SUBSCRIBE

Selasa, Februari 14, 2017

Gemuk Durjana 1

Aku memberhentikan keretaku bila kereta depan juga turut berhenti kerana lampu isyarat sudah merah. Didepanku adalah kereta Honda Civic. Kereta idaman aku sejak dulu. Tak kisahlah tahun atau model keluaran yang mana sekalipun. Asalkan namanya Honda Civic, aku suka.
‘Honda civic! Mesti dia tengah intai aku ni. Kena bagi senyuman yang paling manis ni. Biar dia terpikat. Nanti mesti dia follow aku nak tahu kat mana rumah. Nak masuk meminang aku.’ Kata hatiku sambil mengukir senyuman yang paling manis.
Aku ketawa sendiri dengan kata hatiku. Setiap kali pun aku berhenti di lampu isyarat, setiap kali itu jugalah aku akan perasan. Perasan yang akan ada lelaki dimana-mana kereta yang pernah bertembung denganku meminati aku. Terutama kereta honda civic.
Aku ketuk kepalaku. Perlahan.
‘Berangan tak habis.’
Aku meneruskan pemanduanku bila lampu isyarat berubah warna hijau. Tujuan aku hari ini adalah tiada. Ya. Tiada.
Aku saja keluar. Bosan duduk di rumah. Jadi adalah lebih baik aku keluar dengan niat nak bazirkan minyak kereta. Nanti boleh minta duit dengan abah. Sambil tu dengar mama membebel sebab aku asyik minta duit tapi masih tak mahu bekerja. Macam seronok saja dengar mama membebel. Rasa macam mama tengah menyanyi. Liriknya,
‘Tak nak kerja. Pehabis duit mama dan abah.’
Syokkan?
Erm... bukan aku tak mahu bekerja tapi kerja tu yang tak nak dekat aku. Peluang kerja asyik salah alamat. Tu yang tak sampai dekat aku tu. Nak kata keputusan tak cemerlang. Aku sarung Anugerah Naib Canselor masa konvo hari tu. Nak kata tak hantar resume. Sudah beratus resume aku kirimkan tapi hanya beberapa syarikat saja yang memanggil aku untuk ditemuduga. Bila aku hadiri temuduga yang dijemput, tak ada satu pun yang panggil aku untuk bekerja.
Syarikat abah? Tak payah tanya. Abah awal-awal lagi tak izinkan. Alasan dia, biar aku cari pengalaman kerja ditempat orang. Bila aku sudah mahir dan punya pengalaman, baru dia akan menjemputku untuk berkhidmat untuknya.
Aku tak kisah pun. Aku pernah dengar abah kata pada mama. Dia khuatir kalau aku kerja dengannya, aku akan rebut untuk jadi CEO syarikat. Sedangkan dia tak berniat pun nak berikan syarikatnya itu kepada aku.
Macam aku hadap sangat nak syarikat dia tu. Tak hingin.
Sejak itu, aku tekad takkan pujuk abah untuk beri aku peluang bekerja dengannya. Aku tak nak masuk syarikat abah. Rasa terhina pula bila abah sendiri cakap macam tu. Itu belum lagi dia sanggup biar anak sendiri kena bebel dengan mama. Biar saudara-mara mengutuk aku hanya kerana aku tak bekerja.
‘Pehabis boreh mak bapak yo’
Aku memang sentap habis bila saudara-mara kata aku macam tu. Aku tahulah aku ni gemuk tapi bukannya aku yang selalu habiskan beras mereka. Kalau pun aku yang habiskan, biarlah. Mak bapa aku. Bukannya keluarkan duit korang sesen pun.
Baru-baru ni, aku terima satu jemputan untuk temuduga kerja sebagai Penyelia Program disalah sebuah syarikat di Bukit Kemuning. Aku pergi. Dah orang jemput, maka wajib lah kita pergi. Dah jawab semua soalannya dengan jayanya. Akhir sekali tanya aku soalan macam ni.
“Bolehkah awak lakukan kerja-kerja yang kami berikan. Event Supervisor bukan kerja yang boleh duduk saja. Kamu kena banyak bergerak tapi dengan keadaan fizikal awak sekarang ni.” Satu suara bermain dikotak fikiran aku.
Arhhh....!!! Kata-kata sangat 'positif' dari salah seorang penemuduga itu benar-benar menguji kesabaranku. Pandang aku sebelah mata. Kalau aku rasa tak mampu, takkan aku mohon jawatan itu. Kalau aku tak yakin, takkan aku datang ke situ untuk ditemuduga.
Stekma masyarakat.
‘Orang badan besar, susah nak gerak dan pemalas’
Hakikatnya, orang yang berbadan besar lebih berjaya andai tiada orang yang prejudis macam ni. Tapi, kena terima kenyataan yang aku tak ada kemampuan untuk mengubah apa yang orang lain fikirkan. Terpulang pada mereka. Aku yakin, pasti ada yang akan percaya kepada kredibiliti aku.
Aku rasa sebelum aku nak ubah stekma masyarakat ni, aku kena betulkan dulu doa mama. Setiap kali aku gagal dalam temuduga, mama akan cakap macam ni.
“Cubalah kau tu kuruskan badan kau tu. Baru senang nak dapat kerja”
Bila ucapan itu dari mama sendiri. Kau rasa???!!
Patutlah aku ni susah nak dapat kerja. Rupanya, mama sendiri yang doakan aku hanya akan dapat kerja bila aku kurus. Macam tu memang sampai bila-bila pun, aku akan menjadi seorang penganggur sebab aku tak pernah ada keinginan untuk kurus.
Tak Pernah??
Ya lah, ada unsur penipuan disitu. Sebagai perempuan, memanglah aku ada juga keinginan untuk tampil cantik dan menarik tapi bila aku kenangkan semula...
Aku rela jadi gemuk dan gebus gedebas dari kurus melidi yang seksi dan seksa. Aku tahu keinginan aku untuk kurus tu supaya aku boleh sentiasa pakai skirt dan dress yang meletup-letup tu. Yang nampak hot and seksi. Aummmm...
Astagfirullahalazim... minta simpanglah...
Memang ramai yang cakap, dah kau fikir macam tu. Macam mana aku tak fikir macam tu bila itu memang kemahuan aku. Tengok saja baju kurung yang aku tempah untuk hari raya. Mana ada baju kurung biasa. Semuanya aku suruh mereka jahit dengan gaya dan trend terkini. Yang nampak mengancam tu walaupun berkali-kali tukang jahit kata rekaan itu tak sesuai dengan aku.
Ada aku kisah?
Aku tak kisah sebab aku memang nak pakai macam tu. Itu pun mujur mama dan abah ni didik aku untuk bertudung. Kuranglah nampak seksinya. Cuba kalau mereka tak kisah.
Memang aku reka baju skirt dan dress untuk kesesuaian aku si gemuk yang memakai. Ini pun pakaian aku ni. Tak adalah patuh syariah pun. Sekadar bertudung saja tapi sebenarnya masih telanjang.
Aku tahulah dosa yang sedang aku buat. Pakaian aku ni ketat. Alasannya sebab aku badan besar dan susah nak dapatkan saiz badan aku. Sebenarnya, boleh saja kalau aku nak pakai yang patuh syariah tapi kena pakai baju kurung atau jubah yang mengelebeh. Gaya makcik-makcik nak pergi kelas mengaji.
Kalau tak ikut bentuk badan, tak cantiklah. Nanti nampak lagi gemuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan