SUBSCRIBE

Selasa, Februari 14, 2017

AIN NADIRA 41

Ain memandang wajah yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Nyenyak dan polos sekali. Wajah itu diusapnya. Dari pipi ke dagu. Dan terus ke bibir. Lama jarinya bermain-main dengan bibir itu.
Ain bergerak merapatkan dirinya dengan Amran. Bibir yang tadi hanya menjadi usapan jarinya kini sudah dipagutnya. Lama dia mencium bibir Amran. Dan makin lama bila ada tindakbalas dari Amran.
Ciuman tanda cintanya itu telah merebak ke sentuhan demi sentuhan hangat sehingga terjadinya hubungan halal suami isteri. Perkara yang selama ini menjadi perkara yang mengoyahkan rumahtangga mereka kini telah terjadi tanpa sebarang penolakan dan tanpa sebarang gangguan.
“Terima kasih, sayang.” Ucap Amran.
“Maafkan, Ain.”
“Kenapa?”
“For everything.”
“But why?”
Ain duduk dan angkat bahu.
“Kenapa ni, Ain?” Tanya Amran. Bahu Ain dipeluknya.
“Hari ni baru Ain boleh jalankan tugas Ain sebagai isteri Am. After all had happen. Semalam masa dalam perjalanan ke sini, banyak yang Ain fikirkan. And I was wondering it is either Ain yang tak pertahankan Am atau Ain tak bersungguh-sungguh nak selamatkan rumahtangga kita. Then I realize. Kalaulah Ain bersungguh-sungguh pertahankan Am, pasti Am tak kena paksa nikah dengan Azlia. And kalau Ain bersungguh-sungguh pertahankan Am, rumahtangga kita tak akan jadi macam ni.” Kata Ain.
Amran mencium bahu Ain.
“Ain, it is happen for reason. Kalau tak sebab perkara tu terjadi, Ain mungkin masih dalam ketakutan. Dan kalau benda ni tak terjadi, mungkin sampai sekarang Am kempunan.” Gurau Amran.
“Am, ini bukan masa nak bergurau. Am sekarang ada 2 tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukan sekadar Ain seorang tapi juga Azlia. Kebahagiaan Am sekarang adalah bila Am dapat membahagikan semuanya sama adil dan sama rata.” Kata Ain.
Amran menarik Ain untuk duduk menghadapnya.
“Nothing gonna be change.”
“But Azlia is your wife too.”
“Isteri atas kertas.”
“Am, she still your wife.”
“Am hanya ada seorang isteri yang Am sangat cintai. That all.”
“Am, macam mana pun yang Am rasa. Itu tak mengubah hakikat yang Am adalah suami Azlia juga. Tak mengubah tanggungjawab dan amanah yang Am tanggung.” Kata Ain sambil mengusap wajah Amran.
“Tapi cinta, hati dan jasad Am hanya untuk Ain seorang.”
“Tapi Am tetap kena adil. Ain tak mahu Am disoal dan menidakkan Am untuk masuk ke syurga. Ain nak hidup di dalam syurga bersama degan Am.” Kata Ain lebih untuk dirinya. Peringatan untuk dirinya yang perlu berkongsi Amran dengan kawan baiknya sendiri, Azlia.
Selama ini, Ain rasa dia tabah dan boleh menerima Azlia sebagai madunya. Dia fikir semuanya akan berjalan dengan lancar. Tapi bila semua ini terjadi, berat pula dia mahu menerima. Hatinya rasa terluka dan berdarah.
“Am melarikan diri kepada Ain pada malam pertama korang pun sudah pasti melukakan hati Azlia. Kalau Am abaikan dia, makin dalam rasa terlukanya. Am, suami yang baik adalah suami yang menjaga hati isterinya. Suami yang berjaya adalah suami yang boleh membuatkan hati isteri-isterinya tenang dan bahagia. Am jalankanlah tanggungjawab Am sebagai suami Azlia juga. Belajar untuk mencintainya dan ajarkan dia untuk mencintai Am.” Pujuk Ain.
“Am tak nak. Am hanya mahukan Ain. Pernikahan itu hanya satu kesilapan dan Am sudah cuba menghalang. Tapi Daddy dan Azlia yang berkeras. Am dah kata yang Am tak akan mampu untuk mencintai dua orang wanita dalam satu masa. Dan cinta Am hanya pada Ain walaupun Ain tolak Am macam mana sekalipun.  Am tetap mencintai Ain. Hanya Ain ada dalam hati Am dan sudah biasa ada disitu sejak 20 tahun yang lalu.” Tegas Am.
Ain meraup wajah itu. Dia putuskan untuk tidak lagi memujuk Amran. Dia tahu, saat dan tika ini. Pujukannya tidak akan mendatangkan hasil. Amran memang seorang yang tegas dalam semua keputusan yang dia sudah buat.
Dia sudah putuskan yang akan mencintai Ain seorang. Maka itulah keputusannya dan itulah tindakannya. Tak akan berpaling atau menukarnya lagi.
Itu sememangnya gaya Amran.
Dan sebagai wanita yang dicintai suaminya sepenuh hati, Ain rasa sangat bahagia. Hati yang terluka tadi seperti telah dijahit dan parutnya sudah hilang.
Namun, dia juga sedar. Menjadi tugasnya selepas ini untuk sentiasa mengingatkan Amran tentang tanggungjawabnya kepada Azlia. Dia tak mahu Amran mengabaikan tanggungjawab itu dan dia tak mahu Amran dicela oleh Allah hanya kerana ketegasannya dalam membuat keputusan.
“Jom, mandi. Dah pukul 5.15. boleh siap-siap untuk subuh. Kalau sempat boleh tahajjud.” Pujuk Ain.
Amran senyum dan bangun mengikut Ain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan