SUBSCRIBE

Selasa, Februari 14, 2017

AIN NADIRA 40

“Ain percayakan, Am. Am tak buat semua tu.” Amran merayu pada Ain.
Ain memandang Amran yang sedang merayu dihadapannya. Rasa kecewa didalam hati bila diberitahu tentang penangkapan Amran dan Azlia yang didapati berdua-duaan didalam rumah Azlia masih terasa. Dia pandang gengaman tangannya dan Amran.
Dari waktu mereka sampai dirumah sehinggalah kini. Mereka masih diruang tamu. Duduk dalam keadaan menghadap begini diatas sofa. Tangannya tak pernah terlepas dari gengaman Amran.
“Macam mana Ain nak percaya bila bukti depan mata? Ain pernah nampak Am keluar berdua dengan Azlia tanpa pengetahuan Ain. Kemudian ada gambar dihantar ke rumah kita tanpa alamat gambar Am dan Azlia berpelukan. Sekarang ni, Am dan Azlia kena tangkap basah. Kalau Am jadi Ain. Apa yang Am nak fikirkan?” Kata Ain sambil menahan rasa marah dan sedih yang sedang melanda dirinya.
“Ya. Memang Am pernah keluar dengan Azlia. Tapi itu sebab Ain. Tentang gambar tu. Am tak tahu. Am pun tak pernah tengok gambar apa yang Ain maksudkan. Tapi Am pergi rumah Azlia sebab ada orang call. Katanya Azlia tengah panic sebab Ain pengsan dan minta call Am. Ain tahu yang Am sangat sayangkan Ain. Am tak boleh kalau Ain susah.” Terang Amran.
“Kan Ain kata, Ain tak jadi ke rumah dia. Ain banyak kerja yang tak siap.” Balas Ain.
“Am fikir mungkin Ain ubah fikiran. Ain kan boleh buat apa saja untuk Azlia. Untuk Azlia, nyawa pun Ain sanggup korbankan. Lagipun, mana sempat nak fikir apa-apa bila dengar saja Ain pengsan. Tapi sungguh. Am baru saja masuk rumahnya. Baru sangat melangkah masuk. Orang pejabat agama dah bagi salam.” Bersungguh Amran cuba menyakinkan Ain.
Ain tarik nafas panjang.
Dalam hatinya sedang berkira mahu percaya atau tidak. Sebenarnya, hatinya percayakan Amran. Padanya, kalau sekadar gambar tidak memberikan apa-apa bukti. Pasti ada penjelasan disebalik gambar itu.
Dia juga tahu yang Azlia dan Amran keluar berdua hanya kerana Amran mahu meminta tolong Azlia untuk tidak menerima apa-apa cadangan darinya. Azlia sudah menceritakan tentang itu.
Tapi dia sengaja tidak mahu menyatakan rasa percayanya walaupun dia tahu ini adalah sebuah perangkap. Dia mahu menggunakan kesempatan ini untuk memaksa Amran mengahwini Azlia.
“Am tahu yang Ain akan buat apa saja untuk Azlia. Am tahu keputusan Ain apa sekarang ni, kan? Apa pun sebabnya. Nama baik Azlia tetap kena diselamatkan.” Itu keputusan yang Ain sudah buat.
Ini saja peluang untuk mengahwinkan Amran dan Azlia. Secara tak langsung, Ain berterima kasih kepada mereka yang merancang rancangan kotor ini.
“Am tak boleh, Ain. Am tak boleh. Am cuma mahukan Ain sebagai isteri Am dan bukan yang lain.” Kata Amran.
“Habis tu? Nak biarkan Azlia menanggung malu? Sudahlah dia hidup tanpa keluarga. Siapa nak bagi sokongan pada dia bila ditohmah oleh masyarakat. Dan Am tak nak bertanggungjawab. Selfish nya Am.” Tuduh Ain.
“Atau ini semua perancangan Ain. Ain perangkap Am supaya boleh paksa Am kahwin dengan Azlia?” Tuduh Amran.
Amran tak tahu kenapa dari mula dia ditangkap, otaknya tidak habis-habis menuduh Ain. Mungkin sebab Ain pernah membuat permintaan agar dia menikahi Azlia. Jadi bila dia menolak mentah-mentah permintaan Ain itu, Ain merancang semua ini.
“Sanggup Am tuduh Ain macam tu?” Kecewa rasa hati Ain bila dituduh begitu.
“Sebab Ain pernah berkeras untuk Am menikahi Azlia.” Keras suara Amran.
Gengaman tangan dilepaskan. Amran berdiri dan memeluk tubuhnya. Rasa marah mencengkam dirinya bila dia rasakan yang Ain benar-benar terlibat dalam rancangan penangkapannya itu.
“Tapi Ain bukan bodoh sehingga merancang semua ini. Ain tahu tugas seorang isteri adalah untuk memelihara nama baik dan maruah suaminya. Takkan Ain nak buat semua ini. Mencemarkan nama baik Am sama seperti mencemarkan nama baik Ain. Ain belum gila lagi nak buat semua tu. Ain masih ada maruah untuk dijaga.” Ain sudah merintih.
Tak sangka yang Amran akan sanggup menuduhnya begitu. Dia begitu sayang dan percayakan Amran. Dia cuma tak mahu menyatakan rasa percaya itu supaya Am menikahi Azlia.
Tapi Amran?
Menuduhnya merancang semua ini? Sungguh hatinya yang kecewa mendengar berita penangkapan Amran menjadi luluh dan hancur bila dituduh menjadi perancang rancangan busuk ini. Dan penuduhnya pula adalah Amran, suami yang paling dicintainya.
“Tak apalah kalau Am masih rasa Ain bersalah. Ain yang rancang semua ni. Ain minta maaf tapi izinkan Ain keluar dari rumah ini. Ain tak boleh hidup dekat dengan orang yang tak percayakan Ain. Ain tak boleh hidup dengan tuduhan berat macam tu.” Rintihan Ain makin kuat kedengaran ditelinga Amran.
Dia berpaling bila Ain sudah berdiri.
“Ain nak pergi mana?” Tanya Amran.
“Balik rumah mak. Atau mungkin rumah Along.” Jawab Ain.
“Tak payah. Duduk saja rumah ni. Biar Am saja keluar. Am pun tak boleh duduk dengan isteri yang tak percayakan Am.” Kata Amran dan mendudukkan Ain dengan kasar.
Ain cepat mencapai tangan Amran. Digenggamnya tangan itu kuat. Dia berdiri. Betul-betul menghadap Am.
“Ini rumah Am. Am duduk sini tenangkan diri. Muhasabah diri Am. Kalau Am keluar, ada ramai orang yang akan menserabutkan fikiran Am. Biar Ain yang keluar.” Kata Ain dan seraya melepaskan pegangan tangan mereka.
Ain terus melangkah ke pintu.
“Along!”
Terkejut Ain saat dia buka saja daun pintu, Hakimi sudah berada dihadapannya. Berdua dengan Hakimah. Wajah mereka tegang.
“Nak pergi mana? Kenapa pagar tu tak tutup? Kalau perompak masuk, sia-sia saja.” Kata Hakimah.
“Kakak. Diam. Ain, masuk.” Begitu tegas kata-kata Hakimi.
Mereka semua masuk ke ruang tamu. Amran yang juga terkejut dengan kahadiran Hakimi, mula mendekatinya dan bersalaman dengannya.
“Ain nak keluar pergi mana ni? Dah malam-malam. Nak pergi mana dengan baju kerja tak tukar lagi.” Tanya Hakimah.
“Nak balik rumah mak.” Jawab Ain.
“Kenapa?” Soal Hakimi.
Ain tunduk. Sebenarnya, dia masih belum memaklumkan kepada ahli keluarganya yang lain. Tidak juga pada mertuanya. Perkara ini hanya mereka bertiga dan pegawai di pejabat agama saja yang tahu. Dia malu nak sampaikan kepada ahli keluarga yang lain.
“Am kena tangkap basah.” Kendur saja suara Ain.
“Ain perangkap Am.” Keras suara Amran. Jelas dia masih marah.
“Along dah tahu. Kawan Along dah inform dan Along tahu siapa yang membuat aduan dipejabat agama. Along bukan nak menangkan Ain tapi Along yakin Ain tak bersalah sebab Ain tak mungkin berkomplot dengan manusia itu.” Kata Hakimi.
Dia tidak mahu mendedahkan siapa yang membuat aduan itu. Dia tak mahu hubungan kekeluargaan Amran dan si pengadu bertambah bermasalah. Ain pernah cerita kepadanya perubahan Amran selepas mendengar cerita masa silam Ain. Tapi dia berdiam diri. Padanya, tahulah Amran apa yang terbaik untuknya dan keluarganya.
Namun, bila dikhabarkan kepadanya yang Amran ditangkap khalwat. Padanya, dia tidak boleh berdiam diri. Dia pasti yang sesuatu akan berlaku dalam rumahtangga adik bongsunya. Kerana itu, dia mengajak Hakimah untuk datang bersamanya. Pada isterinya juga tidak dikhabarkan berita yang mengaibkan ini.
“Siapa, Along? Biar Ain berdepan dengan dia. Sebab dia Am hilang kepercayaan pada Ain sampai Ain kena tuduh merancang semua ni.” Tanya Ain.
“Tak payah nak tahu. Sekarang ni, Along cuma mahu tahu. Apa keputusan yang korang dah buat?” Tanya Hakimi semula.
“Ain nak Am kahwin dengan Azlia.” Jawab Ain.
“Tak payah. Am tak nak. Ini semua pakatan nak menjatuhkan nama baik Am. Nak paksa Am kahwin dengan Azlia.” Kata Amran.
“Am tak dengar ke Along kata apa? Ain tak terlibat.” Tegas Ain.
Amran memandang dalam mata Ain. Dia tahu siapa yang cuba Hakimi maksudkan. Dalam dunia ni, ada dua orang manusia saja yang Ain tak akan bekerjasama. Sangat mustahil untuk Ain mendekati mereka sekalipun. Mariah dan Razali.
Pasti antara mereka berdua.
“Sudahlah Ain. Duduk.” Arah Hakimi.
Mereka semua duduk. Ain dan Amran duduk disofa yang sama cuma seorang dihujung kiri dan seorang dihujung kanan. Hakimi dan Hakimah memandang pasangan itu dengan muka tidak puas hati tapi mereka biarkan saja. Mereka duduk disofa yang mengapit Ain dan Amran.
“Am dah tahu, kan? So, sekarang macam mana? Along dah tanya kawan Along. Bukti memang nyata yang kamu memang berdua dengan Azlia masa korang ditangkap. Tak ada bukti yang menunjukkan kamu tak bersalah.” Tenang saja Hakimi bercakap.
“Tapi Am tak bersalah. Ada orang telefon kata Ain pengsan di rumah Azlia. Bila Am redah masuk saja rumah dia, terus pegawai pejabat agama bagi salam.” Kata Amran mempertahankan dirinya.
“Am kena juga kahwin dengan Azlia. Kesian dekat dia.” Kata Ain. Nadanya tegas tapi lebih pada memujuk.
“Ain tak faham ke yang Am tak nak?” Tegas sekali kata Amran.
“Kakak pun kesian pada Azlia walaupun kakak tak suka dia.” Kata Hakimah.
“Along pun sama. Dia mangsa keadaan.” Kata Hakimi perlahan.
“Kalau semua kesiankan dia. Habis tu, siapa nak kesian pada Am. Ini kalau Mummy dan Daddy tahu pun. Mereka pasti akan paksa Am bertanggungjawab atas sesuatu yang bukan salah Am.” Kata Amran.
“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Jawab mereka semua. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
“Am, Ain.” Panggil suara diluar.
“Daddy.” Kata Amran dan Ain serentak.
“Korang dah beritahu mereka, kah?” Tanya Hakimi.
Amran dan Ain menggeleng.
Hakimi tahu siapa yang memberitahu mereka kalau bukan Amran dan Ain. Pasti saja si pembuat aduan. Dan dia makin percaya apa yang Amran katakan. Misi untuk memaksa Amran berkahwin dengan Azlia.
“Kakak pergi buka pintu. “ Arah Hakimi.
Hakimah bangun dan berjalan kearah pintu. Dia membuka pintu rumah Ain dan Amran dan mempersilakan tetamu yang hadir untuk masuk. Muka semua yang hadir tegang. Bersalaman pun sekadar salam tanpa perasaan mesra. Bila saja Encik Amir sampai dekat dengan Amran, dia terus menampar Amran tanpa sebarang perkataan.
Hakimi segera mendekati dua beranak itu. Cuba menyabarkan Encik Amir. Dia juga memandang ke arah tetamu yang lain. Dan senyuman sinis diberikan kepada tetamu yang paling akhir masuk ke dalam rumah itu.
“Sepatutnya, uncle bagi tamparan itu pada orang disana.” Kata Hakimi ditelinga Encik Amir.
Encik Amir mengerutkan dahinya. Dia pandang Hakimi. Dia kenal perwatakan Hakimi yang selalu melindungi adik-adiknya. Dia juga tahu yang Hakimi boleh lakukan apa saja untuk melindungi keluarganya.
Di satu sudut pandangan, dia rasa Hakimi adalah manusia yang mengagumkan. Namun, jauh terdetik disudut hatinya timbul kerisauan. Risau andai Amran tersilap langkah dalam menjaga keluarganya. Pasti Hakimi akan masuk campur dan Amran akan menerima padahnya.
Dan akhir-akhir ini pula, dia selalu dihidangkan dengan cerita buruk tentang Hakimi. Hakimi yang menjadi punca kehancuran hidup adiknya. Hakimi yang menjatuhkan empayar adik iparnya. Dan pelbagai lagi cerita tentang keburukan Hakimi.
Walaupun dia mengenali Hakimi, seorang yang menjaga santunnya dan sangat baik tutur bicaranya. Tetapi cerita seperti itu pasti saja melekat dihatinya terutama yang bercerita itu adalah darah dagingnya sendiri. Takkanlah Mariah mahu menipu. Bukti ada depan mata yang Mariah memang hidup susah selepas suaminya diishtihar muflis. Muflis dalam sekelip mata.
“Ain, duduk sini.” Panggil Hakimi dan menyuruh Ain duduk disofa yang didudukinya.
Ain mengikut saja apa yang diarahkan Hakimi. Amran juga turut bangun dan duduk disofa yang sama dengan Ain. Tangan Ain digengamnya. Tangannya melingkar di belakang Ain. Niatnya cuma mahu memberi Ain sedikit kekuatan. Bukan dia tak nampak Ain yang sedang ketakutan bila melihat makcik dan pakciknya masuk tadi tapi disebabkan rasa pedih kena tampar dengan daddy nya buatkan dia biarkan Ain.
“Duduk semua. Silakan. Kakak, pergi buat air.” Hakimi menjemput mereka duduk lagak tuan rumah.
Hakimah bergerak ke dapur. Puan Rozila mengikut Hakimah. Mereka mencari-cari barangan didapur Ain. Dari teko ke gula. Mujur berdua. Kalau seorang, lagi lambatlah kerja mereka.
“Hakimah, apa sebenarnya yang jadi ni? Blur plak auntie.” Tanya Puan Rozila.
“Along cerita dah tadi tapi tak apalah. Kejap lagi mesti Along cerita lagi. Tapi auntie mesti kena percaya pada Amran. Dia tak bersalah. Sekarang ni, saya cuma risaukan uncle. Takut uncle tak percaya semua ni.” Kata Hakimah.
“Kenapa?” Tanya Puan Rozila.
“Susah orang nak percaya baik buruk darah daging sendiri.” Kata Hakimah.
Puan Rozila kerutkan dahi.
Hakimah senyum dan memeluk bahu Puan Rozila. Lengan tua itu diusapnya lembut. Kemudian, dia mengangkat dulang yang berisi air teh panas ke depan. Puan Rozilanya bersama dulang berisi cawan.
Hakimah menuang dan menghidangkan air yang dibawanya tadi dihadapan tetamu yang ada. Dia duduk dikaki Hakimi selepas mempersilakan semua tetamu untuk minum. Kecuali Ain dan Amran, yang lain sudah mengambil minuman mereka dan menghirup sedikit air yang masih panas itu.
“Tak sedap. Teruk betul rasanya. Sama macam orang yang buatnya. Dasar keturunan buruk. Habis semua buruk.” Kata Mariah.
Hakimah hanya senyum.
 “Kau mengata akak ke, Mariah? Akak yang buat air tu.” Kata Puan Rozila.
“Minta maaf, kak.” Mariah meminta maaf. Jadi tak keruan duduknya bila tersalah melemparkan tuduhan.
“Macam mana boleh terjadi macam ni, Amran. Azlia?” Tanya Encik Amir.
Wajahnya kemerahan menahan marah. Hatinya benar-benar marah bila Mariah datang ke rumahnya dan mengkhabarkan berita yang Azlia dan Amran ditangkah khalwat dirumah Azlia. Terus saja dia menyuruh isterinya bersiap dan memaksa Razali membawanya ke rumah Azlia.
Dirumah Azlia, Azlia mengiakan perkhabaran itu. Katanya, mereka dijamin oleh Ain dan Ain yang menghantarnya pulang ke rumah. 
Oleh itu, dia menyeret Azlia ke rumah Amran untuk mendengar penjelasan dari mulut anaknya sendiri. Namun, perasaan malu pada Azlia dan Ain membuatkan rasa marahnya pada Amran makin menebal. Tidak dapat dibayangkan perasaan kecewa besannya. Takut benar dia seandainya hubungan baik mereka tercemar dek kerana kebodohan anaknya.
“Am tak bersalah pun, daddy.” Pertahan Amran.
“Tak bersalah apanya? Dah kena tangkap pun masih tak nak mengaku? Dah habis madu, sepah dibuang? Dasar lelaki tak bertanggungjawab.” Mariah memprovokasi keadaan.
“Saya rasa ada baiknya kalau Puan Mariah duduk diluar. Dekat luar tu ada taman. Taman tu sangat nyaman. Pergilah berehat disitu. Hari ni banyak sangat kerja, kan?” Kata Hakimi. Dalam lembutnya, sempat dia memerli.
“Kenapa aku nak kena duduk luar. Kau tu elok keluar. Bukan urusan keluarga kau.” Marah Mariah.
“Oh. Kalau macam tu. Ain, jom keluar. Kakak, jom. Ini bukan urusan keluarga kita.” Hakimi sudah bangun dan menarik tangan kedua adiknya.
“Duduk semua.” Arah Encik Amir.
“Tak apa, uncle. Kami orang luar. Urusan ini pun, antara keluarga uncle dan Azlia. Kami ni orang luar saja. Bincanglah. Kami duduk diluar saja.” Kata Hakimi dan terus menarik adik-adiknya keluar dan duduk ditaman mini didalam rumah itu.
“Kau ni Mariah. Sepatutnya, kau yang keluar. Kau tu yang tak ada urusan disini.” Kata Encik Amir.
“Abang jangan lupa, saya yang inform abang benda ni. Kalau nak harap dorang ni. Alamatnya, sampai bila-bila abang tak tahu.”  Kata Mariah.
“Macam mana makcik boleh tahu, ya?” Soal Amran dengan nada penuh kesinisan.
“Kawan aku di pejabat agama bagi tahu.” Jawab Mariah tergagap.
“Tak tahu pula makcik ada kawan di pejabat agama tu. Tak sangka ada juga orang di situ yang nak kawan dengan makcik. Kiranya, makcik ni hebatlah ya. Boleh kawan dengan mereka semua. Siap kenal yang Am ni anak saudara makcik. Hebatnya.” Penuh kesinisan dalam kata-kata Amran.
“Kau baru tahu, ke?” Kata Mariah.
“Lama dah tau. Kan, pakcik?” Amran mula menembak Razali.
Amran tahu, Razali seorang yang akan menurut saja apa yang diperkatakan Mariah. Dia seperti hilang taring sejak dia jatuh miskin. Hilang pakcik yang angkuh dan sombong yang dikenalinya dulu. Cuma yang tak berubah adalah makciknya. Masih lagi dengan keangkuhan dan kesombongannya. Seolah-olah, dia tak akan mati.
“Kau jangan nak kurang ajar, Amran. Kita datang sini sebab nak selesaikan kes kamu berdua ni.” Kata Mariah.
Amran memandang Azlia.
“Saya salah ke Azlia?” Tanya Amran.
Azlia diam saja. Langsung tak berkutik. Rasa bersalah didalam dirinya begitu menebal bila melihat Ain yang tidak menyerangnya seperti orang lain. Malahan, Ain sendiri yang memujuknya untuk tenang dan bersabar. Ain juga yang berjanji akan menjaga maruah dan nama baiknya.
“Salah atau tidak. Benda dah jadi. Kau kena bertanggungjawab. Tak ada dalam keturunan kita yang jadi kejadian macam ni. Kaulah orang pertama yang memalukan nama baik keluarga.” Jerkah Mariah.
“Saya ke? Bukan makcik yang buat semua ni terjadi?” Sinis sekali nada Amran.
“Kau jangan nak menuduh aku.” Kata Mariah. Suaranya sedikit gagap bila melihat ekspresi wajah abang dan kakak iparnya.
“Along ada bukti yang makcik yang buat aduan.” Kata Amran.
“Kau percaya kata mereka dari keluarga sendiri?” Soal Mariah.
“Takkan Along nak tipu.”
“Takkan aku nak tipu.”
“Mana kita tahu.”
“Mana kau tahu?”
“Saya kenal Along. Along akan siasat sampai akar umbi. Keputusan saya muktamad. Saya tak akan berkahwin dengan Azlia.” Tegas Amran.
“Dasar lelaki tak bertanggungjawab. Habis madu sepah dibuang.” Balas Mariah.
“Makcik yang berhati busuk. Kenapa makcik tak kahwinkan saja pakcik dengan Azlia kalau betul makcik nak sangat menjaga maruah Azlia? Saya masih boleh lepas dengan alasan pergi melawat pakcik saudara.” Kata Amran.
Amran terus keluar dari rumah dan mencari Ain. Dia ke taman rumahnya. Dia mendekati Ain dan memeluk Ain. Ain membalas pelukan itu. Menyalurkan ketenangan dalam hati suaminya. Dia tahu keadaan Amran sekarang yang sedang tertekan. Dia sangat tahu.
“Ain, kita pindah. Kita minta Tuan Hashim pindahkan kita ke New Zealand. Jom, Ain. Orang di sini tak habis-habis mahu menyakiti hati kita.” Kata Amran.
Hakimi dan Hakimah hanya memandang pasangan itu.
“Am.” Lembut saja Ain menyebut nama itu.
“Kau lelaki yang tak bertanggungjawab.” Herdik Mariah yang sudah berada di luar rumah.
“Boleh tak jangan buat kecoh dekat luar rumah. Malu Ain dan Amran dengan jiran sekeliling.” Tenang sekali suara Hakimi menasihati Mariah.
“Hei orang luar. Kenapa kau belum berambus dari sini?” Jerkah Mariah.
“Makcik, sila balik sekarang.” Kata Ain lembut.
“Siapa makcik kau? Kau tu berambus. Ini rumah anak saudara aku.” Herdik Mariah.
“Ini rumah saya. Rumah suami saya. Makcik, balik sekarang.” Kata Ain menahan marahnya.
“Abang!” Jerit Mariah memanggil Razali.
Mariah tahu Ain sangat takutkan Razali. Dia mahu gunakan Razali supaya dapat menghalau Ain dan adik-beradiknya keluar dari rumah ini supaya dia boleh memaksa Amran mengahwini Azlia.
Ain memeluk erat Amran bila Razali keluar.
“Kau masuk, Zali.” Tegas sekali Hakimi mengarahkan Razali untuk masuk.
“Abang, sini.” Mariah pula mengarah Razali untuk hampir.
Razali datang menghampiri mereka tapi renungan Hakimi membuatkan langkahnya  mati di situ. Rasa takut dan hormat pada Hakimi melebihi sayangnya kepada si isteri yang tak menghormatinya itu.
“Abang tercegat apa lagi tu? Cepatlah.” Marah Mariah.
“Makcik jangan nak gunakan pakcik untuk takutkan Ain. Jangan lupa makcik, Am boleh buat makcik lebih teruk dari apa yang Along pernah buat.” Ugut Amran.
“Kau ugut aku, Am?” Mariah melepaskan rasa kecewanya.
Sanggup Amran mengugutnya hanya kerana seorang perempuan yang tak ada nilai dimatanya. Sanggup Amran melawannya demi bekas madunya. Sungguh dia tidak sangka Amran yang selama ini selalu mendahulukan keluarga sanggup membelakangi keluarga sendiri demi orang luar.
“Kau lupa aku ni darah daging kau. Perempuan tu, bila-bila masa saja boleh tinggalkan aku. Tapi aku ni, macam mana pun. Tetap darah daging kau.” Kata Mariah lagi.
“Ain tak akan tinggalkan Am.” Tegas Amran mempertahankan Ain.
“Mana kau tahu yang dia tak akan tinggalkan kau? Dia cakap? Jangan jadi bodoh, Am. Kes kau dengan Azlia ni pun dah buat dia goyang. Tak ada perempuan yang boleh terima suami dia kena tangkap basah. Kes ni, mesti dah buat dia fikirkan semula untuk bersama dengan kau. Entah-entah, dia suruh kau kahwin dengan Azlia. Nanti dia cari alasan untuk tinggalkan kau.” Mariah memprovoke Amran.
“Tak. Ain bukan macam tu.” Kata Amran.
Dia sendiri sebenarnya ragu dengan jawapannya. Dia cuba menyakinkan dirinya dengan apa yang diperkatakannya. Hakikatnya, Ain hampir meninggalkannya tadi. Ain begitu tegar keluar dari rumah hanya kerana dia tak mahu menerima cadangan Ain mengahwini Azlia.
Cintanya pada Ain sudah mula goyah.
Dan cinta Ain kepadanya.
“Am, jangan pernah ragui Ain.” Bisik Ain ditelinga Amran.
Amran memandang Ain. Direnungnya mata Ain. Hatinya mula menyebut nama-nama Allah. Mengucapkan istighfar kerana meragui cinta Ain dan mengikut kata-kata syaitan yang sedang cuba memecah-belahkan keluarganyanya.
“Maafkan, Am.” Ucap Amran perlahan.
Ain angguk.
Tiba-tiba Mariah meraung dan menangis. Dia berjalan kearah Razali dan menangis semahunya.
“Sampai hati Am nak buang makcik semata-mata kerana Ain. Makcik sedar, makcik ni siapa sajalah dalam hidup Am. Tapi janganlah sampai buang makcik. Kita ni ada pertalian darah.” Bersungguh-sungguh Mariah meraung.
“Amran.” Jerit Encik Amir yang baru keluar dari dalam rumah.
“Daddy tak kira. Kau kena juga bernikah dengan Azlia. Sekarang juga. Razali, kau pergi panggil imam dekat rumah sebelah. Selang 2 rumah ni, rumah imam. Pergi panggil dia sekarang juga.” Merah padam muka Encik Amir kerana memarahi Amran.
Dia tak suka adiknya diperlakukan begitu oleh anaknya. Hatinya panas. Dia mendidik Amran untuk sentiasa mendahulukan keluarga. Dia selalu ingatkan Amran yang saudara-mara lah yang akan bersama dengan kita susah atau senang. Tapi Amran sanggup membuang makciknya. Padanya Amran sangat melampau.
“Kau tercegat apa lagi tu, Razali?” Marah Encik Amir.
Razali yang ketakutan, segera melangkah keluar dari kawasan rumah itu. Dia buat seperti yang diarahkan oleh abang iparnya. Tak lama selepas memberi salam, pak imam keluar.
“Pak Imam, abang saya suruh ke rumah anak dia sekarang juga. Urgent.” Kata Razali.
“Kenapa?” Kata Pak Imam dan terkocoh-kocoh keluar dari rumahnya.
“Cepat Imam.” Gesa Razali.
Razali menarik tangan Imam dan menuntunnya ke rumah Amran berlari anak. Sampai saja dirumah, keadaan tegang tadi bertambah tegang bila ada campur tangan dari Hakimi dalam perbualan mereka.
“Kenapa ni?” Tanya Imam.
“Saya nak Imam nikahkan anak saya sekarang juga. Dia baru ditangkap basah dan saya tak nak dia lari dari tanggungjawabnya.” Kata Encik Amir.
“Ain bukan isteri Amran ke?” Tanya Imam.
Dia sendiri tak percaya yang Amran ditangkap basah. Dia kenal pasangan suami isteri ini. Mereka rajin ke masjid berjemaah. Dia kagum dengan kemesraan mereka yang jarang ada pada anak-anak muda zaman kini.
“Ain ni memang isteri dia. Dia kena tangkap dengan perempuan lain. Ada dekat dalam tu.” Kata Encik Amir.
“Tapi saya tak ada authority untuk menikahkan sesiapa. Kalau nak, kena pergi jumpa tok kadi. Jurudaftar nikah. Rumahnya dekat sini je. Tapi kena naik keretalah.” Kata Imam.
“Razali, kau pergi bawa Imam pergi ambil tok kadi. Aku tak kira. Sekarang juga.” Arah Encik Amir.
Hakimi cuba membantah tapi Razali sudah membawa Imam ke kereta untuk mengambil tok kadi. Nampak yang Hakimi tidak puas hati dengan tindakan Encik Amir itu. Namun, marahnya lebih pada Mariah yang menjadi punca adiknya akan dimadukan.
Walaupun Ain sendiri mengatakan persetujuannya tapi dia tahu, Ain buat semua tu kerana kelemahan yang ada dalam dirinya. Dia tahu Ain rasa bersalah pada Amran tapi pengorbanan Ain ini akan memakan diri mereka sendiri.
Orang luar akan nampak yang Ain adalah yang paling kesian. Mangsa keadaan. Tapi sebenarnya, Amran adalah mangsa dalam keputusan yang mengikut perasaan tanpa siasatan ini. Dia sendiri tidak betah untuk mendedahkan siapa dalang disebalik semua ini. Lagipun, pada fikirannya. Encik Amir tidak akan semudah itu untuk mempercayainya.
Jadi apa lagi modal yang dia boleh guna untuk mempertahankan adiknya?
Dia menemui jalan buntu. Dia juga tahu yang Hakimah juga tidak mampu untuk berfikir jalan penyelesaian saat ini. Cuma satu saja penyelesaiannya. Azlia.
Dia pandang Hakimah. Hakimah masuk ke dalam. Dia duduk disebelah Azlia. Dengan lembut dia memujuk Azlia untuk menolak cadangan Encik Amir untuk menikahkan Amran dengannya.
“Tak boleh. Azlia malu. Nanti tak ada sesiapa yang sanggup nak nikahi saya.” Itu jawapan Azlia.
“Pasti ada. Jodoh setiap seorang itu telah ditetapkan Allah.” Pujuk Azlia.
“Kenapa kakak tak nak anggap ini jodoh saya?” Kata Azlia.
Hakimah terdiam.
Tidak disangka itu jawapan yang keluar dari mulut Azlia. Dia mula meragui Azlia. Dia rasa Azlia juga turut berkomplot dalam hal ini. Secara logiknya, macam mana Amran boleh ke rumah Azlia dan macam mana Amran boleh terus masuk ke dalam rumah Azlia? Bukankah sepatutnya Azlia mengunci rumahnya? Kalau Azlia tidak terlibat, pasti saja Azlia tidak membenarkan Amran masuk ke rumahnya.
Hakimah keluar dari rumah. Dia memandang Hakimi sambil mengelengkan kepalanya. Hakimi mengangguk. Dia sudah mengagak. Azlia pasti mahu mempertahankan maruahnya.
“Kalau korang adik-beradik tak boleh terima, sila keluar dari rumah ni.” Kata Encik Amir bila melihat Razali sudah sampai bersama seorang lagi manusia selain Imam.
Amran terus memegang kejap tangan isterinya bila Hakimi menarik Ain berlalu darinya. Amran mengelengkan kepalanya. Hakimi menepuk bahu Amran. Sekadar ingin memberinya semangat supaya tabah.
Bila Ain, Hakimi dan Hakimah berlalu, Amran ikut sama. Namun, dia ditahan oleh Encik Amir.
“Kalau Amran ingkar arahan Daddy, Daddy anggap Amran anak yang derhaka. Daddy haramkan setiap titisan peluh yang Daddy titiskan untuk membesarkan Amran.” Kata Encik Amir.
“Am.” Ain yang terkejut dengan kata-kata Encik Amir itu menghalang Amran dari mengikutnya.
“Tapi.” Amran cuba untuk mengatakan sesuatu.
“Ain cuma tak sanggup nak lihat Am dinikahkan dengan orang lain. Ain masih isteri Am. Dan Ain masih akan cintakan Am seperti biasa. Jalankan tanggungjawab Am sebagai anak.” Bisik Ain sambil memeluk Amran.
“Izinkan Ain keluar dari rumah kita ini sebentar. Ain balik rumah Along.” Bisik Ain lagi.
“Am izinkan. Nanti Am datang ambil Ain.” Kata Amran pula.

Pelukan dileraikan. Ain berjalan keluar menuju ke kereta Hakimi. Dia pandang Amran yang menghantarnya dengan pandangan mata. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan