita. Ain tak nak jadi isteri derhaka. Tolonglah Am, maafkan Ain.” Rayu Ain.
“Janji jangan pernah minta Am buktikan cinta Am lagi.” Pinta Amran.
“Insya Allah. Ain janji.” Kata Ain bersungguh-sungguh.
Amran bangun dan meletakkan kembali Al-Quran ditempatnya. Dia membangunkan Ain.

“Sudah. Jom kita tidur.” Kata Amran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan